CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: shakean

DIA SELAMANYA>>> new home

 Close [Copy link]
 Author| Post time 22-3-2009 06:10 PM | Show all posts
barunya memeluk dan mencium pipinya.

"tak pe ke ni.." rissa inginkan kepastian. Rissa memandang Akim yang sudah berada di dalam pelukan gadis yang tidak dikenalinya itu. Akim tertawa kesukaan.Gadis itu menganggukkan kepalanya.

"I rissa. yang U dukung tu Akim..Anuar hakimi.."
"panggil I Dee... U datang bercuti ke?"

Rissa menganngukkan kepalanya.
"I datang bercuti ngan husband I. tapi sekarang nie dia ada conference. So tinggal I dengan anak I ni. Jadi I buat keputusan keluar ke pantai.. Boring duduk hotel sorang-sorang."

Mereka menghabiskan masa bersama-sama. Rissa gembira kerana mempunyai teman untuk berbual. Selepas sejam. Gadis yang dipanggil Dee meminta diri kerana ada urusan yang harus diselesaikan.

Akim merengek ingin mengikut namun Dee memujuknya supaya terus tinggal dengan mamanya.


"Apa anak papa buat hari nie?" Ikmal bertanya setelah seharian meniggalkan Rissa dan Akim sendirian.

"We went to the beach.. Betul tak Akim cayang..." Risa bertanya kepada anaknya..
Akim menganggukkan kepalanya dan melompak2 lompat gembira.
"mama.. mama.. mama deee..." ujar akim menepuk-nepuk tangannya..

"akim pegi ngan mama ye.. Happy betol anak papa ni..." ujar ikmal terus memeluk erat Akim.. Akim tertawa kegirangan.

"I meet some one this morning.."

Ikmal memandang isterinya.. Siapa yang isterinya jumpa.. Bekas kekasih Rissa ke?  dia tak senang duduk. Rasa cemburu bermukim di hati melihat wajah Rissa yang ceria.

"Siapa?"
"U betol-betol nak tahu ke?" Rissa memandang Ikmal yang nampak sedikit tegang. Apa hal pulak nie.

"who is it?" Ikmal bertanya tidak sabar. hatinya berdegup kencang..
"I jemput dia to have dinner with us.. U tak kesah kan.."

Ikmal mengelengkan kepalanya. jika Rissa ingin menduakannya dia mesti kisah. Rissa isterinya. 5 tahun dia memendam perasaan sebelum dia mengorak langkah untuk memikat rissa. Bukan senang untuk memiliki hati isterinya. Apatah lagi hubungan mereka tidak direstui keluarga Rissa.

"We met at d beach. Akim pun suka dia.. btol tak Akim? I rasa dia calon yang sesuai untuk kawan U tu.."

Ikmal menarik nafas lega.Rissa benar-benar mengejutkannya. Bila dia mendengar patah yang keluar dari mulut rissa, dia membayangkan yang paling teruk.

"Calon untuk hakimi? Are u sure?" Ikmal bertanya.

Rissa mengangguk."I tahu memang la I ni tak berhak tok masuk campur dalam urusan kimie.. Tapi I bimbang tengok kimi macam tu.."

"sayang nak jadi match maker ke ni?" Ikmal tertawa.

Rissa menarik muka. Dia serius dengan cadangannya namun suaminya mengejeknya.


"Rissa... where is our guest?" hakimi bertanya setelah rissa memberitahu dia menjemput seorang rakannya untuk makan malam bersama.

Ikmal sibuk melayan Akim yang berada di ribanya.

"I dah call dia tadi.. Kejap lagi dia sampai la." Balas Rissa.

"siapa kawan U nie.. " Hakimi bertanya..

Belum sempat Rissa menjawab, ada satu suara yang menyapa rissa di belakang Hakimi.

"Sorry Rissa. I lewat sikit. Ada urgent phone call dari client I tadi."

Akim yang dari tadi diam di ribaan Ikmal mula meronta-ronta untuk lari dari pelukan papanya. Tangannya menggapai-gapai ke arah Dee..

Hakimi tersentak memandang Dee. begitu juga dengan Ikmal. Dia tidak mengjangka perempuan yang dikatakan Rissa adalah Diya.. Jadi ini calon yang Rissa cadangkan. Calon yang perfect. Dia mengaku dalam hati.

"ok Dee.. this is my Husband, Ikmal and yang kat sebelah U tu pulak Hakimi.. Khairul Hakimi."
Dee agak tersentak  apabila melihat hakimi di sisinya namun dia cuba mengawal perasaannya. Lagipun mereka tiada hubungan langsung.

"kami dah kenal dah." balas ikmal kepada Rissa. Dia cuba mengawal akim yang semakin agresif di ribanya.

"Come here Akim.." Dee menghulurkan tangannya. Akim cepat-cepat menggapai tangan mama barunya.

Ikmal makin terkejut apabila Akim begitu beriya-iya ingin memeluk Dee.

"abang.. Just give Akim to her.. Akim ni memang pantang kalau nampak Dee. Macam pag itadi... puas I pujuk tapi dia tak nak berenggang dengan Dee ni. "

Dee menyambut Akim dan terus memeluk dan mencium pipi Akim. Comel betol budak nie.. Geramnye.

"Diya.. I tak sangka pulak akan jumpa U kat sini.. Kita ni asyik terserempak tapi tak pernah dapat bersembang.. Betul tak kimi?" Ikmal bertanya.

Diya memandang hakimi yang berada disebelahnya. Lelaki itu kelihatan cuba melayan kerenah akim yang berada di ribanya namun tangan Akim melambai-lambai ke arah Hakimi.

"Yup.. kebetulan plak kita jumpa kat sini."
"Diya buat apa kat sini?" hakimi bertanya ingin tahu.. Mungkin diya datang ke sini dengan kekasihnya. Melancong atau bermadu kasih?

"Diya ada business ngan client kat sini. Kimi ada conference ke?" Diya bertanya.

Hakimi menganggukkan kepalanya.. rasa ingin tahunya makin membuak-buak. diya memp[unyai begitu banyak rahsia. Makin disorok makin dia ingin mengetahuinya.

"Business macam mana tu..?" Ikmal bertanya.
"Dee ada beritahu I yang dia terlibat dengan research pasal projek pembangunan resort baru kat pulau ni.. "

ikmal memandang rissa. Betul ke apa yang rissa beritahu nie..

Hakimi memandang Diya inginkan kepastian.."Diya memang terlibat dengan projek tu. Sekarang ni dalam proses perancangan. "


"U all macam mana kenal dengan Dee ni?" Rissa ingin tahu. dia dapat merasakan ketegangan antara Diya dan juga Hakimi. Walaupun dekat namun mereka saling mengelak antara satu sama lain.

"Actually first time kiteorang jmpa Diya ni waktu balik dari jumpa client. Kat kawasan hutan. hakimi ni suruh kite orang terus jalan je.. Yela, dah la tengah malam, ada orang melambai-lambai pulak. Dia ingatkan Diya ni hantu.." ujar Ikmal sambil tergelak..

Merona merah telinga hakimi mendengar kata-kata Ikmal. Kau ni pun, kenapa la nak malukan aku depan Diya nie.

Rissa turut sama tertawa. Akim turut ketawa bila melihat mama dan papanya ketawa walaupun dia tidak tahu apa yang kelakar.

"Terima kasih banyak-banyak kat U all sebab tumpangkan Diya hari tu.. Kalau tak tak tahu la nasib Diya." Diya menyatakan penghargaannya. kalau tak kerana mereka dia pasti terpaksa berjalan kaki balik ke rumah.

"what happen back there" Ikmal bertanya. Melihat pada Hakimi, dia pasti yang hakimi akan terus membisu. Kehadiran diya pasti membuatkan hakimi serba tak kena.

"Nothing actually.. Ikmal dengan Rissa dah lama kenal ke?" Diya cuba mengubah topik.

"Lama jugak Dee. tapi waktu tu I ngan Ikmal ni macam musuh. kalau jumpa ke mesti bergaduh. Lagipun waktu tu si Ikmal ni sombong gler.."

"I tak sombong la sayang. U tu yang tak suke kat I. Tengok I je mulut tu mesti muncung.." Ikmal cuba menangkis. teringat kisah lama antara dia dan Rissa yang tak pernah sefahaman. Namun jodoh mereka kuat. Ejek mengejek menbuatkan rasa cinta bercambah di hati..


Hakimi tidak tahu perasaan apa yang melanda hatinya saat melihat diya di depan matanya ini. dia seolah-olah tidak percaya yang dya berada disisinya, berbual dengannya.

Namun begitu, dia juga merasa kekok dengan perubahan pada diri diya. Diya yang dikenal semasa bekerja dengannya bukan begini. Diya yang dahulu agak pemalu dan selalu menjauhkan diri darinya.

Diya yang dikenal sekarang pula seolah-olah diya yang baru. Diya kelihatan tegas dan  pandai menyesuaikan diri dengan keadaan. Diya kelihatan lebih educated dan tidak lagi berpura-pura. Namun hatinya lebih menyukai Diya yang dahulu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2009 06:10 PM | Show all posts
"Diya.. boleh kita berbual kejap" hakimi menyoal pantas. Dia tidak ingin mensia-siakan waktu yang dia ada dengan diya. Dia tidak ingin melihat diya menjauhkan diri darinya seperti  beberapa hari yang lalu.

"apa yang kimi nak bualkan dengan diya.." soal Diya hairan. Pertemuan dengan hakimi memang tidak pernah dijangka. Entah kenapa takdir slalu menemukannya dengan lelaki ini. Dia tidak membenci hakimi namun bukan bererti dia menyukai lelaki itu. Kehadiran hakimi tidak menyenangkannya. Dia tidak menggemari lelaki itu.

Ikmal dan risa sudah kembali ke bilik mereka. Mungkin kerana akim yang sudah lena membuatkan mereka terpaksa meminta diri. Tapi hakimi merasakan yang ikmal sengaja memberinya peluang untuk bercakap dengan diya.

"Diya apa khabar?"

Diya mengerutkan dahinya tidak mengerti. Adakah hakimi sengaja nak melawak. untuk apa hakimi bertanya sesuatu yang hakimi sendiri dapat lihat. Dia sihat walafiat. Tidak sakit pun.

"Diya sihat. Macam yang kimi tengok ni. Kimie nak tanya tentang ni je ke?"

hakimi tergagap-gagap inin bersuara. kenapa la aku ni. cakap je la apa je kat diya.Dia dah kat depan mata.

"Bukan.. actually pasal hari tu.. I nak mintak maaf.." ujar hakimi perlahan.

Diya memandang lelaki di hadapannya. lelaki yang selalu serius kelihatan agak kalut hari ini. apa agaknya yang menyebabkan hakimi berkeadaan macam ni.

"tak apa la hakimi. Diya dah lupa semua tuh.. kita kena pandang ke depan. Lagipun diya memang salah. clumsy.. bodoh.." ujar diya sambil tersenyum mesra.

Hakimi sekali lagi terdiam. Untuk apa senyuman tu diya. Adakah kau betul-betul ikhlas dengan ucapan kau atau kau sengaja nak redakan keresahan hatiku.

"diya ni cantik bila senyum..." Hakimi tidak sedar dengan pujian yang dilemparkan pada Diya.

"Kimie jangn nak puji Diya. Diya sedar siapa diya ni.. tak setanding dengan teman wanita Kimie.. Lagipun siapa la yang nak perempuan macam diya ni.."

"Ada.. hakimi pun dah pernah jumpa dengan orang tuh. Diya ada kelebihan tersendiri.. Kalau tak takkan dia terus menncari diya.. mengugut kimie.."

"Arill cari kimie?" Soal diya tidak percaya.

kimie menganggukkan kepalanya. dia tidak pernah berniat mencertakan tentang kedatangan Arill kepejabat dan mengugutnya. Dia bukan lelaki yang macam tu. Pantang dia jika masalahnya diceritakan kepada orang lain.

"Bila?" soal Diya lagi.

"beberapa hari lepas.. He still love u diya.. I tahu.." Ujar hakimi. Dia teringat akan ugutan dan amaran yang Arill berikan padanya. Dia tahu yang Arill takkan teragak-agak untuk mengotakan apa yang diucapkannya. Arill begitu mencintai Diya. Dia tidak faham kenapa Diya masih tidak mahu menerima lelaki itu.

"Jangan cakap apa-apa kalau kimie tak tahu apa-apa. Itu bukan urusan kimie. Kenapa kimie tak bagitau diya yang Arill ugut kimie. Diya boleh selesaikan sendiri."

Diya agak marah dengan berita yang baru diketahuinya. Kenapa Arill sebodoh tue. Sanggup dia melibatkan Hakimi dalam masalah mereka. Kenapa Arill harus melibatkan semua orang. Kenapa Arill begitu degil?

"Itu urusan Kimie. Bukan urusan Diya." Ujar hakimi tegas.

"that also my problem. diya yang libatkan hakimi dalam masalah ini. Hal ni tak ada kena mengena langsung dengan hakimi. Next time bila Arill datang, just tell me. I'll handle him myself" Diya membalas berang.

"hey.. Cool down.. Ok.." hakimi cuba menenangkan Diya yang kelihatan marah. Dia tidak pernah melihat diya dalam keadaan macam ni.

Diya tidak mempedulikan Hakimi dan dan terus bergegas keluar. Dia perlu menenangkan perasaannya.


diya tidak mempedulikan hakimi yang mengekorinya. dia perlu segera pergi dari situ. Pergi dari masalah yang sama mengganggu hidupnya. Dia tidak tahu sampai bila masalah antara dia dan arill akan selesai. Selagi dia keseorangan, dia pasti yang arill akan tetap mencarinya.

"Diya.. nak ke mana tuh... kimie temankan k."

"Kimie tak payah ikut diya. Nanti apa pulak kata orang bila tengok kita berdua macam ni. Tak manis.." ujar Diya.

Diya terus berjalan dan tidak mempedilkan hakimi yang masih tetap mengekorinya.Lelaki ni pun degil jugak.

"tak elok Diya jalan sesorang macam ni. kalau terjadi apa-apa kat diya macam mana?"

"Diya tahu jaga diri diya.. Diya tak perlukan bantuan kimie atau sesiapa pun. "
Diya terus mengatur langkah ke tepi pantai. Deruan angin dan bunyi ombak melegakan hatinya. Sudah lama dia tidak dapat berehat. Fikirannya selalu berserabut.

Diya tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya. tidak juga memandang atau kisah sama ada hakimi mengekorinya ataupun tidak. Apa yang dia inginkan sekarang hanyalah ketenangan jiwanya. Kenapa dia harus menderita di atas kesalahan orang lain. Kenapa dia yang harus dipersalahkan?

Perkenalan dengan arill memang tidak pernah dijangka. mereka berkawan, bercinta dan kemudian berpisah. pertemuan setelah lebih 3 tahun berpisah mmemang dia tidak duga. lelaki itu sudah dia hapuskan namanya di hatinya. Kenapa lelaki itu harus menyeksa perasaannya sekali lagi?

Hakimi cuma memerhati akan diya. Tidak bersuara dan tidak juga berniat ingin mengganggu diya. kehadirannya di situ cuma untuk menemani Diya yang kelihatan memerlukan masa bersendirian.

Saat ini, banyak yang bermain di fikirannya. Siapa diya yang sebenarnya? kenapa Diya berada di sini? Apa sejarah diya dan lelaki itu sehingga kini tidak diketahui. Apa yang dia tahu cumalah lelaki tersebut begitu mencintai Diya dan diya selalu mengelak dari berjumpa dengan lelaki itu.

Dia bagai wanita misteri dan sehingga kini Diya masih lagi satu misteri baginya. Diya yang dianggap tidak berpelajaran tiba-tiba berubah persenolitinya menjadi seorang wanita korporat. Kadang-kaang diya kelihatan begitu beku dan ada kalanya dia kelihatan begitu periang. Kadang-kadang tenang dan adakala sukar diramal.


##############################################

"Kita lupakan apa yang berlaku."  Ujar diya kepada hakimi. Sudah seminggu sejak pristiwa itu berlaku. Dia ingin melupakan kisah yang berlaku di pulau itu.

"Diya ingat senang ke kimie nak lupa semua nie. Diya tanggngjawab kimi sekarang.."

Diya memandang hakimi. Sukar untuknya menerima hakimi dalam hidupnya. lebih-lebih lagi dalam tempoh yang singkat macam ni.

"diya bukan tanggungjawab sesiapa. Diya boleh jaga diri diya sendiri kimie. "

"itu yang  diya cakap. kita kena selesaikan masalah ni segera. "

"apa yang kimie nak sekarang?"

"let see.. kita masih tak kenal satu sama lain. dan kejadian kat pulau tu sat kesilapan. Diya dan kimie pun tak pernah sangka ia akan jadi seburuk nie. kita terperangkap. waktu tu ini je solution yang ada. So.."

"hakimi.. Diya tahu semua ni memang tak masuk akal. kita tahu yang hakimi tak pernah membanyangkan yang hidup kita akan kusut macam ni. Diya tak minta apa-apa dari hakimi. Diya cuma harap kisah kita, kejadian tu kekal rahsia. Cuma kita yang tahu. Diya takkan menghalang hakimi untuk berkahwin lain. kimie buat la apa yang kimie nak dalam hidup kimie. Diya takkan halang. Dia mintak tempoh setahun. Selepas tu hal ini Diya selesaikan sendiri. Hakimi tak perlu bimbangkan apa-apa. "



"Diya.." hakimi bersuara lembut memandang diya. Walaupun hubungan ini bukan kehendaknya namun dia masih ingin mengenali gadis  di hadapannya.

"Kenapa setahun? kenapa setahun baru Diya nak selesaikan masalah ni. Kita boleh selesaikan esok jugak."

"kimie.. Diya nak kimie tahu ini. banyak yang kimie belum tahu pasal diya. Pasal famili diya. Diya tak mintak macam ni. kalau boleh esok jugak diya nak semua ni selesai. Tapi kimie kena faham. bukan kita aje terlibat. Diya tak nak malukan famili diya. Walaupun ini hanya salah faham tapi diya tak nak tengok abah diya merana kerana diya. Diya perlukan kasih abah. Diya tak nak hampakan abah diya. Dia segala-galanya bagi diya.."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"farid bila balik uncle?"

"Minggu depan diya. Diya betul-betul dah fikir masak-masak ke. Diya sanggup tinggalkan posisi diya sekarang? Nanti apa plak abah diya fikir..Diya masih anak dia. Jangan lupa tu semua. "

"Diya tahu tu semua. Diya ni bukan sesiapa pun uncle. Apa yang diya buat sekarang adalah untuk famili diya. untuk abah. Diya tak nak famili diya berantakan kerana diya. Farid berhak dapat haknya. Diya akan bantu kalau mereka perlukan bantuan diya. Abah dah sihat ke uncle?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:11 PM | Show all posts
Osman memandang gadis yang sudah dianggap macam anaknya sendiri. amat sukar untuknya memahami apa yang berada di fikirannya. Hubungan mereka rapat namun diya terlalu perahsia. Dia sayangkan diya. Anak kawannya yang dari kecil sehingga sekarang tetap dilawati dan memberi kasih yang kawannya tidak pernah berikan. Dia kasihan pada anak itu. Perasaan kasihan yang makin lama berkembang kepada perasaan sayang setiap kali melihat diya menangis, tersenyum setiap kali dia datang melawat.

"Abah Diya dah boleh bernafas tanpa perlukan bantuan oksigen lagi. tekanan darahnya pun dah ok. Diya tak nak jumpa abah diya?"

"untuk apa diya jumpa abah. Dia masih tak dapat terima diya. lagipun diya tak rasa diya patut jumpa abah dalam keadaan macam ni. abah akan makin membenci diya."

"apa yang diya maksudkan. terangkan pada uncle.." Osman bertanya tenang. Dia merasakan yang diya ada sesutau yang ingin diceritakan padanya.

"Diya dah kahwin uncle.. Diya ada call abah mintak izin dan abah benarkan tapi abah cakap yang dia tak nak jumpa diya lagi. " ujar diya menahan tangis. Dia merasa sedih. Sedih kerana abahnya sekali lagi menolaknya dari hidupnya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kepulangan farid memang diya nantikan. akhirnya dia akan bebas dari segala bebanan yang terpaksa ditanggung sekarang. bukannya senang untuknya menguruskan syarikat yang besar macam tu. Apa jua yang dia lakukan mendapat perhatian orang. Semuan orang memandang gerak gerinya. mencari salahnya.

Bukan salah mereka mempunyai syak wasangka padanya. bapanya tak pernah memperkenalkan dirinya pada masyarakat sebagai anaknya. Malah rumah bapanya tidak pernah dijejaki. dia cuma dapat melihat bapanya di dada akhbar dan berita.

Apabila pakcik osman menyambut kedatangannya di pejabat dan memberitahu yang dia bakal memangku juwatan ayahnya buat sementara waktu, banyak mata memandangnya tidak percaya. Siapa dia sehingga diberi kercayaan sebegitu besar? adakah dia mampu memikul tanggunjawab tersebut. semua orang mempertikaikan kebolehannya.

Dia tidak mengerti. kenapa dia yang dipertikaikan kebolehannya. dia bukan minta diberikan bebanan itu. Bukan salahnya berada di kerusi itu. dia lakukan semuanya kerana rasa tangungjawab terhadap ayahnya. Siapa mereka untuk mempertikaikannya. mereka bukan sesiapa. hatta ayahnya sendiri mempertikaikan kewujudannya. itu yang paling mengecewakannya.

"farid apa khabar?"
Diya memandang adik  tirinya yang baru sahaja pulang. kepulangan farid hanya disambut olehnya dan pakcik osman. Farid sendiri yang meminta mereka merahsiakan tarikh kepulangannya.

"farid sihat. Farid rindukan akak. Akak sihat ke?"
Diya menganggukkan kepalanya. Dia memang sihat. sekurang-kurangnya kepulangan farid dapat meredakan keresahan di hatinya.

dia teringat akan pertemuan pertamanya dengan farid. farid tidak pernah tahu yang dia mempunyai kakak tiri. dia bertembung dengan farid sewaktu keluar dengan pakcik osman bagi menguruskan visanya. Waktu itu farid masih di tingkatan empat. pakcik osman cuma memperkenalkannya sebagai anak kawannya kepada farid.

