ninoZ Publish time 13-6-2009 10:11 PM

Reply #139 norrah_joe's post

rasanya kat archive ada resepi kuah tauhuu bakar nih

kodoklawa Publish time 18-1-2010 10:28 AM

upkan blk thread tauhu ni..:lol:

http://i195.photobucket.com/albums/z167/zikrymania/tauhufantasi.jpg
http://i195.photobucket.com/albums/z167/zikrymania/collagetauhufantasy.jpg

Tauhu Fantasia
Bahan2 A

3 ketul tauhu Jepun
segenggam taugeh
Daun Bawang Hiris
1 batang lobak merah dadu (sagat halus2 lagi cun)
5 ulas bawang merah hiris nipis
6 ulas bawang putih parut (tumbuk pun tak pe)
serbuk lada sulah
garam
1 biji telur

Bahan B
1-2 biji telur (pkl sikit)
tepung kfc/berperisa

Cara buat
1.Sediakan kukusan
2.Hancurkan tauhu jepun kemudian masukkan bawang merah ,daun bawang,parutan bawang
putih,lobak merah,serbuk lada sulah,garam dan telur.Gaul rata semua bhn2 tadi & masukkan dlm
bekas kecil atau pun loyang.Kukus hingga masak
3.Setelah masak sejukkan terlebih dahulu tauhu..(ku nk cpt ..sumbat dlm freezer 10 minit)
4. Keluarkan tauhu dr bekas kemudian golekkan (bukan gelek tau..)tauhu2 tu kat tepung
kfc a.k.a tepung berperisa kemudian celup dlm telur dan goreng hingga masak.
5.Sedap dimakan dgn sos cili thai dan mayonis..

ninoZ Publish time 18-1-2010 11:18 AM

142# kodoklawa
amboi nama..:D

lyna22 Publish time 23-1-2010 10:30 PM

tauhu bakar utk snacking;P

http://img121.imageshack.us/img121/3411/dsc00641i.jpg

Achik-Yaya Publish time 24-2-2010 12:12 PM

sup cendawan + egg tofu

http://pic20.picturetrail.com/VOL1474/12177752/21656204/383260921.jpg

rimbun Publish time 25-2-2010 01:21 PM

144# lyna22


ayoyoyoyo... sodap ler tahu baka nii. emm kena g pasar tani ler camni.. ada jual tauhu yg org melayu buat. sedap sgt.. rimbun selalunya just fry without minyak kat non-stick pan jer (bakar ler kengkonon kan) pastu makan ngan sos cili n ulam.. sedapnya

sexyzangel Publish time 16-7-2010 09:55 PM

TOLONG SUMER!!!!!!!!!!!
TGH MENGIDAM NIH.............:'(:'(   :'(   :'(

SESAPER TAU CEMANA CARA WAT TAUHU YG ADER AIR GULA KAT LAPISAN BAWAH???
DULU SAYA SLALU BELI KAT BAZAAR RAMADAN DI JB.... TOLONGGGGGG

chempaka_ku Publish time 17-7-2010 12:40 AM

Reply 147# sexyzangel

Tau fu fah ke?resipi ada dalam thread ni http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=228117&extra=&highlight=tau%2Bfu%2Bfa&page=1

suraiya Publish time 21-7-2010 09:02 AM

salam semua
nak tanya kakak2 kat cni la...saya ni baru belaja masak last week saya try buat tauhu sumbat tapi kan tauhu yang saya goreng tu hancus lak :'( macam mana nak goreng tauhu tanpa bagi dia hancur berderai or lembik? pastu nak kulit die warna kuning keemasan cam tauhu2 kat cni? minta tunjuk ajar sikit

suraiya Publish time 21-7-2010 09:03 AM

alamakss...sorri ter post 2x lakss

chempaka_ku Publish time 21-7-2010 06:46 PM

Reply 149# suraiya

gunakan tauhu jenis keras, sesuai untuk goreng................

