edee_91 Publish time 22-7-2010 06:39 PM

Roh gentayangan ialah roh roh manusia yang telah meninggal tetapi rohnya tidak diterima alam barzakh. Jasad mereka telah dikuburkan tetapi roh mereka masih berkeliaran di dunia ini...Alam barzakh tak terima tapi jasad dah hancur dimakan tanah..maka bergentayanganlah mereka... dan ada diantaranya mengacau....terutama anak cucu
hantukiller Post at 2-6-2010 16:12 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


    tolong bagi aku dalil2 Al-Quran yang berkenaan, atau pun hadith2 Rasulullah tentang perkara ni.. kalo tak, sampai kiamat pun aku tak percaya!

jinboroi Publish time 23-7-2010 09:08 AM

setahu aku, manusia ni ada jin pendamping yang dipanggil qarin..setiap orang ada..

manusia ni, bila mati, rohnya tidak akan dapat berhubung kembali dengan orang yang masih hidup..jadi kalau dengar citer, bila siang dah kebumi, malam dia balik, mintak makan dll, itu adalah qarin..byk berlaku citer camni..ni selalu orang melayu terpedaya..memang rupa qarin ni akan sebiji muka kita..qarin ni dari kecik dah berdamping dgn kita, tentu bayak perkara psl kita dia tau..apa yang dia sebut, memang kebanyakannya betul..so jgn percaya la..takdenya roh bergentayangan..itu qarin/jin..

kita kena ingat yek..manusia bila mati terputus terus hubungan dengan manusia yang masih hidup..

bila main bab jin/syaitan...baiklah kita merujuk pada ulama/ustaz..rujuk al quran..itu yang terbaik...jgn main ikut je apa orang kata...takdenya roh yang tak aman merayau atas muka bumi ini...betul roh orang yang berhutang tergantung, tapi dia tak mengacau manusia lain pasal hubungan roh dengan manusia hidup dah terputus.

betul ada kes gangguan jin/syaitan, walaupon dah berubat dengan berpuluh ustaz, masih tak sembuh...kita jangan lupe, kuasa menyembuh hanyalah Allah..bukan manusia...tak kiralah sapa dia..nabi yang tercinta pon penah kena sihir, ini kan pulak kita..

aku hanya sampaikan apa yang aku dengar dari ustaz ismail kamus, ustaz harun din dan ustaz2 lain..jgn ajak aku debat lak..sekadar berkongsi semoga kita tak tersesat..

jalan terbaik, rujuk la pada alim ulama..setau aku kalau tak silap darussyifa@darussalam ada buat kursus pengubatan islam..cuba la korang pegi kursus tu..aku pon berminat gak nak pegi cuma masa ni takde kesempatan..

immortallez Publish time 23-7-2010 09:51 AM

penah baca pasal terjumpa org2 yg telah mati yg kebanyakannya org2 alim & warak semasa hayatnya
jumpa dlm keadaan sedar (bukan dlm mimpi) & org tu mmg dlm bentuk manusia biasa
biasanya org2 ni muncul utk menolong/menunjukkan kebesaran Allah kepada manusia yg idup ni
aku tak rasa ni roh gentayangan ke apa. tapi Allah bagi keistimewaan kepada hamba2 nya yg terpilih sahaja

wasntme Publish time 23-7-2010 10:03 AM

korang aku ada baca kat satu blog ni...pangkat auntie tau blogger ni..auntie ni berpesan supaya blogger2 berhati2 bila bubuh gambo dalam blog untuk elakkan perbuatan manusia yg jahat ni...so caranya jgn letak gambo penuh yg nampak satu badan...kalo nak jaja gambo dalam blog ambiklah gambo separuh badan ker..cam tuh......dan ada kawan dia kot kalo tak silap saya yg dah tutup blog gara2 hal ini
ratu_cinta Post at 10-6-2010 00:00 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif



zaman ni gambar sekerat pun boleh kena. pmpn yg sihir my hubby kata, bomoh dia kata yg penting tang mata. so blogger2 kenalah tutup bahagian mata saja.

