CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1490|Reply: 2

Sering dipandang pelik, gadis sumbing luah rasa kecewa

[Copy link]
Post time 25-2-2021 07:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by piao at 25-2-2021 07:45 PM

Sering dipandang pelik, gadis sumbing luah rasa kecewa


Setiap insan di muka bumi ini pasti mahukan kesempurnaan hidup. Memiliki rupa wajah yang sempurna juga merupakan antara nikmat kurniaan Allah SWT.
Namun, berbeza dengan perkongsian seorang gadis bernama Amna Qorina dimana memiliki wajah kurang sempurna berikutan kecacatan fizikal yang dialami.
“Kenapa orang tengok saya pelik?”





Menerusi perkongsian tersebut, dia mengakui begitu ramai orang sekeliling memandangnya ketika keluar berjalan kerana dianggap agak ‘berbeza’ dan ‘pelik’ daripada insan lain.

“Kenapa bila saya jalan, keluar dari rumah, mesti ramai orang tengok saya. Saya nak tanya pelik sangat ke saya ni sampai tengok macam itu,” luahnya.





]Meskipun dugaan memiliki wajah sumbing tersebut agak perit untuk dilalui, namun ia tidak mematahkan semangat Amna untuk meneruskan kehidupan dan berkongsi video-video menarik di akaun TikTok miliknya.

Tengok sebab cantik

Video berdurasi 30 saat itu sudah pasti dibanjiri komen-komen daripada warganet yang memberi semangat kepada gadis tersebut.

Rata-rata mereka memuji kecantikan Amna dan berharap agar dia terus kuat selain meminta untuk sentiasa berfikiran positif.





Biar sahaja apa orang nak cakap! Yang penting awak kuat dan teruskan semangat. Percaya dengan setiap dugaan Allah pasti ada hikmahnya.

Sumber: TikTok Amna Qorina


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2021 12:35 AM | Show all posts
Kecik2 dulu parent tak buat operation kee...
Setahu akulah govmt hosp ambik kes.
Dah besar gini aku taktau
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2021 01:02 PM | Show all posts
Dari kutuk2 akan kekurangannya tu kan lagi elok taja dia untuk buat operasi pemulihan kekurangannya tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-1-2025 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.142358 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list