Farid seorang yang peramah dan baik. pertemuan itu membuahkan kemesraan antara mereka. Farid begitu beria-iya mengambilnya sebagai kakak angkat. Diya pula merasa begitu bersyukur. sekurang-kurangnya dia dapat berhubung dengan farid biarpun sebagai kakak angkat. dia ingin mengenali keluarganya.


Dalam emelnya farid banyak bercerita tentang dirinya dan persekolahannya.  diya pula banyak menasihatinya. hubungan tersebut berterusan selama dua tahun. Akhirnya setelah sekian lama, rahsia itu terbongkar.

Entah bagaimana rahsia tersebut terbongkar. Farid terkejut bila mengetahui statusnya sebagai kakaknya. Apa yang telah diberitahu farid padanya adalah dia dengan tidak sengaja mendengar perbualan antara ayahnya dan pakcik osman. Setelah beberapa kali memujuk pakcik osman, barulah dia menceritakan hal sebenar kepada farid.

pada mulanya Diya amat takut sekiranya Farid menjauhinya. namun lain pula halnya dengan farid. dia dengan gembiranya menerima Diya sebagai kakaknya. katanya sudah lama dia inginkan seorang kakak atau abang untuk bermanja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"akak.. akak macam mana sekarang?" sya bertanya lembut. dia memandang Diya yang kelihatan gembira di sampingnya. namun dia tidak tahu apa yang berada di hati Diya. Gadis itu amat sukar untuk difahami.

Bila mendengar yang Diya adalah kakak iparnya. dia betul-betul gembira. dia memang inginkan seseorang seperti diya sebagai keluarganya. Namun dia juga tahu yang perhubungan Diya dan abangnya begitu rumit. Dia sendiri tidak faham apa yang mereka berdua gikirkan. Namun, dia gembira biarpun terpaksa merahsiakan perkahwinan tersebut di atas permintaan Diya. Malah Diya juga meminta padanya agar merahsiakan apa yang dia tahu dan tidak menceritakan kepada sesiapa  termasuk Hakimi.

Sha sedar jika bukan kerana hubungannya dengan Zamri, mungkin hal ini juga akan menjadi satu rahsia baginya. Dan dia turut ingin menjadikan hubungan yang kepura-puraan ini satu realiti. dia memang sukakan Diya dengan abangnya.


"akak ok je sekarang sha. Akak betul-betul happy sekarang tau. Segala masalah akak dah selesai sekarang." Balas Diya sambil memeluk sha kegembiraan.

"abang hakimi macam mana pulak?" Sha bertanya ingin menduga.

Diya memandang sahabat merangkap adik iparnya itu. Kenapa sha harus membangkitkan hal itu padanya.

"akak tak ada masalah dengan abang sha  tu. kami masing-masing dah dewasa sha. Lagipun kami dah capai kata sepakat. tak ada apa-apa yang perlu sha bimbangkan pasal kami. "

Apa yang harus aku buat. aku tak ingin mereka terus macam ni. memang ini bukan apa yang mereka berdua inginkan tapi aku mahu Diya terus menjadi kakakku.

"sha harap sangat akak bersama dengan abang hakimi. Sha betul-betul sukakan akak. "

"Sha.. akak tak boleh buat apa-apa. perkahwinan kami satu kesilapan. tapi ia bukan bermakna akak akan tinggalkan Sha. Sha tetap akan akak anggap macam adik akak sendiri. Akak dengan abang hakimi memang tak mungkin bersama. jalan kami berlainan. "

"akak tidur rumah Sha malam ni yea.  banyak yang sha nak tanya akak tau."
"tak pe ke? akak takut kalau abang hakimi tahu nanti masak akak kena marah. "

Entah kenapa diya dapat merasakan yang kehadirannya di rumah Sha akan menimbulkan masalah. adakah kerana statusnya kini sebagai isteri hakimi membuatkan dia tidak selesa berada dalam persekitaran hakimi.

"ala. akak datang ke rumah sha sebagai kawan sha. Bukan sebagai isteri abang hakimi. Sha rasa tak ada masalah kan. Lagipun abang hakimi tu dah lama tak balik rumah. Dia dah ada rumah sendiri. " balas sha

Diya mengangguk bersetuju.


Diya memandang Sha yang sudah lena dalam tidurnya. Dia memandang siling yang putih itu. alangkah gembiranya dia jika hatinya juga seputih ini. Namun realiti bukan seperti itu.

hatinya sekarang penuh dengan warna-warna yang dia sendiri sudah tidak pasti apa warnanya. lakaran-lakaran yang dia tidak pasti apa hasilnya. jalan yang dia tidak tahu di mana penghujungnya. adakah kegembiraan ataupun kedukaan akan dilalui sepanjang hidupnya.

Aku ingin menjadi diya yang dulu. Aku ingin melupakan semuanya dan memulakan segalanya dari awal. Mungkin ini yang aku perlukan. Lapangkan jiwaku. lupakan dan mulakan segalanya dari mula. Lupakan segala keperitan.

Aku harus tabah.

Diya terus terlena dengan tekad yang baru.

###############################################

"Sha.. bangun la..  dah pagi ni.. "

Diya terus menjerit-jerit ke telinga Sha yang sedang lena.

Sha menjerit dalam hati. suara itu benar-benar mengganggu tidurnya. Jangan kacau la. Orang nak tidur ni.

Perlahan sha membuka matanya. Silau. semua tingkap sudah dibuka Diya. Dia sebenarnya tidak pernah dikejutkan dengan cara sebegini seumur hidupnya.
sha tidak sedar bila matanya kembali tertutup namun dia masih mendengar suara Diya yang makin perlahan di telinganya.

"sha.. Baik sha bangun sebelum akak simbah sha dengan air sejuk ni..."
Ujar diya mengugut apabila melihat sha masih tidak mahu bangun. Dia mencelup tangannya ke dalam mangkuk yang berisi air dan sedikit ais itu. memang sejuk.

Degilnya..

sha terus mebuka mata sambil menjerit apabila merasa sesuatu yang sejuk meraup mukanya. sejuk yang amat. Apa benda sejuk sangat ni?

"Dah bangun ke sayang?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:11 PM | Show all posts
Sha mendengar satu suara menyapanya. Dia memandang Diya yang berpeluk tubuh memandangnya.

"ngantuk la akak.... " Sha buat muka sedih memandang Diya.

"Bangun, gosok gigi.... kita nak keluar kejap lagi.. kalau sha nak tidur jugak akak simbah dengan ais dalam mangkuk tu. Sha nak try mandi dengan air sejuk ke pagi-pagi ni?"

Sha terus bangun ke bilik air apabila memandang mangkuk yang berisi ais itu. Tak nak la dia merasa ais di tubuhnya pagi-pagi macam ni.. sejuk gler.. dia lagi rela bangun dari merasa disimbah dengan air tu. Apa kena dengan Diya hari ni yea.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

farid memandang ayahnya yang terlantar di katil hospital. kepulangannya disambut gembira oleh bapanya. juga adik beradiknya termasuklah kakaknya. namun perjumpaannya dengan kakaknya tidak diketahui sesiapapun. Dia tahu hanya dia seorang yang menerima kehadiran Diya di dalam keluarganya. ayahnya langsung tidak mempedulikan kehadiran Diya. Cuma sewaktu ketiadaan dirinya, ayahnya mengharapkan pertolongan Diya.

Dia tidak faham. Ayahnya boleh mencari diya saat dirinya berada di penghujung cerun. namun saat berada di tanah rata, ayahnya tidak langsung mencari kakaknya. Adakah Diya cuma pengganti dan hanya kerana itu maka aahnya mengharapkan diya? Dia tidak mengerti. kenapa begitu sukar untuk ayahnya menerima kakaknya? dia langsung tidak nampak apa kesalahan yang diya lakukan. Diya seorang kakak yang baik.

dia teringat wajah diya yang begitu gembira menyambutnya. dia teringat kata-kata kakaknya yang memang mengharapkan dia kembali. kakaknya itu benar-benar gembira kerana dapat melepaskan kerusi yang diduduki sekarang.

Dalam kegembiraan kakaknya itu, dia juga dapat melihat kelukaan yang cuba diya sembunyikan darinya. dia tahu yang kakaknya begitu kesal dengan bapanya. Dia juga turut kesal kerana ayahnya tidak menghargai seorang anak yang baik seperti diya.

"jangan jumpa diya lagi."
tersentak farid apabila mendengar suara garau menegurnya.

Dia memandang ke katil. ayahnya sudah terjaga. dia tidak tahu sudah berapa lama ayahnya terjaga dan memerhatikannya.

Farid merenung wajah tua itu. apa yang ayah fikirkan? kenapa farid harus mengikat kata-kata ayah?

"maaf abah. farid tetap akan jumpa kakak farid. tak ada salahnya kalau kami berjumpa."

tajam mata ayahnya memrhatikannya namun farid tidak mempedulikannya. dalam keadaan sekarang dia tahu yang ayahnya cukup lemah untuk bangun dari katil tersebut.

"degil. sama macam kakak kamu jugak. "
Farid dapat mendengar dengusan kasar keluar dari mulut ayahnya.

Farid tersenyum. sakit-sakit pun masih jugak nak menangkan dirinya. ayahnya pun degil jugak. kenapa nak salahkan kakaknya. mereka dari rumpun yang sama. kedegilan mereka diwarisi dari ayahnya. kami ini anakmu.

"farid mintak diri dulu". Ujar farid setelah hampir lima belas minit berbual dengan ayahnya. Ayahnya perlu berehat. wajah tua itu jelas keletihan.

ayahnya menganguk. dia sudah penat.

"pasal syarikat abah jangan bimbang.  farid akan berbincang dengan kak diya kalau ada apa-apa yang farid tak faham. lagipun selama ni memang kak diya yang uruskan semuanya."



Hakimi terjaga dari tidurnya. hatinya merasa resah. malam tadi dia tidak dapat melelapkan matanya. terlalu banyak perkara yang merunsingkan kepalanya. Dia memandang jam tangan di meja. sudah pukul sebelas. apa yang nak aku buat hari ini?

tiba-tiba dia teringat akan keluarganya. sudah lama dia tidak singgah di rumah itu. perutnya tetiba kosong dan lapar. Dia teringatkan masakan pembantu rumahnya. apa agaknya menu hari ini. Dia kerinduan.

pantas sahaja hakimi bangun dan terus bersiap untuk ke rumah keluarganya. Dia ingin mengejutkan mereka.

Namun tidak pula dia menyangka yang dia akan dikejutkan dengan kehadiran Diya dirumahnya. Saat dia memberhentikan kereta, dia sudah dapat mendengar jeritan tawa adiknya berselang seli dengan tawa seseorang. Dalam kepalanya tidak pernah terlintas yang ia adalah Diya. Dia cuma menyangka yang itu adalah salah seorang kawan adiknya.



hilang tawa sya dan Diya saat memandang tetamu di muka pintu. terkejut dengan kunjungan Hakimi yang tidak disangka. mereka memang tidak mengjangkakan yang hakimi akan datang pada hari ini.

"abang.. buat apa tercegat kat muka pintu tuh.. masuk la.." ujar sya mesra cuba menutup keresahan di hatinya. Dia pura-pura tidak mengerti pandangan abangnya pada diya.

Diya tersenyum pahit memandang hakimi. Dia juga tidak menyangka akan secepat itu bersua dengan hakimi.

Sya berlari ke arah abangnya dan terus manyalami dan memeluk abangnya itu. Diya masih kaku dan hanya memandang tingkah sya dengan hakimi.

Hakimi membalas pelukan sya. matanya memandang Diya yang sudah bergerak dari duduknya menuju ke dapur.

"abang dah makan belum?" Soal sya sambil menarik abangnya ke sofa.

hakimi mengelengkan kepalanya tanda belum makan. matanya melilau mencari Diya. Namun diya sudah hilang ke dapur. Dia masih mengeluh perlahan namun keluhan itu masih dapat didengar oleh Sya.

"abang lapar sangat ke?" sya sengaja bertanya



"apa diya buat kat sini?" soal hakimi ingin tahu.

"sya yang ajak dia datang sini. bosan la sorang-sorang kat rumah. Lagipun dah lama sangat sya tak jumpa kak diya. dia sibuk sangat kebelakangan ni. baru-baru nie je baru dia free. "

"mak cik siti mana?" hakimi ingin tahu. rumah itu kelihatan sunyi.
"Dia balik kampung. Ada kenduri kat rumah saudaranya. " ujar sya.


hakimi menggaru kepalanya. saudara mana pulak. tak pulak dia tahu  siapa saudara mak cik siti.

"sya dah makan belum?" hakimi bertanya. jika adiknya itu belum makan dia ingin sekali mengajak adiknya makan bersama. Patut ke dia ajak Diya sekali?

"Sya belum makan lagi la abang."
"kita makan sama2 nak? lagipun abang dah lama tak makan dengan adik abang yang cantik jelita nie.." ujar hakimi sambil mencuit dagu adiknya itu.

Sya mengelengkan kepalanya.
"sebenarnya kak Diya dah masak dah. semua dah siap dah. Sha sebenarnya tunggu kawan ni. Dia janji nak datang. abang join kite orang sekali ek.."

"kawan? kawan mana nie?" hakimi bertanya ingin tahu.
"adalah. nanti sya kenalkan kat abang yea. " ujar sya malu-malu.
hakimi memandang wajah adiknya yang berubah warna. Sah. Adiknya menunggu tetamu yang agak istimewa. tapi siapa? teman lelakinya ke? Adakah Diya mengenali tetamu adiknya itu?

Diya muncul membawa segelas air sejuk kepada hakimi. Sya masih menunjukkan reaksi yang sama. diya ingin pergi dari situ namun sya menegahnya dari pergi.

"akak duduklah. berborak dengan kita orang. lagipun akak dengan abang kimi kan pernah kerja kat tempat sama. "


"hakimi apa khabar?"
diya bertanya perlahan sebagai satu formaliti untuk memulakan perbualan. sebenarnya dia tidak tahu untuk berbual apa dengan hakimi. lelaki itu sering membuatkan dia tidak keruan walau hanya dengan jelingan matanya.

"baik. Diya macam mana sekarang?" soal hakimi agak gugup. Diya dilihat masih tidak berubah. Namun gadis itu kelihatan agak mesra. tidak lagi menghindarkan dirinya seperti selalu. adakah kerana statusnya sebagai suami membuatkan diya tidak lagi kekok dengannya?

"fine. Oh ya sya.. dah try call zamri belum?". soal diya cuba mengurangkan keresahannya. sekurang-kurangnya kehadiran sya sedikit sebanyak membantunya.

"akak tungguu kejap yea.. sya call zamri jap.." ujar sya dan terus berlalu meninggalkan bersama hakimi.

semasa sya berjalan sya sempat mengenyitkan matanya pada Diya. Diya tergamam dengan tindakan sya. Sah dia terperangkap dalam percaturan yang sya aturkan.

"so..." hakimi memicit-micit jari jemarinya. gugup bila berduaan dengan Diya. perasaannya tidak keruan.

"siapa tetamu kita ni?"
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:11 PM | Show all posts
"Sya jemput kawan dia datang makan hari ni..emmm.."

"kawan sya? kawan yang macam mana tu?" hakimi ingin tahu. dia merasa sedikit cemburu kerana Diya seolah-olah lebih rapat dengann adiknya berbanding dia abangnya. kalau la perkahwinan ini terbongkar macam mana agaknya penerimaan adiknya itu?

"sya tak bagitau hakimi ke?" Soal diya. Dia menyangka yang sya telah menceritakan hubungannya dengan Zamri. bukankah Sya begitu menyanjung abangnya itu?

hakimi mengelengkan kepalanya. sekali lagi dia terasa diketepikan. Diya memang nampaknya lebih rapat dengan adiknya berbanding denagn dirinya.

"awak rapat dengan sya?"

Diya terkejut dengan soalan yang tidak dijangka itu. apa kena mengena hubungannya dengan sya dengan hakimi. salahkah dia rapat dengan sya?

"tak ada la rapat sangat. kenapa?"

hakimi memandang Diya. tidakkah diya faham kenapa dia tidak menyenangi perhubungan ini. ia nanti akan merumitkan keadaan. dia tidak ingin diya rapat dengan ahli keluarganya.

"jauhkan diri dari sya. I tak nak keadaan jadi semakin rumit nanti. "

rumit. siapa yang merumitkan keadaan sekarang? aku atau hakimi?

"Diya tak boleh buat macam tu. Sya kawan diya. kalau hakimi nak jauhkan diya dari sya luangkan masa dengan sya. jangan benarkan sya rapat dan cari diya. boleh ke hakimi buat macam tu?"

hakimi memandang geram. kenapa diya harus berkata seolah-olah ingin bergaduh dengannya.

"diya sengaja buat macam ni kan. rapatkan diri dengan sya dan rampas semuanya dari hakimi.."

"apa yang nak diya rampas? Sya? diya tak pernah fikir macam tu. apa lagi yang bernilai pada hakimi? tell me.. diya akan ambil semuanya yang bernilai pada hakimi.."

my heart..


"akak..." sya menjerit ke arah Diya.

Diya memandang sya. hakimi mula bangun untuk menenangkan perasaannya. Dia tidak mahu sya mengesyaki sesuatu telah berlaku bila dia meninggalkan mereka tadi.

"abang ke laman jap" ujar hakimi. dia terus melangkah meninggalkan sya dan diya.

Sya memandang mereka berdua. ada sesuatu yang telah berlaku. dia dapat meresakan ketegangan di antara mereka berdua. bergaduhkah?

Diya mengeluh perlahan. kenapa la dia asyik bertekak je bila jumpa dengan hakimi. tak bolehkah mereka berbaik macam kawan.

"kenapa ni akak?"
Sya memandang muka diya yang jelas dalam kekecewaan. tangannya memegang bahu Diya.

Diya meraup mukanya perlahan.

"akak tak apa-apa la sya. dah call zamri belum?"

Diya cuba menukar topik. Dia tidak mahu Sya terlibat dalam masalah yang dia sendiri wujudkan. kenapa la mulutnya gatal sangat membidas kata-kata hakimi. kenapa dia tidak je bersabar dengan hakimi. kenapa harus hakimi muncul dalam hidupnya. kehadiran lelaki itu mengugat ketenangannya.

hakimi terus duduk di kerusi. matanya liar memerhati keadaan sekeliling. bunyi pancutan air di kolam kecil di laman rumah mendamaikan. kenapa la hatinya tidak jugak tenang?

Apa agaknya yang diya buat kat sini. kenapa aku harus berjumpa dengannya. dia bukan sesiapa. tapi kenapa setiap kali memandang diya dia jadi tak keruan. kata-katanya sentiasa menbuatkan diya makin benci padanya. Mulut. kenapa kau tak pernah nak memahami aku?  aku selalu menyakitkan hati diya.

Aku suaminya. aku behak melarangnya. Namun aku juga tahu yang gelaran itu cuma pada dasar. realitinya aku tidak inginkannya. begitu juga dengan Diya. aku melakukannya kerana maruah Diya dan maruahku. Aku tiada hak itu. Kami berdua orang asing antara satu sama lain.

Deruman kereta mematikan khayalannya. Hakimi memandang dari kerusinya. Apabila mendengar salam pantas kakinya melangkah ke arah pemuda yang sedang berdiri di pagar.

ini ke tetamu Sya. aku pernah melihat lelaki ini. ya.. lelaki inilah yang menemani Diya sewaktu menghantar Sya tempoh hari. Walaupun agak gelap, namun dia masih mengenali lelaki itu.

"Sya dan Diya ada kat dalam. jemputlah masuk.." Ramah hakimi menyapa. dia berjabat tangan dengan lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Zamri itu.

"Hakimi ke?" Zamri menyoal ramah. Bila hakimi menyapanya dia sudah dapat mengagak yang lelaki itu merupakan abang Sya. Wajah mereka berdua saling tak tumpah antara satu sama lain.

"U ni kawan Diya kan. Kita pernah jumpa masa U all hantar Sya hari tu."
Zamri menganggukkan kepalanya. Hakimi nampaknya tidak lupa pada dia. Walaupum mereka tidak pernah diperkenalkan, hakimi masih mengingatinya.

"I cousin Diya. " Ujar Zamri penuh makna.

tergamam seketika hakimi bila Zamri memberitahunya akan hal itu.


Dalam diam hakimi memuji masakan yang Diya sediakan. Dia tidak menyangka yang Diya pandai memasak. hari ini satu lagi kelebihan pada dia dapat diketahuinya. Jika dia tidak datang melawat adiknya, mungkin dia tidak akan tahu yang dia memang pandai memasak.

"abang nak gi mana-mana ke lepas ni?" sya bertanya apabila Diya meninggalkannya keseorangan bersama abangnya.

Zamri sudahpun balik ke rumahnya. Hakimi menyukai pemuda yang baru dikenalinya itu. ramah dan mempunyai pekerti yang tinggi. kalau itu pilihan adiknya, dia akan bersetuju. namun, hubungan Diya dengan pemuda itu yang meresahkannya. kalaupum mereka bercerai, namun mereka akan tetap berkemungkinan untuk berjumpa kerana perhubungan itu.

Hakimi mengeleng perlahan. perutnya terasa penuh. Apa lagi yang boleh dibuat sekarang selain bermalasan di ruang tamu. Hari ini, dia tidak berjanji dengan kekasihnya. masanya amat terluang. Semalam beratus ringgit sudah dihabiskan untuk mengembirakan kekasih hatinya itu.

"tak keluar dengan makwe ke?" Sya bertanya ingin tahu. hairan dengan sikap abnagnya, biasanya hakimi terlalu sibuk terutama pada hujung minggu. ada saja perkara yang ingin dilakukan dengan kekasihnya itu. hari pula dilihatnya abangnya agak lapang. Tidak tergesa-gesa dan nampak lebih relaks.

hakimi mengeleng lagi. malas untuk bersuara. matanya dipejam rapat.


"akak nak gi mana tu?"
Dalam sayup-sayup kedengaran suara sya di telinga hakimi. matanya masih dipejam namun dia turut ingin mendengar apa yang mereka berdua bualkan itu.

