CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Hentian Puduraya -

[Copy link]
Post time 8-2-2009 06:56 PM | Show all posts
Originally posted by fedora at 18-12-2008 10:33 PM
teringat kenangan bersama si dia..
platform 1.. utama ekspress..  
dah 3 tahun berlalu..
semoga dia berbahagia selalu..dengan teman baru..


wowzieeeeeee.......
tingat kisah lama  ekkk.....:cry:

usah dikenang... ; ni hah... aku ada....  :victory:

jom jumpa kat platform 1??     
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2009 06:57 PM | Show all posts
Originally posted by putribatrisya at 18-12-2008 10:20 PM
terigat dulu2..aku pernah kene raba....
kami jalan bertentangan.....bila dh dekat ngan selamba je dia angkat tangan
pegang b*** d*** aku.....
hampeh tul..:@ :@



pshawwwwwwwww!!!!  macam ni punyer worang pun ada ker... :@

tapi ye lorrrrrrr  ni ler masanya nak rasa  ini dan itu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-5-2009 06:59 AM | Show all posts
Puduraya makin sesak

Oleh DG. KU MAHIRAH AG. BINTING



Deretam bas ekspres yang menunggu untuk memasuki Hentian Puduraya
bukan sahaja menyebabkan penumpang turun lebih awal tetapi juga
menyebabkan kesesakan di Jalan Pudu dan sekitarnya. - UTUSAN/MOHD. SAIFUDIN RASHID


KUALA LUMPUR 7 Mei - Perkhidmatan kenderaan awam di negara ini sentiasa menghadapi masalah, buktinya banyak komen yang diterima daripada pengguna-pengguna yang menggunakan perkhidmatan ini.

Selain kes-kes kemalangan bas ekspres dan juga bas sekolah yang diakibatkan oleh kecuaian pemandu bas, sikap tidak bertanggungjawab mereka juga dapat dilihat di Hentian Puduraya.

Di sini, banyak bas ekspres yang terdiri daripada pelbagai syarikat berbaris panjang untuk memasuki kawasan stesen bas itu. Kebanyakan pemandunya sengaja enggan memasuki Hentian Puduraya dan sebaliknya menyuruh penumpang-penumpang turun dan berjalan kaki termasuk ketika hujan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke Hentian Puduraya mendapati terdapat barisan bas yang panjang di luar kawasan tersebut. Daripada pemerhatian, deretan bas tersebut disebabkan pemandu bas perlu menunggu giliran untuk menggunakan sistem automatik iaitu punc card untuk memasuki hentian tersebut.

Difahamkan setiap pemandu bas hanya mempunyai masa selama 20 minit untuk berada di dalam hentian tersebut untuk mengambil penumpang. Mungkin disebabkan ada pemandu bas yang datang awal daripada waktu yang sepatutnya turut menyebabkan bas tersebut terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran masuk ke hentian tersebut

Disebabkan barisan bas yang panjang itu, kebanyakan penumpang mengambil keputusan untuk turun daripada bas walaupun jarak bas dengan hentian masih jauh. Ada di antara penumpang yang membawa beg besar sanggup turun membimbit beg tersebut untuk berjalan kaki.

Tidak kurang juga dengan warga tua yang turut sama berjalan bersama kumpulan yang turun daripada bas tersebut. Perhatian penulis tertumpu kepada gelagat seorang warga emas yang membawa banyak barang dan berjalan kaki ke Hentian Puduraya. Bayangkanlah berat bebanan yang terpaksa dipikul pada dalam usia sebegitu.

Bagaimanapun, mak cik tersebut bernasib baik kerana seorang pemuda yang juga menaiki bas yang sama dengannya sudi menghulurkan bantuan untuk membawa barang-barangnya.

Meneliti keadaan itu menyebabkan penulis tertanya-tanya siapakah yang bersalah dalam hal ini? Adakah masalah itu berpunca daripada sikap penumpang bas tersebut yang ingin sampai awal dengan mengambil keputusan turun daripada bas walaupun tahu bas tersebut akan memasuki hentian itu.

Ataupun masalah itu berpunca daripada sistem pengurusan yang dijalankan oleh pihak pengurusan hentian tersebut?

