CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 439|Reply: 0

[Kelantan] Gagal sedia alat penyukat suhu, pemilik kedai dikompaun RM2,000

[Copy link]
Post time 17-10-2021 11:19 AM | Show all posts |Read mode
Gagal sedia alat penyukat suhu, pemilik kedai dikompaun RM2,000[size=0.8][size=0.9]Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my




Kota Bharu: Tidak menyediakan alat penyukat suhu kepada pelanggan dengan alasan rosak menyebabkan seorang pengusaha kedai makan di Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

Kegagalan wanita berusia lingkungan 50-an itu dikesan ketika penugasan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dijalankan sepasukan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, alasan itu tidak boleh diterima memandangkan bilangan pengunjung semakin ramai kebelakangan ini dan sepatutnya pemilik premis lebih peka dengan pematuhan.

"Rentas daerah dan negeri sudah dibenarkan dan kehadiran pengunjung semakin ramai maka sepatutnya pengusaha kedai makan menyediakan kelengkapan secukupnya dan tidak hanya memberi fokus kepada keuntungan semata-mata.

"Selain itu, masih ada lagi pemilik kedai makan membenarkan pelanggan masuk tanpa membuat imbasan suhu dan MySejahtera menyebabkan turut dikenakan kompaun sebanyak RM1,500," katanya.

Tinjauan yang dilakukan petang semalam mendapati ramai pengunjung hadir sama ada mengambil angin di tepi pantai atau makan di kedai yang mana masih ada sebilangan kecil tidak memakai pelitup muka.

Abdul Rahim berkata, dalam penugasan yang diketuainya itu, sebanyak tiga kompaun dikeluarkan pihaknya membabitkan dua kesalahan itu.

Tiga kompaun juga dikeluarkan oleh pihak MPKB-BRI kepada individu yang menjalankan perniagaan tanpa lesen yang sah mengikut Undang-undang Kecil Tred, Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1985.

"Dalam pemantauan kira-kira dua jam itu, seramai 50 pengunjung lokasi peranginan ini juga diberi amaran berkaitan pematuhan SOP.

"Setakat dua hari operasi pematuhan SOP sehingga semalam, empat kompaun sudah dikeluarkan termasuk satu kesalahan yang dibuat terhadap seorang lelaki berusia 26 tahun yang makan di sebuah kedai di Pengkalan Chepa, malam kelmarin.

"Lelaki itu didapati masih tidak cukup tempoh matang vaksinasi menyebabkan dia dikenakan kompaun RM2,000," katanya.



Disiarkan pada: Oktober 17, 2021 @ 10:30am






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 12:56 PM GMT+8 , Processed in 0.538944 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list