mardhiah12 Publish time 12-6-2007 04:40 PM

Tajuk Buku: Pudarnya Pesona Cleopatra
Penulis: Habiburrahman El Shirazy
Penerbit: Al-Hidayah
Dibeli Di: Nile Books, KL Sentral

Sekarang masa untuk mengulit novel fiksyen. Kemerdekaan sementara dari kuliah dan peperiksaan, mampu membuatkan saya sedikit lega.

Namun, perjalanan ke KL Sentral turut memberi saya peluang membeli buku Habiburrahman yang lain. Kali ini, Pudarnya Pesona Cleopatra.

Ini lagi sebuah karya Habiburrahman El Shirazy yang sangat menyentuh hati. Buku ini mengandungi dua mini novel berjudul 'Pudarnya Pesona Cleopatra' dan 'Setitis Embun Cinta Niyala'. Nipis, kira-kira 120 mukasurat, tapi masih mampu meninggalkan kesan mendalam. Pada permulaannya, saya mengambil novel tersebut hanya kerana penulisnya Habiburrahman El Shirazy.

Pudarnya Pesona Cleopatra, menceritakan kisah Raihana dan suaminya. Si pencerita adalah suami Raihana, yang dari permulaan tidak mempunyai rasa hati terhadap isteri yang menjadi pilihan ibunya, padahal si suami merupakan seorang sarjana lulusan dari Mesir. Raihana, bukannya calang-calang orang, merupakan seorang sarjana, dan hafaz Al-Qur'an. Tetapi, titik pencarian cinta itu tidak diketemui oleh si suami kerana si suami masih mengidamkan gadis Mesir untuk menjadi permaisuri hatinya.

Utuhnya kasih Raihana, masih mengharap dengan penuh rasa rendah hati dan kesyukuran, berusaha mengintai buah cinta suaminya. Itupun masih sukar untuk mencairkan hati sang suami. Ending cerita ini mampu membuat saya menangis. Novel ini diakhiri dengan tulisan penulis 'Bagi mereka yang memandang kecantikan itu adalah segalanya..'

Setitis Embun Cinta Niyala, agak santai, dan lebih sesuai untuk dibaca oleh mereka yang berimpian untuk mendirikan rumahtangga :D. Mengisahkan Niyala, lulusan sarjana kedoktoran, yang diarah bernikah dengan lelaki pilihan ayahnya akibat hutang yang menimbun. Manakan mungkin Niyala bernikah dengan lelaki yang pernah hampir meragut kehormatan dirinya. Titik permasalahan yang menemui jalan buntu, dalam keadaan terdesak sebegitu, Niyala memohon pertolongan dari abang angkat, anak kepada teman baik arwah ibunya untuk menyelesaikan masalahnya.

Mudah sahaja saya menghabiskan novel ini, hanya seketika. Saya benar terkesan dengan cerita pertama, Pudarnya Pesona Cleopatra sehingga mengalirkan air mata.

Tidak rugi membacanya.

aurora_belle Publish time 24-6-2007 10:05 AM

Punya menarik penceritaan penulis, belle habiskan dlm masa 2 hari. Air mata sentiasa bergenang dan kadang2 meleleh sbb keindahan bahasa yg diguna. Tersentuh perasaan ni bila keindahan Islam tu dijiwai watak2 utama dlm novel ni.

If everyone feels and practises the same, the world would be more peaceful :$

aurora_belle Publish time 24-6-2007 10:08 AM

Bila agaknya buku ni nak sampai ke malaysia? Belle prefer yg di translate ke BM supaya boleh lebih feel :$

blOOpBloop Publish time 25-6-2007 09:18 PM

reply #7 aurora_belle's post

hmm..
actually pada saya yg original bahasa indonesia lebih feel sbb ayat2 bahasa indonesia lagi puitis..lagi pun tu original bahasa dia..

[ Last edited byblOOpBloop at 3-8-2007 06:02 PM ]

blOOpBloop Publish time 25-6-2007 09:24 PM

reply #7 aurora_belle's post

sorry..double posting:L :L :L

[ Last edited byblOOpBloop at 25-6-2007 10:47 PM ]

fa_stellar Publish time 27-6-2007 11:42 AM

Aku bru abis baca Pudarnya Pesona Cleopatra. seperti biasa HES berjaya membuatkan aku tersentuh. lg2 bile bc Pudarnya Pesona Cleopatra..takot2 je aku jd mcm suami Raihana tu (tade nama eh?). Terlalu memandang pada luaran seseorang, nk mcmtu mcmni..padahal yg dalaman tu lg penting. Nauzubillah!:L

