MAKLANG Publish time 7-12-2005 11:14 AM

Originally posted by shidaaziz at 7-12-2005 10:46 AM
diana, masa mengukus tu 4 jam kan. macam mana nak tambah air? tak membantutkan kek ke? nak tambah air mesti guna air panas.

shida - maklang buat camni...panaskan air kat piok lain pehtu dah panas curahkan jer dlm piok pengukus tu..

shidaaziz Publish time 7-12-2005 11:16 AM

Originally posted by MAKLANG at 7-12-2005 11:14 AM


shida - maklang buat camni...panaskan air kat piok lain pehtu dah panas curahkan jer dlm piok pengukus tu..

betul le tu maklang. tapi.......bila kita buka periuk tu, tak membantutkan keke?

Neksu Publish time 7-12-2005 11:16 AM

Thanks Diana for the recipe dan cara masak nya...step by step.


Shida,
masa mengukus kalau nak tambah air mesti tambah air panas.

ct8076 Publish time 7-12-2005 12:15 PM

Originally posted by Neksu at 7-12-2005 11:16 AM
Thanks Diana for the recipe dan cara masak nya...step by step.


Shida,
masa mengukus kalau nak tambah air mesti tambah air panas.

oooo... baru saya tau kalu nak tambah air masa kukus kena + ngan air panas....
selama nih main curah je air sejuk..:stp:
thank neksu for the info :tq: kena banyak menuntut lagi nih...

long Publish time 7-12-2005 12:42 PM

Diana, kalau x der sarpralela liquid brown apa bahan lain yg boleh digantikan (ingat nama sarsp.. kan ada air botol (soda) nama ni),

atau boleh tak substitute ngan molas

t/kasih diana ...one of my peveretcake selepascake lapis!

DianaA Publish time 7-12-2005 02:04 PM

Originally posted by orgkaya at 7-12-2005 10:35 AM
dulu suka buat kek nie tapi payah sangat nanti saya buat Diana postkan ok...saya bagi feedback

Minta tolong ahli keluarga part nak tuang gula hangus kedalam adunan tepung.Guna senduk kayu untuk mengacau supaya adunan sebati.Jika ada gula hangus yang dah keras sikit tu tak apa nanti bila dikukus gula itu akan cair.Dan bila handle gula hangus hati2 ya... SANGAT PANAS.. :)

DianaA Publish time 7-12-2005 02:06 PM

Originally posted by shidaaziz at 7-12-2005 10:46 AM
diana, masa mengukus tu 4 jam kan. macam mana nak tambah air? tak membantutkan kek ke? nak tambah air mesti guna air panas.

Shida, periuk kukusan memang Diana letak air full.Panaskan sehingga air blup blup blup mendidih betul baru letak loyang yang berisi adunan tepung ya.Kalau air panas dah surut, tambah menggunakan AIR PANAS jangan sesekali menggunakan AIR SEJUK dari paip.Ini supaya hawa panas bila kita kukus itu tetap maintain.Kek tidak akan bantat minta tolong ahli keluarga satu angkat tingkat atas then Shida tuang air panas kedalam periuk kukus belah bawah tu :)

DianaA Publish time 7-12-2005 02:13 PM

Originally posted by eonis_balqis at 7-12-2005 11:08 AM
akanku cuba resepi mu ni!

x sabar nyeee nak buat..

tp lmnye nak kukus ek! 4 jam..

Eonis, kek kukus buah memang selalu dikukus selama 4 jam, ini supaya kek tersebut tahan lama.Tetapi jika untuk makan sendiiri boleh kukus 3 jam.Yang Diana buat tempoh hari setengah adunan tu Diana kukus 3 jam sahaja :)... Api mesti besar sewaktu mula mengukus suaya buah-buahan tidak mendap kedasar.Selepas 2 jam baru boleh serderhanakan apinya...

DianaA Publish time 7-12-2005 02:15 PM

Originally posted by shidaaziz at 7-12-2005 11:16 AM


betul le tu maklang. tapi.......bila kita buka periuk tu, tak membantutkan keke?

selalunya air akan surut selepas 1 jam mengukus, jadi bila kita buka sekejap isi air tidak akan membantutkan kek tersebut shida :) asal jangan kita buka lama2 dah ler :cak:

DianaA Publish time 7-12-2005 02:16 PM

Originally posted by Neksu at 7-12-2005 11:16 AM
Thanks Diana for the recipe dan cara masak nya...step by step.