melinda_gordon Publish time 23-7-2010 10:11 AM

zaman ni gambar sekerat pun boleh kena. pmpn yg sihir my hubby kata, bomoh dia kata yg penti ...
wasntme Post at 23-7-2010 10:03 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif


    nape makin maju,makin dasyat dan kejam manusia skang?xphm mel..:shakehead3:

wasntme Publish time 23-7-2010 10:16 AM

yer edy....sakit.....kena buatan orang...santau angin, tok moh siam, tok batin, pelesit, ponti,...
Saat Post at 9-6-2010 19:46 http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif


salam saat, ni kawan yg u bawa hari tu ke? masih tak sembuh ke dia? kirim salam kat dia ya..

jinboroi Publish time 23-7-2010 10:25 AM

penah baca pasal terjumpa org2 yg telah mati yg kebanyakannya org2 alim & warak semasa hayatnya
jum ...
immortallez Post at 23-7-2010 09:51 http://eforum6.cari.com.my/images/common/back.gif


Nabi kekasih Allah pon, hanya orang yang terpilih je boleh jumpe..tu pon dalam mimpi saje psl jin@syaitan takleh menyerupai nabi..
takdenye orang dah mati warak atau tidak bole jumpe manusia yang masih hidup, dlam keadaan sedar lak tu...mungkin itu qarin/syaitan yang kerjenya nak menyesatkan manusia je.. kebesaran Allah terlalu banyak di sekeliling kita,,

orang yang mati takkan kembali nak menolong orang hidup..melainkan orang yang hidup, boleh menolong orang yang dah mati..antara 3 perkara yang membantu bila matinya anak adam..anak2 yang soleh...

hantukiller Publish time 23-7-2010 10:35 AM

tolong bagi aku dalil2 Al-Quran yang berkenaan, atau pun hadith2 Rasulullah tentang perkar ...
edee_91 Post at 22-7-2010 18:39 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Allah dah awal awal beritau, ilmu ttg roh hanya sedikit aja diberitau kepada manusia.... so kalau nak dalil... memang le tak de!

Perkara macam ni memang perkara mengarut kepada orang syariat yg hanya berlandaskan tulisan sebagai panduan seolah dianggap segala ilmu Allah dah termaktub dlm Alquran, sedangkan AlQuran itu hanya menyampaikan hanya sekelumit dari ilmu Alah yg maha maha luasnya itu.

hantukiller Publish time 23-7-2010 10:50 AM

setahu aku, manusia ni ada jin pendamping yang dipanggil qarin..setiap orang ada..

manusia ni, bila mati, rohnya tidak akan dapat berhubung kembali dengan orang yang masih hidup..jadi kalau dengar citer, bila siang dah kebumi, malam dia balik, mintak makan dll, itu adalah qarin..byk berlaku citer camni..ni selalu orang melayu terpedaya..memang rupa qarin ni akan sebiji muka kita..qarin ni dari kecik dah berdamping dgn kita, tentu bayak perkara psl kita dia tau..apa yang dia sebut, memang kebanyakannya betul..so jgn percaya la..takdenya roh bergentayangan..itu qarin/jin..

kita kena ingat yek..manusia bila mati terputus terus hubungan dengan manusia yang masih hidup..

bila main bab jin/syaitan...baiklah kita merujuk pada ulama/ustaz..rujuk al quran..itu yang terbaik...jgn main ikut je apa orang kata...takdenya roh yang tak aman merayau atas muka bumi ini...betul roh orang yang berhutang tergantung, tapi dia tak mengacau manusia lain pasal hubungan roh dengan manusia hidup dah terputus.

betul ada kes gangguan jin/syaitan, walaupon dah berubat dengan berpuluh ustaz, masih tak sembuh...kita jangan lupe, kuasa menyembuh hanyalah Allah..bukan manusia...tak kiralah sapa dia..nabi yang tercinta pon penah kena sihir, ini kan pulak kita..

