View: 1576|Reply: 4
|
Gunung di Kongo diserbu selepas tanah didapati mengandungi 90% emas
[Copy link]
|
|
Gunung di Kongo diserbu selepas tanah didapati mengandungi 90% emas
Pihak berkuasa Kongo terpaksa melarang perlombongan di sebuah kampung di Republik Demokratik Kongo setelah tanah di sebuah gunung ditemui kaya dengan kandungan emas.
Sebuah video yang tular menunjukkan puluhan orang membanjiri gunung berkenaan yang terletak di Luhihi, setelah penemuan bijih emas di kawasan tersebut pada hujung bulan lepas, dengan rakaman dari tempat kejadian yang menunjukkan orang ramai menggali tanah menggunakan cangkul.
Malah ada juga yang menggunakan tangan mereka untuk menggali mineral berharga itu dari tanah.
Venant Burume Muhigirwa, Menteri Perlombongan Kivu Selatan, mengatakan bahawa kedatangan orang ramai untuk menggali tanah di kawasan itu telah memberi tekanan ke atas perkampungan kecil di mana gunung tersebut terletak.
Tanah di pergunungan itu dianggarkan mengandungi dari 60% hingga 90% kandungan emas membuat orang ramai berpusu-pusu mengambil peluang untuk mendapatkan emas secara percuma.
Kongo adalah sebuah negara yang penuh dengan kekayaan bahan semula jadi, termasuk minyak, kayu balak, berlian dan mineral, tetapi kemudahan untuk bahan-bahan ini ditemui mendorong orang ramai untuk menjadi tamak.
Pihak berkuasa negara itu telah mengeluarkan arahan pada 1 Maca yang mengharuskan semua pelombong, peniaga dan anggota angkatan bersenjata Kongo (FARDC) untuk meninggalkan kawasan perlombongan di sekitar Luhihi untuk meredakan gangguan yang berlaku ekoran penemuan emas berkenaan.
SUMBER
TWITTER
REUTERS
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
teringat forumer2 yg suka reka citer konon laki sekor2 org kongo
prffffffffffffffght |
|
|
|
|
|
|
|
tak de penjarakan sosial..... |
|
|
|
|
|
|
|
Negara kaya dgn hasil bumi.tp rakyat hidup miskin merempat.
Nmpk sgt kerajaan xtelus.pikir tembolok sendiri je |
|
|
|
|
|
|
| |
|