CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budak 2 Tahun, Bayi Tiga Bulan Ditinggalkan Dalam Semak

18-9-2021 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3341| Komen: 13

Description: Pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) berjaya menyelamatkan dua beradik apabila mereka ditemui secara bersendirian dekat semak di tebing sungai Rio Grande.
Pihak Kastam dan Perlindungan Sempadan (CBP) Amerika Syarikat (AS) berjaya menyelamatkan dua beradik apabila mereka ditemui secara bersendirian dekat semak di tebing sungai Rio Grande.


Selasa lalu, CBP menyiarkan foto di Twitter memaparkan seorang kanak-kanak berusia dua tahun dengan beg galas duduk di sebelah bayi lelaki berusia tiga bulan di dalam tempat duduk keselamatan, dekat sebatang pokok.

Agensi itu mendedahkan, kanak-kanak itu ditinggalkan berhampiran Eagle Pass sekitar waktu tengah hari.


Foto: People

“Ejen bertindak pantas dan berjaya mengambil kedua-dua kanak-kanak itu.

“Mereka tidak memerlukan rawatan perubatan dan dibawa ke Stesen Uvalde untuk perlindungan,” katanya dalam siaran akhbar.


Berdasarkan nota yang dijumpai di bawah tempat duduk bayi, kedua-dua kanak-kanak itu disahkan adik-beradik dari Honduras, kata CBP.

“Pencarian menyeluruh di daerah itu dilakukan dan tiada individu lain yang ditemui,” katanya.

Dalam kenyataan tambahan yang dikongsi di Twitter, Ketua CBP, Del Rio Robert Garcia memuji kakitangannya kerana berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit.

“Sangat memilukan dan mengecewakan apabila mengetahui ada kanak-kanak yang ditinggalkan tanpa penyesalan atau keprihatinan terhadap kehidupan dan kesejahteraan mereka,” katanya.

Lokasi ibu bapa kanak-kanak itu tidak dapat dijejak buat masa ini. — CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 18-9-2021 02:01 PM
Kes mak pak lepas seberang sempadan anak dibiarkan macam tu je macam mana
Quote mzzenma 18-9-2021 02:33 PM
maybe mcm cerita yg liam neeson berlakon tu.. parents lari dari kartel, anak2 sembunyi situ meanwhile parents kena tangkap kartel
Quote Hatida 18-9-2021 03:11 PM
mzzenma replied at 18-9-2021 02:33 PM
maybe mcm cerita yg liam neeson berlakon tu.. parents lari dari kartel, anak2 sembunyi situ meanwhil ...

harapnya betul la apa yang speku tu... kesian budak2 tu tak tahu apa2. tapi kalau sengaja ditinggalkan memang bongok betul la makpak diorang. tumpang umah sebelah tak boleh ke? ditinggalnya budak2 tu dalam semak. nasib baik ada orang jumpa..

Quote batmana 18-9-2021 03:23 PM
bdk2 nmpk terurus, xde kesan dera,
msti mak pak dia perati dari jauh tu

mmg nk serah gitu

Quote edayildiz 18-9-2021 03:29 PM
myb the mother was abducted? murdered? sad situation but thankfully the babies are ok..those poor little kids are probably scared to death
Quote pxlbb 18-9-2021 06:02 PM
Sedihnyaaa
Quote Shayang 18-9-2021 06:23 PM
mzzenma replied at 18-9-2021 02:33 PM
maybe mcm cerita yg liam neeson berlakon tu.. parents lari dari kartel, anak2 sembunyi situ meanwhil ...

The Marksman hehehe layan gak cite tu akhirnya budak tu selamat gak sampai kat umah sedara dia.
Atuk Liam selalu berlakon jd duda yg kematian bini sama mcm realiti hidup dia jaa.
Quote RatuDunia94 18-9-2021 07:43 PM
Di dunia lain manusia struggle utk hidup.. kita di sini hari2 bertelagah pasal vaksin.
Quote nakkomenjugak 19-9-2021 01:00 AM
Haihhhh kesian budak2 ni
Mak pak buat hal, anak yang dibuang
Quote azwanaliori 19-9-2021 07:40 PM
Jual anak kat pedo kot tunggu pedo datang kutip
Quote Fortiori02 19-9-2021 09:42 PM
Kesian budak2 tu ditinggal mak pak.
Quote cmf_jeangrey 20-9-2021 12:28 AM
Mungkin makpak ada problem...nakkan masa depan lebih baik utk anak2 so tinggalkan anak2 kt sempadan supaya boleh hidup di US...harap gitulah kisahnya
Quote DARSITA 20-9-2021 12:32 AM
Kadang perjanjian emak ayah dgn penyeludup mmg bergitu - tinggalkan budak di situ nanti penyeludup ambil dan contact sedara mara budak ni. Lepas bagi duit yg banyak baru budak berdua diberi kpd sedara mara atau orang yang nak budak ni.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:36 PM GMT+8 , Processed in 0.165243 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top