Hakimi dapat mendengar suara diya bertingkah dengan Sya namun dia tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang mereka berdua bualkan. tangannya perlahan-lahan membetuljan posisi bantal di kepala agar lebih selesa.

"abang free tak?" kedengaran suara sya di telingan hakimi. Hakimi menarik bantal lagi kuat dan menarik tangannya ke telinga  kerana diganggu.

"Abang" sya masih tidak berputus asa. geram betul dengan tingkah abangnya yang tidak mahu mempedulikannya. kalau nak tidur tu balik rumah pun boleh.
tangannya mencubit lengan abangnya geram.

pantas sahaja hakimi bangun dan memegang tangan adiknya itu. sya mengaduh kesakitan akibat kenggaman yang kemas itu. hakimi hanya tersenyum. tu la.. siapa suruh cubit abang.

"sakit la abang.." sya cuba melepaskan genggaman tangan abangnya itu. perlahan-lahan pegeangan itu menjadi semakin longgar.

"kenapa?" lembut aja pertanyaan hakimi. Dia menepuk-nepuk ruang kosong di sofa. mengajak sya untuk duduk di sisinya. Sya menurut dan menghempaskan dirinya di sofa di sebelah abangnya.

"abang free tak? sya nak ajak abang keluar temankan sya dan kak diya Shopping jap. boleh la abang..." sya memegang lengan abangnya memujuk lembut agar ditemani. lagipun apa yang abangnya nak buat seorang diri di rumah itu.

hakimi berpaling ke arah diya yang bergerak menghampirinya. bukan ke arahnya sebenarnya tetapi ke arah meja kecil di tepi sofa untuk mengambil sesuatu.
Telefon Diya ada di situ.

"duduklah..."  pelawa hakimi.
Diya mengerti dengan pelawaan tersebut dan teus duduk di kerusi kosong di sisi hakimi.


akhirnya pergi juga hakimi menemani diya dan adiknya. Mujurlah diya bukan seorang yang banyak karenah. Hakimi dapat melihat adiknya ynag lebih beriya-iya untuk berbelanja berbanding dengan Diya.

"macam mana dengan kerja kimi?" Diya menyoal sebaik sya menghilang di sebalik rak-rak yang menempatkan barangan dapur. Dia dan hakimi sama-sama berada di sisi troli.

hakimi agak tersentak dengan pertanyaan diya yang tiba-tiba.

"kita boleh berbual sebagai kawan kan. Jangan anggap diya ni musuh kimie.." balas diya apabila
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:12 PM | Show all posts
hakimi masih mendiamkan diri.. dah bisu ke? mungkin hakimi tidak selesa dengan kehadirannya.

"ok je.. baik.. Diya pulak macam mana?" hakimi tidak berniat ingin tahu akan hal diya namun dia perlu berbual dengan diya untuk mengurangkan debaran hatinya bila berada dekat dengan Diya.

"Diya pun sama macam kimie jugak. tapi diya sekarang dah tak kerja kat tempat lama lagi.."

"kenapa?" hakimi ingin tahu. Seingatnya nya ini sudah dua kerja Diya lakukan dalam masa enam bulan. adakah diya seorang yang suka menukar tempat kerja apabila bosan?

"personal problem. " balas diya dan terus menolak troli ke hadapan.

hakimi makin hairan. Diya memberikan jawapan yang sama seperti yang dia berikan sewaktu berhenti kerja dari syarikatnya. adakah diya betul-betul ada masalah peribadi atau dia sengaja memberikan alasan yang begitu.

tangan Diya pantas membelek-belek sayur yang tesusun kemas itu. menilai sama ada ingin nmembeli atau tidak. mengingat barang apa yang diperlukan dirumahnya.

"kimi tak selesa ke bila dengan diya?" soal diya tiba-tiba dan memandang tepat ke arahnya.

"I don't know how to act in front of U. Diya tahu kenapa kan.."

Diya mengangguk perlahan. faham dengan maksud hakimi.

"diya minntak hakimi jangan benci diya walau apa pun yang berlaku nanti.." Diya terus menolak troli tersebut meninggalkan hakimi. hakimi hanya memandang langkah diya yang berlalu meninggalkannya.. hatinya tetiba merasa pedih. perasaan apakah ini?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


"Sue, kau datang ambik aku jap boleh?"
"kau kat mana ni?"
"kat tempat biasa la. Aku ada hal nak bincang dengan kau ni.."
"apa hal pulak?"
"adalah... aku tunggu kau tau.."

Suraya memandang telefon di tangannya setelah talian terputus. Apa halnya Diya nak jumpa dengannya. tergesa-gesa pulak tuh.. ni mesti ada ada apa-apa nie..

Suraya memandu dengan tenang biarpun hatinya bergelodak dengan seribu satu persoalan. Harap-harap tiada apa-apa yang besar. Diya ni bukannya boleh dijangka.

sesampainya di taman mini, suraya terus meletakkan keretanya di tempat letak kereta yang tersedia.

Mata suraya melilau mencari diya. Tersenyum riang dia apabila melihat kelibat diya di celah-celah orang ramai yang mengambil peluang beriadah di taman itu. Suraya melihat yang kawannya itu berteman. Siapa? teman lelakinyakah? afdakah diya ingin memperkenalkan dia dengan temannya itu?

"Assalamualaikum..."

Diya menyambut salam yang disampaikan sahabatnya itu. Lelaki di sebelah diya turut sama membalas salam tersebut.

"apa hal kau cari aku ni. tergesa-gesa pulak tu?" terus suraya bertanya.
Diya menepuk bahu sahabatnya itu.
"kalau ye pun nak tahu, takkan la khabar kawan baik sendiri pun kau tak tanya. sampai hati betul.."


suraya tersengih menampakkkan giginya yang putih bersih itu pabila ditegur Diya. Salahnya jugak, tergesa-esa sangat nak tahu sampai terlupa tanya khabar berita.

"Siapa mamat kat sebelah kau ni?" lain yang ingin ditanya lain pula yang keluar dari mulut suraya. Lekas-lekas dia menutup mulutnya. malu.

diya tergelak. Sue ni tak beragak langsung. Kenapa la dia ni gelabah sangat hari ni. biasa tak de pulak macam ni.

"ni adik aku la. farid. Farid, ni kawan kak Diya Suraya... " diya memperkenalkan kedu-duanya. mereka bersalaman tanda perkenalan.

"pehal kau ajak aku datang ni?"

"akak borak la dengan Sue ya. Farid nak ke sana jap. Nanti farid datang balik. " ujar farid tidak mahu mengganggu perbualan keduanya.

"bila masa kau ada adik nie?" Suraya masih tidak serik untuk melemparkan pertanyaan demi pertanyaan pada sahabatnya.

"dah lama dah. kenapa pulak? aku tak pernah bagi tau kau ke?"

Berkerut dahi suraya cuba mengingati sama ada Diya pernah menceritakan perkara itu dengannya. Tidak..

Apabila Diya melihat dahi Suraya yang berkerut seribu itu dia terus mencelah.

"Farid tu adik tiri aku... "

"what?" Suraya terkejut dengan pengakuan Diya.

"farid... is my stepbrother.." tekan diya lagi.

terlopong Suraya. Rahsia sebesar ini diya sembunyikan dari dia. Ada lagi tak perkara yang diya tak pernah beritahu padanya? dia terfikir..

"Sue ingat lagi tak masa kita studi dulu, bila holiday diya pernah cakap nak pegi melawat saudara diya. Farid tu lah saudara Diya."

zahir memandang gadis yang asyik memandang jauh ke hadapan. hari ini pun dia tetap ada. Siapa dia?

Diya mengeluh. sampai bila dia nak lari. Lagipun masalah dia bukannya tiada penyelesaian. perbualannya dengan suraya nyata sia-sia. kepada siapa harus dia luahkan segalanya. Suraya menentang keras keinginannya untuk pergi dari sini sehingga segalanya selesai.

hingga ke hari ini, sahabatnya masih merajuk denganya dan langsung tidak menghubunginya.Salahkah keputusan yang aku buat ni?

telefonnya tetiba berbunyi. Pantas Diya menjawab panggilan tersebut setelah melihat siapa yang memanggil.

Zahir  masih setia memdang gadis itu. kepalanya dilihat bergerak mengikut perkekerakan mulutnya. Dengan siapa dia berbual. serius semacam je..

Seolah-olah menyedari yang dirinya diperhatikan, gadis itu memandang kearahnya. Zahir pura-pura memandang ke arah lain. setelah pasti yang fadis itu tidak lagi memndangnya, Zahir meneruskan pemerhatiannya.

Gadis itu meletak telefonnya dan kemudian terus berjalan ke arahnya. Alamak.. dia sedar ke aku pandang dia? zahir menundukkan wajahnya. Gadis itu berlalu melepasinya. huh.. Dia tak perasan ke?

Zahir menanti derap lagkah gadis itu tidak kedengaran lagi dan kemudian baru lah dia berpaling memandang gadis itu berlalu pergi. kenapa setiap kali aku melihat kamu, wajahmu penuh dengan penderitaan?

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"Sofie... Rindu kat u la.." ujar hakimi memandang buah hati kesayangannya. Rasa lega hatinya saat memandang kekasihnya. tangannya kemas memeluk pinggang sofea. Sofea hanya merengek manja di dalam dakapan hakimi.

"I pun rindu kat U jugak. U sibuk sangat ke sekarang? baru hari ni muncul..."

hakimi mengusap lembut pipi Sofea
"sorry honey... I busy sangat sekarang ni.."

"sibuk sangat ke? ke U ada perempuan lain?" Sofea cuba menduga. Perangai hakimi sedikit berbeza berbanding dulu. Bila berjumpa dengannya, hanya sekejap dan kemudian menghilang. Sibuk dengan kerja katanya. Hujung minggu pun hakimi sudah jarang mengajaknya keluar.

"I betul2 sibuk honey.. kerja kat office menimbun. projek baru dapat. banyak benda nak kena handle.. U kena faham..nanti ada masa kita pergi holiday yea..." makin erat pelukan di pinggang Sofea. Hakimi membelai rambut Sofea.

Fikiran hakimi tiba-tiba melaayng teringatkan diya. apa yang dia buat sekarang.. bersama kekasihnyakah? Dia teringatkan lelaki yang selalu mengekori diya. lelaki itu tidak pernah berputus asa. Sekarang pun lelaki itu masih mengekori diyakah? hatinya tiba-tiba merasa panas.

"kenapa ni kimie?" tegur Sofea lembut bila melihat wajah Hakimi yang tiba-tiba berubah.

Hakimi mengelengkan kepalanya. hal ini bukan masalah Sofea. Dan bukan juga masalahnya. mereka tidak ada apa-apa hubunganpun. Hakimi cuba meyakinkan dirinya

"kita nak makan kat mana ni?"

"kita order pizza je.. I malas nak keluar.." balas hakimi memegang erat jari jemari Sofea.

Sofea memandang hakimi. Ada apa-apa yang berlaku ke? hakimi kelihatan letih. dia memandang hakimi yang telah meletakkan kepalanya di sofa..

"U ok ke kimi? "

"i'm ok sofie. penat sikit je. Tolong order pizza.. I dah lapar ni. dah kebulur.. I tak sempat lunch
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-3-2009 06:12 PM | Show all posts
pun tadi.."

Sofea mengeratkan pegangan tangannya sebelum pergi ke dapur untuk menyediakan minuman untuk hakimi dan memesan makanan buat mereka berdua..

Sofea memandang hakimi yang terlentok di sofa. Letihkah dia? Dia tiak pernah melihat hakimi seperti hari ni. terlalu banyak bebanankah hakimi sekarang? adakah itu sebabnya dia merasakan yang hakimi semakin jauh darinya. Tapi itu bukan sebabnya bukan. Sofea merasakan yang ada insan lain yang membuatkan hakimi makin jauh darinya. Tapi siapa?

Sofea mengusap rambut hakimi sebelum ke pintu untuk membukanya apabila loceng pintu berbunyi. tentu pesanan pizanya tadi. Sofea membawa pizza tersebut ke meja setelah membayar pesanan tesebut.

"kimi... bangun sayang.." Sofea cuba mengejutkan hakimi yang tertidur. Dia sebenarnya tidak ingin mengujutkan hakimi tetapi bila mengenangkan hakimi yang kelaparan barulah dia mengejutkan hakimi..

Perlahan hakimi membuka matanya. matanya dipejam celik beberapa kali untuk menghilangkan rasa mengantuknya.

"ada apa" soal hakimi perlahan. masih mengantuk lagi.

"your pizza sayang... nak tak?" Sofea menghulurkan sekeping pizza ke mulut hakimi.
Sofea tergelak manja apabila hakimi menggigit pizza tersebut.

"jangan la gelojoh sangat kimi sayang.. "

###############################################

"hi there"

Diya memandang ke kiri dan kanannya. Hanya dia seorang di situ. lelaki ini becakap dengannya ke? Diya memandang penuh tanda tanya.

Lelaki itu berjalan menghampirinya. Diya bergerak ke belakang. teragak-agak dengan tujuan lelaki yang tak dikenalinya itu. Mendapatkan jarak yang sesuai jika sesuatu terjadi padanya.

Diya memandang sekeliling.. ramai orang berada di sekeliling mereka. Mungkin lelaki ini bertujuan baik.Mana mungkin dia mempunyai niat buruk padanya.

"Sorry..." lelaki itu memberhentikan langkahnya apabila melihat Diya bergerak ke belakang.

Diya masih mendiamkan dirinya. lelaki itu mengundur sedikit ke belakang. Dia cuba meyakinkan diya dengan langkahnya bahawa dia bertujuan baik.

Zahir mematikan langkahnya apabila melihat gadis itu memandangnya dengan curiga.

"I selalu nampak U kat sini... I zahir.." lelaki itu menghulurkan tanganya ke arah diya.

Dia memandang lelaki itu. huluran tangannya tidak disambut.

teragak-agak zahir menarik tangannya dan menyapu seluarnya untuk menghilangkan rasa malunya. kemudian menggaru kepalanya yang tak gatal sambil tersenyum malu.

Inilah kali pertama huluran tangannya tidak bersambut. Gadis itu memang menarik perhatiannya. bukan kerana kecantikannya tapi kerana personalitinya yang berbeza berbanding rakan-rakan yang dikenalinya.

"Sorry. bukan muhrim..." Ujar diya melihat lelaki itu terkaku dan malu kerana salamnya tidak bersambut. Dia cuba menilai keikhlasan lelaki itu.

terpancar kegembiraan zahir kerana gadis dihadapannya mula bersuara. Dia sudah mula mengalah dan merancang untuk melarikan dirinya setelah tidak mendapat respon daripada gadis itu. Harapannya masih ada untuk mengenali gadis itu.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


arill memandang gambar-gambar yang berada di mejanya. hatinya merasa geram.. Diya, kenapa kau tak nampak siapa Hakimi yang sebenarnya. Dia cuma ingin main-mainkan kau. Kenapa kau masih tak nak maafkan aku.. Kenapa sayang...

pantas kakinya melangkah meninggalkan pejabatnya. hari ini jugak dia akan selesaikan segalanya. Setiausahanya yang ingin memasuki biliknya memandang hairan..

"bos, mesyuarat petang ni.."

"cancel semua. I nak keluar.." balas lelaki itu pantas.

setiausahanya memandang bos yang tergesa-gesa keluar hingga hilang dari pandangan. Apa kenanya dengan dia hari ni. Selalunya tak macam ni. ada pape hal pun bosnya ini masih rasional. Hari ini wajahnya dilihat seperti nak berperang. bersedia untuk mati..mengeleng perlahan dia mengingatkan fikirannya yang melayang entah ke mana.

"mana dia?" lantang arill bersuara.  seisi pejabat gempar dan terdiam memandang stu sama lain. Inilah kali pertama mereka berdepan dengan lelaki yang kelihatan bersedia untuk bertempur. masing-masing kecut perut dengan gelagat lelaki itu.

tergagap-gagap perempuan di hadapannya bersuara cuba menenangkan arill.
"bos ke..kke..lluar.. sabar encik.."

"call him.. I nak jumpa dia sekarang jugak.." Arill masih lagi lantang. kemarahannya sudah menguasai diri.

Ikmal tergesa-gesa keluar dari biliknya apabila mendengar bunyi kecoh di luar. terkejut dia melihat lelaki yang mundar-mandir di depan bilik hakimi.. dia menepuk dahinya perlahan. bala apa pulak kau bawak ni hakimi..

cepat-cepat dia menghampiri lelaki itu. cuba berlagak tenang. sedangkan dalam hatinya berlumba-lumba rasa gemuruh dan gerun.

"encik.. sila ikut saya.. "

"why?" soal arill. dia tidak nampak kenapa dia harus ikut lelaki yang tiba-tiba bersuara. dari pemerhatiannya, lelaki itu memegang jawatan yang agak tinggi berbanding pekerja lain. Pekerja lain kelihatan menunduk dan membuat kerja masing-masing apabila lelaki itu bergerak ke arahnya.

wanita yang bersuara tadi berbisik sesuatu kepada lelaki itu. arill memerhati dengan matanya. setiap gerak lelaki itu diperhati. walaupun hanya seketika, arill dapat melihat muka lelaki itu sedikit menggelabah dan bila berdepan dengannya, wajah menggelabah itu disembunyikan dengan senyuman dan keyakinanya. bijak..

"kalau encik nak jumpa dengan encik hakimi, better encik ikut saya. Or encik lebih suka berada di sini dan menimbulkan gosip pekerja kat sini? "

"I ikut U " balas arill perlahan. Dia mengekori Ikmal masuk ke pejabatnya.

Ikmal menghela nafas lega apabila tetamu tidak diundang itu bersetuju untuk mengikutnya. kalau tak dia tak tahu apa yang akan berlaku jika kejadian tadi smpai ke pengetahuan bapa Hakimi. Perang dingin balik la jawabnya.

Sebelum menutup rapat pintu biliknya, Ikmal sempat menyuruh wanita tadi menyediakan minuman untuk menenangkan tetamunya itu.

Ikmal tidak dapat menyembunyikan kegelisahannya. dapat dirasakan lelaki itu memerhatikan setiap gerak gerinya. tangannya terasa sejuk. keadaan begitu dingin dan sejuk. dadanya terasa sesak.

"U kawan hakimi kan.. " arill bersuara mengisi masa dan mendapatkan maklumat.

Ikmal mengangguk. Macam mana dia boleh tahu.. tiba-tiba dia teringat akan siapa lelaki ini. kejadian di parking lot tempoh hari.. Apa urusan lelaki ini dengan hakimi?



"You kawan hakimi ke?"
Ikmal bertanya sedangkan dia tahu yang lelaki itu tidak mungkin berkawan dengan hakimi. Mana mungkin seorang kawan menyerang kawannya macam ni sekali. kalau musuh ada kemungkinan la. tapi kenapa? Adakah lelaki ini sudah tahu akan hubungan Hakimi dan Diya. Ya.. Mungkin.. kerana lelaki ini sentiasa mengekori Diya. Tapi apa pula hubungan Diya dengan lelaki ini? Bermacam persoalan bertamu di mindanya.

Arill mengelengkan kepalanya. Ikmal sengaja bertanya soalan yang dia sendiri sudah tahu jawapannya.

"maybe satu masa nanti kami akan berkawan. tapi buat masa sekarang.." arill membuat isyarat pangkah menggunakan jarinya.

"bila hakimi akan masuk office ni?" ikmal bersuara kepada dirinya. Jam ditangan dipandang seolah-olah masa masa terlalu perlahan bergerak.

"U kenal Diya?" Arill masih lagi bertanya. Tidak ada kemesraan dalam setiap pertanyaannya. Kaku dan tidak meleret.

"Kenal la jugak. She used to work here.. "

"I know that.. apa yang I nak tahu apa hubungan Diya and Hakimi. Would U like to tell me what are their relationship?" Arill sudah memotong percakapan Ikmal.

Pintu bilik Ikmal tiba-tiba terbuka. Ikmal menarik nafas lega apabila melihat wajah yang tersembul di muka pintu.

"what up bro..." Hakimi tidak sempat menghabiskan soalannya saat terpandang wajah tetamu di bilik ikmal. Dia lagi..

pantas Ikmal bangun dari kerusinya. dia berjalan ke arah hakimi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:13 PM | Show all posts
"Korang berbual la dulu k. Aku keluar jap. Pape hal kau panggil aku k."  Ujar Ikmal dan menepuk bahu kawannya sebelum keluar dari bilik itu. kalau tadi dia merasa seram sejuk, bila memandang kawannya dan Arill dia merasakan suasana tegang dan hangat.

"kenapa kau datang jumpa aku ni?"  tiada salam tiada apa, hakimi terus bertanya tujuan lelaki itu datang berjumpa dengannya. dia sudah dapat mengagak apa tujuan kedatangan lelaki ini. Mesti pasal Diya. Dia sudah tahukah pasal perkahwinan mereka?

"Nop. kali ni I nak bincang pasal U. Not Diya.."

"I? Apa yang U nak discuss pasal I. " Soal hakimi lagi.

Arill melemparkan kepingan gambar yang berada di poket kemejanya. "pasal ni..."

Hakimi memandang gambar-gambar yang bertaburan di meja itu. Gambar-gambar ketika dia bersama dengan Sofie. Kenapa gambar-gambar ni ada pada Arill. Lelaki itu mengekorinyakah? Kalau papa tengok gambar-gambar ni gerenti aku kena kerat lapan.

"Apa tujuan kau ambik gambar-gambar ni semua?"

"Curious. I nak tahu kenapa Diya memilih U dan menolak I. Rupa-rupanya U ni pun kaca jugak. Tak sepadan dengan Diya."

hakimi diam. Kenapa lelaki ni begitu memuja Diya.

"Do you love her?" Soal Arill tenang.

Hakimi mengelengkan kepalanya.

Arill berdiri merapati Hakimi. Wajah lelaki itu dipandang mencari kejujuran..

"lepaskan diya.. "

"I tak boleh.."

"kenapa? U tak cintakan diya.. please.. let her go.. I tak sanggup tengok diya menderita sekali lagi.."

