CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: along3746

Piala Suzuki AFF-Final 26/12/2010 di Bukit Jalil!! (update Malaysia 3 - Indon 0)

   Close [Copy link]
Post time 2-12-2010 11:09 PM | Show all posts
kita selalu bangga kononnya kita negara kaya diasia tenggara tapi kenapa kita takut keluar duit utk ambik jurulatih import?.kenapa thailand yg memang kuat diasia tenggara sentiasa guna jurulatih import.lihat vietnam makin maju selepas liga mereka mula mencari pemian2 import ada nama.

memang tiada jaminan kita akan berjaya jika guna jurulatih import......tapi itulah usaha.malaysia spt tiada usaha.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2010 11:13 PM | Show all posts
Reply 341# golok mail


    bacalah sejarah bolasepak malaysia bro.
cakap degar2 bolehlah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:17 PM | Show all posts
sejarah biarlah jadi sejarah.memang dari dulu kita ada jurulatih import tapi masih gagal dan kita pernah guna jurulatih tempatan dan masih memang sukan sea.

tapi dalam zaman sekarang kita kena akui jurulatih taraf A kita tidaklah segah mana.lepas rajagopal,sthianathan....lepas tue ragagopal balik.kalau dah takde pilihan kena ambik je laaa jurulatih lain.korea yg ramai jurulatih tempatan yg bagus pun guna jurulatih import.
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2010 11:30 PM | Show all posts
Reply 343# golok mail


    amik jurulatih barcelona pun tak guna bro,kalau player tak pandai main modern football.
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 08:07 AM | Show all posts
import jurulatih Mr. Voldemort
kalau player tak pandai main, kene crucio
kalau kalah, avada kedavra
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 08:35 AM | Show all posts
Sejujurnya indo dan msia sama-sama bodoh soal sepakbola.....tetapi msia jauuuuh lebih bodoh, itu saja.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-12-2010 09:00 AM | Show all posts
aku tgk m'sia punye selection process pon ada bias gak, betapa ramai bakat2 muda yang boleh diketengah kan juruletih x nampak pon, contoh, aku penah tgk piala emas raja2, ramai pemain muda yg aku rasa berkebolehan digilap, x dipanggil, patutnya FAM lantik ejen untuk mencari pemain di setiap negeri di malaysia, pihak persatuan bolasepak negeri pula buat pertandingan domestik negeri untuk cungkil bakat baru....then nama2 yang dirasakan sesuai td diberi pada ketua juru letih untuk dibuat selection...kalo ada 300 nama pon kena gak wat selection, tapis sampai dapat 30 org, baru la betul, ni tidak......bila ramai tonggak yg injured, rajagopal pi ambik pemain lama tu wat pe???? c'mon la.....contoh 1 masa dulu Kedah penah jadi triple champion......masa tu pemain kebangsaan ada 2 org je dari kedah????? balik2 selangor...selangor...selangor......Malaysia not only Selangor la.....keluasan 330,000 Km square....penduduk 26 juta........ke semua penduduk 26 juta tu hanya kat selangor??????????????? ramai yang miskin dan ada bakat untuk main bola telah dinafikan hak nya dan x diketengah kan, contoh ada sorg kawan aku dulu sama2 aku main untuk sekolah, bdk ni anak org susah, tapi bakat dia, silap2 boleh setaraf Van Nisterrooy....tapi ape pihak negeri dah buat????? bila ada pertandingan sekolah2 dibuat hantar la ejen untuk tgk dan cari bakat baru.... ni tidak.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 09:06 AM | Show all posts
eleh.. nak cover line konon
diorang xmain la sukan asia taraf kg ni.. wakakak
sukan olimpik ba ...
bibir Post at 2-12-2010 20:50


kalau sukan asia taraf kampung takdenya atlet2 pingat emas olimpik dari cina nak main...
setakat sekali olimpik dapat 1 jah pingat emas tak perlu nak kecoh bagai...rakyat 240 juta patut lawan cina,amerika ni bangga boleh atasi malaysia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-12-2010 09:15 AM | Show all posts
game semalam memang menunjukkan kita tak boleh main langsung.sama macam game lawan china dan jepun.t ...
golok mail Post at 2-12-2010 23:05


kalau tak boleh main langsung takde la malaysia dapat gol....malaysia boleh main tapi kesilapan bodoh pertahanan makan diri...
takkan takde pertahanan lain kot semua budak2 muda...sekali bola mari ketar lutut asyik wat silap bodoh jah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 09:18 AM | Show all posts
Reply 347# lkick2113

   
patut la x gi mana tim m'sia nih, asyik pemain selangor ja yg lekat.........
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2010 09:39 AM | Show all posts
Indonesian forumers, mintak korang gunakan bahasa yg lebih baik. Tak salah utk korang celebrate kemenangan pasukan korang, tapi dgn memprovok pasukan lawan spt Malaysia dgn name-calling dan remarks sangatlah tidak dialu2kan di sini. Mohon perhatian ya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 01:43 PM | Show all posts
Dua 'R' catur strategi ampuh
Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
fakhrul@kosmo.com.my



NORSHAHRUL (kiri) bakal menjadi sandaran Rajagobal untuk mengemudi jentera serangan skuad negara pada aksi menentang Thailand petang ini.



