Gadis Tunjuk Gerakan Tarian Piring, “Tu Kalau Jatuh Tu…”
Kewujudan pelbagai bangsa dan keturunan menjadikan Malaysia antara negara yang cukup indah kepelbagaian adat dan budayanya. Sejak dari zaman berzaman pelbagai jenis tarian diperkenalkan untuk hiburan penduduk setempat.
Ini termasuklah tarian piring yang sudah wujud dalam budaya kita sejak dari dulu lagi. Namun sejauh mana anak muda hari ini tahu bagaimana untuk menari tarian piring ini? Baru-baru ini seorang gadis menunjukkan gerakan tarian piring menerusi laman Tiktok miliknya.
Gerakan penuh lemah lembut dengan dua piring di tangan gadis ini telah mencuri perhatian ramai. Berikut adalah video yang dikongsikan gadis ini menerusi laman sosial tersebut:
Tidak ramai yang memiliki kemahiran untuk menari sebegini. Semuanya perlukan latihan dan kemahiran yang tersendiri. Nampak bukan mudah ya untuk menari sambil memegang belakang pinggan supaya tidak terjatuh sebegitu. Perkongsian gadis tunjuk gerakan tarian piring ini telah meraih lebih 2.1 juta tontonan dan ratusan ribu likes.
Rata-rata warganet turut teruja dengan kemahiran gadis ini dan tidak kurang juga risau piring tersebut terjatuh. Apa-apa pun berikut antara reaksi ramai mengenai video yang dikongsikan ini:
“Kalau aku yang buat…Auto mak aku kejar guna parang”
“Tu kalau jatuh tu memang hmm kena marah astu dah tak boleh makan guna pinggan”