CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2203|Reply: 4

[Kelantan] Lelaki tipu bakal bapa mentua dipenjara 3 tahun, enam sebatan

[Copy link]
Post time 6-10-2021 05:55 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki tipu bakal bapa mentua dipenjara 3 tahun, enam sebatan[size=0.8]Oleh Hidayatidayu Razali - Oktober 6, 2021 @ 4:15pmbhnews@nstp.com.my


Tertuduh, Shah Jahan Sazali, 36, dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Majistret Kota Bahru terhadap enam pertuduhan memperdaya seorang mangsa yang juga imam masjid, antara 9 Ogos hingga 12 September lalu. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar



KOTA BHARU: Seorang peniaga dalam talian dihukum penjara tiga tahun dengan enam sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku bersalah enam tuduhan menipu seorang imam masjid di antara 9 Ogos hingga 12 September lalu.

Tertuduh, Shah Jahan Sazali, 36, mengaku bersalah terhadap enam pertuduhan sejurus dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Izdham Naim Che Ani.

Berdasarkan pertuduhan pertama hingga keenam, tertuduh didakwa menipu mangsa yang juga bakal bapa mentuanya, Mad Rozali Botok, 65, dengan memperdayakan mangsa dengan menjalankan perniagaan emas yang tidak wujud menyebabkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM24,200.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh di antara 9 Ogos hingga 12 September lalu di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, di sini.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang setahun hingga tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusnaliza Mohammad Yusoff, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Intan Nor Nadhirah Ismail.

Yusnaliza dalam pendakwaan memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal terhadap tertuduh kerana kesalahan itu serius.

Bagaimanapun, Intan Nor Nadhirah merayu supaya mahkamah memberi hukuman minimum memandangkan lelaki itu mengaku bersalah dan sudah insaf.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman masing-masing penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan. Hukuman penjara dijalankan serentak bermula tarikh jatuh hukuman.

Dalam prosiding berasingan, Shah Jahan mengaku bersalah terhadap tujuh lagi pertuduhan membabitkan kes penipuan terhadap mangsa yang sama dan seorang lagi mangsa lain di hadapan Majistret Muhammad Fitri Mokhtar.

Mengikut pertuduhan pertama hingga keenam tertuduh didakwa memperdaya Mad Rozali Botok dengan mendakwa menjalankan perniagaan emas yang tidak wujud menyebabkan mangsa menyerahkan wang sebanyak RM16,000.

Perbuatan itu dilakukan antara 28 Jun hingga 5 September lalu di Pangsapuri Bandar Baru Kubang Kerian, di sini. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara tidak kurang setahun hingga tidak lebih 10 tahun dan sebatan.

Sementara itu, dalam satu lagi pertuduhan Shah Jahan didakwa memperdayakan pesara guru, Husin Md Ali, 74, yang menyerahkan sebuah kereta jenis Proton Waja untuk dibaiki.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmah Che Wan, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Ariyani Mohd Amin.

Muhammad Fitri menetapkan tarikh 28 November depan untuk sebutan semula kes bagi tujuh pertuduhan itu.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-10-2021 05:56 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 06:37 PM | Show all posts
Lajuuu dh kna hukum. Cepat pulis & pihak pendakwaan wat keja. Tapi duit tetap la dh leburr~~
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2021 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Where's the moneyyyy? Gone oredi?
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2021 02:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena tangkap baru insaf
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.367178 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list