![](http://www.tv14.my/wp-content/uploads/2017/01/26JanYoutube_MakanPaku-768x511.jpg)
Kalau kita orang Melayu biasanya makan nasi sebagai makanan ruji kita, bagaimana pula kalau ada rakaman video menunjukkan seorang lelaki betul-betul makan paku macam kita makan nasi.
Itulah video yang tular di Indonesia sejak beberapa hari lalu apabila seorang lelaki dilihat beberapa orang lain memakan paku di dalam bungkusan plastik.
Daripada pertuturan yang boleh difahami dalam video berkenaan, lelaki itu dipercayai berasal dari Bekasi, Indonesia.
Video berkenaan sudah tersebar di Youtube dan apa yang berlaku sukar dipercayai.
Jika dia melakukannya secara berseorangan ada kemungkinan ia adalah video yang dirakam menggunakan tipu helah penggambaran tetapi dalam hal ini ia tidak dapat dikesan.
Sebaliknya, ia adalah rakaman dari beberapa orang yang tahu perihal lelaki itu memakan paku dan mereka merakamkan detik itu untuk dikongsi di laman video YouTube.
Paku itu diambil dengan menggunakan tangan dan kemudian dimasukkan ke dalam mulut.
Gaya lelaki itu memegang bungkus plastik berkenaan mirip gaya dia sedang memakan nasi. Tapi dalam hal ini, dia makan paku.
Jumlah paku yang dimasukkan ke dalam mulutnya memang banyak dan bagaimana dia mengunyah besi itu tidak diketahui dan bagaimana dia boleh menelan paku yang besar-besar itu juga tidak diketahui. –TV14
|