aku hanya sampaikan apa yang aku dengar dari ustaz ismail kamus, ustaz harun din dan ustaz2 lain..jgn ajak aku debat lak..sekadar berkongsi semoga kita tak tersesat..

jalan terbaik, rujuk la pada alim ulama..setau aku kalau tak silap darussyifa@darussalam ada buat kursus pengubatan islam..cuba la korang pegi kursus tu..aku pon berminat gak nak pegi cuma masa ni takde kesempatan...
jinboroi Post at 23-7-2010 09:08 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifSalam

Apa yg dipanggil Qarin sebenarnya? berapa jumlahnya pada sesaorang, adakah jumlahnya terhad pada sesuatu angka?

Bila kamu kata ada roh tergantung akibat hutang, itu dipanggil apa? gentayangan tu bahasa indon, maknanya tergantung le.
kan sama!

Adakah semua roh manusia setelah mati confirm masuk ke alam barzakh/kubur? Dan kalau dah masuk kealam itu, adakah semuanya tidak dibenarkan memasuki alam manusia lagi termasuk roh para nabi, roh para wali wali Allah?


Baguslah kalau kamu nak merujuk keustaz ustaz tersebut yg amat popular tu, tapi kalau kamu nak belajar membuat rawatan dgn mereka, baguslah... hehehekesian bakal pesakit kamu nanti, berubat berulangkali sampai bertahun tahun pun tak sembuh, sebab hantu dan dewa pun nak di islamkan juga! walhal mereka memang tak leh memeluk islam!

hantukiller Publish time 23-7-2010 10:56 AM

penah baca pasal terjumpa org2 yg telah mati yg kebanyakannya org2 alim & warak semasa hayatnya
jum ...
immortallez Post at 23-7-2010 09:51 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gifRoh gentayangan terjadi hanya kepada orang yg langsung tak diterima amalannya didunia sementara dalam masa yg sama ada membuat kejahatan didunia


Bagi orang orang yg beramal soleh dan amalannya hanya semata kepada Allah, rohnya setelah kematian adalah roh yg baik, tetapi peringkat baiknya roh ni pelbagai.... ada roh yg sangat baik seperti roh para nabi dan rasul, diikuti roh roh para wali..dsb

hantukiller Publish time 23-7-2010 10:58 AM

Nabi kekasih Allah pon, hanya orang yang terpilih je boleh jumpe..tu pon dalam mimpi saje psl...
jinboroi Post at 23-7-2010 10:25 http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif
Bila sesaorang didatangi mimpi berjumpa orang soleh seperti para nabi dan rasul, apa yg masuk dalam mimpi itu? Roh para nabi itu sendiri atau hanya bayangan kosong/illusi?

edee_91 Publish time 23-7-2010 11:53 AM

Reply 148# hantukiller


    itulah yang aku maksud kan sebenarnye.. setiap apa yang Allah buat tu mesti ada sebabnya. Kenapa Allah tak bagi tau bila kiamat akan berlaku? salah satu sebabnya, taknak nanti kita umat akhir zaman menggelabah tak tentu pasal. Kenapa Allah tak bgi tau pasal roh? mesti ada sebabnya.

orang yang kerasukan, pi cakap yang dia tu adalah roh nenek moyang si bla.. bla.. bla.. mungkin sebab jin tu sendiri yang nak menyesatkan manusia.

jinboroi Publish time 23-7-2010 03:27 PM

Post Last Edit by jinboroi at 23-7-2010 15:29

Salam

Apa yg dipanggil Qarin sebenarnya? berapa jumlahnya pada sesaorang, adakah jumlahnya terhad ...
hantukiller Post at 23-7-2010 10:50 http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif

bertenang bro..jgn marah yek..saya bukan la nak mengajar..hanya nak kongsi pandangan..maaf kalau terkasar bahasa..kalau saya salah, tolong betulkan..saya akan rujuk balik pada ustaz2..masih banyak yang saya taktau&kena belajar lagi..