PERTEMBUNGAN Malaysia dan Thailand di Gelora Bung Karno, Jakarta petang ini bakal menyaksikan percaturan jurulatih mana yang lebih hebat, K. Rajagobal atau Bryan Robson.

Kemenangan menjadi buruan kedua- dua pasukan pada aksi kedua Kumpulan A saingan Piala AFF Suzuki 2010 itu setelah Malaysia tewas 1-5 kepada Indonesia manakala Thailand diikat Laos 2-2 pada aksi sulung Rabu lalu.

Rajagobal, 54, merupakan bekas penyerang kebangsaan yang begitu meminati kelab Manchester United manakala Robson yang setahun lebih muda da- ripadanya pula merupakan bekas pemain tengah United.

Robson dikatakan bakal membuat tujuh rombakan dalam kesebelasan utamanya sambil menyatakan beliau sudah dapat mengesan kelemahan Malaysia ketika menyaksikan skuad negara dibelasah Indonesia, Rabu lalu.

Namun, Rajagobal tidak berdiam diri, sebaliknya bakal membuat rombakan kecil melibatkan dua atau tiga pemain di posisi pertahanan dan tengah sambil turut mengetahui kelemahan Thailand.

“Selepas latihan terakhir petang tadi (semalam), saya serba sedikit sudah memiliki bayangan kesebelasan yang akan diturunkan bertemu Thailand.

“Kita tak boleh tukar sampai tujuh pemain seperti Thailand kerana ini saja pemain yang kita ada setelah ramai tonggak utama tidak dibawa kerana cedera.

“Dia (Robson) boleh kata dia ada strategi untuk memanfaatkan kelemahan kita. Tetapi kita juga ada strategi terhadap kelemahan mereka,” kata Rajagobal kepada Kosmo! malam tadi.

Satu lagi faktor yang mungkin membangkitkan keyakinan para peminat bola sepak tanah air, Rajagobal mengesahkan Malaysia bakal turun dengan jersi berwarna biru yang sentiasa membawa tuah buat skuad negara.

Ditanya adakah dia akan mengekalkan Sharbinee Allawee Ramli di gawang atau menurun- kan Khairul Fahmi Che Mat petang ini, Rajagobal berkata:

“Saya akan tengok dulu sama ada perlu atau tidak membuat rombakan. Bukan semuanya salah Sharbinee ketika kita tewas kepada Indonesia, Rabu lalu.”

Pertemuan dengan Thailand i turut dianggap misi hidup mati kerana jika tewas, Malaysia terkeluar daripada persaingan ke separuh akhir biarpun akan bertemu Laos pada aksi terakhir Selasa ini di Palembang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 01:46 PM | Show all posts
Malaysia buat rombakan hadapi Thailand

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN
dayne.ghazali@utusan.com.my

KUALA LUMPUR -- Menyedari kelemahan yang terpampang ketika tewas 1-5 kepada Indonesia, jurulatih kebangsaan, K. Rajagobal akan melakukan rombakan pertahanan dan tengah bagi memburu kemenangan ketika berdepan jaguh Asia Tenggara, Thailand petang ini.

Dia juga mengesahkan akan menggunakan taktikal membabitkan formasi dan corak permainan yang berbeza memandangkan skuad Gajah Putih bukanlah calang-calang pasukan berdasarkan skil individu setiap pemainnya.

Itu antara intipati yang dirumuskan oleh Rajagobal menjelang pertemuan getir skuad negara dengan skuad bimbingan Bryan Robson yang akan menentukan hidup mati Malaysia di Piala Suzuki AFF.

Tanpa mahu menamakan siapa pemain yang dimaksudkan, dia berkata kesilapan yang sama tidak boleh diulangi kerana Thailand merupakan sebuah pasukan yang lebih berbanding Indonesia.

''Rombakan berkemungkinan membabitkan dua ke tiga pemain di bahagian pertahanan dan tengah begitu juga posisi penjaga gol, saya juga tengah fikirkan sama ada mahu menurunkan Sharbinee Allawee sekali lagi atau memasukkan Khairul Fahmi Che Mat.

''Kita akan turun dengan taktikal yang lebih berhati-hati dan tidak akan bermain secara terbuka memandangkan Thailand mempunyai daya serangan yang bagus.