Selain itu deretan bas yang panjang menimbulkan masalah lain iaitu ia turut menyumbang kepada kesesakan jalan di kawasan tersebut.

Menurut seorang penumpang, Siti Wardiah Muhd. Khalis, 25, kebanyakan penumpang lebih rela mengambil keputusan untuk turun dari bas dan berjalan kaki walaupun jarak bas dengan hentian agak jauh kerana tidak mahu membuang masa duduk di dalam bas.

Wong Chan Heeng, 47, pula berkata, perbuatan kebanyakan penumpang yang berjalan kaki ini mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri.

Tambahnya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana penumpang sepatutnya turun di kawasan hentian seperti yang sepatutnya.

"Walaupun penumpang terpaksa menunggu lama tetapi keselamatan mereka lebih terjamin," katanya.

Seorang lagi penumpang, Maimunah Muhd. Salleh, 63, berkata, walaupun terpaksa meredah cuaca panas dan asap dengan berjalan turun dari bas untuk ke Hentian Puduraya, dia rela walaupun terpaksa membawa beg yang banyak.

"'Lebih baik saya berjalan kaki daripada menunggu bas tersebut beratur.

"Penat memang penat, tapi ini keputusan yang saya ambil untuk sampai awal," ujarnya.

Tambahnya, beberapa tahun yang lepas kebanyakan bas tidak perlu menunggu lama untuk memasuki hentian tetapi kini ia mungkin mengambil masa sehingga satu atau dua jam.

Masalah ini menunjukkan Hentian Puduraya sudah berada pada tahap kronik. Maka, projek pembangunan Plaza Rakyat yang terbengkalai perlu diteruskan demi keselesaan rakyat dan juga untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di kawasan itu yang turut melarat sehingga ke kawasan Bukit Bintang.

Lebih lama projek itu tertangguh, kos akan meningkat dan lebih membimbangkan tapak projek itu akan menjadi sarang penyakit termasuk penyakit sosial seperti menjadi penagihan dadah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-5-2009 07:05 AM | Show all posts
Cadangan SHEB baiki Puduraya

Oleh DG. KU MAHIRAH AG. BINTING



DERETAN bas ekspres menunggu terlalu lama untuk masuk
ke Hentian Puduraya. GAMBAR KECIL Tengku Azman Tengku
Zainal Abidin (tengah), Rizalman Mokthar (dua dari kiri) dan
Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal (kiri) ketika melawat
ke kawasan kaunter tiket di Puduraya, baru-baru ini. -
UTUSAN/MOHD. SAIFUDIN RASHID


KUALA LUMPUR 8 Mei - Pergerakan Pemuda UMNO melalui Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) yang melawat ke sekitar Puduraya semalam mendapati hentian bas utama di ibu negara itu memerlukan banyak penambahbaikan untuk menjadikannya lebih selesa.


Pengerusinya, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin berkata, walaupun mengetahui hentian itu banyak masalah tetapi selepas melakukan lawatan, pihaknya kini lebih memahami masalah-masalah itu.

Sehubungan itu, beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Bukit Bintang berkata, pihaknya akan mengemukakan beberapa cadangan kepada kerajaan terhadap kemudahan yang terdapat di Puduraya untuk keselesaan pengguna.

Menurutnya, cadangan tersebut akan dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam waktu terdekat dan juga kepada beberapa agensi yang berkaitan.

"Pihak sekretariat telah mengenal pasti beberapa masalah yang dialami oleh pengguna di hentian tersebut dan juga sudah mempunyai cadangan untuk memperbaikinya," katanya selepas melawat Puduraya semalam.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Serdang, Ungku Md. Salleh Ungku Abd. Jamal dan Ketua Pemuda Bahagian Bandar Tun Razak, Rizalman Mokhtar.

Dalam lawatan itu, Tengku Azman yang turut melawat ke tempat bas-bas ekspres ditempatkan di hentian tersebut mendapati isu melibatkan kesihatan pengguna perlu diberikan perhatian serius.

Menurutnya, pihaknya akan mencadangkan supaya ruang tangga untuk turun platform dan kawasan menunggu di bahagian bawah dipasang dengan dinding cermin.

Katanya, langkah tersebut dapat menghindarkan pengguna daripada terdedah kepada asap yang membahayakan terutama jika terlalu lama berada di kawasan itu.