Berdasarkan nas-nas yang sahih, bahawa setiap manusia itu sejak dilahirkan disertakan dengan 'qarin'. Qarin bermakna teman atau pendamping. Iaitu yang akan menemaninya sejak seseorang itu lahir hinggalah tarikh kematiannya. Qarin ini adalah dari golongan jin (syaitan). Qarin ini sentiasa mengajak manusia yang didampingi ke arah kejahatan. mengenai berapa jumlah qarin yang ada pada setiap orang, saya taktau...Allah je yg tau.

Perkara ini terdapat di dalam sebuah hadis riwayat Muslim:
“Tiada seorangpun dari kalangan kamu kecuali ada diturutsertakan dengan qarinnya dari jin. Mereka bertanya: "Engkau pula wahai Rasulullah?" Jawab baginda: "Ya aku juga, cuma Allah telah membantuku terhadapnya, lalu dia Islam. Dia tidak akan menyuruhku kecuali kebaikkan."

Disifatkan bahawa Qarin ini pada hari Kiamat tidak mengaku telah menyesatkan manusia, lalu mengatakan bahawa manusialah yang menyesatkan diri mereka sendiri. Ibn Kathir rh menerangkan bahawa apabila di hadapan Allah kelak, kedua-dua manusia dan Qarin saling menuduh di antara satu sama lain. Seterusnya Allah swt mengatakan bahawa semuanya sudah dihakimi, dan Allah hanya akan mengazab dosa yang ditanggung oleh masing2 dan bukan dosa orang lain.

Mengenai roh yang tergantung akibat hutang.

Mengikut sebuah hadis Nabi saw, bahawa orang yang mati dalam keadaan masih menanggung hutang, maka rohnya tidak akan sampai naik ke langit. Ia hanya akan terapung-apung di antara langit dan bumi, sedangkan roh orang mukmin yang lain dapat naik ke langit untuk kembali ke tempat asalnya sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud:

Dari Abi Hurairah ra katanya: Telah bersabda Rasulullah saw:
“Roh seseorang mukmin itu tergantung-gantung (dihalang daripada tempat yang mulia) dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dilunaskan.’’ (Riwayat Al-Imam Al-Tarmizi).

Roh manusia selepas kematiannya, tiada seorangpun yang mengetahui tempat duduknya kecuali Allah sahaja. Sekalipun terdapat hadis-hadis yang menjelaskan bahawa roh-roh orang yang mati boleh mendengar, boleh menjawab soalan Munkar dan Nakir, dapat merasa nikmat dan siksa kubur, malahan dapat menjawab salam, namun pada hakikatnya kita tidak tahu di manakah roh itu berada. Hanya Allah yang tahu. Dan roh-roh ini tidak akan kembali ke jasad kecuali pada hari kebangkitan nanti (lihat al-Quran, surah: al-Mukminun, ayat: 99-100)

jadi maksud roh tergantung tu takde la roh tu gi kacau manusia, jadi hantu sbb tak dapat naik ke langit/ tak tenang/aman dll..
saya berminat nak belajar bukan untuk mengubat diri orang. untuk diri sendiri dan keluarga..dan mana la tau kalau2 orang minta tolong nanti, saya bole bantu skit2..Cuma buat masa ni tidak ada masa nak gi belajar.. saya suka baca bab saudara menolong orang..mungkin mana tau satu hari nanti saya juga perlukan pertolongan saudara.

memang tak dinafikan, ada juga kes, mungkin banyak, yang berubat dengan ustaz bertahun2 tapi tak sembuh..sbb tu saya kata td..kuasa menyembuhkan hanyalah Allah..kita manusia hanya mampu berusaha..janganlah angkuh hanya kerana saudara dapat mengubati mereka yang sakit yang mana mungkin sebelum tu mereka2 ini pernah berubat dengan ustaz2 bertahun2 lamanya tp tak sembuh2..ini semua kuasa Allah..hanya Dia yang menyembuhkan..bab ustaz2 ni nak mengislamkan jin2, itu saya taktau. dalam islam, takde hantu dan dewa..yang ada jin dan syaitan..jin ni ada yang islam, ada yang kafir..tapi syaitan memang terang2 dia kafir, tak mahu dia kepada islam..

