hantukiller Publish time 16-5-2012 12:56 PM

Replyzad78

saya pernah terbaca, pengetahuan alam kubur/alam roh/alam barzakh yang Allah SWT be ...
sarinah99 Post at 16-5-2012 12:50 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifye betul tu, sikit sangat..... tu yg banyak jadi pertikaian sebab tiada dalil sahih....

zad78 Publish time 16-5-2012 01:00 PM

Ini pula nyah baca pasal mimpi bertemu nabi tau.......baca yer jangan malas-malas.....nyah amik dari sini pulak http://zaharuddin.net/aqidah-&-k ... lik--benarkah-.html

Pada asasnya, memang benar, terdapat hadith sohih yang menyebutkan :-

Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi) , maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupai gambaranku" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/52 ; Muslim, no 2266, 4/1775 )

Dalam hadith yang lain pula disebutkan :-

"Barangsiapa yang telah melihatku di dalam tidurnya ( mimpi), maka ia sesungguhnya telah melihatku, kerana Syaitan tidak (mampu) menyerupaiku, dan mimpi seorang mukmin adalah satu juzuk dari 46 juzuk dari kenabian" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568 )

Dalam mentafsirkan hadith ini, para ulama telah terbahagi kepada tiga kelompok. Apabila saya utarakan tiga pendapat ini, inshaAllah jawapan kepada soalan anda akan terjawab.

Kumpulan pertama : Antara yang tergolong dalam kumpulan ini adalah pakar tafsir mimpi Muhammad Ibn Sirin, Al-Qadhi Iyadh dan lain-lain,

Mereka berpendapat bahawa hadith di atas terikat dengan samanya wajah dan bentuk Rasulullah yang dilihat dalam mimpi dengan apa yang diriwayatkan atau yang dilihat semasa hayat (bagi sahabat nabi). Jika ia sama sifatnya, dan perwatakkannya, di ketika itu ia adalah wajah benar-benar Nabi SAW, jika bercanggah, maka ia bukanlah Nabi SAW.

Ini bermakna, hadith di atas tidak ‘mutlaq' kepada semua bentuk wajah yang dilihatnya. Ia hanya benar-benar wajah Nabi jika sifatnya sama dengan apa yang diriwayatkan.

Bagi para sahabat Nabi, apa yang dilihat mestilah sama dengan wajah Nabi yang diketahui mereka.

Dalil yang diutarakan oleh kumpulan ini adalah hadith lain yang diriwayatkan oleh Al-Hakim dan disebut oleh Ibn Hajar Al-Asqolani iaitu seorang lelaki telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW, lalu ia menceritakannya kepada Ibn ‘Abbas r.a, Maka Ibn Abbas bertanya : "Sifatkan apa yang kamu lihat" Maka, ia berkata : "Aku menyebut hasan Bin Ali, lalu aku menyerupakan dengannya" . Ibn Hajar berkata sanad hadith ini adalah baik. (Fath al-Bari)

Jika di ambil pendapat kumpulan ini, mimpi yang sebagaimana anda tanya tadi adalah mimpi yang tidak benar kerana tubuh baginda SAW tidak gemuk dan tidak mungkin ia melakukan perkara ‘aib dan tidak bersopan. Ia juga bukan Nabi SAW kerana mustahil Nabi akan menyuruh sesuatu yang bercanggah dengan tuntutan Al-Quran.

Kumpulan Kedua : Antara ulama kumpulan ini adalah Imam An-Nawawi, Al-Mazari dan lain-lain.

Kumpulan ulama ini berpendapat hadith di atas umum bagi semua orang samada yang pernah melihat Nabi semasa hidup (seperti sahabat) atau yang tidak pernah (seperti kita semua). Semua jenis mimpi Rasulullah SAW adalah benar sebagaimana maksud hadith tadi.

Hasil dari pendapat ini, apa saja yang dilhat dalam mimpi dan mendapat ilham atau apa jua perasaan bahawa ia adalah Nabi SAW, maka benarlah mimpi itu dan itulah Nabi SAW.

Imam Ibn Hajar ketika mengulas pendapat Imam Nawawi ini berkata perlu diingat bahawa Muhammad Ibn Sirin adalah Imam dalam bab ta'bir mimpi manakala pandangan Al-Qadhi ‘Iyadh pula adalah sederhana dan baik.

