View: 2098|Reply: 4
|
SPayLater – “Beli Sekarang Bayar Kemudian”. Beli barang online hutang selama 6 b
[Copy link]
|
|
rnggt.com
SPayLater – Kini Anda Boleh “Beli Sekarang Bayar Kemudian” Bersama Shopee
Liyana Antarabangsa, Berita, Pasaran
2 minutes
Ternyata penggunaan kaedah pembayaran “Beli Sekarang Bayar Kemudian” ini dilihat semakin rancak di Malaysia. Jika sebelum ini Razer telah tampil dengan inisiatif tersebut, kini Shopee Malaysia turut menawarkan alternatif yang sama kepada pengguna.
Terbaru, bagi pengemar barangan Shopee, anda kini dapat menggunakan ciri pembayaran SPayLater yang membolehkan perbelanjaan secara “Beli Sekarang Bayar Kemudian” dapat dilakukan.
Menerusi kaedah pembayaran tersebut, para pengguna perlu memuat turun aplikasi Shopee untuk mengaktifkan ciri SPayLater ini. Kadar umur yang dibenarkan menggunakan ciri BNPL ini adalah warganegara Malaysia 18 tahun dan ke atas, serta memiliki kad pengenalan diri yang sah.
Setelah mengaktifkan ciri tersebut pada ruangan Tetapan aplikasi, pengguna boleh memilih Pakej Ansuran pada bahagian pembayaran.
Terdapat beberapa ansuran yang ditawarkan merangkumi 1 bulan, 2 bulan hingga 6 bulan. Harga ansuran tertakluk kepada harga penuh barangan yang dipilih oleh pengguna. Bagaimanapun, perlu diingatkan bagi setiap kelewatan dalam kaedah pembayaran ini, caj 1.5% tambahan akan dikenakan ke atas pengguna.
Menerusi peningkatan penawaran BNPL ini secara terus dapat meningkatkan aliran pertumbuhan ekonomi negara, di samping ia turut memberi galakkan kepada semua pihak untuk berbelanja lebih.
Untuk sebarang makluman, pengguna boleh layari bahagian Khidmat Pelanggan Shopee atau lakukan pertanyaan pada talian 03-2777-9222.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ada barang scam dalam shopee bayar mahal2 tp servis di janjikan 2 tahun tak sampai 2 tahun hati2. |
|
|
|
|
|
|
|
Potong ansuran guna kad kredit ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by eyansss at 21-1-2021 01:59 AM
tingginya interest... 4 bulan 5%... adalah lebih baik buat easy payment dengan cc... kalau maybank 9% per annum... kiranya 6 bulan 4.5%... |
|
|
|
|
|
|
| |
|