View: 2196|Reply: 16
|
[Tempatan]
Seperti berniaga dalam penjara, para peniaga di Jalan TAR tak puas hati
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR – “Seperti berniaga dalam penjara”, itu ungkapan ringkas para peniaga Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), di sini, yang akan mula berniaga pada 9 April ini.
Tinjauan MalaysiaGazette di kawasan tumpuan warga kota itu mendapati pagar besi yang ketinggiannya melepas paras kepala dipasang di bazar tersebut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sejak malam tadi.
Rata-rata peniaga yang menyewa tapak bazar itu kesal dan terkilan dengan tindakan DBKL memasang pagar besi itu kerana negara sudahpun beralih kepada fasa peralihan ke endemik pada 1 April lalu.
Peniaga, Roslina Yusof bercakap pada Malaysia Gazette peniaga tidak berpuas hati dengan isu pemasangan pagar di kawasan tapak bazar di Jalan Tar, Kuala Lumpur.
Roslina Yusof, 44, yang telah berniaga lebih 30 tahun di sini amat kecewa dengan tindakan DBKL itu kerana pada tahun lepas dia mengalami kerugian besar hingga jatuh terduduk akibat sekatan pagar besi tersebut.
Katanya, pemasangan pagar itu bukan sahaja menyusahkan peniaga malah menyukarkan pengunjung untuk membuat pilihan membeli barangan mereka.
“Tahun lepas saya buka dua petak tetapi tahun ini saya hanya satu petak sebab saya rasa takut jadi keadaan macam inilah, pintu berpagar. Tahun lalu, saya memang jatuh terduduk sebab tidak balik modal untuk bayar duit pekerja dan kos pengoperasian lagi.
“Sepanjang 30 tahun berniaga, saya ingat tahun lepas sahaja dugaan pada saya, tetapi tahun ini DBKL buat macam ini lagi. Ya Allah, saya rasa macam nak pengsan. Kenapa DBKL buat macam ini lagi pada kami, sedangkan kami sudah beri maklum balas.
“Kalau keadaan terus macam ini, kami memang tidak boleh berniaga, ditambah DBKL buat sekatan dekat pintu hadapan. Keadaan ini seperti ingin bunuh peniaga, lebih baik tak payah buka bazar. Situasi ini turut memberi kesan pada peniaga luar pagar ini.” katanya pada pemberita dengan penuh kecewa.
Sementara itu, pengurus kedai pakaian, Siti Haslina Mhd Hanafiyah, 32, turut terkesan dengan pemasangan pagar besi itu kerana kedainya mengalami kerugian sebanyak 70 peratus walaupun beroperasi di luar pagar.
Ujarnya, pemasangan pagar besi tersebut menghalang punca rezekinya untuk menarik pelanggan berkunjung ke kedai sepanjang bulan Ramadan hingga terpaksa mencari alternatif lain untuk menarik pelanggan.
“Kedai saya ada di luar pagar ini, kalau pasang pagar besi memang tiada pelanggan akan masuk kedai kami. Sebelum puasa, saya pernah tanya pegawai DBKL dan memaklumkan akan ada kelonggaran SOP tahun ini iaitu tiada pemasangan pagar.
“Apabila saya sampai di sini, pagar sudah dipasang. Kalau macam inilah keadaan, memang tiada lagilah pelanggan datang kedai kami beli baju raya sebab mereka akan masuk di hujung sana dan tengah ditutup. Kalau tiada pagar, mereka boleh lalu mencelah di tepi kedai.
“Tahun lepas sampai terpaksa suruh pekerja saya tarik pelanggan dari luar sana datang ke kedai kami. Pelanggan sudah penat berjalan kat dalam pagar, jadi kalau nak pusing sini memang tidak ada pun.
“Saya harap DBKL tolonglah di sini, beri kelonggaran untuk buka pagar ini agar ada kebebasan pada peniaga serta pengguna. Bukan itu sahaja, beri kebenaran untuk lanjutkan waktu operasi perniagaan kami sehingga pukul 3 pagi seperti sebelum ini,” ujarnya.
Pengerusi Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputra, Wilayah Perseketuan, Mithlan Samijo bercakap pada Malaysia Gazette peniaga tidak berpuas hati dengan isu pemasangan pagar di kawasan tapak bazar di Jalan Tar, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Persatuan Penjaja dan Pekedai Bumiputra Wilayah Persekutuan (PPPBWP), Mithlan Samijo berkata, kebanyakan peniaga di sini telah menghabiskan modal yang banyak, lebih RM30,000, untuk berniaga sepanjang bulan Ramadan.
Jika masalah itu tidak diselesaikan, ia akan memberi kesan pada ekonomi para peniaga setelah terjejas teruk akibat pandemik Covid -19 selama dua tahun, ujarnya.
“Pemasangan pagar ini menyusahkan kami untuk mengangkat barang ke tapak, barang tidak boleh masuk. Faham sajalah jalan Masjid India ini sempit. Kita minta pihak DBKL buka pagar di lorong ini supaya memudahkan pengunjung hadir pada Sabtu ini.