2nd mini novel tu, santai2..mcm comel. Teringat plak tagline novel Tunggu Teduh Dulu (Faisal Tehrani) - " Kerja Tuhan Siapa Yang Tahu"...cepat btol Niyala dan Faiq boleh jatuh cinta dan akhirnya buat keputusan utk kawin. Btol la tu, kerja Tuhan siapa yang tahu. Senyum2 je aku bc bahagian ni..tetiba aku terbayang muka Faiq ni mcm Sahrul Gunawan dlm cite Jalan Lain Ke Sana as Ustaz Jaka. lol! hhehe!

aku rasa nnt hujung thn aku gi Indo aku nk cr buku PPC ni la.. nk cr dlm versi indonesia. Sbb aku rasa yg dijual kt msia ni dah dialihbahasa sket2. Kurang sket feel baca. (AAC aku beli kat Kino versi print Indonesia kale kuning.. x rugi RM35 aku..wpon versi msia lg murah..aritu jumpa versi kale kunin hardcover..mcm nk beli je!)

aurora_belle Publish time 27-6-2007 03:07 PM

Originally posted by blOOpBloop at 25-6-2007 09:18 PM
hmm..
actually pada saya yg original bahasa indonesia lebih feel sbb ayat2 bahasa indonesia lagi puitis..lagi pun tu original bahasa dia..

:loveliness: :loveliness: :loveliness: to all..sape2 ...

Ye ke bloop? Takut ada kosakata yg belle tak paham, tu yg kurang feel. Mcm belle tgk cerita AADC (ada apa dgn cinta) tu, susah bangettttt :Lsatu apa pun tak paham dia ckp, laju pulak tu.

blOOpBloop Publish time 27-6-2007 08:10 PM

Originally posted by aurora_belle at 27-6-2007 03:07 PM


Ye ke bloop? Takut ada kosakata yg belle tak paham, tu yg kurang feel. Mcm belle tgk cerita AADC (ada apa dgn cinta) tu, susah bangettttt :Lsatu apa pun tak paham dia ckp, laju pulak tu.


hehe..:lol:
kalau AADC tu memang la x faham..
tu bahasa pasar dia tu..lo..gue..lo..gue..
kalau buku ni guna bahasa sastera..
lebih kurang bahasa melayu je..
tapi..kalau suka baca yang transelate ok gak..
cuma dh x dapat original feel lah..:loveliness:

limau_nipis Publish time 12-7-2007 02:57 PM

aku tgh baca ketika cinta bertasbih.. bagi aku buku ni lagi feel dari ayat-ayat cinta, mungkin sebab azzam (hero) bukan seorang yang sempurna, dan terpaksa bertungkus lumus menyara keluarga

azz_azza Publish time 14-7-2007 01:10 AM

Reply #109 limau_nipis's post

ketika cinta bertasbih ni memang best giler la... tak smpai sehari khatam dah, dari gaya cerita kita boleh terbyag apa yang berlaku kt kang Azzam tu, serius walaupun diri ini tak pernah la sampai mesir tu;Ptapi memang best


tak sabar nk tunggu ketika cinta bertasbih 2, tgh tunggu pak cik yg selalu jual tu:loveliness:, pak cik tu cakap surabaya belum keluar lg, jd tempat sy lagi la lambt, pedalaman kater:Lhehe


tabik spring kt ketika cinta bertasbih


then again, gaya bahasa lebih santai dari Ayat-Ayat cinta, AAC ni berat jalan ceritanya, hehe:)



sedapnya bakso;P ;P ;P

limau_nipis Publish time 17-7-2007 10:25 AM

from my blog:

Saya telah ketemu novelis terbaru yang masuk dalam senarai wajib saya beli, saya kira. Setakat ini, novel-novelnya yang telah usai saya baca adalah Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1) dan Pudarnya Pesona Cleopatra.

Yang peliknya, suami yang buku peminat novel fiksyen sebegini, boleh menghabiskan pembacaan novel Ayat-Ayat Cinta dalam masa seminggu (satu achievement bagi saya!). Beliau menyatakan beliau tertarik dengan novel tersebut kerana penulisannya yang mengdeskripsikan sesuatu situasi sehingga kita sebagai pembaca terbawa-bawa dengan keasyikannya bercerita. Contoh yang diberikan, ketika penulis menceritakan tentang musim panas yang melanda Cairo, terasa bahang kepanasannya menyengat sang pembaca. Saya pula, terbayang-bayang ayam Masywi yang dimakan Fahri bersama rakan serumahnya, dan asyir mangga yang sungguh manis! Ketika membaca novel ini, setiap bab terasa hati bagai dilirih, saya terpaksa berhenti dan menghadamkan intipati bab novel secara tenang.

Oh ya, untuk mereka yang tertanya-tanya: memang nama anak ketiga saya, Fahri diinspirasikan dari buku ini. Thanks to Aini sebab dia yang sarankan nama ini. Dan saya rasa tidak salah saya memilih, kerana Fahri di dalam novel ini memang seorang yang saya kategorikan sebagai role model untuk remaja Islam.

