CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1764|Reply: 2

Tular video murtadkan isteri time PKP

[Copy link]
Post time 21-2-2021 11:57 PM | Show all posts |Read mode
Tular video murtadkan isteri time PKP



Sebelum ini, viral di media sosial seorang lelaki yang mendakwa telah memurtadkan isterinya yang beragama Islam untuk berkahwin.

Dia dengan bangga menceritakan perkara tersebut di aplikasi Tiktok dan membuatkan netizen marah.

Sehubungan dengan itu, menerusi Harian Metro, Polis Johor telah membuat serbuan ke rumah pasangan tersebut di Perjiranan Dato Onn  jam 9.50 semalam.

Polis dah serbu rumah
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pihak mereka telah menyerbu rumah berkenaan dan mendapati pasangan tersebut tiada di premis berkenaan.

“Pihak polis berjaya mengawal keadaan dan hasil pemeriksaan mendapati kediaman itu hanya didiami oleh ayah dan kakak lelaki itu sahaja.
“Suspek yang berusia lingkungan 29 tahun itu sudah dikenal pasti namun tiada di premis berkenaan. Tiada sebarang tangkapan dan rampasan dibuat,” katanya.
Isteri sanggup sujud di kaki
Tidak lama selepas itu, isteri kepada lelaki tersebut yang juga merupakan warganegara Indonesia telah memohon maaf melalui video yang dimuat naik dari akaun Happy Family Malaysia.

Dalam video itu, dia memhon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dengan kenyataan suaminya. Dia juga memberitahu sudah dimurtadkan sejak berada di Indonesia lagi.

“Demi Tuhan kita takkan buat apa lagi, kepada Menteri-Menteri, kepada seluruh rakyat Malaysia bagilah kesempatan (kepada) aku dan suami minta maaf. Kalau aku sama suami ada salah, maafkan. Tolong, maafkan suami saya.”
“Kami punya anak kecil lagi…tolonglah. Bersujud di kaki kalian semua pun tak ada masalah.” Rayunya


Wanita itu juga turut meminta agar diberi peluang diatas kesalahan yang mereka lalukan kerana mempunyai dua orang anak dan masih mmerlukan suami untuk membesarkan anak-anak yang masih kecil.

“Anak saya masih kecil, masih memerlukan ayah. Mungkin kalau semua orang dah maafkan, kita janji kita takkan buat video tentang agama semua itu.” Katanya


Suspek minta maaf
Selain itu, lelaki India tersebut juga turut sama meminta maaf diatas segala yang diucapkan sebelum ini dan apa yang dikongsikan sama sekali tidak berniat untuk memburukkan mana-mana agama.



Sedang lakukan siasatan
Setakat ini, pihak polis masih lagi membuat siasatan berhubung isu tersebut dan diminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat bekenaan perkara terbabit tampil memberikan kerjasama dan tidak melakukan tindakan sendiri.

“Polis Johor menasihatkan orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat terus kepada pihak polis serta tidak mengambil tindakan secara sendirian, yang dibimbangi boleh menimbulkan suasana tidak harmoni dan mengganggu gugat ketenteraman awam,” katanya.
Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948, Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Sumber: Harian Metro (Omar Ahmad), Youtube


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2021 09:30 AM | Show all posts
indon mmg bnyak yg murtad.. kalau keje kilang yg ramai foreigner tu taula.. tambah kalau dpt kawen dgn apek cina..
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2021 02:32 PM | Show all posts
Dari Indon bukan benda luar biasa ramai je yang jadi macam tu.  Jadi dia tak boleh pukul rata rakyat Malaysia pun macam tu juga.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.035447 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list