blackrose Publish time 7-12-2006 02:19 PM

Tauhu goreng special

Tauhu
Isi ayam/Ikan/daging/udang(terpulang) - dah digoreng terlebih dulu-hancurkan
daun sup -cingcang halus
sayur campur
cili besar-cingcang halus
bawang goreng
telur
garam
lada sulah

caranya...

potong tauhu kepada 2 bahagian bentuk tiga segi
korek isinya menggunakan sudu . pastikan tak koyak kulit luarnya
Lenyak isi tahu bersama isi ikan/ayam/ udang. masukkan semua bahan lain kecuali telur. jika adunan kering sangat letak skit putih telur.
pastu sumbatkan kedalam tahu balik adunan tadi.
celup dalam telur dan goreng dalam minyak yang panas.

ala buat macam ala-ala begedil tu. . makan ngan sos. sedap.......... selamat mencuba

ashra Publish time 7-12-2006 05:44 PM

Reply #61 blackrose's post

sedapnya..ni guna tahu putih ke tahu goreng tu

ashra Publish time 7-12-2006 05:47 PM

Reply #52 cranko21's post

pernah buat resepi ni mmg sedap..takde hotplate kita pakai kuali non stik je :P
slalu wat ni ratah je tak payah mkn nasi mmg kenyang..letak tofu dgn sayo lebih skit..udang pon lebih skit manissss tau

crysT@|| Publish time 8-12-2006 01:15 PM

cemana nak wat tauhu yg mcm pudding pastu ,ada sos kat atas tu ..tak reti nak describe, gambo pun takde.. opps!

cikmon Publish time 10-12-2006 05:06 PM

Resepi Tauhu Bakar

Akum,

ade tk sape2 kat sini yg tahu buat sos/kicap tauhu bakar?
biasa beli kat pasar mlm diorg buat mcm sos sambal.
tp ade sekali tu mkn kat kedai diorg buat kicap pekat,sedap gak...
so,nak mintak la bantuan drpd forumers kat sini kalau sape2 tau cara membuatnyer..
(tak kisah lah sos / kicap @kedua2nya sekali:nerd:)

ribena_beri Publish time 20-12-2006 01:04 PM

TAHU GORENG SCHEZUAN

Bahan-bahannya:-
4 keping tahu,dipotong dadu besar
10 ekor udang,dikupas kulitnya
1 batang karot,dipotong serong
2 ulas bawang putih,diketuk
3 biji cili padi thailand,dihiris atau 1 sudu besar cili flakes
1/4 cawan sos tiram
1/4 cawan kicap
1/2 cawan sos cili
1/2 cawan sos tomato
3cawan air
bancuhan tepung jagung
garam secukup rasa
serbuk perasa jika suka
minyak untuk menumis dan menggoreng tahu

Bahan untuk dikisar kasar:-
1 biji bawang besar
7 batang cili padi thailand

Cara-caranya:-
1.Panaskan minyak dan goreng tahu yang telah dipotong dadu sehingga setengah masak.Angkat dan ketepikan.
2.Minyak boleh dikurangkan kepada 1/2 cawan dan masukkan bawang putih dan cili padi/cili flakes.Tumis sehingga naik bau.Jangan terlalu garing sangat.Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga rempah masak.
3.Masukkan pula sos tiram,kicap,sos cili dan sos tomato.Masukkan juga garam dan serbuk perasa dan juga air.Biarkan ia mendidih.Kemudian masukkan udang.   
4.Bila udang sudah setengah masak,masukkan pula karot dan juga tahu yang telah digoreng.Biarkan kuah reneh dalam 5 minit agar ia serap kedalam tahu.
5.Masukkan bancuhan tepung jagung dan besarkan api biar ia mendidih sekejap.Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Nota:
Kalau nak ikutkan masakan schezuan banyak menggunakan lada dan memang teramat pedas,resipi ini Diana olah sikit supaya sesuai untuk keluarga yang mempunyai anak2 kecil.Diana lebih suka gunakan tahu biasa dari tahu sutera.Boleh juga guna tahu sutera,sebelum goreng tahu sutera salut dengan tepung jagung dan goreng agar tahu tidak mudah pecah.

