Apa itu hormon kortisol?
Mungkin ada antara kita yang tak tahu akan kewujudan hormon kortisol ni kalau nak dibandingkan dengan hormon adrenalin. Tapi, kedua-dua jenis hormon itu berkaitan dan memiliki fungsi yang penting untuk tubuh berfungsi secara maksima.
Hormon kortisol atau juga dikenal secara luas sebagai hormon stres. Hormon ini akan dikeluarkan ketika tubuh kita mengalami stress. Tak kisahlah stress secara fizikal atau secara emosional. Ganggu sistem badan & berat badan.Hormon kortisol akan membantu mengawal tekanan darah supaya normal, sekaligus mengendalikan kadar gula darah dengan melepaskan insulin. Jadi kalau tidur lepas subuh akan sebabkan kadar tekanan darah tak terkawal. Selain itu, bila dah kerap sangat tidur lepas subuh, otak juga tak dapat berfungsi dengan efektif. Sebabnya, hormon kortisol ni akan tingkatkan aliran gula dalam darah supaya otak kita boleh bekerja. Paling tak tahan berat badan juga akan bertambah. Bila ada gangguan pengeluaran hormon kortisol ia dapat meningkatkan berat badan sekaligus memengaruhi tempat penyimpanan lemak badan. Dan lemak dari makanan akan banyak disimpan di perut dibandingkan pinggang atau area lain. Hal ini akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular, termasuk serangan jantung dan stroke. Adakah orang buncit ni sebab selalu tidur lepas subuh atau sahur? Ada kemungkinannya. So korang lepas ni kita jangan tidur lepas subuh ye. Ada sebab kenapa Nabi Muhammad larang kita untuk tidur lepas waktu subuh. Boleh effect sistem badan kita yang boleh membawa kepada penyakit. Eloknya kita beribadat lepas subuh. Nak-nak bulan puasa ni.
|