fatehana Publish time 23-7-2010 05:32 PM

Reply 149# suraiya


suraiya biasanya saya biarkan minyak tu betul2 panas
pastu tahu tu bubuh garam halus sikit so xdelah melekat
bila dah masukkan dalam minyak panas tu biar sekejap sebelum dibalik2kan
then biar 2 3 kali balik terus angkat

saya jarang buat tahu sumbat sebabnya husband lebih suka makan tahu cicah dgn sambal kicap aje
atau tahu tu lps goreng
tumis dgn bawang putih, cili padi
then mskkan tahu
then barulah kicap manis
so ready to eat :lol:

sara_thrash Publish time 28-8-2010 09:27 PM

sape prnh g mkn kat tupai2.. sara suka sgt dorang punya tauhu jepun yg kat sana tu tp nak wat sendiri xreti... tiap kali g sana mesti tauhu tu pilihan wajib..

azz_azza Publish time 28-8-2010 09:49 PM

azz duk kt indoensa br belajar makan tahu n temep, now boleh mkn tahu goreng begitu saahay, pakai kunyit, depa kreatif nk wat ape dgn tahu tempe, ade tahu crspy lah, n hnest;y mmg sedap///

Lady_On_Earth Publish time 31-8-2010 03:22 PM

http://i672.photobucket.com/albums/vv84/LOE25/IMG_3861.jpg
steam tofu with minced beef

penyulawa Publish time 24-9-2010 03:21 AM

meh try buat cam ni pulak... {:1_132:}

http://2.bp.blogspot.com/_mizjySS6cXA/TAdd9b9L-3I/AAAAAAAACjM/l7QGaTeK1Wo/s400/TLsostiram7.jpg

Tauhu Lembut Sos Tiram
4 keping tauhu lembut - potong 2, goreng, susun dlm pinggan kuah
2 ulas bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
4 sudu besar sos tiram
2 cawan air
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

hiasan - bawang goreng & hirisan daun bawang atau kuchai

Saute bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan sos tiram kedalamnya. Kacau rata. Masukkan air, kacau dan biar mendidih. Masukkancuka kemudian bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Siram atas tauhu siap goreng.Taburkan bawang goreng dan hirisan daun bawang/kuchai.
Siap untuk dihidang.

sitipayung Publish time 29-1-2012 09:25 PM

http://i1208.photobucket.com/albums/cc380/lin2011/DSC01735.jpg

tauhu sumbat

Achik-Yaya Publish time 5-7-2012 11:18 AM

http://img507.imageshack.us/img507/9978/sambaltauhu.jpg

SAMBAL TAUHU

Bahan :
3 keping tauhu - goreng dan potong empat
2 biji telur

(blend)
10 cili kering
1/2 labu bawang bawang
5 ulas bawang putih
1 hiris halia

bawang goreng
daun bawang

sos tiram
sos cili
sos tomato
garam/gula
1/4 cawan air

Cara
1. Tumis bahan-bahan yang diblend tadi sehingga naik minyak.
2. Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, air, garam dan gula. (sila ikut sesedap rasa)
3. Biarkan mendidih.
4. Masukkan tauhu yang telah digoreng.
5. Goreng sehingga sedikit kering. (sambal cili melekat pada tauhu)
6. Pecahkan telur. Kacau 1-2 minit.
7. Siap. Taburkan bawang goreng dan daun sup.

sitipayung Publish time 1-1-2013 09:30 PM

tauhu poket
http://i1208.photobucket.com/albums/cc380/lin2011/DSC06515_zps939ec3e3.jpg

sitipayung Publish time 1-1-2013 09:34 PM

http://i1208.photobucket.com/albums/cc380/lin2011/DSC06535_zps61616b16.jpg

tauhu poket
Bahan-bahan ( 10 biji )

5 kpg tauhu
50 gm isi udang dicincang halus
1/2 biji bawang besar didadu halus
1 inci lobak merah diracik halus
2 helai daun ketumbar dihiris halus
2 sb telur (dlm 1/2 biji)
1 sb tepung jagung
1/2 sk pati ikan bilis
sedikit garam
Cara-cara

Tauhu dipotong 2. Kemudian korek tauhu buat poket (mcm buat tauhu sumbat). isi tauhu yg dikuarkan jgn buang.
Hancurkan isi tauhu tadi dgn sudu. Campurkan semua bahan lain kedlm tauhu yg telah dihancurkan tadi. Gaul rata semua bahan.
Sumbatkan bahan2 yg telah digaul td ke dlm tauhu. Siap mengisi tauhu, bolehlah digoreng. Goreng dgn minyak yg panas
Boleh dijadikan lauk atau snek yg dihidang bersama dgn sos....


















Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9
View full version: ANEKA RESIPI TAUHU


ADVERTISEMENT