CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4065|Reply: 20

Malaikat Akan Tetap Menyeret Kita Ke Neraka Jika Melakukan Perkara “Ini” Walaupu

[Copy link]
Post time 21-3-2018 12:15 PM | Show all posts |Read mode



Sekadar renungan dan peringatan bersama….

Para Malaikat menyeretnya melalui orang ramai, menuju ke arah api neraka yang menjulang2.

Dia menjerit sekuat hati dan tertanya2 jika ada mana2 orang yang mampu membantunya.

Dia menjerit lagi sambil menyebutkan semua kebaikan yang telah dia lakukan; bagaimana dia sering membantu ibu bapanya. Bagaimana dia tidak pernah tinggal puasanya, tidak pernah tinggal solatnya, selalu bersedekah dan rajin membaca al-Quran.

Dia terus menjerit lagi, namun tiada seorangpun tampil membantunya.
Para malaikat terus mengheret dia. Dan… mereka semakin hampir dengan kawah api neraka.
Dia menoleh ke belakang dan ini rayuannya yg terakhir. Dia teringat…
Tidak! Rasulullah SAW pernah bersabda;


“Bagaimana bersih seseorang yang mandi di sungai lima kali sehari dari kotoran, begitu juga bersihnya orang yang melaksanakan solat lima kali seharian daripada dosa2 mereka”
Dia menjerit lagi sekuat tenaga:
“Solat saya? Solat saya? Doa saya?”


Kedua-dua malaikat tidak berhenti, dan terus mengheretnya ke tepi jurang neraka. Bahang api neraka yang membahang terasa menyambar mukanya.
Dia menoleh ke belakang sekali lagi, tetapi matanya telah kering dari sebarang harapan dan dia tidak mempunyai apa-apa lagi yang tinggal di dalam dirinya.


Salah satu malaikat menolak dia masuk ke kawah neraka Jahannam. Dia mendapati dirinya terawang di udara dan sedang jatuh ke dalam kawah api.
Dia mandapati dirinya terus melayang dan akhirnya jatuh ke dalam kawah api neraka yg menjulang tinggi selama 70 tahun.

Setelah 70 tahun sengsara dibakar api, tiba2 terasa tangannya diraih oleh satu lengan.
Dia ditarik kembali ke atas.

Apabila dia mengangkat kepalanya, dia melihat seorang lelaki yang sangat tua dengan janggut putih yang panjang memegang tangannya.
Lelaki itu kelihatannya sangat daif.

Sambil menyapu debu di tubuhnya dia bertanya lelaki tua itu:

“Siapakah anda?”
Orang tua itu menjawab: “Aku lah solat anda”
“Mengapa kamu begitu lewat bantu saya? Wahai solatku, saya telah terjunam ke dalam neraka selama 70 tahun! Kenapa setelah tubuh saya hangus dan hampir berkecai baru kamu datang selamatkan saya?? Kenapaaa…?.”

Orang tua itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya, dan berkata:

“Adakah awak lupa? Selama hidup di dunia dulu awak sentiasa laksanakan saya pada saat-saat akhir!!”
“Setiap kali Maghrib awak beri tumpuan pada drama tv dulu..
“Zuhur awak lewat. Awak utamakan kerja dari saya. Asar dan Subuh selalu di hujung waktu.
“Awak ingatkah itu semua??”


Jerkahan lelaki tua itu mengejutkannya dari tidur…
Dia terjaga dan mengangkat kepalanya dari tidur. Seluruh tubuhnya basah oleh peluh ketakutan…
Ketika itu juga dia mendengar laungan azan dikumandangkan menandakan masuknya waktu Solat Subuh.
Dia bangun dengan cepat dan mengambil wudhu. Dia berjanji tidak akan melengahkan solat lagi. Dia sedar kesalahannya kini. Dia telah mendapat petunjuk yang maha benar.

