CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4066|Reply: 7

Zakar Perogol Bersiri Kejam ‘Tegang’ Ketika Dimandikan

[Copy link]
Post time 24-5-2017 11:38 AM | Show all posts |Read mode







Saat tiba dengan menggunakan ambulans kira-kira jam 8 malam, jenazah Iqbal atau juga disebut Kolor Ijo langsung membuat pihak Hospital Bhayangkara Makassar bermuka masam.


Usahkan mahu menyentuh, melihat sahaja pun tiada seorang petugas hospital yang berani. Jenazah namun akhirnya dibawa masuk oleh tiga orang petugas di situ dengan perasaan cukup berat demi tugas diamanahkan.


Ketika dimandikan, seorang petugas pengurusan mayat berkata, tiga rakannya seolah-olah enggan melakukan tugas, bahkan semasa memandikan jenazah, mereka cuma sembur air seperti aksi menyiram pokok bunga di taman.


Petugas juga menjelaskan, sempat menyentuh raut wajah dan dahi jenazah. Namun sesuatu mengejutkan ditemui ketika mengkafan mayat. Rupa-rupanya batang zakar Kolor Ijo tidak dikhatan dan dalam keadana berdiri tegang.


Melihatkan situasi pelik tersebut, mereka berhenti sejenak dan saling berpandangan antara satu sama lain sambil mengucap istighfar. Selepas selesai semuanya, jenazah Iqbal, 32, kemudian dipindahkan untuk disolatkan.


Belasan lelaki yang hadir di surau hospital tempatan itu rata-rata terdiam. Mereka seperti enggan ikut menunaikan tahap akhir proses pengurusan rutin mayat seorang Muslim iaitu disembahyangkan sebelum jasad dikebumikan.


Jenazah Iqbal terpaksa disolatkan di hospital itu ekoran penduduk sebuah kampung di wilayah Sulawesi Tengah; di mana allahyarham menetap – telah menolak jenazah si Kolor Ijo itu untuk disemadikan di perkampungan itu.


Akhirnya, hanya petugas hospital di surau tersebut yang agak berusia tampil sanggup berdiri menghadap kiblat, mengucap takbir, Allahu Akbar sebanyak empat kali sebagai menenuhi tuntutan fardu kifayah seseorang Muslim.


Iqbal merupakan banduan jenayah seksual atas 30 kes rogol ganas yang dilakukan sepanjang tahun 2014 hingga pertengahan 2015 di daerah timur dan utara Luwu, 564 kilometer dari Makassar, ibu wilayah Sulawesi Selatan.


Daripada 30 mangsa, sebanyak 24 mangsa dilaporkan cedera akibat bahagian kemaluan mereka berjaya ditusuk secara kejam dengan benda tajam. Dua hampir meninggal dan satu meninggal dalam keadaan cukup tragis.


Ketua Majlis Hakim Mahkamah Negeri Malili, Lutim, M. Khairul, yang menjatuhkan hukuman mati ke atas penjenayah ini bulan lalu malah turut mengistilahkan kejahatan Iqbal sebagai kejahatan paling luar biasa.


Iqbal juga mendapat jolokan ‘Kolor Ijau’ (atau seluar dalam hijau) dalam kalangan penduduk yang merujuk makhluk mitos yang terkenal kerana merogol wanita pada zaman dahulu dengan hanya memakai seluar dalam.


Berasal dari Kampung Baru, Desa Sido Agung, dia pernah ditembak pasukan keselamatan Indonesia selepas melarikan diri bersama beberapa tahanan lain dari sebuah penjara di Makassar, kira-kira dua minggu lalu.


Dia ditembak mati ketika serbuan di Poso, Sulawesi Tengah. Kematian pemuda ini akhirnya melenyapkan ketakutan penduduk terutama wanita yang trauma dengan tindakan kejam lelaki tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2017 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon byk perogol..baru semlm bc berita budak mati dibunuh lepas dirogol bapa saudara sendiri..mayat diikat dlm guni dan diletak bawah katil di rumah...

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 12:48 PM | Show all posts
mandikan mayat bogel?
bukan kena tutup dengan kain ke..
siap tau sunat tak sunat tu..
entah-entah bukan muslim pun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Kolor ijo Mari pun diaibkn. Teringat mastika
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 01:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak baik buka aib dia..dia telah pun dihukum

Mode ustagajah
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 02:43 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 24-5-2017 12:48 PM
mandikan mayat bogel?
bukan kena tutup dengan kain ke..
siap tau sunat tak sunat tu..

Propa je kut....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2017 02:57 PM | Show all posts
teringat cter mastika. serius beb!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2017 04:56 PM | Show all posts
Zakar dia masih hidup?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.066258 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list