CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mati Tersadung Ketika Joging !

16-1-2014 10:36 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6394| Komen: 21

Description: Saya Sangkakan Dia Pengsan Akibat Kakinya Tersandung Batu, Namun Terkejut Apabila Lelaki Warga Emas Itu Terus Tidak Bernafas,” Kata Saksi Kejadian Yang Mahu Dikenali Sebagai Helmi, 40-An.

Gambar hiasan


Taiping: “Saya sangkakan dia pengsan akibat kakinya tersandung batu, namun terkejut apabila lelaki warga emas itu terus tidak bernafas,” kata saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Helmi, 40-an.


Dalam kejadian jam 7.10 pagi semalam, seorang warga emas Lim Chin Poo, 69, mati mengejut ketika melakukan riadah berjalan kaki di Taman Tasik Taiping di sini.

Helmi berkata, beberapa orang awam yang melihat kejadian itu cuba memberikan bantuan kecemasan kerana menyangkakan mangsa pengsan.


“Bagaimanapun kami terkejut apabila mendapati mangsa sudah putus nafas dan nadinya tidak lagi berdenyut. Kami kemudian segera menghubungi polis mendapatkan bantuan.

Mangsa yang disahkan mati kemudian dihantar ke Hospital Taiping untuk tindakan lanjut tidak lama kemudian,” katanya.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, mangsa dipercayai terjatuh ketika melakukan senaman ringan di kawasan tasik itu.


Menurutnya, mangsa berasal dari Pokok Assam, di sini, didakwa kerap beriadah di kawasan itu.

Hasil maklumat daripada rakannya, mangsa dipercayai tersepak batu ketika berjalan. Mangsa kemudian terjatuh lalu tidak sedarkan diri.


Petugas kesihatan yang tiba dengan ambulans di lokasi kejadian gagal  menyelamatkan mangsa,” katanya. 

2

Bagus
9

Marah
8

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anishacute 16-1-2014 07:39 AM
Takziah pada family mendiang...
Quote lady_rara 16-1-2014 08:04 AM
mungkin sakit jantung kot... apapun takziah...
Quote munchkin 16-1-2014 08:45 AM
Takziah kpd keluarga beliau. Kesiannya
Quote twins 16-1-2014 08:51 AM
ramai jer kes orang meninggal masa tengah exercise..... agaknya jantung tu bekerja terlampau kuat kot...
Quote lucky_peace 16-1-2014 09:23 AM
siannye..... overolad keje dah tu hah....
Quote solstice 16-1-2014 09:32 AM
Rajin atuk ni berjoging
Quote genchi 16-1-2014 09:34 AM
ramai kes mati mengejot skunk neh

heart attack la neh.. heart attack jadik bkn sbb tak seksesais .. tp sbb mknn ni

byk mkn fasfud atau sifud ka.. huhuh.. mknn mmbunuh skunk neh.. pemain bola pun boleh mati heart attack
Quote nurul_akmar 16-1-2014 05:11 PM
jantung terkejut kot
Quote juliajie80 16-1-2014 07:14 PM
Tmpt aku dok jog..
Mmg rmai nyonya n apek2 ske dok exercise kat sini..
Rajin depa..
Dok buat grup taichi pn rmai..guna kipas la pedang la...
Quote SiMontel 16-1-2014 07:48 PM
juliajie80 posted on 16-1-2014 07:14 PM
Tmpt aku dok jog..
Mmg rmai nyonya n apek2 ske dok exercise kat sini..
Rajin depa..

ko jog kat taman tasek tepeng gak ke?
Quote juliajie80 16-1-2014 08:26 PM
SiMontel posted on 16-1-2014 07:48 PM
ko jog kat taman tasek tepeng gak ke?

Haah..
Tmpt wajib aku tuh..
Dulu kini dan selamanya hehe
Quote Czaziq 16-1-2014 08:29 PM
Kesiannya. Takziah and rip
Quote SiMontel 16-1-2014 08:43 PM
juliajie80 posted on 16-1-2014 08:26 PM
Haah..
Tmpt wajib aku tuh..
Dulu kini dan selamanya hehe

OT kejap

heheheheh kat situ cuaca panas pun..rasa sejuk jek...aku pegi jog sana ..time aku balik kg je laa....penah join aunty2 taichi..nampak senang tapi bila join..giler tak sanggup..movement slow tapi penat...
Quote solstice 16-1-2014 09:09 PM
genchi posted on 16-1-2014 09:34 AM
ramai kes mati mengejot skunk neh

heart attack la neh.. heart attack jadik bkn sbb tak seksesais  ...

Ekceli joging x elok
Bole mendatang kan kecederaan
Tmbah2 lg umur dah tua

Yg elok adalah jalan laju @ brisk walking
Tai chi pon ok
Sesuai ngan umur pocit ni
Quote clarizsa 16-1-2014 09:15 PM
takziah... kalau dh ajal....
Quote juliajie80 16-1-2014 10:03 PM
SiMontel posted on 16-1-2014 08:43 PM
OT kejap

heheheheh kat situ cuaca panas pun..rasa sejuk jek...aku pegi jog sana ..time aku bali ...

OT jgk..
Aku pnh gak ader keinginan nk join..tp mcm memalu jer haha...
Quote noor2 16-1-2014 10:05 PM
takziah pada mendiang...




kita ni ....jangan mati masa berporem udahla...


Quote PerKasa 16-1-2014 10:57 PM
Ini pun nak jadi berita

bodohnya
Quote chenta_dewi 16-1-2014 11:03 PM
Tak sangka eh..bangsa yang begitu jaga kesihatan..exercise pon bagus untuk jantung..
comparecdgn org melayu makan xjage excercise pon x...

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:23 AM GMT+8 , Processed in 0.313675 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top