http://i134.photobucket.com/albums/q93/ribena_beri/PC080963.jpg
inilah hasilnya.. memang sedap sungguh.. :love:

Kacip_Fatimah Publish time 25-12-2006 07:17 PM

Originally posted by crysT@|| at 8-12-2006 01:15 PM
cemana nak wat tauhu yg mcm pudding pastu ,ada sos kat atas tu ..tak reti nak describe, gambo pun takde.. opps!
tauhu yang mcm puding?!ermmm....
err...kalau yg tuh bukan steam tofu ker?!
kalau makan kat The Chicken Rice Shop nanti ada yg nie..
yg itu ker?!
tofu tuh tofu yg dalam bekas kan..pastu alihkan tofu tuh dalam pinggan then steam kan dgn oyster souce then sprinkle dgn daun bawang apa seme..yg itu ker?!

kacang^soya Publish time 25-12-2006 09:11 PM

Kat opis aku ada food court ada restoran nyonya wat lauk tauhu ...macam taufu fa tuh isi dalan loyang 10" tp savory punya ada rasa ayam la, daun bawang bla bla pergh sedap giler...cuma kalo nak amik kena skup guna senduk cam taufu fa la...tp savoury / berlauk punya version...nanti aku amik gambar dia kalo ada lagik...mana tau sesapa kat sini bleh share resipi..

cenggitu Publish time 26-12-2006 12:30 AM

Originally posted by NoorMasri at 11-5-2006 04:53 PM
semlm Noor masak SEAFOOD & TOFU SOUP...ratah je..tak selera makan nasi

http://i30.photobucket.com/albums/c331/noormamusa/pic661.jpg


ikut resepi dlm buku Chinese Cooking..sesuai dgn cita ...

seleranya nampak..bagilah resepi kak noor

[ Last edited byKacip_Fatimah at 26-12-2006 12:34 PM ]

cenggitu Publish time 26-12-2006 12:36 AM

di rumah ni kalau ada tahu goreng simple ajer tapi kegemaran my family..

Tauhu Goreng With Sos Kicap

Tahu belah 2 (jadi triangle)
kelar tengah jgn putus...
rendam dlm air with garam sikit for few minutes
goreng...

cicah dengan sos kicap manis

cara2 buat sos kicap
cili merah
bwg putih
gula
garam secubit - all ditumbuk..gula nak banyak sikit...bila dah tumbuk tu kena ikat sikit..kira2 kacau nampak cam sticky sket..
dah siap utk dimakan...

best with nasi panas, ikan goreng, sayur bening (or some called singgang)

Cubalah..

Kacip_Fatimah Publish time 26-12-2006 12:47 PM

semalam wat egg tofu..
nak masukkan brokoli tapi sayang dah tak elok dah...
so tofu ajelah semata-mata..

egg tofu tu dipotong mcm biasa..goreng sekejap..
kuarkan minyak skett tinggal untuk menumis sahaja..
tumis bawang putih dan halia yang diketuk..sehingga garing..
masukkan sos tiram dan garam skett..
masukkan campuran tepung jagung utk pekatkan kuah..
last sekali masukkan tofu..siap!
ringkas gilerrr!

Kacip_Fatimah Publish time 26-12-2006 12:48 PM

semalam wat egg tofu..
nak masukkan brokoli tapi sayang dah tak elok dah...
so tofu ajelah semata-mata..

egg tofu tu dipotong mcm biasa..goreng sekejap..
kuarkan minyak skett tinggal untuk menumis sahaja..
tumis bawang putih dan halia yang diketuk..sehingga garing..
masukkan sos tiram dan garam skett..
masukkan campuran tepung jagung utk pekatkan kuah..
last sekali masukkan tofu..siap!
ringkas gilerrr!

alangGIRL Publish time 26-12-2006 05:23 PM

alang nak share satu resepi tofu yg alang suka.... alang pun tak pasti nama dia apa, tp memang sedap dimakan dengan sos cili....

