CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1751|Reply: 14

DEBAT MNCM : Episod 3 - PENYANYI MALAYSIA HANYA TAHU MENYANYI [kose]

[Copy link]
Post time 5-6-2007 09:52 PM | Show all posts |Read mode
tajuk episod ketiga adalah cadangan dr kakak kose kiterr.. yg bertajuk

PENYANYI MALAYSIA HANYA TAHU MENYANYI.


komen2 bernas akan mendapat ganjaran yg setimpal..:tq:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-6-2007 11:07 PM | Show all posts
apa maksud hanya pandai menyanyi????apalagi yg diperlukan oleh seseorang penyanyi kalu bukan menyanyi??? Kamus manakah lagi yg menyatakan penyanyi = superman?????? cuba nyatakan. Peliknya

Apapun...alah bukan penyanyi malaysia pun gitu...mariah carey, celine dion, madonna, beyonce, britney spears, christina aguilera dan yg top2..terkenal ker mereka sbg penari? pelawak? pelakon? komposer? x jugak kan...
Malaysia pun ada  penyanyi yg boleh compose lagu e.g hazami dan m nasir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2007 11:10 PM | Show all posts
penyanyi malaysia hanya tahu menyanyi..tapi tak tau buat lagu, tak tahu cipta lirik.. tak tahu main alat music.. dan lebih sedih lagi kalo ada yang tak tau pitching,falsetto semer tu hape

huhu..
ada jugak yang jenis tu sebenarnya..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-6-2007 11:50 PM | Show all posts

Reply #2 harisbee's post

suh kaka kose terangkan
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 01:38 AM | Show all posts
setuju..
penyanyi malaysia hanya pandai menyanyi.. kalau yg pandai tulis lirik ke, compose lagu, main alat muzik ke sgtlah tak ramai..

hujah ku.. nanti dululah ye.. lom pk lagi
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 08:37 AM | Show all posts
kakak kose?

nak je aku lempang si jac nih :@

takde maknannya kakak...


u..bilang nak kawin eh?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-6-2007 09:34 AM | Show all posts
Untuk pass sebagai penyanyi..........kenalah tau menyanyi dulu............

Cipta Lirik, Tau Muzik, Buat Lagu, Main Alat Muzik....tue semua boleh belajar kemudian............
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 10:02 AM | Show all posts
bagi kita penyanyi di Malaysia belum layak di gelar sebagai penghibur...hanya beberapa org sahaja yg yg bisa menghiburkan umum...ttg kemahiran seperti bermain alat muzik,mencipta lagu,menulis lirik lagu dan lain2,bukan semua berbakat utk menjadi seperti di atas...tetapi mutu vokal penyanyi Malaysia adalah lebih baik dari penyanyi luar negara....tetapi pasaran utk penyanyi Malaysia terhad utk penghibur2 yg mempunyai majoriti jumlah peminatnya...manakala penyanyi2 yg ada mungkin terpaksa berusaha lebih kuat utk masyhur di bidang seni ini...:ah:

[ Last edited by  narvmarishka at 5-6-2007 04:03 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2007 11:37 AM | Show all posts
Penyanyi Malaysia ramai yg tahu menyanyi tetapi berapa ramai yg mencari insiatif lain untuk mengilap vokal jadi lebih mantap?tak ramai yg memasuki kelas vokal atau pun kelas muzik sebagai menambah pengetahuan.Tidakkah mereka sedar bahawa ilmu pengetahuan dalam vokal dan muzik boleh menjadikan mereka insan seni yg berkualiti?selain menyanyi,mereka juga boleh mencipta lagu ataupun lirik lagu bila ada asas dalam muzik contohnya membaca nota muzik.Ramli M.S pernah menulis di dalam kolumnnya bahawa,hanya segelintir penyanyi yg mampu membaca nota muzik contohnya seperti Datuk Sharifah Aini.Jadi bila seseorang penyanyi itu tahu membaca nota muzik,dia akan tahu sejauh mana lagu yg dirakamkan di studio ataupun secara 'live' sumbang atau pun tidak.

Jadi,adalah lebih bagus sekiranya penyanyi2 yg ader kat Malaysia ini sedar kepentingan ilmu untuk menjadi penyanyi yg berkualiti...

sekian terima kasih!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 01:18 PM | Show all posts
kata-kata aluan dari bang ramli;



Aspirasi: Formula jadi penyanyi sempurna
Oleh Ramli MS
ramlims@bharian.com.my


ASSALAMUALAIKUM... Salam untuk semua. Mulai minggu ini saya akan memulakan satu catatan bersiri, apa itu kelayakan ilmu nyanyian yang diharuskan untuk menjadi penyanyi profesional. Kedengaran seorang penyanyi itu menyanyi seharusnya didampingi dengan skil tersendiri.