Berdasarkan kepada pendapat ulama kumpulan ini, mungkin benarlah anda telah melihat Nabi SAW di dalam mimpi itu.

Kumpulan ketiga : Antara ulama dari kumpulan ini adalah Ibn Juzay dan Syeikh Mustafa Az-Zarqa, ( Al-‘Aql wal Fiqh Fi Fahmi Al-Hadith An-Nabawi, hlm 25 )

Syeikh Mustafa Az-Zarqa berkata setelah beliau membuat analisa seluruh pandangan ulama, ia mengatakan memang secara zahirnya kelihatan hadith di atas seolah-olah menjamin semua wajah Nabi (sebagaimana ilham seseorang) yang dilihat dalam mimpi itu adalah wajah Nabi yang sebenarnya tetapi setelah melakukan analisa tafsiran para ulama, jelaslah hadith tadi tidak memberi jaminan untuk semua.

Malah jaminan benarnya Nabi yang dilihat dalam mimpi itu adalah khas bagi para sahabat baginda SAW yang mengetahui dengan jelas rupa para Nabi.

Adapun, bagi individu yang tidak pernah melihat Nabi semasa hayat, mereka tidak termasuk dalam jaminan hadith « syaitan tidak boleh meyerupaiku »

Ini kerana kita tidak tahu wajah sebenarnya baginda SAW, maka mungkin sahaja Syaitan membentuksatu wajah yang tidak kita ketahui lalu mendatangkan perasaan atau (ilham kononnya) bahawa ia adalah Nabi.

Syaitan memang tidak boleh menyerupai nabi SAW tapi dalam hal ini, ia hanya menyerupai sebuah wajah lain lalu mendakwa ia nabi, dan kita tidak mengetahuinya.

Lebih merbahaya apabila gambaran itu memberi mesej dalam bentuk cakap atau tindakan yang tidak sesuai dengan watak sebenar baginda SAW.

Syeikh Mustafa Az-Zarqa juga menegaskan, jika seseorang merasakan ia mimpi Nabi di zaman ini, maka ia tiada jaminan apa yang dilihatnya adalah Nabi SAW, ia terbuka untuk benar atau salah. Oleh kerana itu, mimpi orang di zaman ini adalah sebuah mimpi biasa yang terbuka kepada permainan jahat Syaitan, monolog dalamannya ataupun mimpi benar orang soleh yang dapat melihat wajah Nabi sebenar, tapi tidak termasuk dalam jaminan hadith tadi. ( Al-Aql wa al-Fiqh, hlm 27)


Ini samalah macam mimpi buruk yang dialami seorang sahabat Nabi:

"Wahai Rasulullah aku telah nampak dalam mimpiku seolah-olah kepalaku dipenggal. Maka Nabi SAW tertawa mendengarnya lalu berkata : Apabila Syaitan mempermainkan seseorang darimu ( dengan mimpi-mimpi begini) dalam tidurmu, maka janganlah kamu menceritakannya kepada orang lain" ( Riwayat Al-Bukhari)

Nabi juga menyebut :

Mimpi yang baik ( dari orang soleh) adalah dari Allah SWT dan mimpi (buruk) adalah dari Syaitan, barangsiapa yang telah melihat sesuatu (mimpi) yang tidak disukainya, hendaklah ia meniup ke kirinya 3 kali dan beristi'azah (meminta perlindungan dari gangguan syaitan), kemudian mimpiitu tidak akan memudaratkannya" ( Riwayat Al-Bukhari, 6/2568)

Kesimpulan

Setelah melihat kepada tiga kumpulan ulama ini, saya kira pandangan ketiga adalah gabungan kedua-dua kumpulan di atas, huraiannya adalah paling dekat dengan hati, minda dan keyakinan saya. Wallahu ‘alam. Justeru menurut pandangan saya, mimpi anda tidak benar dan ia bukannya gambaran Nabi SAW dan arahan tadi juga tidak benar sama sekali.

Hadith jaminan benarnya nabi di dalam mimpi tadi juga tidak terpakai dalam hal mimpi yang anda sebutkan itu. Wallahu'alam.