Mengenai kaunter tiket di hentian itu, Tengku Azman berkata, sistem kaunter tiket itu perlu dikaji semula kerana terlalu banyak ruang dibazirkan sehingga tempat menunggu tidak mencukupi.

"Sistem jualan tiket secara gabungan antara syarikat perlu dibuat selain mewajibkan syarikat-syarikat bas menyediakan sistem pembelian tiket secara dalam talian," ujarnya.

Beliau memberitahu, antara cadangan lain yang akan dikemukakan adalah menggantikan tangga di tingkat dua, tiga dan empat di stesen tersebut dengan tangga bergerak untuk memudahkan pengguna.

"Tangga bergerak itu akan memudahkan pengguna yang membawa beg dan juga barang yang banyak," katanya.

Selain itu, pihaknya juga mencadangkan supaya kemudahan untuk orang kurang upaya (OKU) turut disediakan di hentian tersebut yang ketika ini masih tidak disediakan.

Tambahnya, kewujudan tangga besar di tepi Puduraya itu perlu dikaji semula kerana tangga tersebut dikatakan salah satu punca kesesakan di kawasan hentian itu.

Tengku Azman turut memberitahu, kebanjiran kutu rayau di hentian tersebut perlu dibanteras dengan segera.

Pihaknya turut mencadangkan supaya satu pejabat diwujudkan bagi menempatkan beberapa orang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membanteras kehadiran kutu rayau itu.

Sementara itu, tinjauan Utusan Malaysia mendapati, ruang hentian yang sempit sedangkan jumlah bas bertambah, menjadi punca kesesakan di situ.

Berikutan keadaan itu, bas-bas ekspres terpaksa berbaris panjang untuk masuk ke hentian itu tetapi ada juga pemandu yang enggan masuk ke situ, sebaliknya memaksa penumpang turun di luar hentian itu.

Daripada pemerhatian, deretan bas tersebut adalah disebabkan pemandu bas perlu menunggu giliran untuk menggunakan satu sistem automatik untuk memasuki hentian tersebut.

Difahamkan, menerusi sistem itu, pemandu bas mempunyai masa selama 20 minit untuk mengambil penumpang di hentian itu.

Disebabkan barisan bas yang panjang itu, banyak penumpang mengambil keputusan untuk turun dari bas walaupun jarak bas dengan hentian masih jauh.

Ada di antara penumpang yang membawa beg besar sanggup turun membimbit beg tersebut untuk berjalan kaki daripada menunggu dalam bas.

Menurut seorang penumpang, Siti Wardiah Muhd. Khalis, 25, kebanyakan penumpang lebih rela mengambil keputusan untuk turun dari bas dan berjalan kaki walaupun jarak bas dengan hentian agak jauh kerana tidak mahu membuang masa duduk di dalam bas.

Wong Chan Heeng, 47, pula berkata, perbuatan kebanyakan penumpang yang berjalan kaki ini mengundang bahaya kepada diri mereka sendiri.

Tambahnya, keadaan itu tidak sepatutnya berlaku kerana penumpang sepatutnya turun di kawasan hentian seperti yang sepatutnya.

"Walaupun penumpang terpaksa menunggu lama tetapi keselamatan mereka lebih terjamin," katanya.

Seorang lagi penumpang, Maimunah Muhd. Salleh, 63, berkata, walaupun terpaksa meredah cuaca panas dan asap dengan berjalan turun dari bas untuk ke Hentian Puduraya, dia rela walaupun terpaksa membawa beg yang banyak.

"'Lebih baik saya berjalan kaki daripada menunggu bas tersebut beratur.

"Penat memang penat tetapi ini keputusan yang saya ambil untuk sampai awal," ujarnya.

Tambahnya, beberapa tahun lepas, kebanyakan bas tidak perlu menunggu lama untuk memasuki hentian tetapi kini ia mungkin mengambil masa sehingga satu atau dua jam.