“Ini Bazar Aidilfitri, saya rasa semua orang tahu jaga penjarakkan fizikal dan SOP mereka termasuk kita sebagai peniaga. Jadi tahun ini, kita nak cari rezeki lebih sebab sebelum ini kita sudah rugi banyak sangat. Isu ini pun sudah saya bangkitkan pada Datuk Bandar.
“Kami jumpa bulan lepas, tapi lihat situasi tidak berubah. Kami sedang tunggu maklum balas dari Timbalan Datuk Bandar supaya dapat mengusulkan isu ini pada pengurusan tertinggi bagi mempertimbangkan semula kelonggaran SOP Bazar Aidilfitri Jalan TAR.
“Kerajaan bantulah kami peniaga ini sebab memang kami rugi banyak sangat tahun lepas hampir RM40,000. Kami tak boleh berniaga hanya bermodalkan RM5,000 sahaja dengan barang tiada. Pelanggan pun tidak mahu masuk kedai kami,” jelasnya.
Pada Februari lalu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah memaklumkan Bazar Aidilfitri Jalan TAR akan beroperasi seperti biasa mengikut SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM).
Bagaimanapun, pihaknya akan melonggarkan sedikit kawalan SOP di tapak bazar berkenaan berbanding tahun lepas termasuk tidak lagi memasang pagar di sekeliling kawasan itu.
Tambahnya, pemakaian pelitup muka, mengimbas MySejahtera dan menetapkan penjarakan fizikal antara gerai penjaja tetap dilaksanakan.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by kepompong at 5-4-2022 08:36 PM
Roslina yusuf ni macam che ta & azah aziz… bila umur 40an je terus nombor tu tak berganjak??? takkan lah menguruskan perniagaan bazar ramadan dah 30 tahun. umur baru 40+ |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa dah xperlu kot. Klau 1 laluan je kang bersesak dkt area pintu masuk je. Klau free xde pagar senang sikit jalan2 jumpa brg, balik je. |
|
|
|
|
|
|
|
kepompong replied at 5-4-2022 08:35 PM
Roslina yusuf ni macam che ta & azah aziz… bila umur 40an je terus nombor tu tak berganjak??? takka ...
Umo 14 dah niaga ikut mkapak kot...bila dh besar niaga sendiri la pulak kot |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 5-4-2022 09:03 PM
Rasa dah xperlu kot. Klau 1 laluan je kang bersesak dkt area pintu masuk je. Klau free xde pagar sen ...
Tu lah..dh bg kelonggaran warga asing blh masuk tp kat locals layan mcm.hareee je.
Iols tunggu je bila nk campak fm jauh2... |
|
|
|
|
|
|
|
dari masuk penjara sbb nak beli sekut raya baik beli mutabak tepi jalan yg bebas |
|
|
|
|
|
|
|
Roslina Yusof, 44, yang telah berniaga lebih 30 tahun di sini amat kecewa dengan tindakan DBKL itu kerana pada tahun lepas dia mengalami kerugian besar hingga jatuh terduduk akibat sekatan pagar besi tersebut.
Ko niaga dari umur 14 tahun ke? |
|
|
|
|
|
|
|
kemain semangat kome nak beraye taun ini ye |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau para peniaga Cina yang komplen macam ini, besok pagi pagar itu sudah ghaib. |
|
|
|
|
|
|
|
di sabah semua mcm tu..satu laluan masuk & keluar..sop konon, siap kena bagi tag number |
|
|
|
|
|
|
|
manzilla replied at 5-4-2022 11:18 PM
Kalau para peniaga Cina yang komplen macam ini, besok pagi pagar itu sudah ghaib.
Eh takkan la..kan sekarang ni kerajaan 98% melayu isele tanpa DAP..takkan masih menjilat cina |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham la kan sekarang dah fasa endemik tak ada limit capacity, kenapa masih perlu berpagar & amek no giliran pulak.
Sebab nak beli 1 barang kena tunggu turn masuk & pusing jauh2. |
|
|
|
|
|
|
|
cari jela tapak lain. org pon dah tak heran dah dgn jalan TAR tu |
|
|
|
|
|
|
|
so peniaga dan barang2 dagangan dalam cage la kann...
kita lalu depan tu tengok2 gitu... da macam kat zoo la pulakk...
kurrrr.... kurrrr.... arhhhh arhhhh..... |
|
|
|
|
|
|
|
selagi diberi kebenaran berniaga ikut ajelah arahan..
semua yang dibuat tak betul aje..
kalau tak berpagar nanti ada yang berbunyi jugak.. |
|
|
|
|
|
|
|
entahnyaaa.........
|
|
|
|
|
|
|
|
train pun dh takde SOP penjarakkan
cuma rapit tak annouce lg kot.. ke ada aku je ketinggalan
iols mmg jenis suka letak beg kt seat sebelah.. tp since apr, tgk ramai yg ok je duduk sebelah2
tp dh kalau itu kerajaan bgtau, ikut jela arahan
kang apa2 jd, korg jgk yg meratib.. meratib salahkan kerajaan itu ini...
dpt niaga tu, bersyukur leee |
|
|
|
|
|
|
| |
|