Perlu difahami, setiap orang mampu mendapat mimpi Nabi SAW tetapi dengan ia hanya benar jika bertepatan dengan sifat yang terdapat dalam hadith-hadith sahaja. Selain dari itu ia bukan nabi dan tiada percanggahan dengan hadith nabi tentang sesiapa yang melihatkau dalam mimpi maka ia telah melihatku.

hantukiller Publish time 16-5-2012 01:06 PM

Ini pula nyah baca pasal mimpi bertemu nabi tau.......baca yer jangan malas-malas.....nyah amik dari ...
zad78 Post at 16-5-2012 13:00 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifbetullah tu, nabi leh jumpa sahabatnya walaupun baginda dah wafat.... boleh pulak ye? tadi kata tak leh langsung:lol:

zad78 Publish time 16-5-2012 01:07 PM

mengetahui perkara ghaib? wawwww.... boleh dirujuk kat mana ye? ayat berapa, surah yg mana... nak ju ...
hantukiller Post at 16-5-2012 12:54 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   eh eh.....janganler mengkondemkan nyah ni tau.....maksud nyah ni...kalau nyah nak tahu pasal perkara-perkara ghaib ni...nyah rujuk 2 sumber sahaja...AL-QURAN dan SUNNAH....hanya itu sahaja sumber yang nyah tau supaya kita tidak terkhilaf....takut nanti dengan ilmu nyah yang sedikit ni...takut jatuh syirik dan gugurnya iman......

zad78 Publish time 16-5-2012 01:15 PM

betullah tu, nabi leh jumpa sahabatnya walaupun baginda dah wafat.... boleh pulak ye? tadi kata tak...
hantukiller Post at 16-5-2012 13:06 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   janganler gelakkan nyah ni....nyah tertarik dengan perenggan ni mengenai bermimpi berjumpa nabi SAW tau....

Syeikh Mustafa Az-Zarqa juga menegaskan, jika seseorang merasakan ia mimpi Nabi di zaman ini, maka ia tiada jaminan apa yang dilihatnya adalah Nabi SAW, ia terbuka untuk benar atau salah. Oleh kerana itu, mimpi orang di zaman ini adalah sebuah mimpi biasa yang terbuka kepada permainan jahat Syaitan, monolog dalamannya ataupun mimpi benar orang soleh yang dapat melihat wajah Nabi sebenar, tapi tidak termasuk dalam jaminan hadith tadi.

gammbir33 Publish time 16-5-2012 01:43 PM

nyah.....sekarang nih boleh ke tidak roh nabi berjumpa dengan umatnyer?

Kalau seseorang bermimpi jumpa nabi kene rujuk pada org yg mahir utk mengesahkannyer.

tapi kalo ikut nyah..nyah dah menolak mentah2 pasal bermimpi jumpa nabi nih. atau nyah nak bagitahu hadis nabi pasal mimpi tuh hanya valid sampai kat sahabat sahaja? kalau macam tu mungkin banyak lagi hadis2 yang hanya valid sampai kat sahabat sahaja..pastu zaman kiter nih cemane?

johnlabi Publish time 16-5-2012 02:06 PM

Salam Wak Tom,
Tumpang bertanya..Isteri sy pernah bercerita tentang kematian datuknye di Hospital..Kebetulan dalam keluarga isteri sy ni ada seorang pakcik yang mempunyai sedikit keistimewaan.

Selepas sahaja kematian datuk isteri sy,pakcik ini memaklumkan semua ahli keluarga bahawa roh datuk masih berada di Hospital. Untuk membawa balik roh tersebut perlu khatam al-quran beberapa kali. Dan pada malam tersebut bergilir-gilir lah keluarga mereka membaca Al-quran sehingga khatam beberapa kali. Soalan saya, jika satu hari nanti sy pun meninggal di hospital, adakah roh sy pun akan tertinggal di hospital, jasad je yang dibawa balik? Atau ditakdirkan mati akibat kemalangan, adakah roh masih tertinggal di jalanan?:funk:

misslivina Publish time 16-5-2012 02:18 PM

Reply 226# gammbir33

emmm setau miss, setan boleh menyerupai semua benda kecuali nabi muhammad. so kalau sesiapa yg bermimpi jumpa nabi, memang dia seorang yg sgt beruntung. teringat kisah sorang budak uia yg bermimpi jumpa nabi muhammad. waktu tu dia memang sakit teruk sampai nazak. boleh google or cari kat utube pasal dia. tiap kali baca, mesti nangis. betapa beruntungnya dia.