ni sekadar kongsi pandangan saya yang baru nak belajar…banyak lagi yang saya taktau..kena banyak belajar lagi…sekali lagi maaf kalau buat sedara HK kecil hati. tiada niat pon.

immortallez Publish time 24-7-2010 10:21 AM

pada aku tak ada yg mustahil & peliknya kalau mmg ada yg bertemu dgn org yg dah meninggal dlm keadaan sedar (face to face). biasanya org yg berjumpa tu tak tau pun yg org tu dah meninggal. dan org yg dijumpai tu pun tak kata dia dah meninggal.

tapi bila yg berjumpa tu ceritakan balik kepada seseorg, baru dia dimaklumkan bahawa org tersebut sebenarnya dah meninggal.

apa la yg nak dipelikkan dgn kejadian mcm tu. kalau ikut hukum akal manusia yg terbatas ni mmg mcm mustahil. tapi kalau kita ingat bahawa 'kuasa', 'ilmu' tu hanya milik mutlak Allah, tak ada apa yg nak di hairankan

hantukiller Publish time 10-11-2010 10:55 AM

aku saja up kan balik thread ni..... untuk penjelasan

sangrembulan Publish time 21-6-2011 03:44 AM

assalammualaikum..soklan2...nk tanya ni, kan ada pic or kadang2 ade video yg leh nampak bayang n imej yang menakutkan...sila jelaskan adakah semua itu kesilapan pantulan cahaya atau apa???tq =) adakah datang dari roh2 bergetayang???

masariesya Publish time 21-6-2011 11:03 AM

Reply 19# hantukiller


    bukan ke bila kita mati kita akan terus dihisab amalan kita..mcm mana pula klu roh tu pending kiranya roh tu x kan disab terus ke..?
saya keliru la..

gammbir33 Publish time 21-6-2011 12:08 PM

Dolu2 aku pun tak tahu adenya roh yang bergentayangan ni. ghupa2nya banyak lagi aku tak tahu dan memang aku ni serba serbi tak tahu....Wak bagi pencerahan lagi.

amwer12345 Publish time 21-6-2011 04:15 PM

kehadapan semua pembaca. kita semua tahu ada seksa kubur. alam kubur atau alam barzakh adalah tempat2 untuk roh2 manusia di letakkan sebelum hari akhirat. sebenarnya, apabila kita telah meninggal dunia, tak kira kita di tanam atau di bakar, kita semua akan berpisah dari dunia. setiap anak adam yang mati, tak kira baik atau jahat akan tinggal dalam alam barzakh, di mana kita akan di layan sesuai dengan amalan kita, tak kira kafir, kufur, munafik atau syirik ataupun soleh. tiada istilah bergentayangan. tetapi memang ada qarin, ada sesetengah buku menulis, qarin boleh memasuki mimpi manusia dan menyampaikan hasrat terakhir si mati.

      Justeru, tiada istilah roh tidak di terima barzakh, kerana alam barzakh adalah pra-alam akhirat. Di mana kita telah di ajar untuk mengelak seksa kubur dan fitnah kubur. Orang jahat akan di seksa manakala orang beriman akan mendapat layanan tiptop.

   Walau apa pun, ini adalah satu pendapat yang dapat dari saya hasil daripada ceramah2 dan soal jawab agama. Wallahualam.. maafkan saya jika terdapat unsur2 yang menyakitkan aku...

sofiera Publish time 21-6-2011 05:30 PM

Wahh....bagus nyer byk info....mmg tak tahu menahu pasal nie...hanya tai pasal alam barzakh jer
Pages: 1 2 3 4 5 6 7 [8] 9 10 11 12 13 14
View full version: Roh Gentayangan


ADVERTISEMENT