CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2338|Reply: 12

Peguam Ini Kongsi Tip Ringkas Jika Kenderaan Anda Dilanggar Dari Belakang

[Copy link]
Post time 8-5-2017 03:42 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : Salkukhairi bin Abdul Sukor (Peguambela & Peguamcara)


1 . Jika ada orang langgar kereta anda dari belakang, jangan panik dan bawa bertenang


2. Berhentikan kereta anda di tepi jalan di kawasan yang lapang dan selamat. Ini untuk mengelakkan berlakunya kesesakan lalulintas


3. Selepas anda lihat kenderaan yang melanggar anda juga memberhentikan kenderaannya, ambil telefon bimbit anda yang ada kemera dan keluar daripada kereta anda
Ingat! Jangan ambil sebarang alatan yang merbahaya seperti steering lock, parang, peralatan yang di perbuat daripada besi dan sebagainya, kerana anda mungkin boleh di tuduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam


4. Ambil gambar plat dan cukai jalan kenderaan yang langgar anda tadi


5. Apabila pemandu kenderaan yang langgar anda tadi keluar daripada kenderaannya, sapa lah dia dengan baik. Kalau pun anda tidak mampu nak senyum padanya, tetapi janganlah terus memaki hamun kepadanya


6. Tanyakan kepadanya dengan baik kenapa dia langgar kereta anda tadi? Kebiasaannya dalam situasi sebegitu masing – masing akan cuba menyalahkan satu sama lain. Kawal kemarahan anda, jangan bertengkar, bergaduh dan berbalah di situ kerana ianya tak akan menyelesaikan masalah tetapi hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan mengganggu pengguna jalan raya yang lain


7. Kalau boleh minta tengok daripada pemandu yang langgar kereta anda tadi kad pengenalan atau lesen memandunya. Ambil gambar kad pengenalan atau lesen memandunya


8. Jika dia tidak mengaku bersalah melanggar kereta anda, jangan paksa dia mengaku atau paksa dia bayar wang kepada anda. Just bagitahunya, dari segi undang – undang, sekiranya sesuatu kenderaan melanggar kenderaan lain daripada belakang, kecuaian adalah di sebabkan oleh kenderaan yang melanggar itu


9. Jika dia mengaku bersalah, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda. Sekali lagi di ingatkan, tak perlu minta wang daripadanya. Terus ajak dan bawa dia ke bengkel yang anda biasa berurusan untuk menilai berapakah kerosakan kereta anda
Kalau boleh terus pergi, jangan tangguh – tangguh walaupun anda ada urusan lain. Lagi cepat anda selesaikan perkara tersebut lagi bagus


10. Jangan lupa ambil nombor telefonnya atau bisnes kadnya supaya mudah anda menghubunginya nanti


11. Jika dia berkeras tidak mahu mengaku bersalah dan tidak mahu tanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa, jangan serang atau melakukan sesuatu yang boleh di anggap sebagai kesalahan jenayah terhadapnya. Biarkan saja dia pergi. Ini kerana anda telah dapat segala info berkenaan kenderaan dan dirinya


12. Terus pergi buat report polis di balai polis berhampiran


13. Dengan report polis tadi pergi ke JPJ dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi


14. Pergi terus ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan minta 3rd parti claim untuk membaiki kerosakan kereta anda tersebut


Mudah bukan ? Tak perlu gaduh – gaduh dan melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah anda dan boleh mendedahkan anda kepada perlakuan jenayah. Negara kita kan ada undang – undang.  Patuhilah undang-undang.


Moga informasi ini dapat memberikan manfaat buat kita semua.


Sumber dari Facebook Salkukhairi Abd Sukor


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2017 04:03 PM | Show all posts
Takut kereta yang langgar dari belakang tu sebenarnya penyamun nak menyamun kita. So, penyamun tu sengaja langgar dari belakang so that kita berhenti then dia pun menyamun. Zaman sekarang macam-macam boleh berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 04:25 PM | Show all posts
Tak pernah tahu pasal point 13 & 14 tu.. Terima kasih ya.. sangat membantu
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2017 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau xsiden suma xnak ngaku salah..temasukla aku  :zz
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 10:45 AM | Show all posts
good info...tp aku bukan penyabar sgt...kenyang dulu la dia kene maki..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 12:24 PM | Show all posts
Berapa ramai je yang masih sangat tenang bila kena langgar selalu ramai yang angin je.  Yang jenis langgar lari pun ramai sekarang ni.  Camera rakam belakang juga banyak membantu dalam hal ni demi nak pastikan kesalahan sebenar dari siapa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2017 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Baguihla claim je atas insurans org yg langgar tu walau mati2 dia kata xnk ganti. Lg cpt settle lg bgus
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 02:43 PM | Show all posts
point 2 last tu ramai ygx tahu rsanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2017 02:45 PM | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 8-5-2017 04:03 PM
Takut kereta yang langgar dari belakang tu sebenarnya penyamun nak menyamun kita. So, penyamun tu se ...

betul tu, skg ni even nak tolong org tepi jalan pun takut2, kes kena langgar gini pun risau.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 09:41 PM | Show all posts
Good info! Thank youu
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2017 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Good info. Tq
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2017 05:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Sangat setuju
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2017 06:28 AM | Show all posts
Betul betul betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.272631 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list