Bahan2
3 peket tofu telur
2 ketul sederhana ikan tenggiri
sedikit carrot yang dicincang halus
sedikit daun bwg yang dicicang halus (optional)
sedikit lada sulah
garam (optional, selalu alang tak letak sbb dh rasa masin)
1 biji telur (untuk celup sblm goreng)
minyak untuk mengoreng

Cara2
1. isi ikan tengiri ditumbuk lumat
2. Kisar tofu telur dlm food processor
3. Bila tofu dh hancur, masukkan isi ikan tenggiri, lada dan garam dan kisar hingga sebati
4. Pastu masukkan carrot dan daun bwg kedalam mixture dan gaul hingga rata.
5. Masukkan mixture dlm baking tray dan kukus hingga tofu tu keras semula
6. Bila dh keras, keluarkan dan sejukkan.
7. Bila dh suam@dh sejuk, boleh potong ikut kesukaan masing2 (sederhana tebal lg ok). Bila potong rupa dia akan mcm tofu biasa balik
8. Kleluarkan tofu yg telah dipotong, celup kedalam telur yg telah dipukul dan goreng kedalam minyak. Apabila kuning keemasan, keluarkan dan hidangkan bersama sos cili.

Mmg sedap. Should try this, really nice...

[ Last edited byalangGIRL at 26-12-2006 05:25 PM ]

crysT@|| Publish time 30-12-2006 09:55 AM

Originally posted by Kacip_Fatimah at 25-12-2006 07:17 PM

tauhu yang mcm puding?!ermmm....
err...kalau yg tuh bukan steam tofu ker?!
kalau makan kat The Chicken Rice Shop nanti ada yg nie..
yg itu ker?!
tofu tuh tofu yg dalam bekas kan..pastu alihka ...


haaaaa ... yg tu lah...yg kat atas dia tuh camner nat wat? any recipe please..

DARSITA Publish time 1-1-2007 07:56 AM

Tofu Chinese Style -

Tofu lembut satu kotak - tak tau lah dkt Malaysia ada ke tidak. Cuci dan lap dgn paper towel. Stimkan dlm 5 minit.

Sauce - udang kering cincang halus, bawang putih. - Goreng dgn minyak sampai garing.
Masukkan oyster sauce, lada sulah & sedikit garam.

Bila hendak makan tuangkan sauce ini atas tofu yang telah disteam.



http://www.geocities.com/darsita/nasilemak/tofu.PNG



[ Last edited byDARSITA at 31-12-2006 03:58 PM ]

crysT@|| Publish time 1-1-2007 05:19 PM

oo senang je... thanks for the recipe kak Dar !yum yum

rieyna Publish time 24-3-2007 10:35 AM

tauhu jepun

nak tumpang tanya...cmner masak ni ek...aritu mkn kat kedai..sedap:D ada mcm masak tauhu bersos yg biasa tu ker??

rieyna Publish time 24-3-2007 10:48 AM

mod nak tutup thread ni takper la...td search dh jumpa resepi nya;P

saja nak berkongsi:

Tauhu Jepun

Bahan-Bahan:
Bahan-bahan untuk kuah:
3 ulas bawang putih (dikisar halus)

aQuA_dIaMoNd Publish time 24-3-2007 10:51 AM

tauhu jepun yg panjang tu ke laling???

rieyna Publish time 24-3-2007 10:53 AM

Reply #3 aQuA_dIaMoNd's post

hi aqua...jumpe kat sini pulak:$ a'a..yg jual dlm tiub tu...tauhu jepun kan? tapi beli smlm dia tulis taufu telur...sama ke
Pages: 1 2 3 [4] 5 6 7 8 9
View full version: ANEKA RESIPI TAUHU


ADVERTISEMENT