"U tak faham.."

"make me understands.." Arill masih menahan kesabarannya yang makin menipis. Lelaki itu sudah terlalu angkuh. Dia tidak cintakan Diya. Dia ada perempuan lain. Dia akan melukai Diya kesayangannya. Sama macam apa yang pernah dia lakukan pada Diya dulu.

"I... I... hus.."  kata-kata hakimi mati di situ. Kenapa perlu dia beritahu Arill akan ikatan itu. Arill cuma bekas kekasih isterinya. Ya.. Diya isterinya yang dia sendiri tidak terima dengan hati yang ikhlas. Tapi diya masih isterinya.

"apa yang U nak cakap sebenarnya. "
"Nooo.. Never. I takkan lepaskan Diya.." kata-kata itu terpacul di mulut hakimi. Mana mungkin dia serahkan isterinya pada orang lain.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

"we need to talk"
"apa lagi yang arill nak. Tak pernah bosan ke mengacau Diya."
"nop.. Dengan u mana I boleh bosan.."

"jangan nak mengarut. Diya tak suka.. lagipun dulu Arill jugak yang bosan dengan diya.."

Arill terdiam. benci sangat ke Diya untuk mendengar suaranya. Bercakap di telefon pun penuh dengan perasaan benci.

"jangan nak unkit kisah lama. Kita jumpa k. I ada something nak bincang dengan Diya nie.. Please.. benda ni penting tau.."

"Arill nak kawin ke?" lancar je kata-kata tersebut keluar dari mulut Diya. Sebenarnya dia berharap sangat yang arill akan bertemu dengan cintanya. Berkahwin dan melupakan dirinya. Susah sangat ke nak melupakan dia yang tak ada apa-apa ni? cinta memang pelik..

"Diya... " Arill menyambut geram. Kenapa? kadang2 diya melayannya dengan baik dan kadang-kadang juga diya melayannya dengan dingin.

"ok.. where do we meet?"

"U nampak cantik Diya.."

"selama ni Diya tak cntik ke?" Sindir diya.
"U selalu cantik Diya. I ni je yang tak nampak.."

"whats wrong with U today?" Diya bertanya hairan.

"nothing..." ujar arill pantas. akan dianyatakan hasrat hatinya pada hari ini.

"Apa yang U nak makan?" Soal arill ramah?

"Anything fine.. Cepat cikit. I ada hal ni. " balas diya malas. Ajakan Arill diterima kerana lelaki itu beria-ia mengajaknya. entah apa yang hendak arill cakapkan padanya.

"diya.." Arill meneguk air liurnya perlahan. hatinya masih menimbang-nimbang sama ada dia patut memberitahu diya akan rahsia hakimi.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

hakimi resah di kerusi. Otaknya penuh dengan ugutan yang lahir di bibir arill. Lelaki itu mengugut untuk menceritakan perihal dirinya dengan Sofea kepada Diya. Apa yang harus dia lakukan. Dia tidak ingin gambar-gambar itu sampai ke tangan Diya.

Tapi kenapa? Dia masih tidak fahamm akan perasaaannya di saat ini? Dia tidak sukakan diya. berkali-kali ayat itu diulang di kepalanya. Meyakinkan dirinya yang  diya bukan sesiapa padanya.

ARGHHH...

Hakimi memandang telefon di meja. akalnya menimbang-nimbang sama ada patutkah dia menelefon Diya. mereka perlu berbincang.

"hello.."
Kedengaran suara menjawab sapaannya. Hakimi tersenyum lega biarpun rasa gemuruh mendengar suara di seberang..
"Sibuk ke?" Soalnya lagi. Saja berbasi-basi dengan pemanggil di talian.

Hampir terjatuh telefon di tangan saat mendengar jawapan si pemanggil..Kurang ajar kau arill. Baru tadi kau datang menyerangku dan sekarang seronok bercanda dengan isteriku.

"awak di mana?" keras suaranya bercampur amarah. Apa yang dia tahu sekarang ialah menumbuk muka arill. Langkahnya laju menapak keluar sambil tangannya terus mendekatkan telefon di telinga. beg dan kotnya dibiar begitu sahaja. Yang dia tahu dia harus segera ke tempat di mana Diya dan Arill berada.

Bila diya memberitahu di mana dia berada, terus telefon tersebut dititup. Bila sampai dan masuk ke kereta, telefonya dibaling entah ke mana kerana amarah yang membara. Jaga kau Arill.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>


Diya memandang telefon di tangan. Tidak menyangka yang hakimi menelefonnya tadi. Entah apa angin lelaki itu tiba-tiba bercakap dengannya. Dia hairan dengan panggilan yang sekejap itu. bila dia memberitahu yang dia bersama dengan  arill, dapat didengar dengusan yang kuat dari pemanggil tersebut. Lanras telefon tersebt disimpan ke dalam beg.

"siapa tadi?" Arill yang memerhati perbualan itu bertanya.

Diya mengjungkitkan bahunya.
"kawan..."

"Arill  nak cakap apa dengan diya ni. bukan main penting Diya dengar." Diya terus bersuara selepas pelayan membawakan makanan mereka. Dia merasa tidak sedap hati. Dengan Arill yang jelass ceria dan panggilan hakimi yang masih mengganggu fikirannya.

"U dengan Hakimi macam mana?"

terkejut diya dengan soalan berupa perangkap padanya itu. Kenapa Arill ni nak ambil tahu sangat hah. Kisah mereka sudah noktah. tak paham-paham lagi ke? ke Arill nak dia beritahu yang dia isteri hakimi baru lelaki itu nak mengalah.

"Ok. kenapa arill tanya nie. Ada Apa?" sengaja diya mengelak dari memberkan jawapan yang pasti. Apa makna ok yang dia sebutkan pun tak tahu. Ok la kot kerana tak jumpa dan tak gaduh dengan si Hakimi tuh.

"I nak kita kembali macam dulu diya.. Please.. kali ni je.. dengar la apa yang arill nak cakapkan kat diya. I sayangkan Diya. Selama kita berpisah ni I menyesal sangat-sangat Diya. Hanya u saja yang boleh bahagiakan I." Arill memujuk lemmbut.

"Sorry arill.. Diya tak boleh. Macam mana Arill merayu pun Diya tetap takkan balik pada Arill. Diya dah ada kehidupan diya sendiri. diya bahagia dengan siapa diya sekarang... "

"Diya.. kenapa diya sekejam ni. Diya sanggup ke tengok arill menderita. Kenangkan la saat bahagia kita besama.. beri I peluang untuk berubah dan bahagiakan U...."

Diya mengeleng perlahan. Mana mungkin dia menerima arill.

"baik sangat ke lelaki tu sampai Diya tak nak terima Arill?" Arill menyoal. Dia tidak nampak di mana baiknya lelaki yang sanggup bermain kayu tiga itu.

"siapa?" soal diya hairan. Ntah siapa yang dimaksiudkan Arill. Dia blur..

arill terasa dengan respond Diya. Adakah diya sengaja bwertanya soalan yang dia sendiri tahu jawapannya. Adakah diya sengaja menyakiti hatinya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2009 06:13 PM | Show all posts
"siapa lagi kalau bukan kekasih Diya.. Hakimi.." tukas Arill geram.

Dya terkejut namun disembunyikan juga wajah terkejutnya pada Arill. Apa yang Arill lihat sehingga mendakwa Hakimi kekasihnya. Dia benar-bennar tak faham. Atau ada sesuatu yang berlaku diluar pengetahuannya.

"Arill cari hakimi ke?" Diya serkap jarang. Dia teringat akan dakwaan hakimi bahawa Arill pernah datang mencarinya. Lelaki ni buat hal lagi ke? Tak serik-serik lagi ke?

"Yes.. I mean no.. Memang I ada pergi ke office hakimi. Itu urusan antara I dengan Hakimi.."

"Arill dah giler ke? Kenapa arill ni tak pernah serih hah.. " Melenting diya dengan pengakuan Arill. Apa lelaki yang seorang ni fikir pun dia tak tahu.

makanan dihidang dibiar sepi. Perlahan tangan diya mencapai minuman yang dipesan. Dia cuba menahan kemarahannya. Kenapa la hati ni asyik panas je kebelakangan ni. Jus tembikai dihisap menghilangkan amarahnya.

Arill sedikit trkejut melihat emosi yang bertandang di wajah Diya. Sekejap gadis itu tenang dan sekejap jelas terpamer kemarahannya. Salahkah dia andai ingin melindungi gadis yang disayangnya. Cintanya.

"hakimi bukan lelaki yang baik. Trust me.. "

"So siapa lelaki yang baik? Arill? Arill tak berhak cakap macam tu pada hakimi. Sebelum arill tuding jari kat orang lain, look at yourself Mr arill... " balas Diya geram. kalau ikutkan hati nak sahaja dia menjerit ke arah lelaki itu. disabarkan hatinya kerana mereka berada di khalayak ramai. Bukan caranya untuk memalukan lelaki di hadapannya.

"Arill tahu arill bukan lelaki baik. Tapi arill mohon.. Percaya la cakap arill kali ni.. kali ni je.. Lupakan saja hakimi. Dia tak sesuai dengan Diya..." Tangan diya cuba dipegang Arill namun ditepis Diya.

diya kaku. Dia tidak faham kenapa Arill hendak sangat dia memutuskan hubnngannya denga hakimi. Dari suara Arill, diya tahu ada sesuatu yang Arill tahu namun dia masih merahsiakannya darinya. Apakah yang Arill sembunyikan darinya?

"Ada benda yang diya kena tahu pasal hakimi ke?"

Arill menjerit dalam hati.. Kenapa la dia jadi macam ni. Sedaya upaya dia berharap agar dia tidak perlu memberitahu Diya akan kecurangan Hakimi. Dia benar-benar tidak ingin.

dia memegang kepalanya. kusut..

"nothing Diya. Tak ada apa-apa pun.. " ujar Arill

Diya tidak berpuas hati dengan jawapan Arill. Ada sesuatu yang lelaki itu ingin ucapkan tapi tak terluah. Diya memandang wajah yang jelas berserabut di kepalanya.

"You are hiding something.. "  gumam diya.

Arill mendongakkan wajahnya. Di depannya adalah gadis yang yang dicintainya. Kenapa begitu berat dugaannya. kenapa begitu payah untuk dia ucapkan. cakap je kekasih Diya curang. Kau akan ada peluang hatinya berkata namun di sudut hatinya ada juga sesuatu yang melarangnya dari melukai gadis itu.

"say something arill. Apa yang terbuku di hati Arill. Apa sebenarnya yang arill sembunyikan dari diya.." Dya memujuk lembut.

terketar-ketar tangan arill menyeluk sampul surat yang berada di poketnya. Diunjukkan pada Diya.
"Diya tengoklah. Diya akan faham apa yang arill maksudkan" lemah suara itu bersuara. Damm..

Diya mengambil sampul yang dihulur arill padanya. Perlahan tangannya mengeluarkan isi sampul tersebut.. tergamam dia memandang wajah yang dikenalainya itu. Hakimi..

Tangannya cekap membelek-belek gambar-gambar yang tersusun tebal.. Pelbagai aksi dan suasana dapat disaksikannya.

"Arill harap diya faham.." Arill memandang diya yang tekun memandang foto-foto yang memaparkan aksi hakimi dan kekasihnya. Tak marahkah Diya bila melihat foto-foto itu? Dia dapat melihat kejutan di wajah itu tapi tak ada pula wajah amarah seperti yang dilihatnya saat merendah-rendahkan hakimi.

Diya meletakkan foto-foto tersebut ke atas meja. Dia tahu niat Arill baik. memang dia terkejut bila memandang foto-foto tersebut. Hendak dimarah dia tidak berhak. Lelaki yang memegang status suaminya itu tidak pernah menerimanya  dalam hidup lelaki itu.

"thanks but no thanks.."

Arill memandang Diya tidak percaya. tiada sebarang emosi di wajah itu. Benarkah Diya dan Hakimi berkasih. dia mula merasa sangsi. Adakah kerana itu Diya melenting bila dia berjumpa dengan hakimi? kerana tiada hubungan langsung antara  mereka?
Tapi hakimi pula begitu bersungguh dan protecktive bila nama diya disebut. Lelaki itu beria-ia tak nak melepaskan diya. Dia keliru.



>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Bergegas hakimi masuk ke restoren itu. matanya melilau mencari diya di antara pelanggan yang berada di situ. Harap-harap Arill belum memberikan gambar tersebut pada Diya. Terbayang di matanya Diya yang menangis kerana gamba r tersebut. Arill pula dengan senang hati memujuk isterinya. Memeluknya.

hakimi cuba menghapus bayangan itu. kenapa pula dia membayangkan Diya menagis kerananya. Entah-entah Diya tersenyum gembira sambil memeluk kekasih hatinya kerana kecurangannya. Ahhh... jangan fikir apa-apa. jangan bayangkan apa-apa. Pedulikan diya. Biarkan Diya dengan halnya..

Pantas langkahnya diatur saat melihat wajah Diya di satu sudut.

"sayang... Diya buat apa kat sini..." laju sahaja mulut itu berkata tanpa sempat ditahannya. Wajah Diya jelas terkejut begitu juga dengan Arill.

Hakimi berlagak selamba. terus sahaja dia duduk di bangku di sebelah Diya. Tangannya dilingkarkan di pinggang diya. Dapat dilihat wajah Diya yang mula memerah.. Cutenya..

Diya cuba melepaskan pautan hakimi namun lelaki itu makin kuat memeluknya.

Senyuman di wajah hakimi kaku bila terpandang foto di meja. Sudah terlewatkah dia?

Bila melihat wajah hakimi yang berubah itu diya dapat mengagak sebabnya kerana mata itu terarah pada foto-foto di meja. pantas tangannya menyusun dan memasukkannya di dalam sampul.

"kimie simpan la.." Diya mengunjukkan sampul itu kepada Hakimi.

Tergamam keduanya dengan lagak Diya yang selamba.

"Diya tak perlu perkenalkan korang kan..Rasanya korang berdua lagi kenal satu sama lain banding Diya sendiri."

"Diya... kita balik yea.." ucap kimi tidak mempedulikan Arill yang memandang. Saat ini dia ingin bersendirian dengan DDiya. Mendengar apa sahaja yang diya ingin cakapkan padanya. Melihat wajah diya yang tiada emosi lebih menyakitkan hatinya.
Dia lebih rela diya memarahinya berbanding kebisuan yang diya tunjukkan padanya.

"Sori arll. Diya rasa dah tak ada apa yang Arill nak bincangkan kan. Diya balik dulu.."

Hakimi tersenyum kemenangan.


hakimi memandang diya yang membisu di kerusi di sebelahnya. Dia juga turut diam. akalnya mencorak ayat yang ingin dikhabarkan kepada diya. Fikirannya tidak tenang mengenangkan pertemuan yang beralku antara diya dan Arill. Dia sedar yang dia masih tidak dapat mengenal hati budi gadis di hadapannya itu.

"Diya kerja mana sekarang?" mata hakimi trus terarah ke jalan raya. menumpukan konsentrasi sepenuhnya kepada pemanduan.

"diya dah tak kerja dah.."

"kenapa? bukan ke hari tuh Diya dah kerja kan... Pegawai tinggi lagi tue.. Ada apa-apa yang berlaku ke?" hakimi ingin tahu. Dia masih ingat akan perbualan mereka sewaktu di pulau dahulu.

"Diya cuma pegang amanah waktu tu. Sekarang sudah diserahkan kepada yang berhak. Diya dah tak ada urusan lagi di situ."

Hakimi berfikir seketika sebelum bersuara.

"kalau hakimi panggil diya kerja balik diya nak ke?" Hakimi mula merencana. dia tidak senang membiarkan Diya sendirian dan jauh darinya. Arill sudah terang-terangan manyatakan perang dengannya. dia tahu yang Arill kini tidak akan malu-malu untuk mencari diya. Sekurang-kurangnya dengan tawaran itu membolehkan dia memerhati akan diya.


"kenapa?" soal diya

hakimi terdiam.
Dia membrek kereta apabila sampai ke lampu isyarat. Matanya memandang lampu merah di depan. hidupnya sekarang pun macam ni jugak agaknya. terhenti dan tak tahu bial masa ia akan berputar epada kehidupan yang bahagia.

"tak ada apa-apa. I just tak nak arill ganggu Diya lagi. He is so persistant. u know." hakimi berterus terang. biar diya faham akan situasinya sekarang. untuk mengaku yang dia cemburu egonya masih tinggi. Dia takkan mengaku yang dia cemburu akan diya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:13 PM | Show all posts
"kimi cemburu ke?" soal diya lagi. Apa yang payah sangat lelaki ni nak cakap hah. tapi dia sendiri tidak faham. lelaki ini sudah ada kekasih. kenapa perlu cemburu pada arill. Masih diingat akan tindakan berani hakimi mencarinya hingga ke restoren. Bewgitu pentingkah dia pada hakimi? lelaki itu mungkin hanya ingin menjaga air mukanya. baginya lelaki itu hanya kawan walaupun pada hakikat adalah suaminya yang sah.

"U are my wife. Kimie tetap kena jaga Diya. Diya tanggungjawab kimie. tuh je.. " balas hakimi tenang.

"pasal foto yadi kimi jangan la bimbang. Diya faham." ujar diya perlahan.

hakimi bungkam. Jado diya tidak kisah akan foto-foto tersebut. bermakna diya tidak kisah akan hubungannya dengan Sofea. hatinya merasa sakit. kenapa aku perlu sakit hati. bukankah baik jika Diya tidak kisah akan hubunganku dengan Sofea. Tiada kongkongan mahupun paksaan.

"pasal tawaran kimie tadi macam mana"

Diya menganggukkan kepalanya. Dia mnenerima tawaran hakimi. Kenapa dia terima pun tak faham. Adakah kerana tawaran itu membolehkan dia dekat dengan hakimi? dapat memerhati segala pergerakan hakimi. Namun dia tidak juga merasa cemburu. kenapa ya.

"jawatan kerani tuh masih kosong sampai sekarang ke?" diya bertanya ingin tahu. Dia teringat akan kak munah yang baik dengannya itu. Apa agaknya yang mereka fikir bila dia menjejakkan kaki semula ke pejabat itu?

"Siapa kata Diya akan kerja di situ?"
"habis tu kat mana?" soal diya ingin ttahu.

" diya jadi my PA. lagipun PA yang lama dah nak beberti kerja dah. dia kena ikut husband dia bertuka rke sarawak. "

Diya memandang hakimi yang ralit memandu. Apa niat kau sebenarnya hakimi.

"pasal tadi tuh diya mintak maaf. Dia cuma keluar dengan Arill sebagai kawan. Diya mintak maaf sebab tak mintak izin dari kimie." Entah kenapa dia melontarkan ucapan maaf buat Kimi.

"maaf diterima sayang. lain kali jangan nakal-nakal lagi.." laju mulut hakimi membalas.

"how is she?" soal diya  seolah-olah tidak mendenga r apa yang dibicarakan hakimi sebentar tadi.

"siapa?" hakimi tidak mengerti akan siapa yang dimaksudkan oleh diya.

"your lover.."

"Owh... dia baik je.. sihat walafiat.." bals hakimi

"kenapa U setuju kita nikah? dan kenapa pulak nak tunggu stahun baru kita berpisah.?"
hakimi menanyakan soalan yang sudah lama berlegar di fikirannya. kali ini dia merasakan masanya sudah tiba untuknya tahu alasan gadis itu.  pernikahan itu sudah mengjangkau empat bulan.  namun dia hanya berjmpa dengan dengan diya sebanyak lima kali. Tidak ganjilkah hubngan mereka?

"bukan ke diya dah bagi jawapannya. kenapa hakimi masih bertanya lagi?"

"jawapan diya masih banyak lubang-lubang kosong. masih banyak persoalan yang belum terjawab diya. Kimi sendiri tak tahu siapa sebenarnya diya yang hakimi kahwini ni. "

"kimi cuma kena tanya. Diya akan jawab semua soalan kimi tuh. tapi bukan sekarang k. lagipun diya dah penat melayan si Arill tadi. So.. dia memang ada jumpa kmi la yea. Apa yang kimi dan arill bincangkan?"

"nothing..." balas hakimi.

"kita nak ke mana ni?" soal diya apabila melihat sekelilingnya. ini bukan jalan ke rumahnya.  leka betul dia bersoal jawab dengan lelaki di sebelahnya.

"kita balik rumah kita la.." hakimi mengusik.

"hah!!!" diya cuak. bila masa pulak dia setuju nak tinggal serumah dengan hakimi? lagipun mereka tidak pernah membincangkan akan kemungkinan tersebut. Sikap hakimi yang tiba-tiba berubah meresahkan hatinya. Kemesraan dan keperihatinannya .. lagipun selama ini bukankah lelaki itu sering mengelak bila bertembung dengannya.

"dari sekarang diya akan tinggal dengan kimi.. kerja dengan kimie.. and... tidur dengan kimi.." hakimi seronok mengusik diya. suka betul dia memandang wajah diya yang pucat. berbeza dengan riak diya yang sentiasa tenang.

"kimi dah giler ke?" soal diya lantang.
"memang. gilerkan diya.." tersenyum dia memandang diya yang makin berang dan pucat itu.. Alahai... cutenya muka dia..

bila melihat diya mengangkat tangannya untuk memukulnya terus hakimi memberhentikan keretanya di bahu jalan.

kereta yang berhenti mengejut itu mebuatkan kepala diya terhantuk ke depan.

hakimi  terus menanggal kan tali pinggang keselamatan dan terus meluru k arah diya bila melihat diya mengaduh kesakitan. terbit rasa kesal di hatinya kerana menyebabkan kejadian tersebut.

"Are ok diya.."

"Diya tak apa-apa. pening je sikit..." balas diya perlahan. memang kepalanya sedikit pening kesan hantukan tersebut.

"let me see..." hakimi menongkatkan dagu diya untuk melihat di mana hantukan itu berlaku. lantas matanya menangkap kesan lebam dan sedikit calar di dahi kanan Diya.. Ya allah.. apa dah aku buat ni..

