hanieliza Publish time 14-7-2005 08:56 AM

Originally posted by DARSITA at 14-7-2005 01:27 AM:
Dah try cheese fruit cake tapi tersilap bakar dlm acuan besar. So siapa siapa yang nak buat kueh ni elok gunakan pembakar 9 x 5.

Gambar
http://www.geocities.com/darsita/Kuih/bebopfruitcake ...
alamak Dar....:o:
cantik betui laaaa kek tu..
ni yg terasa macam nak buat lagi ni...
meamang berbaloi mencuba kek ni..
sudahlah sonang bebenor..:clap:
pastu sodap gilerrr...:gila:
:lol

Originally posted by bebop at 14-7-2005 06:40 AM:
hi eberibadi.....:bye::hug:

saya nak ucapkan tahniah kepada yg telah berjaya membuat cheese / chocolate fruit cakes ni.....:clap:dan kepada yg belum mencuba silalah mencuba....:bg ...

B dear...
len kali kalau p bercuti carilah wireless tenet..
baru kita boleh berceloteh panjang leborrrr...:lol

amacam komisyen promosi kek cis buah ni ..:hmm:
agak-agaklah...agak-agaknya lah bila boleh dapat tu...:lol

bebop Publish time 14-7-2005 11:55 AM

Originally posted by hanieliza at 14-7-2005 08:56 AM:

alamak Dar....:o:
cantik betui laaaa kek tu..
ni yg terasa macam nak buat lagi ni...
meamang berbaloi mencuba kek ni..
sudahlah sonang bebenor..:clap:
pastu...


hi kak...:bye:   tu lah ingat nak kena apply gak lah yg wireless tenet tu...tapi kalau saya nyer tempat percutian tu kat dlm gua leh dpt ke....hehehehe....:cak:

tang komsen ni bisa diatur.....tunggulah, lagi 2, 3 hari sampai lah cek kat umah....:P

DARSITA Publish time 16-7-2005 10:53 PM

Saya DARSITA hendak mengesahkan bahawa tips - melumurkan kismis dgn tepung utk buat kismis tak jatuh kebawah - adalah tips yang BENAR BENAR boleh dipercayai.

Sebab saya dah try semalam - kismis kek saya berlari lari naik keatas ..

ni bukti dia

http://www.geocities.com/darsita/Food/kismis1.JPG
http://www.geocities.com/darsita/Food/fruitcake.JPG

hanieliza Publish time 16-7-2005 10:59 PM

Wah Dar...:o
Kencang jugak buat kek..
:lol

teringin nak tenguk kismis hok berlari tu..
bila nak potong kek tu.. dan bolehlah pos kat sini sikit....:cak:

DARSITA Publish time 16-7-2005 11:15 PM

Originally posted by hanieliza at 16-7-05 06:59 AM:
Wah Dar...:o
Kencang jugak buat kek..
:lol

teringin nak tenguk kismis hok berlari tu..
bila nak potong kek tu.. dan bolehlah pos kat sini sikit....:cak:[/ ...

:off:
Kak Liza sebenarnya rumah saya (me and abe) tak makan fruit cake sbb kita orang tak gemar dgn buah kismis/campur tu. Kalau makan pun kita orng akan korek dan buang buah campur tu dulu.

Buat kek ni semalam, sebab kak ipar no#1 dah called, beritahu kek oren, kek buah semua dah habis (suami isteri makan dua buku kek dlm masa 4 hari sahaja! .. bayangkanlah) gaya dia ckp tu macam ''kek dah habis .. bila nak buat lagi? ha dah buat tu hantar hantar lah dkt kami sini'' :lol

Nanti bila dah potong dkt rumah dia, saya snap gambar kek ni - nak logg off. Bye.

bebop Publish time 17-7-2005 05:45 PM

Originally posted by DARSITA at 16-7-2005 10:53 PM:
Saya DARSITA hendak mengesahkan bahawa tips - melumurkan kismis dgn tepung utk buat kismis tak jatuh kebawah - adalah tips yang BENAR BENAR boleh dipercayai.

Sebab saya dah try semalam - kismis ...


wah cantik nyer kek dar.....bak mai lah resepi....nampak cam sedap je...:cak:

DARSITA Publish time 18-7-2005 01:14 AM

Originally posted by inai at 13-7-05 02:14 PM:
Originally posted by DARSITA at05:27 PM:
Dah try cheese fruit cake tapi tersilap bakar dlm acuan besar. So siapa siapa yang nak buat kueh ni elok gunakan pembakar 9 x 5.

amboi.. ...