kalau xsilap miss ada jugak sorg ustaz yg mimpi jumpa nabi muhammad. ustaz hassan din ke kalau xsilap? miss xsure ustaz mana? ke haron din?

nagaijau Publish time 16-5-2012 02:41 PM

haa...aaa... pasal budak uia tu ada naga baca....
sampe dia leh hafaz alquran kan...

hantukiller Publish time 16-5-2012 05:27 PM

Salam Wak Tom,
Tumpang bertanya..Isteri sy pernah bercerita tentang kematian datuknye di Hospital..Kebetulan dalam keluarga isteri sy ni ada seorang pakcik yang mempunyai sedikit keistimewaan.

Selepas sahaja kematian datuk isteri sy,pakcik ini memaklumkan semua ahli keluarga bahawa roh datuk masih berada di Hospital. Untuk membawa balik roh tersebut perlu khatam al-quran beberapa kali. Dan pada malam tersebut bergilir-gilir lah keluarga mereka membaca Al-quran sehingga khatam beberapa kali. Soalan saya, jika satu hari nanti sy pun meninggal di hospital, adakah roh sy pun akan tertinggal di hospital, jasad je yang dibawa balik? Atau ditakdirkan mati akibat kemalangan, adakah roh masih tertinggal di jalanan?:funk:
johnlabi Post at 16-5-2012 14:06 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifKeadaan roh manusia ketika terpisah dari jasad amat berbeza dengan manusia yg lainnya. Rata rata bergantung pada perbuatannya didunia samada jahat atau baik.



Bagi manusia yg sangat baik, dan ikhlas dalam segala ibadahnya, tentusaja selepas saja kematian, rohnya disambut meriah oleh para malaikat yg menjaga alam barzakh, lalu terus membawanya kesana....dan keadaan pada peringkat manusia yg kurang sikit kebaikannya, akan kurangjugalah sambutannya, dan kurang sikit masa roh itu dibawa kealam barzakh tu... dan seterusnya.... biasanya roh yg masih dikira baik, selewat lewatnya ia terbiar dialam manusia ni tak dimasukkan kealam barzakh paling lama 100 hari.... kalau yg dah lebih 100 hari pun masih tak lepas.... maknanya tak lepas lah tu.... jahat lah tuanpunya roh tu masa kat dunia, walaupun dia ahli ibadah, maknanya kejahatannya melebihi kebaikan... ni lum cerita timbangan dipadang mahsyar lagi ye...




Tentang roh meminta dibacakan AlQuran sehingga beberapa kali khatam, ia ada kemungkinan juga, tapi aku pun tak pasti.... cuma kalau ikutkan, amalan membaca AlQuran atau apa apa zikirpun biasanya susah sangat nak sampai pada simati... sebab susah sangat sipembaca tu nak ikhlas... Cuma amalan yg pasti boleh membantu simati hanya sedekah yg dilakukan bagi pihak simati (apapun bentuk sedekah terutama dalam bentuk makanan) selain dari 3 perkara yg dah disebutkan awal awal pagi tadi.(ilmu, amal jariah dan doa anak yg soleh).


So jawapan pada soalan tadi, roh tertinggal kat hospital.... ianya amat bergantung pada individu simati(kebaikan atau kejahatan masa hidup)

kintan Publish time 17-5-2012 12:04 PM

Ooo.. no wonder la masa aku budak2 dlu2.. sapa2 yg meninggal, ahli keluarga yg meninggal tu akan upah arwah ayah aku baca quran kat kubur.. nti arwah ayah aku akan ke kubur selepas isyak.. sampai lewat mlm baru balik.. berlampukan cahaya lilin masa baca tu.. arwah ayah aku mmg sgt2 berani.. dia tak takut hantu sbb dia kata se umur idup dia blom pernah terjumpa hantu setan pun.. kadang2 bila dah penat mengaji arwah ayah aku akan tido kejap kat tepi kubur tu beralaskan tikar.. tapi arwah ayah tak leh lelap mata sbb ada kubur yg berbau..

hantukiller Publish time 18-5-2012 12:12 PM

Ooo.. no wonder la masa aku budak2 dlu2.. sapa2 yg meninggal, ahli keluarga yg meninggal tu akan upa ...
kintan Post at 17-5-2012 12:04 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifNi kisah dulu dulu la kan. sekarang mana ada orang buat gitu lagi.....



