|
Miami, Florida – Seorang penumpang dipaksa keluar dari sebuah penerbangan di Florida, Miami kerana bertegas memakai sehelai seluar dalam berwarna merah menjadi pelitup muka sebagai mematuhi peraturan Covid-19, lapor media tempatan.
Adam Jenne, 38, diminta meninggalkan pesawat berkenaan sebelum ia berlepas dari lapangan terbang Fort Lauderdale.
Jenne memberitahu saluran berita tempatan, NBC2 bahawa dia mahu menunjukkan ‘kebodohan’ untuk memaksa penumpang memakai pelitup muka sedangkan mereka dibenarkan membukanya semasa makan ataupun minum di dalam pesawat.
Foto: Twitter
Klip video insiden semalam itu dirakam oleh seorang penumpang lain. Ia menunjukkan kru -kru penerbangan memaklumkan kepada Jenne bahawa dia tidak dibenarkan berada di dalam pesawat selagi bertegas memakai seluar dalam pada wajahnya.
Selepas berbincang panjang lebar, dia akhirnya meninggalkan tempat duduknya dan keluar dari pesawat berkenaan.
“Jika seluar dalam boleh melitupi muka, maka ia telah melakukan tugasnya sebagai pelitup muka,” kata Jenne. –CARI
Sumber: Kosmo |
|