Untuk buku Pudarnya Pesona Cleopatra, dwi novel yang dipaparkan, saya sukakan cerita Raihana, seorang isteri yang lembut dan berhati mulia tetapi tidak didambakan sang suami kerana suami begitu inginkan seorang isteri yang sangat cantik seperti Cleopatra. Saya menangis ketika penghabisan apabila mengetahui cinta Raihana yang tidak kesampaian tidak sempat disambut suaminya sendiri.

Dwi novel kedua, mengenai Niyala, ini mungkin cerita yang orang boleh kategorikan happy ending. Ceritanya pendek, tetapi terkesan. Mungkin kerana penulis menggambarkan adab pernikahan dalam Islam yang amat mudah, tetapi mendukung sunnah!

Saya baru habis membaca Ketika Cinta Bertasbih (Episod 1) tulisan Habiburrahman El-Shirazy semalam. Terasa seperti saya pula yang hidup dalam komuniti pelajar Indonesia di Cairo. Saya mungkin lebih suka buku ini daripada Ayat-Ayat Cinta. Azzam, digambarkan tidak sesempurna Fahri, terpaksa mengambil 9 tahun untuk menghabiskan ijazah S1-nya. Bagi mereka yang tidak mengenal beliau, mungkin Azzam dilihat sebagai seorang pelajar yang tidak lulus-lulus dan hanya layak menjual bakso dan tempe sahaja, tetapi sebenarnya dia terpaksa menanggung ibu dan 3 orang adik-adiknya di Indonesia selepas kematian ayahnya semasa tahun pertama pengajian di Al-Azhar.

In short, Habiburrahman El-Shirazy is an excellent storyteller!

Saya katakan demikian kerana dia berjaya mengubah suami saya menjadi seorang pembaca novel fiksyen Islamisasi.. heheheh

rosses Publish time 27-7-2007 11:10 PM

Salam buat smua kengkawan.... sy nak bg info skit, kalu ade sesaper yg berminat nak mencari buku2 agama Indonesia, Malaysia, Arab & English boleh la pi cari kat:-

FAJAR ILMU BARU ENT,
A2, TKT 2, Wisma Yakin,
Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Tel : 03-26937360
Website : www.fajarilmubaru.com.my

Mungkin kengkawan da ade yg pernah pi sana, mase sy pi sane td, byk buku2 agama, novel2 yg dari Indonesia sama ade yg paling latest atau yg lame ade jual kat situ.... mmg best la kat situ.. Novel "Ketika Cinta Bertasbih" pun byk kat situ.... Novel2 Habiburraman El Shirazy yg lain pun ade....

NonaNaga Publish time 2-8-2007 10:48 AM

saya baru selesai membaca Pudarnya Pesona Cleopatra....walau tak tebal ....tapi 2 cerita cukup meruntun hati saya.
citer Niyala tu.....aduhhhh membuat saya menangis.....
yuppp...kerja Tuhan siapa yg tahu.....

captain_scubby Publish time 2-8-2007 11:12 AM

tak sabar seh aku nk gi beli................

missuzu Publish time 2-8-2007 10:07 PM

ketika cinta bertasbih dah kelaur kat msia ker?
kat mana ada jual nih...

NonaNaga Publish time 3-8-2007 09:36 AM

Reply #115 missuzu's post

pustaka mukmin kat jalan TAR last month aku gik dia kata sampai 1 Ogos....
saya lak g 31 july..so tak jumpa lagi lah

mardhiah12 Publish time 3-8-2007 09:50 AM

Reply #115 missuzu's post

belum keluar lagi, tapi boleh cari di pustaka fajar ilmu baru (nama lama, pustaka indonesia) di wisma yakin (bangunan betul-betul menghadap masjid india)

ni alamat kedai buku tu:

Fajar Ilmu Baru Ent.,
A2, Tkt 2, Wisma Yakin,
Jln Masjid India
50100 Kuala Lumpur

mmg banyak buku habiburrahman di sini..saya sendiri dah beli ketika cinta bertasbih..bikin buat hati jadi sayu

NickyAzrai Publish time 3-8-2007 02:04 PM

Reply #117 mardhiah12's post

Hai Mardhiah
aku baru je gi kedai tu td
bestnya kat dlm tu
kedainya besar, buku pun byk
tp harganya.... sentap jantung aku nie

aku sempat sambar Di Atas Sejadah Cinta by Mr HES
:loveliness:

mardhiah12 Publish time 3-8-2007 04:06 PM

Reply #118 NickyAzrai's post

nick, sempat yer hang :P:P

NickyAzrai Publish time 3-8-2007 04:13 PM

Reply #119 mardhiah12's post

kalo pasal buku... sempat aje aku neh
:lol:
Pages: 1 2 3 4 5 [6] 7 8 9 10 11 12 13 14 15
View full version: Habiburrahman El-Shirazy (merged with bloop)


ADVERTISEMENT