View: 1945|Reply: 14
|
Cheng Seng tolong Lester Mohd sebab pernah rasa hidup miskin
[Copy link]
|
|
'Saya tolong dia sebab dulu saya pun biasa tidur di stesen bas...'
NOR FARHANA YAACOB | | 23 Januari 2021
Cheng Seng sedang mengajar Lester Mohd menggunakan sistem pam minyak di Stesen Minyak Caltex Bachang, di sini, pada Sabtu.
MELAKA - Pengalaman pernah hidup miskin suatu masa dahulu mendorong pengurus di sebuah stesen minyak di sini untuk membantu seorang gelandangan mendapatkan pekerjaan.
Kisah Lee Cheng Seng, 50, membantu seorang gelandangan dari Beaufort, Sabah dikenali sebagai Lester Mohd Sufian, 40, tular di media sosial dan mendapat respons positif daripada netizen, sejak Jumaat.
"Saya sekarang bekerja sebagai pengurus sumber manusia di Stesen Minyak Hong Brothers. Saya pernah hidup dalam kemiskinan hingga terpaksa berhenti sekolah ketika di Tingkatan Dua. Saya juga pernah rasa tidur di stesen bas akibat kesempitan hidup.
"Dengan nasib yang pernah saya alami, hati saya tergerak untuk menolong Lester yang datang ke stesen minyak ini yang terletak di Jalan Tun Perak, Bachang, pada minggu lalu untuk mencari kerja. Selepas temuduga, saya tanya kepada dia mahu pulang ke mana dan dia beritahu cuma tidur di stesen bas.
"Mendengar jawapan dia, hati menjadi sebak kerana saya pernah merasai peritnya tidur di stesen bas akibat kesempitan hidup," luahnya.
Cheng Seng bersama Lester Mohd yang merupakan seorang gelandangan namun diambil bekerja di stesen minyak itu.
Cheng Seng yang berasal dari Bukit Palah, di sini, menerima Lester bekerja di stesen minyak milik keluarga isterinya iaitu Stesen Minyak Caltex Bachang.
Selain memberikan pekerjaan, Cheng Seng juga membantu Lester mendapatkan bilik kediaman untuk berteduh.
"Saya bertanya kepada pekerja yang lain jika ada bilik kosong untuk dia tinggal dan salah seorang daripada mereka beritahu saya terdapat bilik kosong yang boleh didiami olehnya. Kemudian saya membawa dia membeli beberapa keperluan seperti pakaian dan kasut untuk memudahkan dia bekerja.
"Kebaikan yang saya lakukan ini bukan untuk menunjuk atau membangga diri. Cukuplah sekadar saya mengajak orang lain menyebarkan kebaikan lebih-lebih lagi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ketika ini. Ramai insan terjejas dan bantulah mereka dengan ikhlas," katanya yang mempunyai dua orang anak.
Sementara itu, Lester berkata, dia bersyukur dipertemukan dengan majikan berhati bersih seperti Cheng Seng yang sudi memberikannya pekerjaan malah membantunya mencari tempat berteduh untuk meneruskan kehidupan dan mencari rezeki di Melaka.
"Sudah lebih sebulan saya tidur di merata tempat di Klang, Selangor termasuk di bawah jambatan kerana tidak ada duit. Kemudian saya ambil keputusan untuk mencari pekerjaan di Melaka.
"Pada asalnya, saya berhasrat nak cari kerja di Pulau Pinang tetapi duit yang saya ada cuma cukup untuk saya membeli tiket bas ke Melaka. Namun takdir sangat indah apabila saya ditemukan dengan seorang insan baik hati yang akhirnya membantu saya," ujar lelaki itu tulus.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... s&utm_campaign= tolong dia sebab dulu saya pun biasa tidur
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih Cheng Seng. |
|
|
|
|
|
|
|
cina sabah serawak mmg baik. yang tak baik pilak. harap cina sabah serawak boleh migrasi ke semenanjung.
ni pendapat peribadi ye, sbb pengalaman kaka berkawan sejak di bangku kehidupan kaka rasa easily jurang perkauman tu takde. mungkin silap atau betul.
tapi yang pasti kt sabah ada balan2 cuma dia bukan vokuru |
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 23-1-2021 05:25 PM
cina sabah serawak mmg baik. yang tak baik pilak. harap cina sabah serawak boleh migrasi ke semenanj ...
..issh.. engkau nii.. asyik kacau sis vokuru saja.. siann dia.. dah ntah kemana dia majuk membawa diri.. mungkin dah jauh dia lari.. harap2 dia tak akan majuk-majuk lagi lepas nii.. balik laa vokuru.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cheng Seng yang berasal dari Bukit Palah, di sini, menerima Lester bekerja di stesen minyak milik keluarga isterinya iaitu Stesen Minyak Caltex Bachang. Bukit Palah ni kat mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
barangkali Cina kat Sabah Sawarak adalah berstatus bumiputra ... so deols xde rasa tak puas hati |
|
|
|
|
|
|
|
melaka ye, sorry out of topic. sebelum ni ada jumpa bukit palah kt sabah (palatao)
|
|
|
|
|
|
|
|
CiliPadiSedap replied at 23-1-2021 05:25 PM
cina sabah serawak mmg baik. yang tak baik pilak. harap cina sabah serawak boleh migrasi ke semenanj ...
Salam..agreed..klu nak model perpaduan kaum..sabah dan sarawak blh jd cth..maybe cikgu chazey lebih jelas..semenanjung ni sbb masing2 bercamour dgn kelompok sendiri..asobiyah tu kuat tanbah2 dgn sekolah kdg2 asing2..nak integrate antara kaum tu payah |
|
|
|
|
|
|
|
Punat_button replied at 23-1-2021 06:17 PM
Bukit Palah ni kat mana?
area belakang hospital melaka dan masjid negeri al-azim. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang yang dah pernah melalui fasa susah selalunya faham akan kesusahan orang lain. Syabas kepada beliau kerana berjaya mengubah nasib orang lain. |
|
|
|
|
|
|
|
adakah sebab di sana melayu/isle minoriti?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|