Para penumpang itu berharap projek pembangunan Plaza Rakyat yang terbengkalai dapat diteruskan segera demi keselesaan semua pihak.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2009 08:34 PM | Show all posts
Bulan depan start repair dengan budget RM20 juta .....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 12:38 AM | Show all posts
Puduraya..?kenangan yg indah...aku akui tempatnya mmg tak selamat...tetapi aku klu nak balik penang
msti akan beli tiket bas n naek kat pudu...sbabnya?tambang hanya rm2 je naik bas metro berbanding
nk kena naek teksi pergi nek bas kt jalan duta...klu nek teksi nk g jalan duta mesti mahal dowh...

aku penah sampai kt KL pkol 4pagi n pkol 12tgh mlm...penah tido kt situ...carik guna tempat tido...
mmg ramai org tido kt situ...sementara nak tunggu pkol 7pagi nek bas...sekurang2nya aku adalah
gakler pengalaman merasa kepayahan...aku tgok makpak dengan anak ramai sggup tido kt pudu..
takpasti ler diorang tunggu bas ke apa...

penah jugak masa raya nak balik penang,aku amek tiket tranasional pkol 6ptg nek kt pudu..
dhler sampai kt pudu masa tue dekat nk pkol 6ptg...
alih2 kena nek smua kene nek kt jalan duta,sbb kt pudu mmg jem wktu ptg...
jadi kalot lerrr,terpaksa nek teksi g jalan duta..kena tambang rm20..
janji tak kena tinggal bas n dpt blik png...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-5-2009 05:48 AM | Show all posts
Sunday May 10, 2009
Three ways to cut Puduraya jams

KUALA LUMPUR: A number of steps are being considered to reduce traffic congestion at Puduraya, said Federal Territo-ries Minister Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

揟here are three strategic steps, including having waiting areas for buses, taxis and passengers.


Chaos central: A typical scene of Puduraya choked with public
and traffic crawlingat a snail's pace. The Prime Minister had said
he wants an immediate action plan to ease congestion.


揥e hope to see results by mid June,
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 12:58 PM | Show all posts
aku penah kena tinggal dgn bas tong fong kat puduraya nak balik upm... bas last plak tu..
siot jek.. konduktor tak kasi masuk sbb dah penuh.. mlm tu ada event apa ntah kat dataran..

nasib baik masa tu sepupu aku dok quarters sebelah pudu jail tu.. skrg quarters tu pun dah jadi padang lalang..
menapak le gi ketuk pintu rumah dia malam2 buta..
dulu rasa selamat jek jalan kaki sorg2 dari puduraya ke pudujail tu..
skrg gila tak berani..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2009 04:36 PM | Show all posts
Originally posted by dexa at 6-5-2008 01:16 rasanya ada lagu pasal puduraya ni --- nanti la saya
godek2 ...  mesti ada ... sebab famous tempat ni


DI PERHENTIAN PUDURAYA

Diperhentian puduraya
Tempat mula bersua
Dalam bas berwarna biru
Menuju ke utara
Senyum terukir untukmu
Kau membalas tunduk malu
Sungguh ayu
Ku terpanah dari godaan cinta pertama

Diperhentian puduraya
Tempat mula bermesra
Dengan kesucian cinta
Kau membalas kasihku
Tapi kau harus pulang segera
Kerana masa telah lewat untuk kita

Oh..selamat tinggal
Jumpa lagi
Oh...esok hari
Diperhentian ini
Bila cinta sudah tersemai
Apa saja yang dibuat serba indah

Ooo..tak kusangka
Cinta berakhir
Esok ku menunggu
Dan menunggu
Khabar ku terima engkau di lamar
Dari pilihan kedua orang tuamu
Bas warna biru telah hilang cahayanya
Kerana cinta telah pudar dari mata
Selamat tinggal perhentian puduraya

besh lagu nih...

[ Last edited by  ntohapehapentoh at 17-5-2009 16:45 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-5-2009 04:21 AM | Show all posts
Wajah baru Puduraya sebelum raya

Oleh AMMAR JAZLAN MAD LELA


KUALA LUMPUR
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2009 10:44 AM | Show all posts
aku xsuke p puduraya, semak. ramai org. byk penagih dan segala umat manusia kt situ
Reply

Use magic Report

Post time 25-5-2009 04:11 PM | Show all posts
first time aku pegi pudu 2 tahun lps..
fuuhh! masa tu aku dah pk macam2 dengan orang kl ni..dengan open mind pas2 penjahat yg besepah2..mmg takut cuak dgn berhati2 sangat masa tu

pas2 lps aku smbng blajar kat melaka..stiap 1 sems sekali aku mesti pergi kl..dah jadi mneda biasa..tpi alhmadulillah la xpenah kena pau pe semua tu..serik jgk aku kalau kena pau..

