CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dexa

Hentian Puduraya -

[Copy link]
Post time 23-9-2009 08:16 AM | Show all posts
Puduraya kini moden

Oleh MUHAMMAD DAYNE AZMIN dan NOR SAIDATULAKMA HAMKA



HENTIAN Puduraya menyediakan tempat duduk lebih selesa bagi penumpang sebelum menaiki bas untuk ke destinasi selepas menjalani proses naik taraf yang menelan belanja RM22 juta untuk fasa pertama. - UTUSAN/SHAIFUDIN MOHD. NOR

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Penambahbaikan fasa kedua Hentian Puduraya dijangka lebih menyeluruh dengan pelbagai kemudahan asas kepada orang ramai bakal ditingkatkan.

Pengarah Urusan UDA Holdings Berhad, Datuk Jaafar Abu Hassan berkata, apabila penambahbaikan bernilai RM22 juta itu siap, terminal bas berkenaan akan lebih moden dan tersusun dari segi kemudahannya.

Katanya, antara penambahbaikan yang akan diberi tumpuan adalah kawasan menunggu di tingkat bawah Hentian Puduraya.

"Kawasan menunggu di bawah akan disediakan kemudahan berhawa dingin serta ditambah tiga kali ganda keluasannya di samping gerai dan medan selera kini yang berada di tingkat berkenaan akan dipindahkan ke tingkat atas berbumbung," katanya ketika dihubungi hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat lawatan singkat ke Hentian Puduraya bagi meninjau perkembangan usaha penambahbaikan terminal bas tersebut.

Najib ternyata berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan UDA Holdings yang berjaya menyiapkan penambahbaikan fasa pertama itu dalam 51 hari.

Bagi fasa kedua, Najib berkata, ia akan menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada penumpang sehingga tiga kali ganda daripada asal.

Mengulas lanjut, Jaafar berkata, antara kemudahan lain yang akan dipertingkatkan ialah penggunaan lif dan penambahbaikan sistem siar raya.

"Masalah kesesakan sebelum ini akibat ruang yang sempit tidak akan berlaku lagi apabila kedua-dua kemudahan itu ditingkatkan," jelasnya.

Beliau berkata, kemudahan surau baru akan dibina kepada orang ramai dan ia akan ditempatkan di tingkat bawah berbanding tingkat dua sebelum ini.

"Surau baru ini lebih luas dan mampu menampung bilangan orang ramai yang ingin bersolat terutama waktu maghrib," katanya.
Tambah Jaafar, satu lagi kemudahan baru yang akan disediakan UDA Holdings ialah kemudahan tempat permainan untuk kanak-kanak.

"Ia memberi keselesaan kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil sementara menunggu waktu perjalanan.
"Semua kemudahan ini yang memakan kos RM22 juta dijangka siap hujung 2010 atau awal tahun 2011," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2009 11:59 AM | Show all posts
wah cantiknya....
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 06:47 PM | Show all posts
ada wifi ka? tu tgk pakat dok buka laptop
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 04:11 PM | Show all posts
bukan wifi tapi buat kerja kolej... laptop jenis apa tu?...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 07:07 PM | Show all posts
aku sejak member aku bawak keta.. aku ulang alik gi balik U ngan kampung guna kereta jerk.. x g pudu naik bas pun.. x tengok laik apa pembaharuan situ...camner erk?

x der saper2 yg gi sana snap2 gambo ker.. tepek ar sini kasi nengok skit..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 02:46 PM | Show all posts
Teruja perubahan Puduraya




KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing kini tidak lagi perlu berasak-asak menunggu di Terminal Puduraya selepas sebahagian pengubahsuaian terminal itu disiapkan sejak Aidilfitri lalu.

Tinjauan Harian Metro di terminal itu semalam, mendapati ruang menunggu yang diberi nafas baru kelihatan lebih selesa dengan dilengkapi pendingin hawa dengan ruang lebih luas.

Pelancong tempatan, Pauline Ajik, 22, dari Sarawak, berkata kali terakhir dia ke terminal itu dua tahun lalu ketika melanjutkan pengajian di Melaka dan teruja melihat perubahan positifnya.

“Sebelum ini, ruang menunggu bas sangat sempit dan sesak dengan orang ramai terutama ketika menjelang musim perayaan, cuti umum dan hujung minggu.



“Dengan adanya ruangan lebih luas dan tempat duduk lebih banyak dan selesa ini, orang ramai pasti berpuas hati berada di sini walaupun terpaksa menunggu lebih lama sebelum menaiki bas,” katanya yang menunggu bas ke Pahang untuk melancong bersama keluarganya.

