Sekarang ni dah macam trend kalau peniaga tu kacak, cantik atau ‘lain dari yang lain’ mesti akan jadi bualan hangat di media sosial. Macam sebelum ni, Nasi Lemak Anak Dara la. Lepas tu Nasi Lemak Pondan. Ramai peniaga sekarang ni cuba cara unik untuk melariskan perniagaan mereka. Baru-baru ini, Abang Sado jual ayam percik pula jadi viral di laman sosial. Memang ramai la gadis-gadis beratur semata-mata nak merasa air tangan Abang Sado ni. Dah la badan sado, rajin pulak tu cari rezeki. Memang jadi idaman setiap gadis (dan jejanzzzz) la macam ni. Lebih menarik, ayam percik yang dijual oleh Abang Sado ni memang murah. RM2.50 je. Mana nak dapat harga macam ni!! Untuk gadis-gadis di luar sana yang sedang mencari jodoh boleh cari Abang Sado ni di bazar Taman Budaya, Batu Pahat, Johor.
|