“Rosak Makanan Tradisional Melayu Korang Buat” – Netizen Bengang Semua Makanan Nak Jadi Viral Sampaikan Sate Pun Cicah Coklat!
Bila sebut je pasal sate mesti yang terlintas di fikiran keenakan sate yang dimakan dengan kuah kacang. Memang dari dulu orang makan sate dengan kuah kacang tapi baru-baru ni tular satu video menunjukkan sate kini dimakan dengan coklat.
Menerusi Twitter Jom Kita, beberapa orang lelaki kelihatan mencicah sate dengan coklat di salah sebuah restoran.Vvideo tersebut juga menunjukkan mereka menyatakan bahawa makanan yang dinikmati itu sungguh sedap. Rata-rata netizen yang menonton video tersebut meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan mereka yang cuba megolah dan menghilangkan tradisi serta keunikkan makanan tersebut.
Netizen juga meluahkan rasa geram apabila semua makanan pada masa kini hendak meletakkan cheese dan coklat. Korang nak cuba ke sate coklat ni? Lebih cicah kuah kacang lagi sedap!
Sumber twitter
|