Bagi Rasasrin Ahmad Jahari, 30, kewujudan ruang menunggu itu membuatkan dia kini menarik lega berikutan tidak perlu lagi berasak-asak dengan orang ramai yang memenuhi terminal itu setiap minggu.

“Memandangkan saya sering berulang dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat setiap minggu dengan membawa bayi dan empat anak yang masih kecil, ruangan menunggu yang baru ini lebih memudahkan saya menguruskan mereka.

“Saya tidak lagi perlu risau dengan anak saya yang kerap menangis akibat keadaan yang panas dan sesak sebelum terminal ini diubahsuai malah keselamatan juga lebih terjamin dengan adanya pengawal yang sentiasa memantau kawasan ini,” katanya.

Pengguna, Abdul Halim Ibrahim, 24, berkata dia kini tidak lagi berasa sesak nafas akibat menghidu asap rokok berikutan terminal baru itu adalah kawasan larangan merokok.

“Selain itu persekitarannya selesa serta kemudahannya yang lengkap pasti membuatkan semua pihak berpuas hati. Justeru, orang ramai perlu menjaga persekitaran tempat ini supaya keselesaannya terus terpelihara,” katanya.

Sementara itu, difahamkan ruangan menunggu adalah pembangunan fasa pertama terminal yang membabitkan kos RM4.2 juta manakala keseluruhan proses pengubahsuaian terminal Puduraya dengan kos RM52 juta dijangka siap menjelang November 2010.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2009 03:43 PM | Show all posts
argh, member aku hilang laptop kat sini la dulu

leka sekejap je, tp dah lama dah 2006
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 09:38 AM | Show all posts
tiap2 bulan turun Puduraya sebab balik kg. Amek bas Edaran @ Konsortium pi Kampar. Puduraya best mcm2 ade tp x tahan tengok pendatang banyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2010 08:14 AM | Show all posts
lawa sekarang..
1
impressive thing is kul 10lebih malam makcik cleaner masih mop & polis ngah patrol, bukan duk lepak je kat dalam bilik dorang tu, dorang betul2 ngah patrol cek2 pax & non-pax ngah lepak kat benches.
security staff baju putih pun aku nengok cam ramai sekarang.




2


level mezzanine yang dorang renovate tu sebenarnye korang tengok luar akan nampak macam gini..




3




http://deaf-angel.blogspot.com/2010/01/puduraya-pijak-wayar.html
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2010 05:26 PM | Show all posts
Oh dah tukar eh
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 04:00 PM | Show all posts
Lama dah tak pergi puduraya.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2010 08:44 AM | Show all posts
apa khabar ler puduraya skrg?

aku yg tak pernah balik kg ni sbb tak dekg , tak de lah selalu gi sana utk ambik bas .. tp klu nak gi mana2 mmg prt ambk kat puduraya ler plg senang sbb centre of the city kan?

ada sesapa tau tak samada puduraya ni ada website khas diorang ker? aku tgk bangunan jer berubah tp tak maju apa pun, still sesak gak ngan pendatang semua .. nak masuk2 check2 laluan bas pun takut .. macam2 org approach kita, buka kira org jahat ni .. yg tak lawa pun kena gak .. isk
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 05:08 AM | Show all posts
1001 cerita pasal puduraya nih..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2010 08:09 AM | Show all posts
apsal aritu aku gi sama jek...takde perubahan pong
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2010 08:12 PM | Show all posts
Pudu dah tutup ke? Aritu akak aku nak naik bas kat sane, sampai2 je dah tutup. Nasib ade train gi Seremban.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2010 05:07 PM | Show all posts
puduraya ni kotorla..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2010 01:52 AM | Show all posts
Reply 26# kuda-liar


    kamu bohsan..aku org kg baru ni smpai rase nk pindah pun ade..kalo bukan sbb opis dekat2 situ aje kawan yg besh gile..kenangan manis kau dan aku n sebagainya..lame dah aku belah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2010 01:55 AM | Show all posts
Reply 76# anne83


    ptut dia yg tunggu ko..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 11:35 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2012 06:08 PM | Show all posts

Hentian Puduraya -

Dulu2 ada kdai mesin kuda kat sbelah kepsi. Jenguk2 je. X maen pun. Skang dah ada roullete pulak dah. Polis hari2 ronda. Tapi xpenah masuk. Kepelekang betol


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 06:44 PM GMT+8 , Processed in 0.068201 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list