CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1759|Reply: 10

Pakar Kung Fu Tarik 7 Buah Audi Hanya Guna Buah Zakar

[Copy link]
Post time 6-4-2017 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Edited by NormanJB at 6-4-2017 04:44 PM

Foto: AsiaWire

HANYA menggunakan buah zakar, seorang pakar kung fu China membuktikan bahawa kerja kerasnya selama ini mendalami ilmu mempertahankan diri ‘berbaloi’ selepas dia berjaya menarik tujuh buah kereta.

Ye Wei, 39, berjaya menggerakkan tujuh deretan kereta jenis Audi sejauh lapan meter (26 kaki) menggunakan tali yang diikat pada kemaluannya di Wilayah Shandong di China, pada 30 Mac lalu, laporMail Online.
Kejayaan Wei menarik tujuh buah kereta itu sekaligus menyaksikan rekod peribadi yang dilakukan olehnya pada April tahun lalu dengan menarik lima buah kereta berjaya dipecahkan.
Cubaan Wei menarik tujuh kenderaan menggunakan buah zakarnya turut direkod, sebelum dikongsi oleh Pear Video pada 31 Mac lalu.

Berdasarkan video, Wei mengikat tali yang menghubungkan tujuh buah kereta jenis Audi pada buah zakarnya, memberi tumpuan sepenuhnya dengan menyalurkan kekuatan melalui kemaluan sebelum secara perlahan-lahan menggerakkan kenderaan berkenaan, yang dianggarkan berat melebihi 12.6 tan.

Foto: Pear video

Wei mendakwa aksi yang digunakan olehnya itu dipanggil 'Xi Sui Gong Xi' atau teknik Sui, yang mana ia merupakan teknik sama yang diamalkan oleh pengikut Taois untuk meningkatkan tahap kesuburan mereka.

Wei memberitahu wartawan Pear Video bahawa dia telah mengamalkan kung fu sejak 30 tahun lalu dan kini menjadi pengetua bagi tiga buah sekolah seni mempertahankan diri.
Wei mendakwa turut tahu seni mempertahankan diri tinju Thailand, selain beberapa jenis kemahiran lain seperti Hung Kuen dan Shaolin Kuen.

Seorang doktor dari Jabatan Urologi Hospital Memorial Linkou Chang, Dr Chen Yu dalam satu temu bual bersama Apple Daily Taiwan memberitahu, “Teknik ‘Xi Sui Gong’ boleh mencegah masalah lemah kawalan kencing dan ejakusi pra-matang, selain meningkatkan prestasi ketika melakukan hubungan seks.”


Sumber -MD





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2017 04:44 PM | Show all posts
@ninjago SCARY GILAAAAAA
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboii..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 05:44 PM | Show all posts
Geng kung fu rupanya patut le.  So yang lain tak perlu le gigih nak cuba juga.
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 08:35 PM | Show all posts
Amboi amboi amboi.macam2 buah korang tarik menarik iya
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2017 10:35 PM | Show all posts
Syukurlah buah zakar masih intact!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2017 11:09 PM | Show all posts
Buah zakar memang banyak fungsi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2017 03:22 AM From the mobile phone | Show all posts
x yah bawak towtruck. save minyak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2017 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
xpanjang menceceh ke kerandut heols? tp mmg anjal dan kuat!
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2017 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
erkkk
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2017 12:15 PM | Show all posts
perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.056006 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list