Kongsikan kisah ini kepada keluarga dan kawan2 anda. Mungkin anda boleh membantu mereka agar tidak melengah2kan solat lagi….
(-Petikan dari ceramah Ustaz Faqih Razak di Masjid Tanjung Piandang)

BALASAN MENINGGALKAN ATAU MELAMBATKAN SOLAT.
Allah s.w.t. menjelaskan bahawa sembahyang itu mencegah pelakunya daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran (al-Ankabut: 45) dan dalam masa yang sama iblis terus menerus berusaha untuk menyesatkan manusia. Kerana itu maka tidak peliklah kenapa iblis dan syaitan itu berusaha untuk menyekat manusia daripada melakukan sembahyang.
Iblis dan syaitan berusaha menghalang manusia agar jangan melakukan sembahyang. Andainya seseorang itu terus juga sembahyang, makhluk itu akan mengganggu ketika seseorang itu sedang mengambil wuduk. Rasulullah s.a.w. memberi amaran tentang adanya satu kumpulan iblis yang dinamakan “al-Wilhan” yang berperanan untuk mengganggu seseorang itu berwuduk, menyebabkan timbulnya was-was, lalu wuduk itu diambil mengambil masa yang panjang, berulang kali tanpa yakin.

Ketika mendirikan sembahyang iblis akan menimbulkan was-was hati iaitu ketika berniat, membaca al-Fatihah, mengganggu pemikiran menyebabkan seseorang itu tidak berupaya menumpukan konsentrasinya kepada ibadah yang dilakukan. Ketika itu timbul pelbagai lintasan, termasuk peristiwa yang dilihat di tengah jalan, di pejabat, rasa kecewa harga saham dan kelapa sawit yang menjunam dan lain-lain lagi termasuk gangguan yang timbul daripada gambar-gambar ataupun tenunan pada kain sejadah yang dijadikan alas tempat sembahyang.

Selain daripada tabiat manusia yang sukar hendak mendirikan ibadah sembahyang, iblis dan syaitan juga menipu manusia agar melengah-lengahkan sembahyangnya, yang mungkin berpunca daripada sifat malas semula jadi, didikan yang diberi atau suasana yang mempengaruhi. Seseorang itu mungkin melambat-lambatkan sembahyangnya kerana mesyuarat, terlalu asyik dengan kerja yang dilakukan, untuk menyudahkan tugas yang diberi dan sebagainya.

Untuk mengatasi masalah seperti ini seseorang itu perlu kembali kepada hukum asal, iaitu memahami hukum mereka yang melambat-lambatkan sembahyang seperti yang saudara kemukakan.

Dalam surah al-Maun: 4-5 dijelaskan, “Maka kecelakaanlah bagi mereka yang sembahyang, iaitu orang yang lalai dari sembahyangnya.”

Menurut Saad bin Abi Waqqas, seorang daripada 10 sahabat yang dijanjikan syurga, yang meninggal dunia pada tahun 55H, menyatakan yang dia telah bertanyakan Rasulullah tentang maksud “orang yang lalai sembahyang” tadi. Baginda menyatakan bahawa yang dimaksudkan itu ialah mereka yang melambat-lambatkan sembahyang daripada waktunya.

Mereka ini tetap termasuk dalam golongan orang yang melakukan sembahyang, tetapi memandang enteng dengan melambat-lambatkannya. Bagi mereka adalah balasan neraka, yang dinamakan “wail”, yang sangat berat azabnya. Menurut satu pendapat neraka wail itu adalah satu lembah yang terdapat di neraka jahanam. Andainya bukit-bukit yang ada di dunia itu diletakkan dalamnya, nescaya hancur luluh semuanya kerana terlalu panas.

Dalam sebuah hadis riwayat daripada al-Bayhaqi dinyatakan bahawa Umar bin Al-Khattab r.a. ada memberitahu, telah datang seorang lelaki menemui Rasulullah s.a.w. lalu bertanya: Ya Rasulullah, apakah amalan yang paling dikasihi Allah dalam Islam. Baginda menjawab: Sembahyang dalam waktunya. Barang siapa meninggalkan sembahyang, maka tidak ada agama baginya. Sembahyang adalah tiang agama.