Kalau adapun orang baca yaasin ke, atau apa apa surah masa melawat kubur tu.

hantukiller Publish time 21-5-2012 11:40 AM

Roh Orang Berhutang

Roh orang yang berhutang tidak dapat temui Allah selagi hutang tak dibayar. Bahkan Rasulullah tidak akan bersolat ke atas mayat yang hutang belum dijelaskan - ada hadis. Sabdanya "Sesungguhnya roh orang mukmin itu tergantung dengan sebab hutangnya. Sehinggalah hutangnya dijelaskan." (Bukhari adn At-TIrmizi)

Hadis lain pula meriwayatkan Abu Qatadah pernah menjamin membayar hutang seorang mati sebanyak dua dinar. Setelah dijelaskan, Rasulullah bersabda "Sekarang telah sejuk kulitnya" (Al-Hakim, Ail-Baihaqi, At-Tayalisi dan Ahmad)

Sabda Rasulullah :Siapa yang tolong melepaskan hutang seorang di akhirat, maka Allah akan melepaskan (kesulitannya) di akhirat"(Ad-Daraqutni)




meh sama kita bincang hadis kat atas:lol:

Rafina Publish time 21-5-2012 11:51 AM

Roh Orang Berhutang

Roh orang yang berhutang tidak dapat temui Allah selagi hutang tak dibayar. B ...
hantukiller Post at 21-5-2012 11:40 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


   termasuk hutang rumah, kereta, ptptn ke wak tom?

hantukiller Publish time 21-5-2012 12:13 PM

termasuk hutang rumah, kereta, ptptn ke wak tom?
Rafina Post at 21-5-2012 11:51 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifEntah..... tapi asal nama hutang,semua la tu.



Yg paling berat hutang zakat.... terutama zakat harta










Hutang pulak macam macam.... hutang duit, hutang nyawa, hutang budi, hutang ibadah????? ada ke hutang ibadah? hehehe zakat tu ibadah la kan....

gammbir33 Publish time 21-5-2012 12:14 PM

yg di maksudkan hutang dlm hadis di atas tu..merangkumi hutang secara material sahaja kah? atau merangkumi maksud hutang2 lain..seperti..hutang ibadat wajib..solat,puasa,zakat dll,

hutang dosa dgn makhluk..cth..ngumpat,fitnah,mengeji dll..

cer wak bagi pencerahan...

naaimahi Publish time 21-5-2012 12:21 PM

alamak takutnya...klau ada pinjam buku cite kawan pastu nak pulangkan balik rupa2nya dia dah pindah dan lost contact dah ngan dia..dah cuba cari tak dapat....camner ye wt?

hantukiller Publish time 21-5-2012 12:24 PM

yg di maksudkan hutang dlm hadis di atas tu..merangkumi hutang secara material sahaja kah? atau mera ...
gammbir33 Post at 21-5-2012 12:14 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifweiiiii, aku mana leh bagi pencerahan, aku bukan ustaz.... silalah rujuk pada ustaz ye:lol:



Agak agak roh jahat seperti Roh Firaun tu ditempatkan kat mana ye sekarang???   sapa leh jelaskan?

hantukiller Publish time 21-5-2012 12:27 PM

alamak takutnya...klau ada pinjam buku cite kawan pastu nak pulangkan balik rupa2nya dia dah pindah...
naaimahi Post at 21-5-2012 12:21 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifEntah, kaedah yg paling mudah, nilai kan buku tu dengan duit, dan duit tu belikan makanan lalu disedekahkan bagi pihak pemilik buku tu... cuba je la, aku bukan tau sangat:lol:

dirisendiri Publish time 21-5-2012 12:39 PM

ASSALAMUALAIKUMMMM....... WAK TOMM!!!!

aisehh mennnn....lama x masuk nihhhh!!!!
geng2 hantu killer pong ada niiii...

alamakkkk!!! bos datang...cabuuttttttt duluuuu
Pages: 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 [12] 13 14
View full version: Roh Gentayangan


ADVERTISEMENT