View: 1124|Reply: 0
|
Isteri Mengidam Nak Cukur Jambang Sampai Licin
[Copy link]
|
|
Isteri Mengidam Nak Cukur Jambang Sampai Licin
Lumrah seorang wanita mengandung pasti akan mengidam macam-macam. Bukan mengidam makanan saja, kadang-kadang ada juga yang mengidam benda-benda lain. Contohnya, cukur jambang suami seperti wanita ini. Anda lihat saja lah muka pasrah suaminya yang rela jambangnya dicukur sehingga licin.
Kenapa sih ngidamnya 🙁
Di dalam video yang dikongsikan oleh Rizaldy Febriyansyah ini, isterinya yang sedang mengandung mempunyai satu permintaan iaitu untuk mencukur jambangnya. Boleh dikatakan lebat juga jambang yang dimiliki lelaki ini tetapi dia sanggup menunaikan hasrat isterinya itu.
Malah isterinya juga kelihatan sangat teruja dan bersedia dengan alatan mencukur. Demi membuatkan isterinya itu bahagia, lelaki ini kemudian akur mengizinkan isterinya mencukur jambang dan misainya sehingga licin. Memang muka pasrah saja suaminya!
Ternyata makin besar perut, makin aneh ya dia mengidam.
Hasilnya, ramai juga yang memuji wajah suaminya yang nampak lebih bersih dan kemas dari sebelum ini. Rata-rata netizen turut terhibur melihat video Rizaldy yang sporting melayan kerenah isteri mengidam ini. Ada juga yang berkongsi pengalaman mengidam mereka sebelum ini. Sampai ada yang minta suami botakkan kepala!
Lebih kelihatan fresh dan lebih muda kalau macam ni.
Pengalaman saya mengidam anak kedua dulu mintak suami botakkan rambut. Sekarang mengidam anak ketiga, kalau mahu disayang wajib cukur misai dan janggut.
Memang comel saja lihat reaksi gembira wanita ini dapat merealisasikan hajatnya itu. Macam-macam juga perangai mengidam ni rupanya. Anda pun pernah ada pengalaman mengidam yang pelik-pelik ke?
Sumber:https://himpunanceritalawak.com
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|