View: 2803|Reply: 2
|
Berita@MKST : USM-Uni Bonn Bangun Biotek Marin
[Copy link]
|
|
USM, Universiti Bonn bangun bioteknologi marin05/04/2010 4:18pm
PULAU PINANG — Satu Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatanganiantara Universiti Sains Malaysia (USM) danRheinische-Friedrich-Wilhelms University di Bonn, Jerman untukmenjalankan projek penyelidikan bersama khususnya mengenai alam lautandan kehidupan marin.
Naib Canselor USM, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, melaluiMoU itu, projek penyelidikan akan fokus kepada pembangunan bioteknologimarin dan kajian mengenai alam lautan di Selat Melaka.
Kerjasama ini akan membolehkan kami menjalankan penyelidikanmengenai kajian alam lautan, alam sekitar, kepelbagaian biologi dan habpengetahuan,” katanya dalam ucapan alu-aluan sebelum majlis pemeteraianMoU itu di sini hari ini.
USM diwakili Dzulkifli manakala universiti Jerman itu diwakili Profesor Dr Solvay Gerke menandatangani MoU itu.
MoU itu juga termasuk pertukaran tenaga kerja bukan akademik dan ijazah lanjutan, siswazah dan penuntut penyelidikan.
Gerke berkata, beliau berharap dapat menjalin lebih banyak kerjasamadengan USM dan kajian mengenai alam lautan di Selat Melaka akan dapatdijalankan dengan jayanya dan hasil laporannya dapat dikeluarkan dalamtempoh dua tahun akan datang. — Bernama
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus2.... |
|
|
|
|
|
|
|
pasni buat ikan besa2... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|