''Saya juga tidak menggunakan formasi 4-4-2 yang digunakan ketika bertemu Indonesia kerana jelas ia tidak menjadi dan saya akan menggunakan taktikal berbeza,'' katanya yang dihubungi, semalam.

Bertambah menggusarkan hati Rajagobal, rakan sejawatnya dari Thailand, Bryan Robson mendedahkan bahawa dia akan menurunkan skuad terkuat selepas sekadar seri 2-2 dengan Laos pada perlawanan pertama.

''Apa yang saya dapat tahu, Thailand sebenarnya tidak menurunkan pemain utama ketika seri dengan Laos kerana sebahagian besar pemainnya masih keletihan dengan jadual ketat liga mereka.

''Difahamkan sebanyak tujuh pemain utama tidak diturunkan oleh Robson dan mereka akan kembali bermain ketika berdepan kami, jadi para pemain saya harus berwaspada dengan Thailand kerana masih belum menunjukkan kekuatan sebenar, '' jelasnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 01:49 PM | Show all posts
Bangkit melawan - Aidil
Oleh Ilah Hafiz Aziz
hafiz.aziz@utusan.com.my


Pemain negara, Aidil Zafuan (baju merah) dan Zaquan Adha optimis Malaysia mampu bangkit pada pertemuan menentang Thailand, hari ini. - UTUSAN/ASWAD YAHYA



KUALA LUMPUR - Perit melihat kekalahan awal di Piala Suzuki AFF yang sedang berlangsung, ketua pasukan bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Razak mahu rakan pasukan membaiki setiap kelemahan untuk mengejutkan Thailand, hari ini.

Aidil yang terlepas peluang ke Jakarta ekoran kecederaan, tidak melihat kekalahan itu menghalang kemaraan Malaysia, sebaliknya dia meniup semangat supaya setiap ahli skuad bimbingan K. Rajagobal itu memberi yang terbaik dalam pertarungan seterusnya.

"Baiki kesilapan dan tidak mustahil kita mampu mengejutkan Thailand malam ini."
"Kita masih berpeluang, seperti mana yang kita lakukan di Sukan SEA, tahun lalu malah Thailand sendiri hanya seri dengan Loas dalam perlawanan pembukaan lalu," katanya kepada Utusan Malaysia selepas sesi fotografi bersama kembarnya, Zaquan Adha di gedung pakaian sukan, Mizi Sports Centre, semalam.

Menyaksikan perlawanan menentang Indonesia, Rabu lalu, Aidil memberitahu, pengalaman menjadi salah satu kelemahan terbesar skuad Malaysia.

"Kita mempunyai beberapa pemain senior sahaja yang beraksi kali ini dan sebahagian besarnya kekurang pengalaman dan baru beraksi buat pertama kali di Piala Suzuki AFF.

"Oleh itu, saya mengharapkan mereka meningkatkan mentaliti dan paling penting semangat berpasukan dalam skuad, serta jangan ulangi kesilapan lalu," jelasnya.

Sementara itu, Zaquan yang juga penyerang kebangsaan, tidak menyalahkan barisan pertahanan negara terhadap aksi pembukaan yang memalukan itu.

"Mungkin apa yang saya katakan ini hanya alasan tetapi saya tidak berasa barisan pertahanan perlu disalahkan kerana kami sendiri pernah berada di situasi itu.

"Kita cuma tidak mempunyai pemain yang tetap tetapi aksi kita di awal perlawanan agak baik namun malangnya bertemu Indonesia di tempat mereka, yang juga mempunyai pemain import dan kelebihan sekali gus milik mereka," jelasnya.

Zaquan yang turut sama dihimpit kecederaan turut mahukan skuad negara mempamer aksi terbaik menentang Thailand malam ini.
Pasangan kembar yang semakin pulih dari kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) itu akan menghadiri karnival mini Mizi Sports Centre di cawangan Sri Gombak, Batu Caves, hari ini.

Selain cawangan di sini, Mizi Sports turut menawarkan jualan murah untuk kesemua produk di premis Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 02:04 PM | Show all posts
klu Malaysia boleh menang tanpa tonggak utama melawan Vietnam petang kang,
mesti Malaysia boleh menang melawan Laos nanti!!

Go Malaysia Go!!!
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 02:05 PM | Show all posts
Ptg ni kna pki jersi biru la...
Bg ong lbh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2010 04:04 PM | Show all posts
Reply 355# sazeryus


ptg ni malaysia lwn thailand lah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-12-2010 05:53 PM | Show all posts
5 minit lagi game nak mula..
harap2 malaysia blh menang lah lwn thailand..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 05:54 PM | Show all posts
hidop mesia,,,,
kalah kan telen
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2010 06:02 PM | Show all posts
tv free tadak tunjuk live ka?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 12:50 PM GMT+8 , Processed in 0.115227 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list