Rasulullah s.a.w. juga ada bersabda yang bermaksud: Apabila seseorang hamba itu sembahyang pada waktu awal, maka sembahyang itu naik ke langit dengan cahaya, sehinggalah tiba ke arasy, lalu sembahyang itu memohon keampunan kepada Allah untuk tuannya sehingga hari kiamat. Ia berkata: Semoga Allah memelihara akan dikau sebagaimana engkau memelihara akan daku. Dan apabila seorang hamba itu sembahyang bukan pada waktunya, sembahyang itu naik ke langit bersamanya kegelapan. Apabila tiba ke langit ia dilipat, seperti pakaian yang dilipat, lalu dipukul dengannya pada muka tuannya, ia berkata: Allah s.w.t. mempersia-siakan akan dikau, sebagaimana engkau mempersia-siakan akan daku.

Keterangan di atas menjelaskan betapa Allah memberi peringatan amaran terhadap mereka yang melengah-lengahkan sembahyang. Andainya seseorang itu benar-benar beriman kepada Allah dan menyedari betapa pedih dan sakitnya seksaan tersebut, dia akan sedar dan insaf dan tidak akan mengulangi perbuatannya itu.

Ketahuilah Bahawasanya Setiap Solat Yang Ditinggalkan Akan Ada Pembalasannya:-
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun* di akhirat. (*nota – 1 tahun diakhirat=1000 tahun didunia=60,000 tahun)
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri.(Tergamakkah kita berzina dengan kedua orang tua kita).
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka :- “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.”
Dan diantaranya lagi ialah:-

Di Dunia
Allah SWT menghilangkan berkat dari usaha dan rezekinya.
Allah SWT mencabut nur orang-orang mukmin (soleh) daripada (wajah) nya.
Dia akan dibenci oleh orang-orang yang beriman.

Sakaratul Maut
Ruh dicabut ketika ia berada didalam keadaan yang sangat haus.
Dia akan merasa amat azab/pedih ketika ruh dicabut keluar. (su’ul khatimah)
Dia akan dirisaukan akan hilang imannya.

Alam Barzakh
Dia akan merasa susah (untuk menjawab) terhadap pertanyaan (serta menerima hukuman) dari Malaikat Mungkar dan Nakir yang sangat menggerunkan. Kuburnya akan menjadi cukup gelap. Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang-tulang rusuknya berkumpul (seperti jari bertemu jari) (Siksaan binatang-binatang bisa seperti ular, kala jengking dan lipan)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-3-2018 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
I tau bunyi mcm budak2 tapi ramai je kawan2 i berjaya even tinggal solat. Siap kt rumah ada bar n collection of booze. Mcm confusing la kalau baca2 article mcm ni sebab kt atas ada tulis balasan di dunia kalau tinggal solat. Kenapa kene tekankan ada balasan kalau bukan semua orang dapat? Kalau xbole lewatkan solat, kenapa ada duration waktu solat? Contohny zohor from 1 pm to 4 pm lets say. Bukan ke tu da tunjukan tuhan tu ok je? Mungkin kita je yang over? Hmm ntahla
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Idgaf replied at 21-3-2018 12:30 PM
I tau bunyi mcm budak2 tapi ramai je kawan2 i berjaya even tinggal solat. Siap kt rumah ada bar n co ...