Ketahuilah asas nyanyian adalah sama, melainkan penyanyi itu menyanyi, kedengaran lain dari yang lain adalah disebabkan kreativitinya yang bijak menyusun intelek. Suara adalah pemberian Tuhan. Anda harus pasrah, range nada juga adalah dari Yang Maha Esa.

Ada yang boleh mencecah ke paras paling tinggi dalam nada, baritone, tenor dan alto. Ada juga penyanyi yang bertuah mempunyai range soprano (seperti Ning Baizura). Ada bakat kurniaan Tuhan dan ada yang tidak. Sebab itu kadang-kadang kita terdengar nyanyian menusuk kalbu dan sebaliknya. Puncanya, kurang ilmu dan bakat.

Ketahuilah walaupun anda tidak ada bakat, tapi jika adanya ilmu muzik yang tinggi atau konservatori (institut muzik), anda sedikit sebanyak akan dapat menyaingi penyanyi yang berbakat. Tapi perlu diingat, jalan untuk anda sampai ke taraf konservatori, adalah sukar, ibarat nak dapat PhD!

Semua orang suka menyanyi bukan? Untuk menjadi seorang penyanyi yang sempurna, anda seharusnya tahu sekurang-kurangnya bermain alat muzik seperti piano atau gitar atau sebarang alatan muzik in pitch. Dari situlah anda tidak akan ada masalah pitching. Perbezaan aras nada akan dapat anda kawal setiap masa dan semestinya sumbang adalah diharamkan untuk seorang penyanyi! Penyanyi solo dikategworikan dengan istilah mono tone manakala duet adalah gandingan dua suara.

Penyanyi akademik mempunyai jurang yang luas inteleknya, lebih-lebih lagi berkaitan kreativiti. Dia sungguh cergas menghasilkan karya terbaru dan tersendiri, tiada ciplak ilusi atau pun menyanyi berpandukan orang. Nasihat saya, penyanyi perlu ada akademik sebelum menceburi bidang nyanyian, anda tidak sesekali akan menyesal.

Itupun jika tujuan anda untuk menjadikan bidang nyanyian sebahagian dari mata pencarian, lainlah anda datang daripada keluarga Forbes! Kebanyakan penyanyi di negara kita yang pernah saya berkerja dengan mereka, saya dapati kebanyakannya menceburi nyanyian kerana suka-suka. Praktikal memang ada, tapi mana teorinya? Realitinya, teori dan praktikal harus setara. Maknanya kita tahu apa yang nak kita buat. Apa yang di luar batas kemampuan, kita tak dapat buat.

Di sinilah pengetahuan teori yang kita pelajari dapat menolong kita dari membuat kesilapan. Kelemahan kita hanya diri sendiri yang tahu. Anda tidak boleh menipu diri sendiri, kemusnahan akan menimpa kepada diri sendiri, bukan orang lain. Inilah seni, kejujuran menampakkan kreativiti yang sebenar kepada penyanyi itu.

Bab kecantikan, pasrah sajalah kepada pemberian Tuhan, baik cantik mahu pun kacak ataupun tiada kedua-duanya. Selama empat dekad saya menjelajahi masa yang penuh dengan wajah cantik, saya lihat, tiada notanya.

Memang ada juga yang tidak bersyukur dengan mengubah `peta' wajah masing-masing. Paling tinggi komen yang akan kedengaran ada dua saja, memuji atau mengeji! Terpulang pada empunya diri. Orang nak dengar anda menyanyi, lainlah kerjaya anda sebagai penyeri muka depan majalah atau akhbar hiburan.

Setahu saya, orang macam ini suka diri dijaja atau pun sememang selalu `mengehsankan' diri sendiri menjadi tumpuan. Dia macam sunyi kalau tiada berita mengenai dirinya di dalam media.

Jangan bersikap hipokrit

Imej anda penting. Ia melambangkan diri anda sebagai penyanyi. Justeru, jangan bersifat hipokrit. Sebaliknya, anda harus bersikap profesional. Jangan mencampuradukkan kerjaya dengan urusan peribadi lain, contohnya, dadah, alkohol, berjudi dan sebagainya, jangan disentuh!

Gejala berkenaan banyak menjahanamkan kerjaya anda dari menonjolkan kerja seni anda. Dah banyak contoh terjadi. Diri kita lazimnya menjadi tumpuan umum, jadi berhati-hatilah memilih kehendak hati, maklumlah, apabila anda sudah berada di aras glamor, semuanya ada di depan mata anda. Tahan atau tidak iman anda, itu adalah kekuatan diri. Sebenarnya dari pengalaman saya, ujian intelek lebih mencabar dari ujian glamor. Maknanya kedudukan anda menjadi tumpuan ramai yang berkehendakkan sesuatu yang lebih positif dari apa yang anda ada sekarang.

