View: 1963|Reply: 7
|
Sapu krim ereksi zakar di bibir demi mendapatkan bibir seksi
[Copy link]
|
|
Sapu krim ereksi zakar demi bibir seksi
https://www.kosmo.com.my/2021/01 ... r-demi-bibir-seksi/
Oleh KOSMO!
26 Januari 2021, 3:05 pm
Sohor terbaharu TikTok memaparkan selebriti media sosial, Jerry Mal menyapu krim ereksi di bibir. - TikTok
LONDON – Doktor- doktor memberi amaran kepada pengguna aplikasi TikTok supaya tidak meniru aksi menyapu krim ereksi pada bibir sebagai jalan singkat untuk mendapatkan bibir yang gebu dan munggil dengan cara pantas, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.
Sohor atau trend yang dimulakan oleh seorang pengguna bernama Jerry Mal mula menular apabila ramai anak muda terpengaruh melakukan perkara sama untuk melihat keberkesanannya.
Mal memulakan sohor itu apabila menggunakan krim bantuan seksual untuk kesan bibir menggebukan dan memaparkan keadaan bibirnya yang membengkak selepas beberapa saat.
Menerusi video yang mendapat lebih 3.5 juta tontonan itu, Mal turut mendedahkan tidak berjaya mengekalkan krim ereksi itu selama lima minit seperti yang dimahukan kerana bengkak di bibirnya terlalu menyakitkan.
Petugas kesihatan Pengarah Perubatan Klinik Kulit Cosmedics, Dr Ross Perry memberitahu akhbar Metro UK bahawa menyapu krim ereksi di bibir demi kesan bibir tebal boleh membuatkan sesorang mengalami reaksi alergi seperti rasa menyengat, sakit, lepuh dan bengkak yang tidak selesa.
“Kesan sampingan lain dari serapan krim ketika masuk ke dalam badan boleh menyebabkan sakit kepala, masalah tekanan darah dan juga kemungkinan masalah jantung.
“Krim ini juga boleh mengakibatkan keradangan luka lama terutama jika anda selalu menyapunya,” katanya. – Agensi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat kerja gila tak perlu ajar orang lain ikut sama |
|
|
|
|
|
|
|
gay kot. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 kurex sapu brape tube? |
|
|
|
|
|
|
| |
|