"Sorry diya... kimi bukan sengaja. kimi memang maksudkan apa yang kimi cakap tadi tapi bukan the last one. kimi cakap macam tu aja nak mengusik diya... Sakit lagi ke?  kat mana yang sakit.. nak jumpa doktor tak? "

tangan hakimi menyentuh perlahan dahi diya yang lebam. Dia meniup kesan lebam itu perlahan-lahan.

diya kaku dengan perlakuan hakimi. Ish mamat ni.. bimbang bukan main.. lebam sikit je la.. kalau ada yang patah boleh la bimbang. ni cuma calar dan lebam sikit je.

"sakit lagi ke?" hakimi masih meniup-niup dahi Diya. Diya mengelengkan kepalanya biarpun masih pening-pening lalat. tak dapat bersuara dengan wajah hakimi yang dekat dengan wajahnya. Dia malu bila dilayan begitu oleh lelaki itu.

Perlahan diya menepis tangan hakimi yang berada di dagunya.

"diya ok kimi. Just drive ok. Diya lagi pening bila kimi dekat macam n..." ujar diya. memang berkeadaan begitu membuatkannya tidak selesa. Dia tidak suka bila hakimi menunjukkan kebimbanganya. dia tidak suka dimanjai oleh lelaki itu.

"kenapa? Are u feeling something...?"

"jangan nak mengarut. perasaan apa pulak? " nafi Diya pantas.

hakimi tersenyum mendengar jawapan dari diya. benarkah apa yang diya cakapkan padanya? Diya benar-benar tiada perasaan padanyakah?

"ok.. kimi benar-benar maksudkan cakap kimie tadi. We will live together. ala.. macam rumah sewa la.. bilik kita still asing2.. Kimie cuma nak make sure yang diya Ok. tak ada gangguan.. mungkin dengan itu kita akan kenal satu sama lain lebih rapat lagi. Even only as a friend.. Kimie harap diya tak kisah dengan cadangan kmie ni. " panjang lebar hakimi cuba menjelaskan perkar itu kepada Diya.


"Arill, kenapa dengan kau ni hah?" sahabatnya menepuk bahu kawannya yang kelihatan lesu dan tertekan.

"tak ada apa-apa lah.."
"kalau tak ada apa-apa takkan la kau datang lepak kat rumah aku ni.. Mesti ada pape. Aku kenal kau dah lama.. muka macam ni mesti ada problem.. pasal perempuan lagi ke?" Andy meyoal ingin tahu.

Andy sedar yang Arill mesti ada masalah. Apa lagi kalau tak pasal perempuan. Lelaki ini tak pernah serius. tapi bila berteman, temannya akan ditatang bagai minyak yang penuh. Sekala keperluan teman wanitanya akan ditunaikan biarpun terpaksa ponteng kerja. Sayang bangat dengan kekasih hati.

Kali ini entah apa pulak yang merunsingkan temannnya itu. Seingatnya sudah agak lama sahabatnya membujang. Solo. tiada kekasih di sisinya. sudah berubah arahkah temannya itu.. terus dia mematikan pemikirannya yang tersasar jauh tu. Takkkan la temannya itu sampai  macam tu sekali. Putus kasih? tapi dengan siapa?

"kenapa ni.. erita kat aku.." andy memujuk lembut.

"aku tak tau macam mana nak cakap.." tinggi suara arill. kali ini dia memang terasa nak maki sesiapa aja yang berada di depannya. asalkan kesakitan yang dirasai sekarang hilang. Agaknya inilah yang dialami oleh teman-teman yang pernah dia tinggalkan sewenangnya dulu.

"kalau kau cakap macam tu masalah kau akan settle ke? aku kawan kau. cerita apa masalahnya sekarang? kau putus cinta ke? itu aku dah selalu dengar? dah berlambak girlfriend kau tinggal. tapi tak pernah macam ni pun.. "

"ex-girl aku.." sayu suara Arill. kata-kata andy memang benar. dia putus cinta.. cinta yang tak pernah dia hargai.

Andy mennghemmpaskan tubuhnya ke sofa. dia memandang teman yang sudah tidak keruan lagaknya. rambut yang selalu tersisir rapi kelihatan kusut. entah berapa kali agaknya Arill menggaru atau mengusutkan rambutnya itu. bajunya sudah renyuk. beberapa btang baju sudah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:14 PM | Show all posts
terbuka.

"kenapa dengan ex kau... " soal andy perlahan. bukan niatnya menyakiti arill. Dia cuma ingin membanntu.

"aku sayangkan dia.."

"kau sayang kan dia.. apa susah.. beritahu perasaan kau kat dia. maybe dia akan terima kau..."

arill mengelengkan kepalanya. lelaki ini tak faham.

"kau tak faham Andy.. bukan semudah tuh.."
"buat aku faham.."

"dia memang ex aku.. tapi tu dah lama berlalu.. Lebih tiga tahun lalu.."

"maksudnya kau.."
"aku jath cinta sekali lagi. pada permpuan yang pernah aku kecewakan.." akui Arill lemah.

andy mengeluh perlahan.. beratnya masalah kawannya ni. dia sendiri pun tak tahu nak buat macam mana. Kenapa la Arill jath cinta pada ex dia. tak ada orang lain ke? dia juga sedar yang cinta tak boleh dipaksa.



"Siapa?" soal andy ingin tahu. Mesti perempuan tuh bertuah gler kerana dapat mencairkan hati lelaki di depannya. Sedar yang bukan senang nak memikat sahabatnya itu.

"Diya.." ujar arill.

ternganga mulut andy mendengar nama sahabatnya disebut. jadi diya la perempuan yang dimaksudkan arill. dia mengeleng tidak percaya. Andy tersenyum sinis.

memang patut kalau arill macam orang giler bayang pun. Dulu dia pernah menasihatkan arill agar tidak mempermainkan perasaan sahabatnya namun arill degil. Dia pernah melihat betapa kecewnya Diya bila ditinggalkan Arill. Perempuan itu makin menyendiri. Malah dirinya dijadikan musuh hanya kerana dia kawan baik Arill. Dia juga terseksa kerana hilang kawan baik. Mujur ada suraya yang selalu di samping diya.

"padan muka kau. siapa suruh kau tinggalkan dia. " Ujar Andy sinis. Padan muka kau Arill. Kawan aku kau kecewakan dan sekarang kau sendiri yang merana.

"wei.. kau ni kawan aku ke kawan diya. Aku terseksa sekarang tau.."

Andy membalas geram."sekarang baru kau tahu perasaannya kan. Aku pernah bagi amaran akt kau dulu. jangan mainkan Diya. tapi kau buat jugak. Kau tau tak sakit ati aku terngok diya dulu. Seminggu dia tak datang kuliah. Malu nak jumpa kau. dengan aku pun dia tak nak bercakap. Aku ni putus kawan dengan dia pun sebab kau. Sebab kecewa dengan kau aku yang dijadikan musuh. Mujur ada suraya tuh"

"tolong la aku Andy.. kau kawan aku kan.." Arill merayu. ya memang silapnya kerana meninggalkan diya dulu. tapi dia sudah menyesal. Dia ingin menebus kesalahannya. Andy bukan sahaja tidak membantunya malah turut menempelaknya.

"maaf la kawan.. kalau bab diya aku tak dapat tolong kau.. Kau uruskan sendiri.. Aku dah serik. Aku tak nak jadi musuh Diya. " Andy bangun daru duduknya dan terus masuk ke biliknya.

Arill hanya memandang. Kenapa? kenapa semua orang tidak menyokongnya. Kenapa susah sangat untuk dia tebus kesilapannya?

***********************************************************

"assalamualaikum.."
"waalaikumussalam. Diyta kat mana ni? kenapa tak balik lagi?" kedengaran suara cemas di hujung talian.

Diya mengerling ke arah Hakimi. lelaki itu masih berdiri di situ. Apa tengok-tengok. nak pasang telinga ke?

"Sorry uncle.. Diya tak dapat balik malam ni.. Ada hal.."

"diya kat mana ni?" Osman menyoal bimbang. Diya jarang balik lewat. Apatah lagi keluar ke mana-mana tanpa pengetahuannya. Hari ini Diya bukan sahaja tidak balik tapi tidur di tempat lain. Mana dia tak riisau.

"Diya kat rumah kawan la uncle.. Diya tak apa-apa la..Esok bila diya balik baru diya cerita kat uncle yea.." rendah aja suara diya. harap-harap pakcik Osman tidak bimbang lagi.

"cakap kat mana diya sekarang? selagi diya tak cakap selagi tu lah uncle bimbang.


"diya kat rumah kawan la uncle.."

"kawan mana diya?" Osman cuba mengorek rahsia. Dia tahu yang Diya bukan jenis bergaul dengan orang yang bukan2 namun hatinya masih berlagu bimbang. Apa perasaan ni?

Diya sekali lagi mengerling ke arah Hakimi yang sudah duduk bertentangan dengannya.. Ala dia ni, suka2 je duduk kat situ. orang nak cakap pun tak senang. punnggungnya diangkat dan terus melarikan diri ke ruang yang dia pasti merupakan dapur rumah itu. Jangan ikut2 lagi la kimi. Payah nak berjawab dengan uncle ni.

Baru je dia ingin bersuara kedengaran Hakimi bersuara. "jangan nak lari.. tak de nya kimie nak ganggu dya. boraklah.."

"siapa tu diya?" pakcik osman sudah bertanya. Alamak.. mampus la diya kali ini. Sudah pasti pakcik osman dapat mendengar suara Hakimi tadi. Apa alasan yang nak dia berikan agaknya. Kalau pakcik osman tahu malam ni jugak agaknya si hakimi tu kena reman.

"diya kat rumah husband diya uncle.." balas diya perlahan.

pakcik osman jelas terkejut."dia dah balik kursus ke Diya? 6 bulan kan dia kursus. Kenapa balik awal sangat.."

Diya menggigit bibirnya. kantoi aku kali ni.. Memang diberitahu pada Pakcik Osman yang suaminya berkursus. sebab itulah dia tinggal sementara di rumahnya. Takut duduk berseorangan.

"Dia balik awal sebab... emm... emmm... rindu kat.. Diya" terketar-ketar jawapan muncul dari mulut diya. harap=harap pakcik osman percaya la cakapnya ini.

"baik betul ye bos husband diya. Tengah kursus pun boleh balik awal..Kat mana husband diya kerja?"

"buat apa uncle?"

"nak berterima kasih kat bos Dia la.. Sekarang ni kamu berdua boleh la habiskan masa bersama. Tak ada la rindu2 lagi. Dah dekat.. nak berkepit bila-bila masa pun boleh."


diya menelan air liurnya. sampai ke situ pulak yang pakciknya fikirkan. ingat aku kemaruk sangat ke nak berkepit ngan hakimi tuh.  tiap kali dekat pun mesti ada yang tak kena. tengok macam tadi, baru je nak berbaik kimi pulak sengaja naikkan darahnya. tak faham betul.

Namun dia tak menyalahkan pakcinya itu. sedar yang pakciknya itu menyangka dia berkahwin kerana cinta sehingga sanggup membelakangkan keluarganya. tiba-tiba ingatannya teringat pada ayahnya. apa khabar agaknya ayah sekarang. Farid ada memberitahu yang ayahnya sudah boleh bergerak dan turun dati katil hospital sekarang. Agaknya bilalah ayah akan keluar dari wad.

"ayah macam mana pakcik? sihat ke?"

"kamu ni kan, dah jauh dok dengan suami baru tanya pasah ayah kamu tu.. Selama duduk kat rumah uncle tak de pulak kamu tanya..Tak faham pakcik.."

Diya terasa dengan kata-kata pakciknya. Salahkah dia bertanya bila teringat akan ayahnya. bukannya dia sengaja tak nak tanya. selalunya farid akan ringan mulut bercerita pasal ayahnya setiap kali singgah di rumah pakcik osman untuk bertanya urusan kerja padanya. cuma seminggu ni je farid sibuk sangat sehingga hanya mampu menelefonnya. itupun hanya perbualan yang singkat.

"ayah ok kan uncle..." diya cuba menahan sendu yang bermukim di hatinya. Biarlah. Akan disimpan perasaannya ini. Selagi dia mampu akan disimpan tangisan hatinya. bukankah kewajipan anak untuk membahagiakan keluarga dan orang tuanya.

"kalau ayah diya stabil dua hari lagi dia dah boleh keluar wad dah.Diya nak jumpa abah diya tak?"

"tengok la uncle.. kalau tak de kerja diya datangla.. tapi diya tak janji uncle."

seteleh berbasi-basi, diya meminta diri. Bukan tak nak berbual dengan pakciknya tapi masa sekarang tidak sesuai. tahu yang hakimi sudah menunggunya di ruang tamu. Esok masih ada.

Diya menepuk dahinya bila tringat yang dia lupa untuk bertanya akan jadual pakciknya itu. Kalau ada kes kat mahkamah jawabnya tak jumpa la diya dengan pakciknya esok.

hakimi memandang diya yang bergerak ke arahnya sambil menepuk dahinya. Apasal kau tepuk2 dahi tuh.. ada benda yang kau baru teingat ke? kalau ye pun jangan la tepuk kuat macam tuh. dah lupa ke bengkak yang ada kat situ. Gumam hakimi sendirian. Ditarik raut serius di wjahnya.


"OK KIMI.. mana diya nak tidur ni?" soal diya. dia mengambil tempat di sisi hakimi. di kerusi kecil yang beralaskan kusyen yang agak tebal.

"Diya tidur kat bilik tu." ujar hakimi menujing jarinya ke arah bilik kosong yang dekta dengan dapur. diya memandang ke arah tempat yang ditunjukkan oleh hakimi. terus bangun dari kerusinya dan bergerak ke bilik itu.

tombol pintu dipulas dan pintu dibukak. Dia memandang sekeliling bilik itu yang menempakkan katil bujang dan almari serta meja solek. Hakimi mengekor dari belakang. melangkah tenang ke
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:14 PM | Show all posts
katil empuk. sengaja dia merebahkan diri di situ.

Diya memandang tajam. bukan dia tak tahu yang hakimi sengaja ingin mengjengkelkannya. kalau penat atau apapun dia pasti yang bilik hakimi mempunyai tilam yang lagi besar dan empuk berbanding tilam di bilik tersebut. Macam budak-budak.

"not bad 4 a start. ada apa-apa lagi ke yang Diya kena tahu?"
Diya memeluk tubuhnya.memandang hakimi yang sudah memejamkan matanya. melampau betul.

hakimi membuka matanya. dilihat yang diya sedang berpeluk tubuh sambil memandangnya. Dahinya berkerut. Dia bangun namun punggungnya masih tidak meninggalkan tilam itu.

"Tak ada apa-apa lagi.Esok kimi bagi kunci rumah ni. sementara tuh diya rehatlah. kat dalam almari tuh ada beberapa helai bau. Just use it.."

"ok.. " jawab diya ringkas. dia memandang hakimi. menunggu untuk lelaki itu keluar dari bilik itu. badannya terasa melekit dan letih.  kalau ikutkan hati ingin saja dia menghempaskan badannya ke katil tanpa mempedulikan kehadiran hakimi.

"apa pandang2... " soal hakimi bila melihat mata diya masih terarah padanya. mulutnya terkumat kamit macam membaca mentera tapi tiada satu pun yang difahami hakimi.

"sampai bila kimie nak lepak kat sini. Pergi la masuk bilik Kimi. Diya nak berehat ni.." Ujar diya melepaskan geramnya.

"Ni kan rumah kimie. ikut suka kimie la nak lepak kat mana pun.. ". hakimi sengaja berdalih. suka benar dia menaikkan kemarahan diya.

Hati diya bertambah panas. Hakimi memang sengaja cari gaduh dengannya. Tak boleh ke dia dibiarkan sendirian walaupun sekejap.

Langkah diya terus diatur keluar dari bilik tersebut. Hakimi yang melihat terpinga-pinga. terus bangkit dari duduknya mengejar diya.

"nak ke mana tu?" hakimi memegang kejap lengan diya. terkejut dengan tindakan diya yang tiba-tiba gergegas keluar.

"kalau macam ni perangai hakimi baik diya keluar je.. Diya tak ingin tinggal kat sini. makin menyusahkan ada la.."

hakimi terpna.


"so... so.. sorry. diya ni... kimi gurau je la.. Dah. pergilah berehat.. kimi tak kaco lagi.."

Mata diya terarah pada pegangan hakimi yang kejap di lengannya. mula merasa sakit. Sure la pas ni ada kesan lebam.. tangan mengalahkan gorilla. Macam ni ke dia layan awek dia? Sure taknya.

"kimi.. dia mintak sangat2 ni.. bagi diya privasi. diya dah banyak tolak ansur dengan kimie."

Tolak ansur? apa yang tolak ansurnya? bukan ke Diya itu isteri aku. takkan la aku tak berhak ke atsnya. nak tidur sekatil pun boleh.. Diya ni pun satu, cepat je latahnya bila dicuit. setahu aku dia ni kebal je selama ni. tak de perasaan langsung.

"diya memang macam ni ke?"
"macam apa?"
"nak cakap macam mana ek.. split personalities.."

"kenapa kimie cakap macam tuh plak?" diya menyoal ingin tahu. dia ingin mengenali hakimi. ingin tahu pendapat hakimi tentang dirinya. Adakah pendapatnya sama seperti teman wanitanya?

"yela.. diya yang kerja ngan kimie dulu cool je.. tak banyak cakap.. tak pandai tarik muka macam sekarang ni.. ni kena usik sikit dah melenting.. tapi kadang2 diya ni cool jugak.. selamba je..tapi perahsia.."

Diya tersenyum... cool.. selamba.. entah apa la hakimi ni? tak faham dia..

"diya tak de pun split personalities or apa-apa je yang pelik tuh.. Ni la diya yang kimi tengok selama ni.. cuma waktu tu situasi je yang berbeza.. macam sekarang ni.. cos u are my friends aka husband jadi diya fikir diya boleh je cakap apa yang diya nak.. no harm done right.. "

terangguk-angguk hakimi. tidak sedar pegangan di lengan Diya makin longgar.

Diya mengambil kesempatan melarikan diri dari hakimi sekali lagi. kali ini terus masuk ke biliknya tanpa sempat hakimi mengejar. terus dikunci pintu tersebut. selamat aku..

hakimi memandanng puntu bilik yang tertutup rapat. pasti sudah diunci diya dari dalam. Dia mengeleng.. dia leka sekejap dan diya sudah cabut lari darinya. teruk sangat ke dia di mata diya? teringat akan gelagat diya yang tergesa-gesa masuk ke biliknya. cuba dikejar tapi diya sudah selamat di dalam bilik. dapat didengar Diya gelak sakan. mesti kutuk aku ni..

diya memandang lebam di lengan dan dahinya.. alamak.. apa la yang aku nak kelentong pakcik osman esok.. Jatuh tangga? bilik air?.. Diya memegang bonjolan di dahinya.. tak de la sakit sangat.. masa terhantuk tadi je sakit.. ditekan bonjolan tersebut. terus matanya terpejam. sakit lagi bila ditekan.

matanya berkalih pada lengannya.. lebam sedikit je.. esok2 ok la tuh.. lagipun dulu dia dah biasa mengalami lebam di badannya aibat latihannya. kuat jugak mamat ni.. agaknya inilah hadiahnya kerana setuju dengan cadangan hakimi yang giler-giler nih.. tersenyum memandang bayangan di cermin dan kemudian merebahkan diri ke katil. terus lena..



diya memandang almari yang mempunyai isi yang sedikit itu. dipandang baju-baju yang tergantung di situ.. siap dalam plastic bag lagi. sure kimie hantar baju ni pegi dobi. diselak satu persatu baju yang ada di situ. Agak2 ni baju sofea ke baju sya? Diangkat sehelai bahu dari penyangkut. ni sah bukan baju sya.. tak cukup kain je dia tengok. selalu ke Sofea tidur kat sini?

tangannnya kembali meletakkan baju tersebut di penyangkut. diselak-selak lagi mencari baju yang sesuai untuk dipakai. yela, kebanyakan baju kat situ terlalu seksi baginya. tersenyum gembira dia bila terpandang skirt labuh yang berwarna hitam. ni boleh la dia pakai.. dia cuba mencari baju yang sesuai untuk dikenakan bersama skirt tersebut.melihat blouse putih berenda dan lengan panjang terus dicapainya.

hakimi ni pun satu.. tak nyempat2 nak dia tinggal kat sini. tengok la nak cari baju pun susah..ngomel diya sendirian.

diya memandang refleksi dirinya di cermin.. berkerut dahinya. memang sesuai tapi dia kurang selesa kerana blouse tersebut terasa ketat membalut tubuhnya. Perlahan dia menyikat dan menyanggul rambutnya. Tudung malam tadi dipakai kembali. nak buat macam mana, dalam almari tuh memang tak ada tudung. Sya ngan sofea mana reti pakai tudung. Dipin dan disemat keronsang biar nampak kemas. setelah berpuas hati dengan penampilannya barulah dia keluar dari bilik tersebut.

Terasa lama diya berada di sofa. hakimie ni bila nak keluar. jam sudah menginjak ke angka 8. hai.. masuk kerja pukul berapa la kimie nie. majalah yang berada di meja tidak dipedulikan lagi. sudah puas dia membelek2 majalah itu  sementara menunggu hakimi. bukan sengaja dia menunggu hakimi tapi kunci pintu grill disimpan hakimi. dia tak boleh keluar.

terkejut bukan main diya bila melihat hakimi yang baru keluar dari biliknya. ni nak pergi office ke pergi bendang.. selekeh, selebet, comot dan perkataan yang sama waktu dengannyalah. mengeleng kepala diya tidak percaya.

"baru bangun ke tuan putera?" sindir diya.

hakimi sibuk memasukkan hujung bajunya ke dalam seluar. dengar akan ucapan diya namun tidak berdaya membalas. akur dengan kecuaian sendiri. lupa akan diya yang berada di rumahnya. macam mana la dia boleh tak terbangun.

Diya menghampiri hakimi yang terkial-kial dengan tanganya.  berniat ingin membantu.. kesian pulak dia tengok hakimi ni.

"kimie ada meeting pagi ni..." luah kimie.

patut la kelam kabut sangat. rupanya dia ada hal pagi ni.
"sini diya tolong.." ujar diya. dia menarik tali leher yang berada di genggaman hakimi. hakimi membiarkan saja.