I'm not in the good position to reply to ur comment but here what i know about the beauty of islam..
I tau mmg skrg ramai org x solat tp berjaya kaya raya plak tu, tu namanya istidraj dik, maknanya Tuhan beri dia nikmat kaya semua tp Tuhan x redha.. nikmat kaya kt dia tu sebenarnya sbg ujian je.. terbukti mmg ramai yg buat kesimpulan dia x perlukan Tuhan sbb dia tak solat pun bole berjaya, betul dak? Ni lah ujian nyer dik nk tgk sejauh mana kebergantungan kita sbg hamba Tuhan pdNya..
Mmg Tuhan bg tempoh utk kita melaksanakn solat, contoh solat zohor, kejamlah kalau Tuhan suruh manusia solat semua masuk je waktu tepat2 ko kene solat waktu tu je waktu lain tak boleh, haa di mana letaknya keindahan kalau xde langsung tolak ansur, ye dak? Sbb bkn semua ada kelapangan nk buat time2 tu jgk. Yg jd salah kt sini bila kita tak tau priority kita, solat dah masuk, kebetulan kita time tu lapang je tgh santai2 tgk tv.. haa mmg la salah, ye dak? Sepatutnya kita sbg hamba Tuhan tau kt mana keutamaan kita, dahulukn solat barulah nk tgk tv ke, nk bershopping ke.. sbb tu dlm kisah td tu kita lihat solat tu dtg bantu jgk kan cuma lambat, sama mcm kita melambat2kn solat kt dunia..
Islam tu mudah tp x semestinya kita semua kena ambil mudah, ye kan?
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 02:45 PM | Show all posts
itulah aku
kerja mesti nk punctual
solat akhir2 waktu
mesti berubah pasni
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2018 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
BedahBedul replied at 21-3-2018 01:39 PM
I'm not in the good position to reply to ur comment but here what i know about the beauty of islam ...

Iya sis begitu jugalah tazkirah yang diberi oleh husb i hari2 kalau i start question everything. *insaf*

Tp sis everytime i doa, i pasti dapat (plus usaha la kan) So i yakin je Allah ada n Wujud and He replies to each one of us in His own way.

Tp biasalah sis time2 down of course akan terdetik kenapa ni kenapa tu. haa cmtu la.

Thanks sis
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Idgaf replied at 21-3-2018 04:30 AM
I tau bunyi mcm budak2 tapi ramai je kawan2 i berjaya even tinggal solat. Siap kt rumah ada bar n co ...

kenalah pikir dari sudut berbeza...kenapa jadi begitu. ayah sy selalu kata org yg dpt apa saja didunia.. adalah krn Allah biarkan je golongan yg begini lalai. Allah xmau turunkan beban kerana Allah yg maha mengetahui. Dugaan tu adalah tahap kesabaran kita berjaya kita harungi besarlah ganjarannya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2018 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Seriau baca.. i must improve!
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 2-5-2018 03:14 PM

Mimpi itu ujian dari Allah.

Adakah benar ahli syurga itu TUA?
Mengikut keterangan Allah dan Rasul-Nya, pemuda2 antara penyelamat/saksi bagi pihak ahli neraka diakhirat kelak. Adalah menjadi kesalahan sekiranya menerima mimpi yg tidak menjelaskan mengenai pemuda yg menyelamatkan dirinya. Kesimpulan mudah, itulah cara syaitan mengajar manusia yg sesat utk bertambah kesesatan. Iaitu manusia yg kononnya dirinya diberi hidayah oleh-Nya sedangkan hakikatnya syaitan menjadikan mimpi itu utk menambahkan lagi kesesatannya. Jika bermimpi SELAIN PEMUDA yg menyelamatkan dirinya dari neraka, maka yakinlah, sifat syaitan itu MENAKUT2KAN MANUSIA dalam semua jalan agar bertambah kesesatannya dan yg mempelajarinya.

Kategori : mimpi fasik, mimpi jahil, mimpi bida'ah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2018 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Menerima mimpi itu lalu diamalkan bermaksud Allah tidak menerima solat orang2 yg tidak tahu kenal makna kebenaran dan kebatilan.

Yg menyampaikan ilmu nyata menzalimi dirinya sendiri dan orang lain.