Shida,
masa mengukus kalau nak tambah air mesti tambah air panas.

sama2 Neksu... kebetulan memang nak CSI pasal Kek Kukus Buah ni :) boleh kongsi ilmu yang ada dengan kawan2 kat sini gak

DianaA Publish time 7-12-2005 02:17 PM

Originally posted by ct8076 at 7-12-2005 12:15 PM


oooo... baru saya tau kalu nak tambah air masa kukus kena + ngan air panas....
selama nih main curah je air sejuk..:stp:
thank neksu for the info :tq: kena banyak menuntut lagi nih...

CT, untuk kek jenis apa pun yang kita kukus jika air dah surut tambah guna AIR PANAS jadi wap dan hawa panas mengukus tu sentiasa mantain :)

DianaA Publish time 7-12-2005 02:19 PM

Originally posted by long at 7-12-2005 12:42 PM
Diana, kalau x der sarpralela liquid brown apa bahan lain yg boleh digantikan (ingat nama sarsp.. kan ada air botol (soda) nama ni),

atau boleh tak substitute ngan molas

t/kasih diana ...one ...

Long boleh gantikan dengan black treacle, ada jual di BWY.Molasses Diana pernah pula cuba jadi tak tahu dari segi rasa macam mana nanti hasilnya :) harap dapat membantu.Kek yang sedap2 ni selalu Long agak rumit sikit buatnya :cak: tapi bila dan NGAP tak fikir rumit membuatnya.

shidaaziz Publish time 7-12-2005 02:20 PM

Originally posted by DianaA at 7-12-2005 02:17 PM


CT, untuk kek jenis apa pun yang kita kukus jika air dah surut tambah guna AIR PANAS jadi wap dan hawa panas mengukus tu sentiasa mantain :)

ya betul. kalo tak nanti kek tak naik pasal tetiba terkejut ada masuk air sejuk.

detox Publish time 7-12-2005 02:48 PM

ala terima kasih banyak2 la Diana.
i pun ada recipe camtu cuma dia pakai 500 gm butter je
tapi kering rupanya bila dah baca teknik dari diana, baru la tau kenapa kering
i ingat kena pukul telur biar sampai kembang rupa2nya sikit2 aje
ni weekend nak try buat ikut recipe u lah, pakai butter 21/2 plak. ok thanks ye.

Hawa Publish time 7-12-2005 03:23 PM

sedapnya...tengok gambar jea dah :mll::mll:

MAKLANG Publish time 7-12-2005 03:47 PM

fruit kek ni sedap tapi tu ler..lama benor nak masak...berjam2...

zul_khaleeda Publish time 7-12-2005 03:48 PM

cuti leh lah buat nih..tima kasih diana

DianaA Publish time 7-12-2005 04:07 PM

Originally posted by detox at 7-12-2005 02:48 PM
ala terima kasih banyak2 la Diana.
i pun ada recipe camtu cuma dia pakai 500 gm butter je
tapi kering rupanya bila dah baca teknik dari diana, baru la tau kenapa kering
i ingat kena pukul telur...

Cubalah Detox, Diana banyak bertanyakan makcik kenapa ada Kek Kukus yang dibuat agak kering so jawapannya adunan tak boleh terlalu dipukul, just memadai adunan sebati. :)

DianaA Publish time 7-12-2005 04:07 PM

Originally posted by MAKLANG at 7-12-2005 03:47 PM
fruit kek ni sedap tapi tu ler..lama benor nak masak...berjam2...

tul tu maklang :cak: tapi kek kukus buah lagi lama disimpan lagi sedap rasanya... semua dah sebati

DianaA Publish time 7-12-2005 04:09 PM

Originally posted by zul_khaleeda at 7-12-2005 03:48 PM
cuti leh lah buat nih..tima kasih diana

you're welcome zul :)
Pages: 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 [14] 15 16 17 18 19 20 21 22 23
View full version: KEK BUAH KUKUS / BAKAR


ADVERTISEMENT