cuma yang tak bestnya kat pudu..ulat tiket tu rajin gler sekat orang suh beli tiket..time tiket habis..senyap toya je drg tu..bongek
Reply

Use magic Report

Post time 26-5-2009 02:18 AM | Show all posts
Originally posted by ntohapehapentoh at 17-5-2009 04:36 PM


DI PERHENTIAN PUDURAYA

Diperhentian puduraya
Tempat mula bersua
Dalam bas berwarna biru
Menuju ke utara
Senyum terukir untukmu
Kau membalas tunduk malu
Sungguh ayu
Ku terpanah dari  ...


aku taw bas warna biru tu bas apa
bas ekspres nasional kan..
skang ni dikenali transnasional...
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 09:25 AM | Show all posts
Labur RM31j ubah Pudu Raya

Oleh SHAWKATH AZDE


GAMBARAN wajah baru terminal Hentian Pudu Raya
di Kuala Lumpur yang dijangka siap pada tahun 2010.


KUALA LUMPUR - Terminal Hentian Pudu Raya bakal mengalami transformasi apabila sebanyak RM31 juta diperuntukkan bagi menaik taraf dan mengubah suai bangunan yang berusia hampir 33 tahun itu.

Perubahan wajah itu merupakan langkah susulan ekoran lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 25 April lalu yang meninjau masalah orang ramai di Hentian Pudu Raya.

Pengarah Urusan UDA Holdings Bhd., (UDA Holdings), Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, tiga pelan telah direka bagi meningkatkan keselesaan pengguna di Hentian Pudu Raya yang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2010.

Beliau berkata, pihaknya berharap dapat meraih semula pulangan modal pelaburan berkenaan dalam tempoh lima hingga enam tahun selepas itu.

"Pelan terbahagi kepada tiga peringkat iaitu fasa pertama, fasa kedua dan fasa ketiga. Kesemua pelan ini memberi tumpuan kepada penambahbaikan ruangan menunggu yang lebih selesa, meningkatkan mobiliti pengguna melalui penaiktarafan lif serta penyediaan eskalator.

"Turut dinaik taraf, sistem siaraya, tandas awam dan penerapan kemudahan mesra pengguna untuk golongan kurang upaya," katanya pada sidang media di sini semalam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 10:39 AM | Show all posts
dulu ms kapel ngan pakwe selalu gak teman dia tunggu bas n amek dia dkt sana.. konon mcm caring gituwla...... bila engat lik mcm bangang pun ade..heheheehe... sanggup susah pyh menapak dr kota raya gi sana amek dia.. pehtu nek bus lak lik u kitorg....
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2009 02:09 AM | Show all posts
Mat Indon, Bangla, Vietnam, Nepal, Myanmar x hengat punya banyak kt ctu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2009 11:33 AM | Show all posts
puduraya.....banyak kenangan manis.....kenangan pahit pula..hmmm kena ekori ngan lelaki tidak dikenali tanpa disedari....erk! banyak kali lak tu.......jadi kena hati2 jugak kalau gi sana...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 05:48 PM | Show all posts
masa first time jejak kaki kat puduraya naik bas balik kampung rasa cam best jer..
pehtu sampai kampung citer lak kat org kampung yg aku naik bas kat puduraya..
skrg bila ingat balik, kelakar plak rasanya..
tapi itu citer lama, kalau tak silap pertengahan tahun 90 an,
kl belum ada lrt dan intrakota lagi..
nak gi puduraya skrg pun pikir 3 4 kali...
dgn jemnya dan udara yg boleh merosakkan paru parunya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2009 06:27 PM | Show all posts
tak pernah sekali pun pergi sini
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2009 07:33 AM | Show all posts
Hentian maut Puduraya

Oleh MOHD HAFEED KHALID




Seorang pemandu bas memberhentikan kenderaannya di dataran berhampiran bulatan Hentian Puduraya untuk menurun dan mengambil penumpang.