Bukankah Allah berikan Alquran dan Sunnah? Kalau awak itu sebenar ahli hikmah, awak boleh bezakan yg mana kebenaran dan yg mana kebatilan.

Semoga berjaya menambahkan lagi pengikut Iblis!!  Good Luck bebeh!!!!

Hahahahahaha.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Lantak korang le dgn mimpi itu. Haha haha

Perahsan aje lebih, lebih bertambah bodoh sombong
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tak tahu sahih ke maklumat dibawah ini. Check sendiri.

Di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang bernama Al-Harith bin Rabi'I atau dikenali dengan gelaran Abu Qatadah Al-Ansori ra menyebut bahawa beliau mendengar rasulullah salallahualaihiwassalam bersabda : “Ar-ru’yah (mimpi yang benar) itu daripada Allah manakala Al-hulmu (mimpi yang karut) itu daripada syaitan. Apabila salah seorang daripada kamu bermimpi tentang sesuatu yang dibenci maka ludahlah ke kirinya sambil meminta perlindungan Allah daripada syaitan maka nescaya mimpi itu tidak akan memudharatkannya. (hadith riwayat Bukhari no. 6603)
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Berdasarkan penjelasan di atas maka tidak semua mimpi itu boleh dipercayai dan tidak pula boleh didustakan sebaliknya ia amat bergantung kepada peribadi orang yang bermimpi dan keadaan mimpi yang berlaku kepada dirinya. Ini disebabkan para ulama menyebut bahawa mimpi itu dinilai berdasarkan keperibadian seseorang yang bermaksud jika orang yang bermimpi itu ialah orang yang soleh dan dipercayai maka mimpinya itu juga boleh dipercayai tetapi jika yang bermimpi itu ialah seorang yang fasik dan ahli maksiat maka mimpinya adalah dusta dan tidak boleh dipercayai.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Mereka berhujah berdasarkan hadith nabi salallahualaihiwassalam yang dikeluarkan oleh Imam Muslim ra di dalam kitab sahihnya yang bermaksud : “Apabila tiba di akhir zaman maka mimpi seseorang itu tidaklah berdusta dan orang yang paling benar mimpinya di kalangan kamu ialah orang yang paling benar perkataannya.” (hadith riwayat Muslim dan lain-lain)
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukumnya adalah tetap sama dengan prinsip Islam di dalam bab penerimaan maklumat atau berita seperti yang disebut oleh Allah SWT di dalam Al-Quran yang bermaksud : “Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang yang fasik membawa sesuatu berita, maka hendaklah kamu periksa dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat : 6)
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Mimpi pada tajuk kali ini dikenali sebagai MUSIBAH SI FASIK PEMFITNAH.

seorang yg fasik, hanya akan memperolehi mimpi yg fasik malah tiada dalil dari Allah dan Rasul-Nya yg membuktikan itulah hakikat sebenar2 mimpi yg pasti berlaku.

Seseorg yg benar dalam ucapan sahaja yg akan dikurniakan mimpi yg BENAR dari sisi Allah yakni seiring dgn Petunjuk Allah dan Rasul-Nya.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dovob at 2-5-2018 09:18 PM

Oleh yang demikian mimpi telah disebutkan oleh para ulama ahli sunnah wal jamaah secara ijmak bahawa ianya tidak boleh dijadikan sebagai hujah agama atau pegangan dalam aqidah. Sebaliknya mimpi yang baik atau ru’ya solehah itu adalah lebih kepada nasihat atau tazkirah dan rezeki daripada Allah SWT secara peribadi dan khusus untuk orang yang bermimpi sahaja tanpa menokok tambah atau mengubah apa-apa daripada ajaran Islam yang telah sedia ada di dalam Al-Quran dan as-sunnah.

