CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 590|Reply: 0

[Kelantan] Padah tak ikut SOP, rokok di tempat larangan

[Copy link]
Post time 4-11-2021 12:24 PM | Show all posts |Read mode
Padah tak ikut SOP, rokok di tempat larangan[size=0.8][size=0.9]Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my


GAMBAR hiasan. FOTO Arkib NSTP




Kota Bharu: Sebanyak 37 kompaun dengan nilai RM56,000 dikeluarkan Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) dalam operasi bersepadu terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 3, Ahad lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pemeriksaan secara serentak di seluruh daerah itu membabitkan 175 premis.

"Daripada 37 kompaun itu, 27 dikeluarkan kepada individu yang didapati tidak mendaftar menerusi aplikasi MySejahtera atau menulis di dalam buku daftar untuk memasuki premis.

"Tujuh kompaun kepada individu yang tidak memakai pelitup muka dan masing-masing satu terhadap pemilik premis yang gagal menyediakan laluan keluar masuk, peralatan suhu yang tidak berfungsi, dan tidak memastikan penjarakan satu meter bagi pelanggan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Operasi bersepadu itu disertai 69 pegawai dan anggota daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak berkuasa tempatan (PBT), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan dan RELA.

Dr Zaini berkata, kesemua kesalahan itu mengikut Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021.

Dalam operasi sama, lapan notis kesalahan dikeluarkan mengikut Peraturan 11(1)(h) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 (PPKHT 2004) kerana merokok di tempat larangan iaitu di dalam premis makanan.

"Kesemua individu yang dikompaun boleh hadir ke Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran untuk membuat rayuan dan pembayaran," katanya.

Disiarkan pada: November 4, 2021 @ 12:13pm






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 08:42 AM GMT+8 , Processed in 0.307051 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list