KUALA LUMPUR 8 Sept. - Pengusaha bas selalu merungut kerana pihak berkuasa dikatakan sering menyaman pemandu mereka tetapi apa yang pengusaha itu tidak mahu ambil tahu ialah sikap pemandu mereka sendiri.

Mengikut statistik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pemandu pengangkutan awam khususnya bas adalah golongan yang sering melakukan kesalahan jalan raya.

Dalam Ops Halang yang dilakukan setiap bulan, jumlah pemandu bas yang disaman kerana melakukan halangan seperti menurunkan penumpang di kawasan larangan adalah yang tertinggi di kalangan pemandu pengangkutan awam yang lain.

Namun, pemandu bas ini tidak pernah serik dan dilihat terus melakukan pelbagai kesalahan asalkan ia menyenangkan tugas mereka.

Salah satu daripadanya ialah sikap mereka yang sesuka hati memberhentikan bas untuk mengambil dan menurunkan penumpang di dataran Hentian Puduraya.

Hentian bas yang disediakan tidak digunakan, sebaliknya mereka turunkan penumpang di tepi jalan sahaja walaupun tindakan mereka itu boleh mengundang bahaya dan kemalangan.

Tinjauan kami mendapati kebanyakan pengguna tidak senang dengan sikap pemandu bas yang memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan sekali gus mengakibatkan kesesakan di sepanjang laluan tersebut.

Seorang pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA), Muhamad Isa Ahmad Zubir, 20, berkata, bas-bas yang berhenti bas di situ akan mengganggu perjalanan kenderaan lain.

"Akibatnya, dalam masa yang singkat sahaja sepanjang laluan itu akan tersekat dan menjadi sesak. Pemandu-pemandu bas itu sepatutnya bersabar dan ikut peraturan yang telah ditetapkan.

"Jangan hanya mengejar keuntungan sahaja tanpa mempedulikan keselamatan penumpang yang mengunakan perkhidmatan mereka," ujarnya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, tidak guna kerajaan membangunkan semula Hentian Puduraya sehingga menjadi mercu tanda baru ibu negara jika pemandu kenderaan awam tidak mahu mengubah sikap buruk mereka itu.

Beliau yang hampir tiga tahun menggunakan perkhidmatan bas di Hentian Puduraya mendapati tiada sebarang perubahan yang dapat dilihat dari segi sikap pemandu bas di situ.

Seorang kakitangan kerajaan, Guan Khia Kok, 53 memberitahu, kewujudan perhentian 'haram' itu menyebabkan orang ramai terpaksa berpanas dan berhujan untuk menunggu bas di situ.

"Bayangkan orang yang sudah berumur seperti saya, mana tahan hendak berdiri lama menunggu bas di luar ini.
"Kami bukan tak mahu tunggu dalam bangunan tetapi pemandu tidak mahu masuk dalam kerana lambat dan terpaksa beratur panjang dengan bas-bas yang lain.

"Pihak yang bertanggungjawab harus memantau perkara itu dan memikirkan cara yang lebih sistematik bagi mengelakkan kesesakan di sini," katanya.

Sementara itu, seorang pelajar institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Faezah Muhamad Nor, 20, memberitahu, bas ekspres dan berhenti-henti tidak sepatutnya menurunkan penumpang di bahu jalan.

"Untuk mengelakkan kesesakan dan kemalangan di sini, sepatutnya kena ada pemantauan yang kerap oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan polis.

"Ini kerana Hentian Puduraya ini memang sinonim dengan kesesakan yang kronik kerana ia merupakan pusat tumpuan orang ramai di ibu kota," katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa wajar mengenakan saman kepada pemandu bas yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya yang ditetapkan.

Tambahnya, ia bukan hendak membebankan pemandu di ibu kota tetapi supaya mereka sedar dengan tindakan mereka yang boleh menyusahkan banyak pihak.

Rakannya, Bridget Virte, 19, pula kesal dengan pihak berkuasa yang hanya melihat sahaja tindakan pemandu bas yang menurunkan dan mengambil penumpang di situ.

"Adakah tugas mereka hanya untuk berjalan-jalan sahaja sekitar ibu kota?
"Mereka perlu menghentikan perbuatan itu sebelum ia menjadi perkara biasa kepada semua pihak sama ada pemandu atau penumpang," katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.155330 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list