Kak Dar ikut adunan resepi yang Bebop bagi tu.


pisst... sorry la lambat jawap soalan .. :)

DARSITA Publish time 18-7-2005 01:16 AM

Originally posted by bebop at 17-7-05 01:45 AM:
wah cantik nyer kek dar.....bak mai lah resepi....nampak cam sedap je...:cak:


resepi? resepi dari buku nanti esok saya letak. Tapi saya rasa fruit cake bebop yang choc tu paling best. Betul.

syeikh_solah Publish time 18-7-2005 10:27 AM

assalamualaikum....tumpang lalu....kak DAR,cantik kek akak tu...nanti raya leh buat lagi...

eena05 Publish time 18-7-2005 10:46 AM

aiii....kak dar.....:bye: cantik sungguh kek tuhhh. slurrrrppppp.....air liur menengoknye.

psssssstttt......nihh kak dar pakai recipe yg mane? version bakar ke kukus nihh.... teringin nak buat tapi tak de oghang nak makan....asben tak minat ngatttt....:geram:

bebop Publish time 18-7-2005 04:09 PM

Originally posted by DARSITA at 18-7-2005 01:16 AM:



resepi? resepi dari buku nanti esok saya letak. Tapi saya rasa fruit cake bebop yang choc tu paling best. Betul.


ooo..suka yg hok cokelat tu ek....tq...tq...:tq:ok...tepek je resepi dar tu kat sini....boleh kita sama2 mencuba....:clap:

DARSITA Publish time 19-7-2005 01:38 AM

DARK FRUIT CAKE
http://www.geocities.com/darsita/Kuih/dfc.JPG
1 cup currants
1 cup raisins
2/3 cup golden raisins
1/4 cup candied cherries
*Saya cuma pakai golden raisins, senang and murah.

3 table spoon Madeira or sherry wine
*(tak perlu sbb tak halal)

3/4 cup (1 1/2 sticks) butter =169 gm (170 pun boleh)
1 cup brown sugar
2 extra large eggs. Room temperature
1 2/3 cup flour
2 teaspoons baking powder
2 teaspoon each ground ginger, allspice and cinnamon ------- saya tak guna ni semua.
1 tablespoondark corn syrup ------ saya gunakan marple syrup yg orang makan sama waffle tu
1 tablespoon milk ----- susu segar

Kalau rajin boleh tambah
1/4 mixed candied fruit
1 cup walnuts or pecan, chopped

For Decoration
-------------------
1 cup sugar
1/2 cup water
1 lemon thinly sliced
1/2 orange thinly sliced
1/2 cup marmalade
candied cherries

1. One day before preparing, combine the currants, both raisins and the cherries in a bowl. Stir in Madeira or sherry (kita orang Islam guna fresh orange dah cukup). Cover and let stand overnight to macerate.

2. Preheat the oven to 300F. Line a 9 x 3-inch springform pan with was paper and grease. Place a tray of hot water on the bottom of the oven.

3. With electric mixer, cream the butter and sugar until light and fluffy. Beat the eggs, 1 at a time.

4. Sift the flour, baking powder and spice together 3 times.

5. Fold into the butter mixture in 3 batches. Fold in the corn syrup, milk, dried fruit and liquid, candied fruit and nuts.

6. Spoon into the pan, spreading out so there is a slight depression in the center of the butter.

7. Bake untila cake teste inserted in the center comes out clean, 2 1/2 - 3 hours. Cover with foil when the topi is golden to prevent overbrowning. Cool in the pan on a rack
* Sejam lepas bakar, saya buka oven dan letakkan foil tak perlu tutup pembakar ketat ketat just letakkan foil menutup pembakar sbb kalau tutup ketat ketat mcm tutup buat kek Choc kukus, ada steam air bertakung dkt foil.
http://www.geocities.com/darsita/Food/fruitcake.JPGhttp://www.geocities.com/darsita/Food/kismis1.JPG

