CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Larang Eksport Ikan Sehingga Mac Depan !

13-1-2014 05:58 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2364| Komen: 2

Description: Bera – Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) Diarah Menghentikan Eksport Ikan Sehingga Mac Depan, Dalam Usaha Menangani Masalah Kekurangan Bekalan Selain Mengawal Kenaikan Harga.



BERA – Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) diarah menghentikan eksport ikan sehingga Mac depan, dalam usaha menangani masalah kekurangan bekalan selain mengawal kenaikan harga.

Menyatakan demikian, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata dalam masa sama NEKMAT juga dibenarkan mengimport lebih banyak ikan bagi memenuhi permintaan dalam negara.

“Kebiasaannya bekalan ikan tempatan dieksport ke Singapura, Hong Kong dan beberapa negara lain.

“Tapi pada musim tengkujuh sekarang ramai nelayan terutamanya nelayan zon A membabitkan seramai lebih 35,000 orang tidak ke laut pada musim tengkujuh kerana laut bergelora.

“Kita mengarahkan NEKMAT menghentikan eksport enam jenis ikan iaitu ikan kembung, selar, kerisi, cencaru, tamban dan ikan selar kuning,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan “Kedai Ikan Murah” di Kerayong, dekat sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain beliau berkata sebanyak 50 buah pasar ikan nelayan akan diwujudkan di seluruh negara pada tahun ini.

“Setakat ini 25 buah pasar itu telah beroperasi, tujuannya bagi membolehkan ikan yang didaratkan nelayan dapat diniagakan oleh nelayan sendiri atau keluarga mereka, selain dapat membendung kegiatan orang tengah yang mengaut untung berlebihan,” katanya.

Selain itu beliau berkata kementeriannya juga berhasrat menjadikan pasar tani sebagai pasar harian.

Sehingga kini, sebanyak 513 buah pasar tani Fama dibuka di seluruh negara dan sasaran 1,000 buah pasar sama akan dibuka hingga tahun depan dalam usaha kerajaan membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga lebih murah dan berpatutan. 


1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
4

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kucingTomey 12-1-2014 10:38 PM
pelik sungguh aku.....waktu ni sume bende kurang eh..ikan kurang..kelapa kurang...limau mandarin kurang......agak2 la
Quote bangcak 12-1-2014 11:10 PM
Raya = stok otomatik kurang = harga naik = menteri fasola kuar stetmen "kalu ikan, limau, kelapa naik harga toksah beli" makan cekedis je la. :lol

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.043968 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top