****************************************************

berdegup kencang jantung hakimi bila terasa jemari diya di dadanya..Apa yang kau buat tuh diya.. jangan la nak goyahkan perasaan aku.. dah la aku ada meeting kejap lagi ni.. kang tak pasal-pasal cancel plak..

hakimi menundukkan wajahnya. melihat apa yang dibuat diya. jari jemari tu cekap mengkancing butang bajunya. dia tak kancing baju ke tadi? melihat diya yang selamba terfikir olehnya adakah diya selalu semesra dan sedekat ini dengan arill?terbayang di matanya arill dan diya bersama di katil empuk.. tak.. tak..tak mungkin..diya bukan macam tue.. hatinya menjerit menafikan bayangan yang sekejap itu..

"kenapa" diya mengangkat wajahnya. terkesan akan tubuh kimie yang terasa kaku.. dia ada buat salah ke?

mata bertentang mata.. asyik hakimi memerhati wajah yang memandangnya. dipejam matanya cuba melupakan perasaan yang melandanya sekejap lagi..

"tak ada apa-apa" geleng hakimi.

hakimi memandang lagi.. diya sudah meneruskan kerjanya seperti tiada apa-apa yang berlaku. tali lehernya sidah berada ditempat yang sepatutnya. sesudah selesai diya bergerak menjauhinya. dicapai tas tangan dan tersenyum memandangnya..

"jom pergi.." hakimi dapat mendengar suara diya..

cepat-cepat hakimi menyarung stokingnya.. tidak ingin terus terleka dengan perasaannya.. boleh ke dia bersabar jika sekarng pun dia dah tak boleh menahan perasaannya? melonjak-lonjak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:15 PM | Show all posts
inginkan diya menjadi miliknya. cintakah dia atau hanya kerana ego dia tidak mahu diya menjadi milik orang lain? dia keliru.


Usai mesyuarat hakimi terus masuk ke biliknya. deringan telefon terus mengisi telinganya sebaik dia masik ke biliknya. siapa pulak la pagi-pagi macam ni dah mengacaunya.. baru je dia nak bersendirian dah ada yang mengganggu. dibiarkan sahaja panggilan tersebut.

Entah berapa kali telefon itu berbunyi dia pun tak tahu. sengaja dibiarkan berbunyi tanpa diangkat. bosan.

kemudian, telefon bimbitnya pula yang berbunyi. Siapa pulak ni.. Diambil telefon di pokeynya untuk melihat si pemanggil. terus tegak duduknya bila melihat si pemanggil. Mampus aku kali ni.

"Ada apa abah?" soal hakimi.
Dijauhkan telefon itu di telinganya bila mendengar suara di talian membebel kepadanya. Pasti yang pemanggil tersebut marah padanya yang sengaja membiarkan talian tidak diangkat. kalau la dia tahu tadi, awal-awal lagi panggilan ke biliknya sudah dijawab.

Hakimi mendengar sambil lewa akan apa yang diperkatakan oleh abahnya. tak habis lagi ke membebel tue. segera dia bergegas keluar atas arahan abahnya. telefon masih tetap dilekapkan ke telinganya. Langkah diatur ke bilik ikmal namun terhenti sebelum sempat dia masuk ke bilik tersebut. ikmal sudah keluar seolah-olah sudah tahu akan kedatangannya. mungkin abahnya sudah memberitahu ikmal.

"abah.. ikmal dan kimie dah nak turun ni. Abah tunggu kat bawah k. " ucap ikmal sebelum mematikan talian.

Di dalam lif ikmal berbual dengan hakimi berkenaan urusan yang tiba-tiba itu. cuba memahami perjumpaan yang bakal berjalan. abahnya sudah memberitahu semasa bercakap dengannya tadi tapi masih ada perkara yang tidak difahaminya.

Di dalam kereta ikmal hanya mampu mendiamkan dirinya. tidak mahu masuk campur dalam urusan dua beranak. dia menjeling ke arah cermin pandang belakang. muka kedua-dunya serius.

"bila kimi nak kenalkan calon menantu abah?" soal lelaki tua itu. dalam usia itupun dia masih kelihatan kacak dan segak. Cuma garis-garis kedutan di wajahnya yang menunjukkan yang usianya sudah tua.

"hah..." terpinga-pinga hakimi dengan soalan yang mendadak. dipandang ikmal yang sudah mula tersenyum sinis. dilemparkan renungan tajam ke arah sahabatnya itu. Ikmal  buat-buat tak faham.

"hakimi ni tunggu bidadari kayangan uncle" ikmal tertawa..  bukan dia tak tahu yang hakimi itu sudah berkahwin. kesian dengan abah hakimi yang berharap mendapat menantu sedangkan dia sebenarnya sudah mempunyai menantu.

"bidadari kayangan mana pulak yang kamu tunggu ni? abah ngan umi ni dah tua.. nak jugak tengok kamu ni berkeluarga. tak kesian ke kat kami ni?" ujar abahnya berharap..

hakimie diam. Alamak. emosi pulak la abahnya kali ni. dah berkali-kali soalan itu diajukan kepadanya. macam-macam alasan sudah diberikan pada abah dan uminya. tahu yang mereka kecewa dengan setiap alasan yang diberikan.

"tungu la abah. nanti la kimie kenalkan.. " balas hakimi lemah..

"kamu dah ada calon la ni? bila nak kenalkan kat abah?" beria-ia benar abahnya. hakimi sekali lagi merasa bersalah. Sudahlah dia memberi harapan pada abahnya.

"kimie tak ada calon lagi la abah.."  ujar kimi mematikan harapan abahnya.. dapat dilihat wajah yang riang tadi kembali mendung.. apa lagi yang boleh dibuatnya.. takkan la nak kenalkan sofea pada keluarganya. Abahnya awal-awal lagi sudah membantah biarpun uminya kelihatan boleh menerima sofea.

"kalau hujung tahun ni kamu tak bawak calon menantu abah, abah tak teragak-agak kahwinkan akmu dengan calon abah. Abah dah penat tunggu kamu bawak calon kamu sendiri. " abahnya bersuara. keras di telinganya.

begitu payah hakimi menelan air liurnya sendiri.. Abahnya tidak pernah bermain dengan kata-katanya. apa yang dikata akan dikotanya. Apa pennyelesaian yang dia ada? dia mati akal..

"kamu masih dengan sofea lagi ke? dah cair telinga abah dengar pasal kamu dan kekasih kamu tuh.. dekat pulau hari tuh pun abah dengar kamu dengan sorang perempuan? apa nak jadi dengan kamu nih.. perempuan kamu buat macam baju.. bila la kamu nak berubah.."

hakimi sekali lagi terdiam.  terdiam kerana  abahnya bercakap pasal hal kat pulau tuh.. Apa akan jadi kalau abahnya tahu perkara sebenar.. agaknya disembelih hidup-hidup. matanya terarah pada ikmal. berbicara dalam diam.

"kita nak ke mana ni dato'" ikmal memecah suasana. cuba mengembalikan dan mengalihkan perhatian kedua-duanya.

"kita nak jumpa anak kawan abah. Abah ingat nak join venture dalam projek mereka ni.. abah lihat potensi projek mereka ni memang besar..dengar khabar projek ni dikendalikan sepenuhnya oleh anaknya.  "

terdetik kekaguman di hati hakimi terhadap anak kawan abahnya. sedar bukan senang abahnya memuji sesiapa. jika pujian diterima abahnya bermakna orang tersebut memang layak dan berkebolehan.

" abah ni lebih-lebih pulak memuji. Ada pape ke abahnya?" usik hakimi.

Tertawa lelaki itu dengan usikan anaknya.. dipuji salah tak dipuji pun salah..

"kalau anak kawan abah tu perempuan dah lama abah kawenkan korang tau.." jawapan bapanya membuatkan hakimi turut sama ketawa. Abahnya ada-ada saja la.. sempat lagi mengenakannnya.


jatuh hati n kemudian jatuh tangga... boleh tak?
actually plot cter ni agak panjang..masih tidak berpenghujung.. bermacam dugaan yang akan hakimi dan diya tempuhi.. kedukaan, kebahagian... semuanya akan menjadi satu..

harap-harap semuanya setia menanti kesudahan kisah dia selamanya...


bila mereka sampai di cofee house anak kawan abahnya sudah sedia menanti. disisinya terdapat seorang lagi temannya. hakimi mengagak yang itu perupakan pekerja mereka.

mereka berkenalan seketika sebelum memulakan perbincangan. dari perbualan tersebut hakimi mengetahui pemuda di depannya baru sahaja menamatkan pengajiannya. dia kagum. dalam usia yang masih mentah itu pemuda yang dikenali sebagai farid itu kelihatan matang dan berpengalaman. Kalah dia yang sudah 8 tahun di bawah bimbingan abahnya. memang kena pada pujian abahnya.

"Uncle dengar projek ni Farid uruskan sendiri. Starting dari proposal sampai la peracangan sekarang.."

Farid mengelengkan kepalanya. Tidak senang dengan setiap pujian yang dihulurkan padanya. sedar yang pujian itu hanya patut diberikan pada yang berhak. dia cuma menggalas dan menyudahkan perancangan yang sudah dibuat saudaranya.

"pujian tu bukan pada saya uncle.. saya cuma menyudahkan apa yang sudah direncanakan orang lain.." ujar farid.

Dato' Hakim diam. hairan dengan kata-kata farid. Pada siapa harus diberikan pujian. Rancangan yang dibuat itu memang cukup teliti. sukar untuk mencari kecacatan pada perancangan tersebut. farid yang dipuji tidak dapat menerima pujian yang diberikan. salahkah maklumat yang diterimanya?

"tapi uncle dapat tahu yang projek ni anak dato' abdullah yang handle.. kalau bukan farid siapa lagi?"

barulah farid faham apa yang dimaksudkan Dato' Hakim. maklumat tersebut ada benarnya tapi ada sedikit hakikat yang tidak diketahui dato' hakim. adakah papanya sengaja merahsiakan perkara tersebut? tapi bila difikirkan balik memang ramai yang keliru.

"owh... maksud uncle kakak saya?"
"kakak?" terpana dato' hakim.. tidak mengerti akan sandiwara di depannya. setahunya Farid adalah anak sulung dalam keluarga Dato' Abdullah.. bila masa pulak farid ada kakak.

"kenapa abah?" soal hakimi bila melihat abahnya yang kelihatan terkejut. Memandang Farid seolah mengharapkan jawapan. Ikmal juga kelihatan ingin tahu. perbincangan berkenaan perniagaan kini bertukar rentak.

"Setahu abah Farid anak sulung dato Abdullah.. Tak pernah ada kakak.." ujar dato' hakim perlahan..

"maaflah uncle.. Farid tak tahu pulak sampai uncle terkejut macam tu sekali. sebenarnya Farid bukan anak sulung.. Farid ada kakak. perkahwinan papa dengan isterinya yang pertama.. " farid menerangkan pada sahabat baik papanya itu. Sudah masanya semua orang menyedari akan kehadirannya kakaknya. Sampai bila papanya hendak menyembunyikan hakikat tersebut.

Dato' hakim mengangguk faham biarpun dia masih tidak percaya akan khabar yang baru didengarnya. tiba-tiba teringat akan cakap-cakapnya di dalam kereta tadi.
"kakak kamu tu bujang lagi ke?" Soal dato' hakim tiba-tiba.. memandang anaknya yang berada di sebelah.

Farid yang mendengar terpinga-pinga seketika.. tidak menyangka dengan soalan yang terluah di bibir dato Hakim.
"apa uncle tanya tadi?" soal farid pula. bukan dia tak dengar tapi ingin mengesahkan pertanyaan Dato' hakim.

"kakak kamu tu dah kawen belum?" ulang dato hakim. soalan yang berbeza tapi jawapannya untuk kedua soalan masih sama.

kimie memandang tidak percaya. Tidak sangka abahnya akan bertanya soalan yang tidak disangka. Mata ikmal sudah membulat.. melopong mulutnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:16 PM | Show all posts
"setahu Farid belum..." balas Farid. tidak mengerti akan soalan yag dilontarkan Dato' hakim. Apa kena mengena pulak kakaknya bujang atau belum. pelik dengan kelakuan Dato' hakim.

"baguz..." ujar dato' hakim sambil tertawa sendirian.. otaknya merencana sesuatu. Dipandang hakimi seolah memberitahu perancangannya pada anaknya.

terdiam hakimi dengan pandangan abahnya padanya. senyuman dan gelak tawa abahnya dirasa racun padanya. Senyuman abahnya memberitahunya yang abahnya sudah merancang sesuatu. Sesuatu yag dia tidak dapat elak.

Keempat-empat mereka termasuk pekerja bawahan farid saling berpandangan. masing-masing tidak mengerti akan senyuman dan tawa Dato' hakim.

"jemput minum semua..." ujar dato' hakim dengan senyuman masih dibibirnya. kopi yang pekat itu terasa manis di mulutnya..

ikmal mencuit bahu hakimi . bertanya akan perubahan Dato' hakim yang gembira. Tidak mengerti akan mood Dato' hakim yang berubah.. hakimi hanya mampu mengangkat bahunya tidak tahu.

kedengaran telefon berbunyi. Masing-masing memandang ke arah farid. Farid meminta diri seketika . Sedikit menjauhi mereka untuk menjawab panggilan tersebut.. Seminit kwemudian kembali ke tempatnya.

jelas terdapat sedikit kehampaan di wajahnya.
"maaflah uncle.. sebenarnya tadi sis Farid call. Farid ingat nak kenalkan uncle dengan kakak Farid tapi dia tak dapat datang pulak. Ada hal katanya.. lagipun kakak Farid yang lebih tahu pasal projek ni. " terang farid.

Dato' hakim mengangguk faham. sedikt terkilan kerana tidak berpeluang berjumpa dengan kakak Farid.
"macam mana kakak Farid boleh terlibat dengan projek ni?"

"sebenarnya macam ni uncle.. kakak ambil alih syarikat after papa jatuh hari tuh. Waktu tu Farid tengah sibuk dengan final year.. So kakak ambil keputusan uruskan sementara tunggu farid balik."

"Kakak farid kat mana sekarang?"
"kakak farid ni lain sikit uncle.. Suka berdikari.. uncle.. farid nak tanya cikit boleh?.. kenapa uncle nak tahu sangat psal kakk farid ni.."

"uncle nak jadikan menantu..."

jawapan dato' hakim mengejutkan hakimi dan Farid. Ikmal jangan disoal la. Matanya lagi terbeliak dari  sebelum ni.

hakimi menjerit dalam hati..  Memanng jangkaannya tidak silap. abahnya terang-terang menyatakan cadangannya.


Diya memandang dari jauh. dapat dilihat Farid dan jugak tetamunya.. sememangnya dia datang untuk berjumpa dengan farid dan bakal rakan kongsi untuk projek tersebut tapi bila terpandangkan Hakimi yang turut berada di situ dia tak jadi mampir.. takut segala rahsianya bocor.. terfikir olehnya kenapa takdir selalu menemukan dia dengan Hakimi. Pertemuan yang secara kebetulan dan mengikat dia dengan hakimi. makin jauh dirinya dilarikan makin dekat pula dengan Hakimi.

**************************************************************

petangnya diya mengemaskan pakaiannya yang tak seberapa dan dimasukkan ke dalam beg.. fikirannya melayang mengingatkan perbualannya dengan pak cik osman. mungkin terkejut dengan keputusannya yang tiba-tiba. Tapi apa lagi yang boleh dibuatnya?

dalam hati ada rasa ragu-ragu dengan keputusan yang diambil. bila hakimi mengusulkan cadangan tersebut dia pantas bersetuju. tak tahu kenapa dia dengan senang mengikut cadangan hakimi. Sedangkan dia tidak begitu menyukai lelaki itu.. Dia takut saat hakimi merenungnya.. Ada sesuatu yang tersembunyi di balik renungannya.

terfikir olehnya adakah ini jalan yang tebaik buatnya. mereka bakal tinggal serumah.. mesti akan berhadapan dengan masalah.


Adakah secara kebetulan atau apa diya tidak mengerti. Memang sekarang mereka sudah serumah. bekerja di tempat yang sama. namun perlakuan merka seolah-olah orang asing.

Kadang-kadang saja hakimi pulang ke rumah.. itupun bila jam sudah menginjak ke angka satu atau dua pagi. diya pyla balik aje dari kerja terus pulang ke rumah. kadang-kadang terdetik di hatinya, inikah sahaja rutinnya. bekerja dan pulang ke rumah. menghabiskan masa sendirian. Suaminya pulak entah ke mana.

Sudah hampir sebulan Diya melalui rutin yang membosankan itu. acap kali dia teringat akan uncle Osman sekeluarga.. begitu juga Pak Long di kampung. dia ingin bebas ke mana saja dia ingin pergi tapi sejak di rumah itu, kakinya tidak dapat melangkah dengan tenang. Asyik teringat akan kewajipannya sebagai isteri lelaki yang satu ini. tidak senang ke mana-mana tanpa izin lelaki itu.

Dan dia juga dapat melihat perubahan hakimi. Sudah tidak mesra sewaktu kali pertama mereka sebumbung.. lelaki itu hanya memandangnya sekilas dan suka mengelak dari bertembung dengannya. Bencikah lelaki itu padanya. Apa yang dibimbangkan sudah mula menampakkan wajah. Kalau la macam ni kenapa hakimi menawarkan perlindungannya. hanya untuk menjauhkan diri darinya?

******************************************************

hakimi cuba memejamkan matanya. diam tak diam sudah sebulan Diya tinggal bersamanya. cuba dilupakan raut wajah yang tenang itu. hadirnya diya mengocak kembali perasaannya.  sebab itulah dia sering menjauhkan dirinya dari Diya.

Bukannya dia membenci dia. tiap kali memandang wajah itu hatinya bimbang.. ingin ditegur tapi takut diya akan mengcungkil rahsia hatinya. Dia sudah terjebak. Terperangkap dengan jerat yang dipasangnya sendiri.

Dia tidak patut mengajak diya tinggal bersamanya. dia tidak sepatutnya meletakkan gadis itu dekat dengannya. semakin hari semakin sukar untuknya melupakan wajah itu. Sebab itulah dia jarang balik ke rumah.

bila di pejabatnya, dia sengaja terperuk di biliknya.. kerana dia tahu yang diya dekat dengannya. jika ada apa-apa urusan dia lebih senang berbicara dan memberi arahan melalui panggilan.. Sedangkan jika nak boleh aja dia keluar dan mengarahkan isterinya itu.

Memang diakui sejak Diya bekerja dengannnya, kebanyakan tugasnya menjadi lebih teratur dan senang. diya nyata cekap menjalankan tugasnya. pekerja-pekerja lain pun kelihatan dapat menerima Diya dengan baik. Ikmal pun selalu berbual dengan diya sebelum masuk ke biliknya. Kawannya yang seorang itu memang ramah dan cepat mesra.

Hanya dia yang menjauhkan diri dari diya. Diya pula dilihat tidak mempedulikannya langsung. khusyuk dengan kerjanya. Habis je waktu kerja diya terus pulang ke rumah. tidak ke mana-manakah diya?

dan satu hari..

"Ni surat apa ni?" Soal hakimi bila Diya memeintanya menandatangani surat tersebut. Bukannya dia buta dan tidak dapat memaca apa yang tertulis di kertas tersebut. Hanya inginkan penjelasan dari Diya. Tak ada angin ribut tetiba je diya memohon cuti.

"encik boleh baca kan... tu surat cuti.."

"saya tahu.. tapi kenapa sekarang? tiba-tiba pulak tuh.." ujar hakimi keras.

perempuan ni pun.. kenapa la mintak cuti sekarang.. tunggu la dulu.. kau nak lari dari aku ke? apa salah aku? kau nak pergi mana?. akalnya sibuk berbicara.

pandangannya terarah pada surat tersebut dan kemudian berkalih pada Diya. dipandang wajah yang menunduk. muka aku pun kau tak nak tengok ke? Dia mengeluh perlahan.

"bukan saya tak nak luluskan cuti awak taoi sekarang ni waktu yang sibuk. kalau awak tak de susah saya nak buat kerja.." hakimi sengaja mencipta alasan. tidak mahu meluluskan cuti gadis itu.

Diya memandang raut wajah yang berkata-kata itu. tangannya sudah berpeluh. digosok perlahan untuk menghilangkan gemuruhnya.

"jadi cuti saya..?"
"tak diluluskan...." ujar hakimi melemparkan surat tersebut ke meja sambil tersenyum. gembira bukan kepalang dia. emtah kenapa dia tidak sanggup berada jauh dari diya.

Diya bungkam. dia menggaru kepalanya yang tak gatal.. alamak. cuti tak lulus. apa yang dia nak buat sekarang? teringat pada zamri.. habis la aku kalau mamat tuh tahu cuti aku tak lulus..

"emmm... tak boleh timbangkan semula ke?" rayu diya. dia amat memerlukan cuti itu.

"penting sangat ke urusan awak tu?" bangkang hakimi.. aku takkkan bagi cuti.

"sya tak bagitau encik ke?" soal diya.

"bagitau apa?"hakimi betul-betul tidak tahu. apa lagi bila nama adiknya disebut oleh Diya. ada apa-apa yang dia tak tahu ke? teringat akan peringatan diya suoaya sentiasa menghubungi adiknya jika dia tidak ingin diya rapat dengan adiknya. tengolk la sekarang..

"2 minggu lagi sya nak bertunang..." balas diya. hairan dia. takkan la hakimi tak tahu. tak ada sesiapa yang bagitahu ke? pelik.. takkan abang sendiri tak tahu urusan pertunangan adik sendiri.

"bertunang?" terkejut bukan main hakimi dengan berita yang baru didengarnya. dengan siapa? bila tetapnya? ish.. abah dan umi dah tahu ke? kenapa abah tak pernah beritahu dia pun?


"encik hakimi memang tak tahu la ni?" sekali lagi Diya menyoal. Pelik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:16 PM | Show all posts
hakimi mengelengkan kepalanya. Adus.. apa punya abang la aku ni. adik nak bertunang pun tak tahu. tengok tuh.. kau siap senyum lagi ek.. menngata aku ke? pantas sahaja jari jemarinya menekan telefon. inginkan kepastian.