8. For the decoration, combine the sugar and water in saucepan and bring to a boil. Add the lemon and orange slices and cook until candied, abt 20 min. Work in batches if necessary. Remove the fruit with slotted spoon. Pour the remaining syrup over the cake and let cool. Melt the marmalade over low heat, then brush over the top of the cake. Decorate with the candied citrus slices and cherries.
http://www.geocities.com/darsita/Kuih/dfc2.JPG


http://www.geocities.com/darsita/Kuih/dfc6.JPG
http://www.geocities.com/darsita/Food/dfc5.JPG

sitipayung Publish time 19-7-2005 08:17 AM

kakliza

saya cadang nak buat resepi kek buah bakar resepi kak liza

saya rujuk resepi kek buah bakar yang kak liza tuliskan kat forum ini.....resepi tu gunakan 1 cawan jus oren tetapi bila saya baca resepi yg sama dalam website kak liza dituliskan 1/2 cawan jus oren....jadi yang mana satu betul?

bebop Publish time 19-7-2005 02:56 PM

thanks dar.....dah masuk buku....nanti bila senang saya cuba resepi dar pulak....:tq:

[ Last edited by bebop on 19-7-2005 at 03:02 PM ]

hanieliza Publish time 19-7-2005 03:15 PM

Originally posted by sitipayung at 19-7-2005 08:17 AM:
kakliza

saya cadang nak buat resepi kek buah bakar resepi kak liza

saya rujuk resepi kek buah bakar yang kak liza tuliskan kat forum ini.....resepi tu gunakan 1 cawan jus oren tetapi bila say ...

alamak.. ni mesti silap taip lagi laaa...
nanti kak liza perbetuikan/editkan resepi sini..
aceli memang gunakan 1/2 cawan jus oren....
TQ..TQ...:tq:

puansri Publish time 11-9-2005 09:46 AM

tak apa kak liza typingerror....

DianaA Publish time 7-12-2005 10:32 AM

Kek Kukus Buah-Buahan Basah & Lembab

Puan Mod, terlebih dahulu nak minta maaf tak tahu mana nak buat topik ini kat thread mana.Kalau dah ada thread mengenai Kek Buah boleh tolong mergekan ya.:love:

Diana nak berkongsi cara untuk membuat Kek Kukus Buah-Buahan Basah. Boleh perhatikan gambar dan juga cara adunan disediakan.Hasilnya kek ini memang sedap, lembut dan gebu.Buah-buahan pun serata tidak mendap.Rasanya marbelousssss... Diana mengukus menggunakan api besar selama 2 jam kemudian api perlahankan kepada sederhana untuk 1 1/2 jam lagi.Bila buat Kek Buah makcik saudara Diana cakap biarlah cukup sekadar whisk dengan tangan dan jangan gunakan mixer, kerana jika terlalu dipukul adunan akan menghasilkan kek yang agak kering.Segala tips telah Diana berikan didalam resipi dibawah dan resipi inilah yang selalu makcik Diana menerima tempahan beratus buku kek buah sewaktu musim perayaan.

Diana mencuba setengah adunan dan dalam menghasilkan kek buah berukuran 7 x 7 x 2 1/2 inci.Jika anda tidak berapa suka kek buah yang terlalu moist (basah) boleh mencuba resipi Kek Kukus Buah-Buahan Lembab yang juga Diana berikan dibawah. Kepada semua Selamat Mencuba.

Masukkan Mentega dan Gula
http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah1-MentegaGula.jpg

Letak esen vanilla dan pewarna
http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah2-EsenVanillaPewarna.jpg

Masukkan telur
http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah3-MasukTelur.jpg

Selepas telur digaul
http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah4-Selepastelurdigaulseb.jpg

Masukkan tepung
http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah5-MasukTepung.jpg

Selepas tepung digaul
http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah6-Selepastepungdigaulse.jpg

Gula Hangus
http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah7-GulaHangus.jpg

Tepung yang telah digaul dengan gula hangus
http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah8-Tepungyangtelahdigaul.jpg

Selepas masukkan mixed fruits
http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah9-Selepasmasukmixedfrui.jpg

Tutup dengan aluminium dan kukus
http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah10-Tutupdenganaluminium.jpg

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah11-Selepasdikukus.jpg

http://i10.photobucket.com/albums/a140/Diana_A/KekKukusBuah13.jpg

KEK KUKUS BUAH-BUAHAN BASAH
Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
600 gram tepung gandum
300 gram gula halus
5 biji telur - GRADE A - besar (kalau GRADE B - 8 biji)
2 1/2 buku (625 gram) mentega Golden Churn/ SCS
1 kotak (500 gram) buah-buahan campuran
2 sudu teh bicarbonate of soda
1 1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)

2 cawan gula, untuk dibuat gula hangus
kertas kuih
aluminium foil

Cara-caranya
1.Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan.Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2.Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak.Ketepikan.
3.Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4.Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering.Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5.Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur.Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6.Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih.Hati-hati gula hangus ni panas.Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati.Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7.Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata.Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8.Alaskan kertas kuih didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung.Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam.Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.