Kerjaya harus diberi keutamaan kerana itu `nyawa' anda. Kerjasama antara anda, penerbit album, pencipta lagu, penulis lirik, pemuzik, penyanyi latar, tenaga kerja di TV, radio, media, wartawan dan PRO syarikat rakaman, harus berjalan secara profesional, tiada conflict of interest!

Banyak teladan buruk terjadi, kita harus dulu bersikap neutral. Dengan sikap begini, orang lain akan hormat tata susila kerjaya kita dan secara automatik kerja kita berjalan lancar. Nobody is a star! Semua arah memerlukan kekuatan bersepadu, bak kata Allahyarham Tan Sri P Ramlee, irama dan lagu tak dapat dipisahkan, kalau terpisah juga, pincanglah lagu, rosaklah irama.

Jangan sesekali memilih bulu untuk berkerja. Dunia seni di sini terlalu kecil, nanti bersua juga suatu hari nanti.

Baiklah, sampai di sini saja dulu. Saya akan bercakap lebih banyak lagi mengenai ilmu nyanyian dalam siri seterusnya.

Wassalam.
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 01:20 PM | Show all posts

Reply #9 amikie's post

memang relevan komen RMS tu.

tapi mungkin boleh diluaskan lagi. apa yang berlaku di dalam AF5 baru-baru ini amat menarik. selepas Ogy Ahmad Daud sibuk memberi komen penyanyi kena menggali, kena faham lirik lagu dan kena buat persembahan melalui lakonan yang diiringi pula dengan sketsa dan drama, khir rahman dan hattan memberi komen yang cenderong kepada kalau menyanyi, menyanyi sajalah dengan baik dan lupakan yang lain-lain.   

jadi timbul polemik perlukah penyanyi mempunyai skil lakonan juga dalam membuat persembahan? adakah penyanyi  yang boleh menterjemahkan lagu dalam bentuk sketsa dan menari saja yang baik manakala penyanyi yang berdiri terpacak tidak bagus.

untuk menjawab soalan debat ini, ya kebanyakan penyanyi malaysia memang hanya tahu menyanyi semata-mata. Lihat sahaja melalui pertandingan AF, mereka terpaksa di kerah untuk membuat lebih dari menyanyi. Lihat juga pertandingan Bintang RTM yang melahirkan ramai penyanyi tersohor - dari dulu hingga kini tidak adapun pesertanya membuat sketsa. Hanya  suara dan delivery saja  yang menjadi taruhan. Di luar pertandingan juga sama. Lihat Hattan, Sheila Majid, Zainal Abidin, Sharifah Aini. Mereka ini hanya menyanyi.

Cuma jikapun penyanyi Malaysia perlu mempunyai kebolehan lain, yang terbaik dan seiringan ialah kemampuan untuk mencipta lagu dan seterusnya menjadi produser dan lebih baik lagi mempunyai syarikat sendiri di bidang seni. lihat  progress M Nasir dan Yasin sebagai penyanyi Lihat juga Melly Goeslow dan Agnes Monica yang mahu menjadi produser. sudah pastilah mereka berada pada kedudukan lebih baik daripada penyanyi lain walaupun suara mereka tidaklah lebih sedap.Lebih baik mempunyai kebolehan sebegini daripada setakat menjadi penyanyi semata-mata.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-6-2007 10:02 PM | Show all posts

Reply #6 Syd's post

guwe berbicara dlm bahasa indon dong.. hehe...

anyway jac mungkin akan kahwin hujung tahun ini atau awal taun depan :ah:
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 10:32 PM | Show all posts
xjuga..ramai juga penyanyi di malaysia yg boleh mencipta lirik,menggubah lagu dan menerbitkan album sendiri..

giv a big clap to noryn aziz sbb dia antara contoh artis yg mampu melakukan semua di atas..

bukan noryn sorang..ramai lagi..
ajai,too phat,hazami,(sekadar menyebut beberapa nama )
yang bukan shj mnjadi penyanyi ttp boleh dikategorikan sbgai penghibur...

cuma kebanyakan panyanyi yg xtahu menahu apa2 ni semua dilahirkan daripada program realiti kerna mreka hanyalah penyanyi amatur yg biasa2 shj sebelum bergelar recording artis..

sori kalo silap
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2007 10:40 PM | Show all posts
Originally posted by narvmarishka at 6-6-2007 10:02 AM
bagi kita penyanyi di Malaysia belum layak di gelar sebagai penghibur...hanya beberapa org sahaja yg yg bisa menghiburkan umum...ttg kemahiran seperti bermain alat muzik,mencipta lagu,menulis lir ...


Aku terhibur jer dengar org yg nyanyi sedap-sedap..

Konsep tak semua penyanyi adalah penghibur tu sah-sah lah yg nyanyi tak sedap..tu pasal tak terhibur.
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2007 12:58 AM | Show all posts
lor...nape gitu lak?????
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:00 PM GMT+8 , Processed in 0.111813 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list