View: 5754|Reply: 34
|
Baru Darjah 6 Sudah Pandai Buat Temujanji Tunjuk 'Alat Sulit' Secara Live
[Copy link]
|
|
Sebenarnya, saya mempunyai berbelas anak saudara dan ada sebahagian anak saudara saya yang tinggal bersama saya kerana tuntutan kerja ibu bapa mereka.
Dalam seminggu, pasti ada dua tiga hari akan tinggal bersama saya dan kebanyakan yang ditinggalkan bersama saya adalah anak saudara lelaki saya.
Ceritanya, ada seorang anak saudara lelaki yang telah dihadiahkan telefon seawal usia darjah 5, memandangkan dia adalah anak yang paling sulung dalam kalangan adik beradik.
Saya tidak pernah mencurigai penggunaan telefonya selama ini kerana, setiap kali dia tinggal bersama saya, dia hanya menggunakan telefon itu untuk mendengar lagu sahaja. Begitu juga ibu bapa dia.
Ditakdirkan satu hari itu, dia telah keluar bersama rakan-rakannya tanpa menyedari dia tertinggal telefonnya di rumah.
Kebetulan pula pada waktu itu saya bosan, saya pun membuka telefonnya dan terkejut apabila mendapati isi kandungan WhatsApp, WeChat, Facebook Chat dan gallery gambar dia adalah gambar-gambar perempuan muda dan ada juga beberapa gambar yang terlampau teruk untuk dilihat oleh kanak-kanak.
Malah, dalam diam juga dia pernah menghubungi kanak-kanak perempuan yang tidak dikenali dan bertukar-tukar gambar yang tidak senonoh. Bukan satu, bukan dua, tetapi ramai!
Dan apa yang lebih mengejutkan ialah, kebanyakkan kanak-kanak perempuan itu langsung tidak segan untuk menunjukkan gambar yang tidak senonoh. Malah perbualan mesej mereka juga berbaur lucah.
Bayangkanlah pada waktu itu dia baru saja darjah 6 tetapi sudah bertindak sejauh itu apabila tidak dikawal oleh ibubapanya. Lebih menyedihkan, perbuatan dia bukan bertepuk sebelah tangan kerana ramai anak-anak perempuan yang terjebak dalam perbuatan seperti ini.
Ada di antara mereka juga berjanji untuk bertemu dengan anak saudara saya untuk menunjukkan ‘alat sulit’ mereka secara live. Allahuakbar! Menitik air mata saya membacanya.
Sepanjang dia tinggal bersama saya, solat 5 waktu saya tekankan, apatah lagi membaca Al Quran. Selepas itu, saya telah menyerahkan telefon itu kepada ibu bapa dia agar mereka sendiri melihat dan menilainya.
Ini adalah kisah realiti yang berlaku pada keluarga abang dan kakak saya. Janganlah kerana kehendak kerjaya sehingga mengabaikan tanggungjawab terhadap anak-anak.
Tolonglah, walaupun anak-anak nampak tulus, suci, murni bagai, tetapi ibu bapa tetap perlu mengambil tahu perkembangan mereka, dengan siapa dia berkawan dan berhubung.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
parents boleh install macam2 apps/software untuk pantau sebenarnya kegiatan anak2 ni.
nak dgn tak nak je |
|
|
|
|
|
|
|
Really u... apps ape ek.. further details please.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau boleh, install juga android device manager untuk android
find my iphone untuk anak2. selain dari pantau lokasi
boleh digunakan juga untuk tujan kecemmasan macam handphone lupa letak mana dan kecurian
|
|
|
|
|
|
|
|
aduh....risau nya..cabaran membesarkan anak sekarang... |
|
|
|
|
|
|
|
ayahmasihkuad replied at 22-5-2017 10:42 AM
Sebenarnya, saya mempunyai berbelas anak saudara dan ada sebahagian anak saudara saya yang tin ...
macam pernah baca ja kat bod fd ka apa tah..
btw tt ni suka sgt up thread bab2 ngesek |
|
|
|
|
|
|
|
Sedih nya...allahu..minta di jauh dari keluarga kita benda benda camgini |
|
|
|
|
|
|
|
MNA Sumber ni? ni aku percya. |
|
|
|
|
|
|
|
aduhh..risaunya utk generasi akan dtg |
|
|
|
|
|
|
|
lepas installed tu kita boleh view dari phone kita ke mcm mana..?
phone anak n phone kita lah yek kena installed apps tu..?
maaf akak ni bab2 teknologi smart phone ni slow sikit...huhuhu
|
|
|
|
|
|
|
|
alahai ntah la dik... |
|
|
|
|
|
|
|
Rosak budak-budak zaman sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
tak semua bnde dalam phone dia kita boleh view.
contohnya kita boleh tahu lokasi dia
tapi kalau nak baca whatsapp/wechat mmg tak boleh kak
kelebihan dia kita boleh spy basic thing dalam phone and guna bila kecemasan , contohnya anak tak balik rumah or ponteng. kita dpt tahu lokasi dia
|
|
|
|
|
|
|
|
sedihnya... kecik2 dah rosak |
|
|
|
|
|
|
|
Ada sedara pun dah ada mukadimah nak jadi mcm kes ni
Budak laki tu darjah 5 xde hp sendiri lagi..semua guna hp mak dia..sebab tu terkantoi. Budak pompuan tu dok msg i love you, bg pickup line yg macam psiko, offer gambar selfie dia kat budak laki tu..bdk laki tu darjah 5 agak slow lg bab2 romantika2 ni..dia xreply lebih2..
Tapi bila mak boy ni tegur ank dia, trust telah dipecahkn..sbb boy ni sebelum tu pesan mak jgn baca msg dia.mak bdk tu dah seram gila..apa hal bdk pompuan dajah 5 advance lebih ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Utk budak2 ni elok mcm 3310 je blh text n call in n out je... xpyh yg lain |
|
|
|
|
|
|
|
Anak akk yg form 3 n form 2 pun akk tukar pi hp 90 hengget... x yah watsapp bagai, call jer ibu bayar...
Eh dekkk
Tak kuasa akk nak buang masa control hp anak2 aku tu
Banyak lg kerja yg senang daripada berdepan dgn kesongehan anak2 bujang akk, ajak akk berhujah debat pasal bab musabab limited hour for Internet acces kat smart phone
Eayyyyyy
Ibu bg hp 90 hengget tu pun dh patut bersyukur tauuuuu
|
|
|
|
|
|
|
| |
|