CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Bunuh Anak Jiran Sebab Datang Rumah Minta Air Minuman

18-9-2021 02:44 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5314| Komen: 33

Description: Hanya kerana datang meminta air minuman, seorang lelaki tergamak membunuh bayi jirannya di Kampung Ranta Benuang Sakti, Rokan Hulu.
Hanya kerana datang meminta air minuman, seorang lelaki tergamak membunuh bayi jirannya di Kampung Ranta Benuang Sakti, Rokan Hulu.

Lapor Tribunnews, kejadian berlaku apabila anak jirannya datang ke rumah dan meminta air minuman untuk ibunya disebabkan air di rumah masih panas.


Selepas berasa berang dengan permintaan itu, pelaku terus keluar rumah dan memarahi jirannya.


Gambar hiasan

Lelaki itu bertanyakan soalan sama ada di rumah tidak mempunyai air sehingga perlu meminta kepada dirinya.

Wanita itu sekali lagi memaklumkan, air di rumahnya masih panas.

Tidak berpuas hati dengan jawapan diberikan, tertuduh pergi berjumpa suami mangsa yang sedang memasang tayar di motosikal.

“Tidak ada air rupanya kalian,” soal lelaki itu.

“Air kami masih panas,” jawab jirannya.

Tiba-tiba, lelaki itu berang dengan jawapan tersebut dan bertanyakan apakah maksudnya sambil mengambil sebilah kapak yang berada di motosikal tersebut.


Dia kemudian mengayunkan kapak itu, namun tidak mengenai jirannya.

Melihat kejadian itu, isteri mangsa berlari ke dalam rumah.

Suspek mendatangi rumah mangsa sambil mengayunkan kapak ke pintu rumah beberapa kali yang terkunci.

Wanita itu berusaha melarikan diri dari rumahnya dan terlupa bayinya masih berada di dalam rumah

Ketika itu, pelaku mengambil bayi berusia tujuh bulan yang sedang tidur dalam buaian dan mundar-mandir di hadapan rumah itu.

Lelaki itu kemudian membakar dua motosikal milik jirannya sebelum membunuh bayi tersebut.

Dia kemudian melarikan diri ke arah belakang rumah sebelum ditangkap penduduk setempat.


Sumber: Utusan

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cucutokwan89 18-9-2021 03:07 PM
Kat Indonesia, gais.
Quote edayildiz 18-9-2021 03:09 PM
pelik tapi benar
Quote slyfynx 18-9-2021 03:10 PM
Ape ke setannye ni?
And, nape air masih panas?
Aku pulak jadi x paham
Quote Nenolen 18-9-2021 03:13 PM
Laknatullah punya suspek...semoga disambar petir lalu terbakar rentung dan mati tersiksa...
Quote Samerosie 18-9-2021 03:14 PM
Suspek fed up kut asik2 mibta air kat rumah dia.  Air masih panas adakah sbb deang ambil air dr sumber sungai ke apa lepas tu masak seperiuk untuk minum and masak bagai.  Yg mak budak tu pulak kau tak boleh tunggu air sejuk ke dah mendapat.  Nak2 tengah shiok tidur ke apa dikejutkan psl nak minta air.  
Quote Tokeybundle 18-9-2021 03:17 PM
Mcm2 hal.psl air je pun dah mcm kena rasuk
Quote uori 18-9-2021 03:32 PM
ko dah kenapa, bengap
Quote Jitu 18-9-2021 03:53 PM
entah apa2 je
tp aku terbayang mcm scene dlm citer2 barry prima je
Quote mejaputih 18-9-2021 04:03 PM
Knp iols rasa pelik sgt citer ni.. suspek mental ke? Jiran dia pun mental jugak ke? Eh i is confused. Kenapa jwpn semua air masih panas? Anak pun sama.sian baby tu x bersalah jadi mangsa.
Quote kuchenta_81 18-9-2021 04:33 PM
Ya ampun baca Rokan Hulu ingat kat Felda Bukit Rokan hehe
Quote exclusive_vvip 18-9-2021 04:36 PM
rasa mcm baca cerpen pulak
Quote OsHiN_hOnEy 18-9-2021 04:42 PM
knp eh
reputs cari ni gila berita indon
mexico semua tu
hidup you bosan ker?
yg lagi sorg suka betita seks
dah tua kot
Quote iminidin 18-9-2021 04:49 PM
fed up sampai jadik mental kot.. jiran hari2 datang menadah tangan meminta2..
air pon mak ko malas nk sejukkan utk anak minum. apa la peliknya p mintak jiran lak air..

rasa nya banyak menda lain kot dah pendam dari dulu....
sampai kerasukan jiwa....
Quote Shayang 18-9-2021 05:22 PM
Kejamnya bunuh baby umur 7 bulan. Dia kapak kan ke baby tu.
Macam mental je bunuh baby.
Quote TeropongThaico 18-9-2021 08:10 PM
Stress apa laaa agaknya ya
Quote angelofish 18-9-2021 08:49 PM
jiran tu satu keluarga menyindir kot.tu sakit hati
Quote anakkerengga 18-9-2021 09:05 PM
Kalau taknak bagi bgtau jelah taknak bg.. knp mst nak membunuh pulak
Quote ninja9 18-9-2021 09:37 PM
ini mcm orang tak betul saja. something wronglah... kerasukan kah?
Quote JohnyEnglish 18-9-2021 09:55 PM
Pasti @friskies bangga

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.070445 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top