CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2498|Reply: 27

[Tempatan] KWSP buat pembayaran ‘one-off’ bermula 20 April ini

[Copy link]
Post time 29-3-2022 03:47 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.


KWSP buat pembayaran ‘one-off’ bermula 20 April ini

PETALING JAYA – Orang ramai yang ingin mengeluarkan simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerusi pengeluaran khas akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April ini.

KWSP dalam satu kenyataan berkata, pengeluaran khas tersebut dibuka bermula 1 April 2022 hingga 30 April 2022 kepada ahli di bawah umur 55 tahun.

“Pembayaran akan bermula pada 20 April ini dalam satu bayaran sahaja dan dikredit ke dalam akaun bank simpanan atau semasa ahli. Ahli perlu memastikan akaun bank mereka adalah aktif dan di bawah nama ahli sendiri.

“Akaun bersama atau yang didaftarkan di bawah nama syarikat adalah tidak dibenarkan. Semakan status permohonan boleh dibuat bermula 9 April 2022 melalui portal pengeluarankhas.kwsp.gov.my,” katanya di sini hari ini.

Katanya, sebelum mengemukakan permohonan, ahli digalakkan untuk menyemak baki simpanan KWSP mereka melalui i-Akaun (Ahli), aplikasi mudah alih i-Akaun atau Kios KWSP.

“Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50. Ahli juga perlu menggunakan sepenuhnya baki dalam Akaun 2 sebelum mengakses Akaun 1 mereka.

“Ahli juga perlu mengekalkan jumlah minimum sebanyak RM100 dalam akaun mereka. Pengeluaran Khas ini bertujuan untuk membantu ahli yang masih terkesan dengan pandemik untuk memenuhi keperluan mendesak hari ini,” katanya.

KWSP turut mengingatkan ahli supaya mempertimbangkan jaminan pendapatan mereka pada masa depan dan hanya mengeluarkan simpanan mereka sekiranya benar-benar perlu.

“Ahli boleh berjumpa dengan Pegawai Khidmat Nasihat Ahli di cawangan KWSP seluruh negara untuk mendapatkan nasihat percuma mengenai simpanan KWSP mereka.

“Maklumat lanjut mengenai kemudahan pengeluaran khas ini boleh didapati di ‘Ask ELYA’ dalam laman web KWSP di www.kwsp.gov.my, Facebook, Twitter dan Instagram KWSP atau menghubungi Hotline Pengeluaran Khas di 03-8922 4848 bermula 1 April 2022,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2022/03 ... rmula-20-april-ini/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudia, dia bagi 1 off. Macam tak percaya je uolss
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:17 PM | Show all posts
Nak sgt kan? Hambekkkk.....

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:27 PM | Show all posts
Jumlah maksimum yang boleh dikeluarkan ialah RM10,000 dan minimum RM50.


so maknanya kalau nak keluar 5K pun boleh lah ye?
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:36 PM | Show all posts
nak keluarkan ke tidak ek? Haha.. kalau keluarkan.. n simpan dalam asb ke.. tabung haji ke.. ok x? MMgla klau ikutkan dividen.. epf nye dividen lagi tinggi. Tapi.. tinggi2 dividen tu.. lambaaaat lagi kau boleh merasa.. itu pon kalau panjang umur la. Kalau campak dalam asb.. koman2.. dapat gakla amik dividen awal tahun... duit tu umpama dapat bonus tahunan la..  dengan syarat amik dividen ajela.. kalau tidak.. mmg one off jugakla merasanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Emas pulut dakap tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-3-2022 04:40 PM | Show all posts
i offf PASTU NAK DEKAT2 PUASA.... ALAMATNYA SEMUA PERHABIS KAT JAKEL LA NI
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
meriah raya masing2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tudiaaa bagi duit sendiri lps tu raya lps tu PRU

Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 04:52 PM | Show all posts
talapia replied at 29-3-2022 04:36 PM
nak keluarkan ke tidak ek? Haha.. kalau keluarkan.. n simpan dalam asb ke.. tabung haji ke.. ok x? M ...

kalau u rasa nak simpan cash untuk emergency, amik je la park kat TH or ASB..
kalau rasa simpanan cash u dah cukup banyak, then tak payah amik..
biar je dalam epf tu..
but kena ingat la..
next epf dividen takkan tinggi macam tahun lepas..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:09 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 29-3-2022 04:52 PM
kalau u rasa nak simpan cash untuk emergency, amik je la park kat TH or ASB..
kalau rasa simpanan  ...

kemudahan keluarkan simpanan epf akan jejaskan dividen epf tu sendiri jugak ye? Maksudnya.. kadar dividen tahun depan maybe lebih rendah..

hmm.. i sinar dah keluarkan.. campak asb.. ni kalau bole keluarkan 10k lagi.. campak asb jugak..
aim nya.. every year ada la extra cash sikit utk top up apa2 yg kurang. Zaman2 covid ni.. nak dapat bonus gomen mmg takla.. bonus swasta pon belum tentu.. kena la create 'bonus' sendiri. Harapkan duit gaji.. tu dah cukup2 utk komitmen tetap bulan2.


Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:33 PM | Show all posts
talapia replied at 29-3-2022 05:09 PM
kemudahan keluarkan simpanan epf akan jejaskan dividen epf tu sendiri jugak ye? Maksudnya.. kadar  ...

u nak keluarkan epf takde jejaskan apa..
dividen u dapat bergantung pada jumlah simpanan u..
maksud i, tahun ni punya % dividen..
tahun lepas 6.1% tahun ni maybe less..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:50 PM | Show all posts
kedai baju raya tersenyum sinis sambil gosok2 tapak tangan
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
kakikuDibibirmu replied at 29-3-2022 04:39 PM
Emas pulut dakap tersenyum sinis

Beriye bawak cash pi borong gelang pulut dakap sebeso alam, ujong2 pi ar-rahnu nak gadai, gelang tak laku ekekekekekek
Rupanya emas celop melekat kat magnet
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:26 PM | Show all posts
porumer cari kaya2 belaka.
jangan lupa payung iols bila dah kuar 10k nnt
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
tu aihhh segebuk bagi. igt mcm i-sinar aritu bg monthly selama 6bulan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2022 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bellaa replied at 29-3-2022 06:26 PM
porumer cari kaya2 belaka.
jangan lupa payung iols bila dah kuar 10k nnt

Jangan cakap abang tak payung
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 06:56 PM From the mobile phone | Show all posts
yeayyy thanks kwsp!
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by rosmahisham at 29-3-2022 07:25 PM

Guna la sebaik mungkin ye kalau dh dpt duit tu..ramai yg terjejas akibat banjir tu mesti nk beli perabot baru..banjir dulu byk yg rosak tgk derang buang kt tepi2 jln kt area rmh..pakat2 panggil roro angkat sampah pon berduit lg...sian sungguh lah..dugaan berat..terus iols insoff dan redho semua kat dunia ni hanyalah pinjaman..
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2022 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kakikuDibibirmu at 29-3-2022 08:08 PM

Al malu wal banuna zinatul hayatiddunya tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.176102 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list