Diya yang memandang terpinga-pinga. hakimi nak telefon siapa pulak tuh? habis permohonan cuti dia ni macam mana? takkan tak lulus kot.Dapat dia membayangkan wajah zamri dan sya yang masam mencuka. habis dia kali ni.

"encik nak call siapa tuh?" cepat dan lancar aje mulutnya berkata-kata. tak sengaja. rasa ingin tahunya membuak-buak.

hakimi hanya mengisyaratkan supaya diya diam. Diya patuh. telinga bosnya makin memerah.. cutenya.. diya memuji dalan hati.

Diya hanya medengar perbualan hakimi dan insan di talian.Dia menggerakan hujung jari kakkinya. penat berdiri. hakimi pula seolah-olah tidak sedar akan keadaannya. sampai bila la dia nak berdiri. Nak duduk takut dimarah hakimi. angin lelaki itu sukar diduga.

hakimi meletakkan gagang. Dipandang diya yang dari tadi menunduk. tak penat ke kepala kau tu.. dari tadi pandang bawah je. lama-lama bengkok juga tengkuk kau tuh.

Bingkas dia bangun. langkahnya diatur mnghampiri diya yang menunduk.. Asyik sekali dia memandang isterinya.

Diya masih menunduk. dapay dilihat sepasang kaki menghampirinya. semakin lama semakin dekat. Hakimi buat apa datang ke sini?

"diya..." suara hakimi yang lembut menyapa telinganya mengejutkan dia dari angannya. pantas diangkat wajahnya.

TIDAK!!!!!!! TIDAK!!!!

Diya memandang wajah hakimi yang tersengih-sengih di depannya. Dia tidak tahu bagaimana wajahnya sekarang. pucat ke, manis ke, masam ke.. dia tak ingin tahu. yang ada di fikirannya hanyalah pergi dari bilik yang tiba-tiba sempit pada pandangannya.

langkahnya diatur ke pintu bilik. ingin keluar dari situ. langkahnya terhenti apabila dua tangan sasa memeluk erat bahunya.

"nak ke mana tu sayang?" lembut suara itu berbicara.

Diya kaku. buat pertama kalinya dia terasa hendak pengsan. Hakimi.. please.. jangan buat diya macam ni.. lututnya terasa lemah.

"kenapa ni sayang?" bicara itu masih romantis. membuai perasaan diya.

"tak ada apa-apa" terketar diya menjawab.

Tiba-tiba ada seseorang melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.

"kimie..U busy ke? i nak..."ucapan tamu itu terhenti bila melihat babak di depan matanya.

Diya dan hakimi memandang wajah yang terkejut itu. belumpun sempat hakimi bersuara lelaki itu sudah melangkah keluar.

hakimi meleraikan pelukannya. Diya melangkah keluar.

"cuti Diya diluluskan..." sayup-sayup diya mendengar suara itu berkata sebelum dia menutup pintu bilik.


hakimi mengeluh perlahan. memandang sahabatnya yang tersenyum memandangnya. Apa lagi ni ikmal.. senyum kau tu ada makna.. macam la aku tak tahu. Dari tadi dilihat sahabatnya tu asyik senyum sorang-sorang jek.

"kau ni kenapa?"  soal hakimi ingin tahu.
" tak ada apa-apa la. kenapa? nak senyum pun tak bleh ke?" ikmal cuba menyimpan rahsia hatinya. bukannya apa, dia teringatkan aksi sebabak hakimi dan Diya tadi. kat office pun sempat buat projek. tu nasib baik dia yang masuk. kalau dato' yang masuk macam mana?

"aku nak jemput kau datang rumah hujung minggu ni. bawak famili kau sekali. " jemput hakimi pada sahabatnya. Sya yang memintanya menjemput shabatnya itu. kerana ikmal memang rapat dengan keluarganya sejak dulu lagi.

"kenapa pulak?"
"adik aku bertunang hjung minggu ni. aku pun baru tahu hari ni. melampau punya adik.. kenapa la tak cakap kat aku siang2. tadi dah termalu aku kay diya tu. " hakimi meluahkan rasa hatinya.

"for sure aku datang.. eh.. apa kes kau dengan diya plak? semacam je aku tengok?" ikmal cuba mengorek rahsia. kopi yang masih panas itu dihirup perlahan. kembali diletakkan ke meja sambil memandang hakimi yang sibuk menaip mesej di telefonnya.

"biasa je. tak de kes pun.." balas hakimi selamba. tangannya laju menaip mesej tidak peduli akan pandangan tajam ikmal padanya. aku layan sofea lagi best dari ikmal yang mula menyoal siasatnya.

"habis tadi tuh?" ikmal masih tak puas hati.

ikmal berhenti menaip. mengangkat kenng bertanya dalam diam. bahasa yang difahami ikmal.

"aku nampak la tadi. siap pluk-pluk tuh apa hal? " ikmal melahirkan rasa tidak puas hatinya kerana hakimi mengelak dari menjawb soalannya.

hakimi menyimpan kembali telefonnya. moodnya untuk mesej sofea hilang. Dialihkan pada sahabat yang pura-pura membelek majalah di tangan.

"kau nak tahu ni kenapa?"

ikmal meletakkan kembali majalah yang dibeleknya. dipandang sahabatnya. sahabat yang paling dia sayang. Risaunya dia bila sahabatnya mendapat susah. bila hakimi ada masalah, dia la yang tolong cover. nak2 bila abah hakimi bertanya tentang hakimi.

"kau kawan aku." tenang ikmal membalas.

hakimi kembali mengeluh. ingatannya kembali pada peristiwa  tadi.

********************************************************************************************************

dia teringat bagaimana dia begitu ralit memandanng wajah diya. sehinnga tidak sedar yang langkah dan kedudukannya begitu hampir dengan diya.

Dan bila dia memanggil nama gadis itu dengan tidak sengaja bibir mereka bertemu bila diya mengangkat wajahnya.

walaupun sekejap hatinya terasa riang. Memandang wajah diya yang kalut dan memerah menggamit perasaannya. kerana itulah dia tidak segan silu memeluk diya.. dapat dirasakan tubuh diya yang menggeletar bila dia memegang Diya. Takutkah gadis itu padanya?

***************************************************************************************************************

"tak ada apa-apa la tadi.. just a rush.." hakimi menerangkan.

"kau suka diya ke?"

"aku memang suka dia. tapi bukan macam apa yang kau fikir tu.. " luah hakimi berani.

"aku tak faham dengan kau ni. Diya tu kan isteri kau. Kau pun suka dengan dia. Apa masalahnya sekarang?" ikmal meluahakan rasa tidak puas hatinya pada sahabatnya.


"kau tak faham.. macam aku cakap.. aku memang suka diya.. yes. I do like her.. tapi bukan macam aku suka kat Sofea.. I love sofea.. Dengan diya ni aku lain cikit.. macam kawan tapi kadang-kadang aku tak boleh kontrol diri aku. macam tadi la.. aku sendiri pun tak sedar kenapa aku pluk dia. its just happened. Macam tu je"

ikmal mendengar luahan hakimi. hakimi memang menyukai diya. dan dia sedar yang hakimi bukan setakat suka-suka macam tuh je dengan diya. Suka hakimi pada diya lebij dari itu. Tapi sahabatnya itu masih lagi tidak dapat menyelami perasaannya. Entah bila agaknya hakimi akan menyedari perasaannya?

"Diya macam mana pulak?"

keluhan hakimi menarik minatnya. Dia memang selalu berbicara dengan diya tapi bukan berkenaan peribadi gadis itu. Rissa yang tak sudah-sudah menyuruhnya menyampaikan pesan. Kamceng benar isterinya dengan Diya.

"itu yang aku pening sangat sekarang. Aku tak tahu apa yang dia fikir..." Adu hakimi.

Ikmal senyum. hakimi ni.. tadi cakap suka sebagai kawan. ni risau pulak pasal Diya. Apa-apa je la kawannya ni.

"kau yang senyum ni kenapa? " saat terlihat senyuman di bibir ikmal dia bertanya.
ikmal menyindir pantas."aku nak senyum pun tak bolh ke?"

hakimi menjeling tajam."senyum kau tu ada maksud. macam la aku ni baru kenal kau.  dah lama tau.. aku dah tahu dah bila masa kau senyum kambing, senyum geliga kau, senyum sedih kau... dan macam-macam senyum lagi la..."

***************************************************************************************************************


"sue... aku pening la sekarang ni.." adu diya pada sahabat baiknya. bukan senag untuknya berbicara dengan sesiapa pun tapi dia dah terlalu sakit. sakit hati, sakit kepala dan mcm2 sakit lagi.

"kenapa ngan kau ni.." suraya bertanya bimbang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:16 PM | Show all posts
Diya melentokkan kepalanya di bahu suraya. ingin bermanja. terasa sedikit selesa bila tangan suraya mengusap dan membelai rambutnya. Sudah lama dia tidak dimanjai seperti ini. tenang aje hatinya.

"aku tidur sini malam ni boleh.." rayu diya.. matanya dipejam rapat. kepenatan dan ingnkan ketenangan.

Suraya hanya diam. diusap rambut sahabtnya yang terlentok di bahunya. apa masalah diya agaknya? tak pernah dibuat diya nak tidur di rumahnya. Ada masalah lagi ke?

"diya... diya..." suraya memanggil. ingin berbicara dengan diya namun terhenti bila mata itu dipejam rapat. Dah tidur ke? cuba digerakkan namun diya masih tidak bangun.

Diya membuka matanya bila suraya sudah berlalu pergi. kepalanya sudah beralas dengan bantal. badannya sudah berselimut. Dia sengaja berpura-pura ridur. tidak ingin menjawab pertanyaan suraya. maafkan aku teman. Aku tak mampu.


"apa yang awak menungkan tu abngnye..." datin salma bertanya pada suaminya. Dipandang si suami yang hanya merenung kosong majalah di tangannya. Sedar yang fiiran suaminya sudang terbang jauh. hinggap di pohon mana dia sendiri tidak tahu.

"anak bujang awak tu la.." dato' hakim meletakkan majalah tersebut di meja.

"kenapa pulak dengan dia bangnya. saya tengok ok je.." datin salma menuangkan air kopi ke dalam cawan yang tersedia di dalam dulang. Dihulurkan cawan tersebut kepada suaminya.

"abang risau  pasal hakimi ni.. umur dia tu sepatutnya dah berkeluarga. ni saya tengok asyik ke sana ke mari je dengan perempuan. Tengok la ikmal tuh.. kawan dia dah ada anak dah tapi dia macam tu jugak.. sorang2.. Yang adiknya Sya pun dah nak bertunang minggu ni.. mana la saya tak susah hati..."

Datin Sallmi menjeling pada suaminya. Apa taknya.. biasa si ibu yang lebih bimbang akan anak-anak tapi suaminya lagi bimbang berbanding dirinya.

"abang jangan bimbang sangat pasal hakimi. dia balik nanti tahu la saya nak buat macam mana." pujuk si isteri cuba menyejukkan hati si suami.

"persiapan pertunangan sya semua dah siap ke Sal. berapa  ramai yang nak datang nanti.." Datok hakimi sengaja menukar topik. bila berbircerita pasal hakimi dai jadi tidak tenang. kebimbangangannya memuncak.

"itu abang jangan la bimbang. Semua dah siap dah..tungu rombongan je..."

Datok hakim memandang isterinya."wah... bukan main cepat awak ye sal.. semua dah selesai. "

"saya tak sabar bang. nsk tunggu kimie tu jawabnya tua la kita.. Alhamdulillah bang... saya tengok sya pun dah berubah sejak kenal Zamri tue.. Dia pun tak segan 2 datang jumpa kita pasal hasrat hatinya. kagum saya dengan budak tu.. baik budi bahasanya.." berbakul pujian dilemparkan datin Salma buat bakal menantunya itu.

Dato' hakim tersenyum senang. Dia bersetuju dengan isterinya. Syukur kerana Sya akhirnya berubah. Dia pasti yang Zamri memainkan banyak peranan dalam memastikan anaknya itu berubah.  

"betul tu sal. Zamri memang baik. kali pertama abang jumpa dia abang dah berkenan . "


搆enapa dengan akak ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-3-2009 06:17 PM | Show all posts
"Sebenarnya sebelum diya kerja sebagai setiausaha kimie, diya pernah kerja sekejap sebagai kerani syarikat.. dia berhenti kerja sebab ada masalh peribadi. bila kimie jumpa dia  Diya cakap dia tengah cari kerja. kebetulan pulak setiausaha  kimie dah nak berenti. kimie offer la kerja  tu. " terang hakimi jelas.  tolong menjawab pertanyaan abahnya pada adiknya. memang patut pun dia beritahu kerana dia yang paling tahu duduk perkara tersebut.

terangguk-angguk kepala abahnya tanda faham.

"pukul berapa rombongan esok sya.. " soal abahnya. dipandang pada tiga konopi yang sudah terpacak di laman tumah. Untuk jamuan sempena pertunangan anaknya.

"abah tanya la kak diya.." balas Sya malas. Tangannnya mencapai hirisan tembikai. Digigit tembikai tersebut sambil menyeringai ke arah orang tuanya.

Datin salma memandang tingkah anaknya tajam. Isk budak ni.. memain pulak dia.

"buat apa la ibu ngan abah nak tanya diya pulak. Sya kan patut lebih tahu.."

"abang... tolong jawabkan  soalan ibu tuh.. Sya nak ke atas... dah memanggil-manggil tuh.." ujar sya sambil membasuh tangannya.

Mereka saling berpandangan. aik.. bila masa pulak ada panggilan masuk.. bila didengar betul-betul barulah mereka dapat mendengar deringan telefon. ai budak ni.. bunyi yang sayup-sayup pun sya boleh dengar ke?

Sebelum sya menghilang di tangga, sempat hakimi melihat kenyitan mata adiknya. untuk apa pulak tuh?

"kimie.. pukul berapa rombongan esok.. berapa ramai.." soal Dato' hakim sesudah makan semasa mereka berehat di ruang tamu. Diya turut diajak bersama dengan mereka.

Dato' hakim melihat hakimi yang menggaru kepalanya.Anaknya ni tak tahu ke?  bukan ke tadi sya suruh dia bertanya pada hakimi?

"yang kamu tergaru-garu ni kenapa? ada kutu ke kat kepala tuh.."

menngeluh dato' hakim melihat sengihan anaknya itu. jawapan yang dia faham benar. anaknya itu tak tahu.

"insyaallah pukul sepuluh dato' kalau tak ada aral melintang. pasal berapa ramai tu dalam 20 orang macam tuh la.."

Diya menjawab bila melihat sengihan hakimi. Isk.. hakimi ni, tak sensitif langsung..

"akak esok nak ikut rombongan ke nak temankan sya?" Sya tiba-tiba mencelah.

Dato' hakim menjeling.. anaknya ini suka hati je menyampuk cakap orang. baru ingat nak basuh otak anak lelakinya yang tidak peka itu. takkaan la pertunangan adiknya pun hakimi buat tak tahu.

"akak ikut rombongan  rasanya sya.."
"akak temankan sya.. Sya takut ni.." rengek sya manja memujuk diya.

"kenapa diya nak kena ikut rombongan pulak?" soal hakimi ingin tahu. Sya memandang ke arah abangnya.
"abang tak tahu ke?" soal sya memerli.

"tu la bang.. tak cakna langsung.. benda depan mata pun dia tak nampak.. Bakal tunang sya ni sepupu dengan kak diya.. bukan ke dulu sya pernah kenalkan dengan abang. Abang takkan dah lupa kot.."

Dalam perbualan mereka hakimi hanya mampu tersengih. tak tahu apa nak dijawabnya bila abahnya bertanya. Diya pula yang rancak berbual dengan abahnya. Abahnya pulak bukan main seronok bercerita itu ini pada diya. macam rapat je.. Terasa hati jugak hakimi. Abahnya tak habis-habis memuji Diya dan memperlekehkannnya.

"yang kamu tak senang duduk ni apa hal pulak? diam la sikit.. sakit mata abah tengok tau.. macam ada bisul je kat punggung kamu." tempelak abahnya bila melhat hakimi yang tak duduk diam.

hakimi mencebik geram. dilihat Diya dan adiknya yang tersengih-sengih memandang antara satu sama lain. mereka ni ada komplot nak jatuhkan aku ke? abahnya asyik menyindirnyanya. Diya dan Sya pula tak abes-abes ngan sengih dan berbisik-bisik. Ntah ketupat palas apa la yang dianyam mereka.

"Abah tu asyik ngan diya je.. hakimi ni macam tunggul kat sini.." hakimi meluahkan rasa tidak puas hatinya.

"bukan abah tak cakap dengan kamu. bila abah tanya je kamu tak tahu. garu sana, garu sni.. " terdiam hakimi mendengar jawapan abahnya.

menjeling pada diya dan sya yang sudah tertawa riang. senang hati la tu dia dimarah  abah. melihat tawa diya akhirnya dia juga turut tersenyum..

"kamu ni abah tegur senyum pulak.." mati senyuman hakimi bila mendengar teguran abahnya. abah ni.. anakmu ini baru je nak mengelamun..

***************************************************************************************************************

naik geram hakimi melihat diya yang tak habis-habis tertawa bila memandangnya. pemanduannya sedikit terganggu melihat bahu diya yang terhenjut-henjut sambil menutup mulutnya cuba menyembunyikan tawanya.

"ketawa la puas-puas" ujar hakimi mengalah. kalau dihalang pun dia pasti diya pasti tidak akan berhenti mentertawakannya. dalam ketidakselesaannya itu dia juga gembira kerana dapat melihat wajah diya yang ceria. keceriaan yang lahir dari hatinya dan bukan senyuman paksa yang selalu dilihat di wajah itu.

"happy..." soal hakimi.
tersenym bila diiya menganggukkan kepalanya. Diya sudah tidak lagi tertawa. wajah diya sudah kembali kaku dan beku.

"kimi tak suka.." tegas dan ada sedikit kemarahan dalam kata-kata hakimi.
"apa?" tanya diya acuh tak acuh. matanya terarah pada pemandangan di tingkap tempat duduknya.

"diya macam ni.. buat kimie sakit hati.. kaku.. tak de perasaan.."

"kimie nak diya macam mana?" diya bertanya kembali..

"pandanng kimi bila bercakap diya.." amaran diberi.

diya berpaling mengadapnya. merenungnya.. terleka sekejap hakimi sebelum meneruskan hujahnya.

"kimie nak kenal diya yang berada di rumah kimie tadi.. ceria.. energetic..  diya yang tertawa tadi.. bukan diya yang tunjukkan muka yang tak de perasaan macam sekarang ni.."

"kimie sedar tak apa yang kimi mintak ni?" mata itu merenungnya tajam.. mencabarnya.

dianggukkan kepalanya.

"Diya tak boleh.." jawab diya tegas..
" kenapa?" soalnya kembali.
"sebab diya tak boleh.. kimie takkan faham kalau diya cakap pun. "
"cuba fahamkan kimie.." masih berharap

"kimie suka diya ke?"tergamam dia dengan pertanyaan diya yang tiba-tiba. lagi tergamam bila pertanyaan itu dihiasi dengan senyuman sinis dari diya. Dirasakan seperti diya memperlekehkannya.

"kimi takkan sekali-kali jatuh cinta dengan diya.." penafian yang menjerut dirinya sendiri. nafasnya terasa sesak dengan pengakuan bohongnya.

terlihat segaris lagi senyuman di bibir diya." baguslah macam tu.." ujarnya terus memalingkan wajahnya.

hakimi diam. diya terus melayan perasaannya sehingga kereta berhenti di rumah mereka. Diya keluar tanpa mengucapkan apa-apa. begitu juga hakimi.

***************************************************************************************************************

Aku merenung langit yang kelam.. sukar untuk melihat bintang-bintang di langit. macam ni la agaknya langit di kota.. bintang2 pudar dek kerana cahaya lampu yang bertaburan di merata tempat.. satu keluhan dilepaskan.

Baru sekejap tadi dia berbual dengan pak long.. mendengar setiap leteran yang lahir dari mulut itu membuatkan rindu bertandang di hatinya.. Esok, dapatlah dia melepaskan kerinduannya. Takkan dilepaskan peluang bersama keluarganya itu. Nak mintak cuti pun dia tahu yang kimie takkan bagi.

teringat dia akan pemandangan malam di kampung.. Rindunya.. rindu untuk mengira bintang sambil berborak dengan sepupunya.. perangai nakal mereka.. ahh.. sukarnya melupakan kenangan manis itu.

"apa yang akak tenngok tuh?"
"kira bintang.." balas diya menjawab pertanyaan sepupunya. mata terus terarah pada langit malam..

"akak kira bintang ke teringat si dia?" soal amin denga kenig terangkat.

"si dia? siapa?" acuh tak acuh diya bertanya.

"macam la kita tak tahu.. orang nun jah di sana..." amin menunjukkan pada bintang yang paling cerah di langit..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:18 PM | Show all posts
tersenyum diya. sepupunya itu ada saja bahan nak mengusiknya."tak tercapai la akak dek amin... jauh sangat.."

"ala... bukan jauh sangat pun.. dekat je amin tengok.. " amin menjuihkan bibirnya.

"amin tengok tuh.. bintang tuh memang cantik. bila kita capai macam ni macam dekat je.. tapi bila kita nak genggam tak dapat.. macam hidup kita.. tak mesti apa yang kita pandang lihat cantik di mata dapat kita miliki.."

"apa akak mengarut ni.. Amin tak faham.."

"amin budak-budak. mana la nak faham.." tanganku menarik perlahan cuping telinganya.. sengaja menngusik..

"apa akak ni.. jangan la " adu amin manja. kepalanya dilentokkan ke bahuku..

"lupa pulak min nak bagitahu.." ceria wajahnya memandanngku..

"apa dia min.. seronok bukan main lagi.." tersenyum manis aku pada amin.

"akak jangan marah tau.." nadanya sedikit takut-takut.. wajahnya dipaling ke arah lain.