Komen saya : kesiannya...  takat tu aje standard ulama ahlul sunnah wal jamaah? Lawan Sunnah baginda Rasullullah saw secara TERANG2AN. Tu ke ulama ahlul sunnah korang? Bagi saya, amat jelas itulah ulama fasik yg baginda Rasullullah saw maksudkan dalam hadis ini (hadis popular siap ada nasyid) "diakhir zaman yg paling jahat, ulama yg memandang dunia. Tabiatnya busuk bak bau bangkai, siapa tercium kan mati jiwanya" (PENGIKUT TIDAK AKAN SAMA SEKALI BERIMAN KEPADA ALLAH LER BODOH TOLOL SOMBONG OIT).  Tu standard ULAMA PhD leh buat lap najis saya aje. Ulama ahlul sunnah yg TERANG2 tolak Rasullullah saw, lagi sembang mcm LAYAK MASUK SYURGA? PUIH LA!!

Soalan : bila ada kefasikkan, bukan masaalah akidah ye? Macam biasa, saya leh kata cam ni ajelah, "awak semua BUKAN Jemaah Sunnah yg baginda maksudkan melainkan sedikit". Tak yah PERAHSAN awak tu LAYAK utk tidak diazab-Nya.

Okeylah ye.

Saya ni tak pernah tunduk selain Allah. Jika ada yg jenis BERTUHANKAN NAFSU, memang le kan, ayat tunduk yg SETAN TAGHUT ajar tu SECOCOK dgn ajaran iblis laknatullah.

Orang yg beriman TAK AKAN TUNDUK KEPADA MANA2 PEMERINTAH SELAIN ALLAH! Mereka beramal sesuai dgn ketundukan penuh kpd Allah. Dan mereka mentaati pemerintah SESUAI dgn petunjuk-Nya.

So, tak yah fikir awak semua beriman sedangkan yg bernama ahlul sunnah yg sedia-ada pun, bukan sebenar golongan yg DIJAMIN TIDAK DISIKSA DIDALAM NERAKA AKHIRAT ALLAH.

So, ikut suka awaklah ye. Lagipun aliran awak dan saya tak sama langsung. Awak dgn aliran ahlul sunnah awak, saya dgn aliran ahlul sunnah saya. Apa yg nak sgt dikisahkan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2018 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
ustaz.blogspot.my/2012/04/kedudukan-mimpi-disisi-ahli-sunnah.html?m=1

Rujukkan buat pening kepala aje ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila akidah dah out, maka ahlul sunnah wal jamaah hakikatnya "terbatal akidahnya secara total" iaitu menolak Allah dan Rasul selaku petunjuk yg menjelaskan petunjuk kebenaran.

So, dua kalimah syahadah bersanad awak Allah terima ke tu?

Punya pasal awak semua le. Awak punya bodoh sombong tu bukan setakat makhluk, termasuklah Allah dan Rasul.

Chow dulu, rasa PUAS sungguh hari ini.

Nak bangkang saya? Nak menasihati saya ke?.pi mati dgn bodoh sombong awak itu ye. Standard firaun cam tu lah ye

Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 01:22 AM | Show all posts
dok sembang merapu cam bangang
wat malu budak tahfiz 13 tahun jer....kahkah...
adoi...tua buruk xsedar diri
tang mana ada org nak mencari agama, si bengong pon nak mencelah bagai
kahkah....buruk sunguh perangai...
tu pon sangka bawa kebenaran
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2018 02:18 AM From the mobile phone | Show all posts
rantaikendoq replied at 3-5-2018 01:22 AM
dok sembang merapu cam bangang
wat malu budak tahfiz 13 tahun jer....kahkah...
adoi...tua buruk xs ...

Soalan : bila ada kefasikkan, bukan masaalah akidah ye? Macam biasa, saya leh kata cam ni ajelah, "awak semua BUKAN Jemaah Sunnah yg baginda maksudkan melainkan sedikit". Tak yah PERAHSAN awak tu LAYAK utk tidak diazab-Nya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:51 AM GMT+8 , Processed in 0.070744 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list