KEK KUKUS BUAH-BUAHAN LEMBAB
Sumbangan: Makcik Diana

Bahan-bahannya
1 tin (16oz) mentega Golden Churn
600 gram tepung gandum
400 gram campuran buah-buahan
2 cawan gula halus
6 biji telur
2 sudu teh bicarbonate of soda
2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
sedikit pewarna coklat (sarsaparilla liquid brown)
kertas kuih
aluminium foil

Untuk Gula Hangus
2 cawan gula
1/2 cawan air

Cara-caranya
1.Panaskan air dalam kukusan terlebih dahulu.Tepung gandum 600 gram, ambil sedikit dan gaulkan dengan campuran buah-buahan, gaul rata untuk salutkan tepung dengan buah-buahan.Ini akan dapat mengelakkan buah-buahan dari mendak ke dasar kek sewaktu ia dikukus.
2.Tepung gandum, bicarbonate of soda dan cream of tartar diayak.Ketepikan.
3.Menggunakan whisk tangan, pukul mentega, gula sehingga kembang dan sebati. Masukkan esen vanilla dan pewarna coklat sarsaparilla brown liquid dan pukul dengan kacau dengan tangan sehingga ia sebati.
4.Masukkan telur satu persatu dan pukul dengan tangan agak-agak sudah sebati sudah mencukupi, berhenti.Bila masukkan telur tidak boleh terlalu dipukul ini akan mengakibatkan kek kukus nanti kering.Jadi memadai dengan telur dimasukkan satu persatu dan bergaul sebati dengan adunan mentega.
5.Masukkan tepung yang telah diayak kedalam adunan, gunakan spatula atau senduk plastik dan kaup balikkan satu pusing arah sehingga tepung bergaul sebati dengan adunan telur.Jangan terlalu menggaul adunan tepung, cukup dengan pusing kaup balik sehingga tepung sebati.
6.Menggunakan periuk non-stick yang ada handle, masukkan 2 cawan gula dan dengan api yang kecil masak gula sehingga ia cair dan bertukar warna coklat dan berbuih.Masukkan sedikit demi sedikit 1/2 cawan air dan kacau gula sehingga ia larut.Hati-hati gula hangus ni panas.Sewaktu gula hangus panas, ia akan cair dan bila ia sejuk selalunya ia akan keras jadi sewaktu ia panas tuang kedalam adunan tepung dan kacau menggunakan spatula dengan cepat sehingga adunan sebati.Boleh minta pertolongan seseorang untuk tolong tuangkan gula panas jika anda rasa kekok membuat sendiri.
7.Akhir sekali, masukkan campuran buah-buahan dan kaup balik adunan, jangan terlalu digaul cukup hanya bila buah-buahan bergaul rata.Ini untuk menggelakkan buah-buahan mendap kedasar kek bila ia dikukus.
8.Alaskan kertas minyak didalam loyang dan sapukan dengan mentega dan salutkan dengan tepung.Kemudian tuang adunan tepung kedalam loyang dan pastikan air kukusan telah mendidih dan tutup loyang dengan aluminium foil dan kukuslah selama 4 jam.Masa mengukus boleh dikurangkan jika mahu.



[ Last edited bynhuda at 26-9-2007 08:44 AM ]

orgkaya Publish time 7-12-2005 10:35 AM

dulu suka buat kek nie tapi payah sangat nanti saya buat Diana postkan ok...saya bagi feedback

shidaaziz Publish time 7-12-2005 10:46 AM

diana, masa mengukus tu 4 jam kan. macam mana nak tambah air? tak membantutkan kek ke? nak tambah air mesti guna air panas.

eonis_balqis Publish time 7-12-2005 11:08 AM

bestnyerrr... Diana!

akanku cuba resepi mu ni!

x sabar nyeee nak buat..

tp lmnye nak kukus ek! 4 jam..
Pages: 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 [13] 14 15 16 17 18 19 20 21 22
View full version: KEK BUAH KUKUS / BAKAR


ADVERTISEMENT