"apa dia sampai muka amin macam ni ni.. nak pau ke? akak tak de duit la min.. "

"bukan tuh la.." amin mencebikkan bibir bila aku mengusiknya pasal pau duit. ye la, dah dia selalu pau duit.. bila gesel-gesel manja ada la naknya tu.

"cikgu amin kirim salam.."

"waalaikumussalam..." jawabku bersahaja.

"akak..." merajuk benar suara amin. Apa pulak ni? dah cikgu kirim salam, dah dijawabnya salam tu..apa lagi yang tak kenanya..

rupa-rupanya rajuk amin kerana cikgu yang kirim salam tu  nak berkenalan dengannnya. patut la takut-takut.. serba tak kena..tertawa dia bila Amin menceritakan hal sebenar.


Dia tidak berniat melupakan pak long sekeluarga cuma tak berkesempatan pulang. Dengan maslah yang tak habis-habis melanda dia dan keluarganya, waktunya cukup terbatas. Ditambah dengan pernikahannya yang dirahsiakan. masalah betul..

"la tak siap lagi ke cik abang sayang ... pak long dah tunggu lama tu" Diya mengomel panjang bila melihat Zamri masih belum siap berdandan..

"sabar la cikit.." Zamri cuba membetulkan songkok dikepala. macam orang nak kawen je lagaknya.

Zamri menepuk-nepuk hujung katil mengarahkan Diya duduk. Dia pula ke sana ke mari mancari apa yang patut.Ntah apa yang dicarinya diya tak tahu..

"ni macam kucing ilang anak ni nape.. cari apa?" panjang leher diya menjenguk.

Diya duduk di tepi katil. tidak berniat untuk membantu Zamri. direbahkan badannya ke atas tilam yang empuk itu.

"butang baju melayu aku.. dee ada namapak tak?" soal Zmri. tangannya ligat menyelongkar laci meja biliknya. hampa bila apa yang dicari tidak dijumpai..

lagi kuat keluhannya bila melihat diya santai berbaring di katil miliknya dengan mata yang terpejam.

"dee..." zamri menampar bahu diya kuat.

"apa dia?" soal diya dengan mata masih tertutup.Dapat dirasakan tilam itu makin rendah dudknya. tahu yang Zamri turut duduk di sisinya.

"dee nak kena cium ke ni?" pantas terbuka mata diya dengan kata-kata usikan dari Zamri. dia yang terbaring terus terduduk.

mencebik diya bila Zamri tertawa. bukan ketawa perlahan tapi gelak sakan. Anti dia dengan perkataan cium sejak secara tak sengaja tercium suaminya itu.

"cukup la tu gelak. aku pun tak tahu la cam na si sya t boleh suka kat ko zam...perangai bukan baik sangat pun"

lagi bertambah gelak Zamri adalah.."sebab cousin kau ni hensem.. jejaka idaman malaya tau tak.."

Diya mengeleng. perasan la tue. aku sepak kang baru lega ati aku. dah cukup la tu gelak.. dah makin banyak kedut dah kat muka tuh..

setelah habis bergelak sakan barulah zamri bertanya ngan muka yang lebih kurang serius gak la" kau ni kenapa dee.. problem lagi ke?"

"tak ada apa-apa.  aku ingat nak sambung blajar la..."

"hakimi macam mana palk? kau dah bincang ke dengan dia?"

"tak ada apa yang aku nak bincang ngan mamat tue.. bukan kau tak tahu cam mana aku ngan dia zam.. sekarang ni pun dah cukup seksa tau tak.." diya bangun membetulkan pakaiannya. berjalan mengadap cermin dan membetulkan tudung di kepala.

"jangan la marah dee.. aku tanya je.." ujar zamri dengan senyum bersalah. tahu yang diya terasa.

"aku tak marah la.." Diya berjalan ke arah beg tangan di katil. membuka zip beg tersebut dan mengambil sesuatu untuk diberikan pada Zamri.

"untuk aku ke?" tanya Zamri memandang pada barang yang dihulurkan padanya.
Diya menganggukkan kepalanya. "untuk siapa lagi. "

"macam mana kau tahu?" diambil bungkusan tersebut dari tangan diya.. dipandang dan dibeleknya penuh minat.

"aku ni kan best friend kau.. sepupu dan juga adik kau.. boleh bilang dengan jari je la berapa kali kau pakai baju melayu macam ni ..." balas diya bersahaja.

"nak g mana pulak tu?" aju Zamri bila melihat diya sudah bergerak ke muka pintu.

"aku nak keluar.. jump pak long.. nanti bising pulak dia. kau ni pun cepat-cepat sikit siap tuh.. jangan sampai pak long pulak yang datang menjemput kau.." ujar diya ssebelum turun.


"tak siap lagi?" soal pak long padanya.
diya mengelengkan kepalanya. "belum pak long.. zam tuh pak long faham sendiri la..." diya mengukir senyuman.

Paklong turut tersenyum. memandang wajah yang dirinduinya sekian lama.. Diya sudah dianggap dan dilayan macam anaknya sendiri.. manakan tidak, anak itu hidup bertahun-tahun di bawah jagaannya.

ada kala terbit rasa kesal dihatinya.. adik iparnya yang seorang itu terlalu degil dan keras kepala.. kalau marah sekali[un janganlah lepaskan kemarahan pada anak itu. Diya tidak berdosa tapi kenapa harus diya menerima hukuman itu. bertahun-tahun hidup tanpa kenal siapa ayahnya.. belum cukupkah hukuman itu?

Diya sudah mencurahkan sepenuh kasih sayangnya pada keluarganya. menjadi kakak buat anak-anaknya. anak itu sudah memikul tanggungjawab itu sejak sekian lama. bila melihat diya bermain, bergurau, dan menasihati anak-anaknya. dia jadi bangga. Ajarannya buat anak itu tidak sia-sia.. Gembira kerana dapat membesarkan Diya. Tidak langsung berdetik kekesalan di hatinya.

**************************************************************************************************************

Aku memandang rumah itu. rumah yang hari ini lebih meriah dari semalam dan hari-hari sebelumnya. di celah-celah orang ramai, aku cuba menjauhkan diriku dari mereka. Bukannya aku membenci keramaian begini. Cuma hatiku tidak senang. takut sekiranya kehadiranku akan mencetuskan pertelingkahan. aku tidak mahu majlis yang sepatutnya disambut dengan gmbira bertukar duka.

"kenapa kak?" soal sepupuku amin. antara sepupuku yang paling manja denganku. sejak dari tadi kaki amin tidak penat mengekoriku ke mana saja. mungkin rindu padaku agaknya.

"pak long mana?" aku meyoal bila tidak melihat kelibat pak long di celahan orang ramai. kelibat rombongan yang lain pun tidak kelihatan. Ish... takkan la... tersenyum bila mengingatkan ynag aku seorang je yang sesat di sini.

"mereka semuanya dah masuk dalam. akak sorang je yang dok kat pagar ni lagi.." bls amin.

aku memandang amin.. budak ni pun satu. Tak penat ke ikut aku. kang dah sama-sama sesat ni. Mesti Zamri dan pak long mencarinya. Maklumlah.. dia ni dikira orang penting juga dalam majls ni.

"yang amin ikut akak ni nape? Kenapa tak masuk dalam?"

Sekali lagi aku melihat sebaris senyuman di wajah sepupuku itu.
"hari ni abang Zamri suruh amin jadi bodyguard akak.."

"kenapa?" aku menyoal hairan. budak kecik ni di suruh jadi bodyguard aku..biar betul. dah hilang akal ke apa si Zamri ni. Lagipun kenapa la aku perlukan bodyguard kecik ni. Ini rumah Sya. Rumah bapa mertua aku..

amin menghingkitkan bahunya. "tak tahu.. amin menurut perintah je.." balas amin bersahaja.

Aku memandang.. makin hairan.. Budak yang nakal hari ni jadi baik pulak. siap menurut perintah lagi. setahunya amin ni memang payah nak ikut cakap orang.

"berapa?" aku menyoal. hanya itu yang memungkinkan amin jadi patuh macam ni. kena rasuah dek Zamri la tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:18 PM | Show all posts
amin menunjukkan kelima-lima jarinya.. aku mengeleng.. tidak percaya.


"5 hinggit" mulutku lagi gatal bertanya.

lagi kuat gelengan aku bila amin mengelengkan kepalanya. sebelah tangannya dibentuk bulat. hah... biar betol.. apa helah Zamri  menyuruh amin mengekorinya. siap bagi upah yang teramat lumayan plak tuh. biasanya kalau banyak2 pun tak de la sampai rm50.00. Apa yang dalam kepala Zamri tu agaknya.

"udah la akak... tutup mult tu... kang masuk lalat plak..." ujar amin masih dengan sengihnya. trademark dia la tu.

"jom masuk dalam" aku berjalam masuk ke rumah itu. mataku meliar takut-takut ada antara mereka yang menyedari kehadiranku. bersyukur dengan kerancakan mereka berbual, kehadiranku tidak disedari.

"akak ni kenapa.. dari tadi amin tengok asyik pandang kanan.. kejap pandang kiri... akak cari apa?"

Aku diam. kalau cakap pun amin mana la nak faham.

"tak ada apa la amin.. akak takut  terserempak ngan raksasa je.." usikku padanya..

tertawa aku dalam hati bila melihat cebikan di bibirnya. merajuk la tuh.. budak sorang ni bila diusik sikit cepat je rajuknya. namun cepat pulak hilang rajuknya bila kena pujukannya.

cepat-cepat aku mengajak amin masuk ke dalam bila melihat sepasang mata memandang ke arah kami berdua.. harap-harap dia tak cam dirinya.

majlis pertunanangan Zamri dan adiknya berjalan lancar. kegembiraan jelas terbayang di wajah mereka. Aku gembira. mataku meliar mencari si dia di antara tetamu yang hadir. Ke mana menghilangnya si dia? bukankah dia turut serta dalam rombongan itu.

lega rasa hati bila melihat si dia bergerak masuk ke dalam rumah..Datang pun, ingatkan tak nak datang tadi. langkahnya diatur ingin menyapa dia namun terhenti bila ada tamu lain yang lebih dahulu menyapa.

matanya tak lepas dari memerhati keduanya. Dapat dilihat seorang budak turut sama di sisi dia. si dia dilihat bercakap sesuatu dengan budak itu dan mengarahkannya pergi tapi budak itu masih tidak berganjak dari duduknya masih mengekori dia.

langkah yang tadi terhenti mula menyusun rentak menghampiri si dia dan temannya. benarkah teman? dia cuma mengagak. si dia kelihatan kenal dengan tamunya itu. namun perbualan keduanya nampak tegang. bergaduhkah?

Keduanya masih tidak sedar akan kehadirannya.

"salahkah diya nak datang sini?"
"bukan salah.. tapi akak sendiri tahukan.. nanti mereka bising..." ujar farid menoleh pada keluarganya yang rancak berbual.

"takkan akak tak berhak nak datang sini.. takkan farid nak akak sembunyi tiap kali jumpa ngan mereka? takkkan tak boleh terserempak langsung.. mereka igat akak ni apa? tak de perasaan macam mereka?" ujar diya berbaur marah dan kecewa namun suaranya masuh direndahkan. takut didengar tetamu lain. mujur farid yang datang menemuinya. kalau yang lain sudah pasti bergaduh sakan dibuatnya.

"maaf akak.. farid tak de niat pun nak halau akak.. Farid faham sangat-sangat. tapi farid kena jugak jaga hati mereka. hati akak lagi la farid kena jaga. kang tak pasal2 akak merajuk. sapa nak tolong Farid.. sapa nak buatkan puding karamel  tok farid.." ujar farid lagi.

Diya cuba membuang segala amarahnya. di sini bukan tempat untuknya bertindak macam budak-budak.  bukan temptnya bila sepupunya sedang meraikan hari gembiranya.  dipandang wajah amin yang kelihatan takut-takut dengannnya. tu lah kau. tadi sudah disuruhnya masuk ke dalam namun amin masih berdegil untuk menemaninya.

"min masuk dalam dulu ye... akak nak borak ngan kawan akak jap.." aku memujuk lagi..

lambat-lambat amin menganggukkan kepalanya dan bergerak pergi. takut agaknya dengan sikapnya yang macam raksasa kejap tadi. bukannya mudah untuk sepupunya itu melihat wajahnya yang marah macam tu. sekali dalam seratus je kemungkinan itu.lebur je duit Zamri yang diberikan pada Amin. haha...

"anak sapa tuh?" Farid meyoal.
"tu sepupu akak la.. akak tak datang sini kalau bukan sepupu akak yang tunang. Sya tu pun kawan akak jugak.. Rasional la Farid.. takkan la akak tak boleh datang hanya sebab mereka tu.. " Diya bersuara.

"diya..." satu suara menyapanya. dipandang ke kiri... aik tak da sapa pun.. dipaling pula wajahnya ke kanan.. hampir terlompat dia dari tempatnya berdiri kerana terkejut. sejak bila pula hakimi di situ? dia dengar ke apa yang aku cakap tadi?
mampus aku macam ni.. dipandang pula wajah farid..adik kesayanganku farid... please la.. tolong jangan cakap apa-apa kat mamat sebelah akak ni.please... rayuku dalam hati.

"farid..  dah kenal ke dengan diya ni.. I tengok bukan main rancak lagi  U all berborak.." Soal hakimi selepas berjabat tangan dengan Farid.

"emm.. diya ni kakak I" ujar farid tanpa segan silu.. ye la.. dulu pernah ingin diperkenalkan mereka berdua namun kakaknya tetiba menghilang. masih diingat akan usikan dato' hakim ingin menjodohkan kakaknya dengan hakimi.

Diya ketap bibir bila melihat raut wajah hakimi yag nampak terkejut. Apa aku nak cakap ni. Mata hakimi sudah berkalih tajam padanya. Isk.. marahkah hakimi padanya kerana menyembunyikan rahsia sebesar ini padanya? tapi bukan salahnya. Hakimi tidak pernah tanya apa-apa padanya perihal keluarganya. Untuk apa dia nak rasa bersalah..

"Diya ni kakak angkat Farid..Jangan salah faham ngan apa Farid cakap tuh..kan farid..." bohong diya. matanya berpandangan dengan Farid memintanya turut berlakon bagi pihaknya. lega Diya bila farid mengiyakan kata-katanya. Selesai satu masalah.

"hakimi kenal ke ngan kakak farid ni?" soal Farid lagi. perkataan kakak sengaja ditekannya. hairan dia kenapa diya tidak suka bila diperkenalkan  sebagai kakaknya. kalau orang lain dah tentu berbangga.

"takkan tak kenal kot.. Diya ni wife I..." usik hakimi. sengaja melihat reaksi keduanya. tadi pun mati-mati dia percaya bila Farid cakapkan bahawa diya kakaknya. kali ini takkan dia tak boleh membalas balik.melopong mulut Farid. Diya pula memandangnya tajam bergerak ke arahnya. Marahnya Diya.. comelnya.. sempat lagi hati nakalnuya berbicara.

belum apa-apa perutnya terasa senak. Aduh.. sakitnya.. apa dah jadi ni.. berubah wajahnya menahan kesakitan yang mencucuk. dipandang diya yang tersenyum kemenangan.
"kak... betul ke?" Farid yang memerhati bertanya. sukar mempercayai ucapan hakimi. Melihat wajah diya yang berubah kelat ia seolah-olah mengakui akan kebenarannya.

diya ketap bibir. mengeleng. mana mungkin dia nak mengaku. Entah apa kena ngan hakimi tiba-tiba mengaku dia isterinya sedangkan lelaki itu mati2 ingin perkara itu dirahsiakan.

"marah ke sayang?"  hakimi masih ingin mengusik. bukan senang untuknya berlawak macam ni. lagipun dia tahu yang diya takkan berani memarahinya dengan kelompok tetamu yang hadir.  walaupun begitu sekejap tadi dia sudah merasa kemarahan diya padanya bila perutnya disiku diya tanpa disedari sesiapa.

"Farid... jangan percaya cakap hakimi ni.. dia mengarut je ... "Balas diya masih menafiakan kata-kata hakmi.

"hakimi... betul ke apa awk cakap ni.." soal farid dengan wajah yang serius. dia tidak tahu hendak berpihak pada siapa.

hakimi ketawa terbahak-bahak. "I gurau je Farid... Diya ni memang wife I. tapi kat office je la.. Setiausaha baru I. " terang hakimi masih dalam tawanya.

Diya menarik nafas lega.


"akak kerja ngan hakimi ke sekarang?"

aku menganggukkan kepala mengiyakan jawapanku. ingin bersuara lagi namun suaraku tidak terkeluar melihat seorang lagi tamu yang bergerak ke arah kami. Apa lagi ni. satu demi satu masalah datang.

"akak nak masuk dalam dulu la.." cepat-cepat aku meminta diri namun berjaya dihalang oleh tamu yang seorang itu.

"nak ke mana pulak tu.. sibuk sangt ke?"  soalnya sinis.

aku berpaling menghadapnya. muka Farid sudah berubah wajah. tahu yang Farid juga tidak senang hati dengan kehadiran tamu tiba-tiba itu.

"sis... jom ikut farid.." kulihat lengan tamu itu dipegang kejap oleh farid. tidak mahu sebarang kekecohan mungkin.

"lepas la..."  tamu itu menepis tangan Farid kasar. matanya mencerlung tajam ke arahku. Aku hanya diam. menunggu serangan yang sudah kujangka. namun hatiku tidak senang kerana hakimi turut berada di situ.

"U apa khabar? sihat nampak..." ujarnya dengan suara yang kasar. sengaja mengundang kemarahanku. aku diam. malas sbertengkar dengan tamu yang kutahu tidak pernah berfikir panjang. hanya suka melepaskan kemarahannya.  

hakimi kulihat bertanya pada farid siapa tamu yang tidak dijangka itu. malu-malu farid memperkenalkan adiknya itu atau lebih senang adik tiriku, tina. wajahnya yang tadi kelihatan marah berubah mesra bila berbicara dengan Hakimi.

dalam diam kuakui karisma yang ada pada suamiku itu. gadis mana yang tak tertawan dengan senyuman dan penampilannya yang sentiasa kemas itu. makin meluat kulihat perangai adikku yang bertanya itu dan ini pada hakimi. hakimi pula dengan senang hatinya melayan. sesuai... memang sesuai la kedua-duanya.. gumamku dalam diam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-3-2009 06:19 PM | Show all posts
"U buat apa lagi kat sini.. tadi kata nak pergi.. pergi la.." masih dalam nada kasar tiba-tiba tina  bersuara padaku. aku masih dengan mode diamku. tidak ingin berbalah.

" akak pergi dulu k.. " aku bersuara pada farid yang jelas mununjukkan perasaan bersalahnya padaku. Menjeling pada tina yang memaparkan rasa benci padaku. pedulikan semua itu.

"diya nak ke mana?" soal hakimi pula seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. seolah dia tidak mendengar kata-kata tina padanya. Takkan hakimi tidak perasan akan tingkah tina padanya?

Aku berpaling ke arahnya. berkerut dahiku dengan pertanyaannya. "diya nak masuk dalam.. jumpa Sya.." balsku dan bergegas pergi dari situ..

dalam sepuluh langkah aku terasa bahuku disentuh seseorang. hakimi tersenyum memandangku ." kenapa cepat sangat nak pergi tadi.. marahkan kimie ke?"

aku mengeleng. masih meneruskan langkahku.

"diya marahkan kimi pasal tadi ke? sorry la..jangan la marah sayang.."hakimi masih memohon maaf.

tersentuh hatiku bila hakimi memanggilku sayang? namun cepat-cepat juga aku sedar yang perkataan sayang itu hanya gurauannya untukku. hanya untuk memujukku.

"diya tak kisah. tapi jangan buat macam tu lagi kimi" akhirnya kuluahkan jua ucapan yang ingin kucakapkan padanya yang mengharap.

"kenapa? Diya kan wife I.." ujar hakimi masih dalam keselambaan.

aku hanya mampu diam. terfikir oklehku kenapa sejak akhir-akhir ini perangai hakimi makin pelik. sekejap baik dan sekejap pula melarikan diri dariku seolah-olah aku ini virus ynag merbahaya.

"mama.. mama..."

mataku menoleh sekeliling mencari tuan empunya suara. Ikmal dan keluarganya bergerak menghampiri kami. Akim dengan becoknya asyik memanggil-manggil mama padaku. Entah apa kena dengan akim ni.. tidak habis-habis memanggilku mama.

Risa menghulurkan akim pada Hakimi. Hakimi dengan senang hati mendukung Akim. Ikmal mengamanahkan akim padaku dan hakimi. mereka hendak masuk ke dalam dan makan.. hendak melepaskan lelah manjaga akim. ujar mereka. kata ikmal lagi kalau ada si Akim jawabnya tak dapat makan la diaorang. Lasak sangat..

Akim tertawa bila diagah dan diterbangkan hakimi.. seronok sangat la tu.

"Diya ni kenapa.. macam bad mood je?"  tanya hakimi.

Aku senyum.. mengacah-acah akim yang didukung hakimi.

"Diya nak jumpa sya ke?" aju hakimi lagi seolah-olah tahu apa yang bermain di fikiranku.  manakan tidak dari tadi aku tak jumpa lagi Sya.. asyik kena sekat seorang demi seorang sebelum sampai ke destinasi utama. mengucapkan tahniah pada adik iparku.

bila melihat Akim tidak lagi mahu lekat dengan hakimi aku menghilurkan tanganku padanya. Pantas sahaja si akim kudukung.. hakimi tolong memegang beg tanganku.

terasa tangannya berada di pinggangku. Aku memandang ingin tahu.

"I temankan Diya k.. " senyuman hakimi kali ini membuatkan aku terpinga-pinga sebentar sebelum kakiku akur mengikut langkahnya.. Spell apa ni? Farid... tolong akak...


Terpinga-pinga aku sebentar bilatiga pasang mata memandang kea rah kami dengan senyuman di bibir mereka. Diyajuga turut memandang ke
arahku denganpertanyaan di sinar matanya.

搆enapa dengan korang semua ni?攁juku ingin melarikan diri dari kesunyian dan pandangan pertanyaan dari mereka.
搕ak ada apa-apa la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.067939 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list