View: 1307|Reply: 8
|
[Tempatan]
Bazar Ramadan: Harga juadah kekal, tetapi saiz lebih kecil
[Copy link]
|
|
Harga juadah kekal, tetapi saiz lebih kecil
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... i-saiz-lebih-kecil/
Oleh KOSMO!
6 April 2022, 9:30 am
Orang ramai membeli juadah ketika mengunjungi bazar Ramadan.
PETALING JAYA – Ketika orang ramai merungut harga makanan mahal di bazar Ramadan, ada peniaga mula mengatur strategi mengekalkan harga tetapi mengecilkan saiz makanan.
Perkara itu dilakukan bagi mengelakkan pembeli terbeban, malah peniaga juga mahu situasi menang-menang.
Di Shah Alam, Selangor, seorang peniaga nasi ayam terpaksa kecilkan kuantiti isi jualan makanan bagi menampung kos kenaikan harga tersebut.
Seorang penjual nasi ayam, Normadiah Shamsudin, 35, berkata, dia terpaksa membeli seekor ayam dengan harga yang tinggi iaitu RM8.50 berbanding RM5.50 sebelum ini.
Katanya, dia masih kekalkan harga bagi jualan nasi ayamnya iaitu RM5 bagi mengelakkan pelanggan lari.
Di Bagan Serai, Perak, kebanyakan peniaga bazar Ramadan Jalan Raja Syed Thauphy di sini pula masih mengekalkan harga jualan seperti tahun lalu walaupun kos barangan meningkat.
Peniaga kuih, Saiful Nizam Hamid, 40, berkata, dia bersama isterinya tidak sampai hati untuk menaikkan harga jualan selain turut rasai kesusahan pelanggan.
“Saya tidak sampai hati untuk naikkan harga jualan kerana kebanyakan pelanggan terdiri daripada golongan berpendapatan rendah,” ujarnya.
Sementara di Jerantut, Pahang, Fauziah Abdullah, 40, berkata, dia menjual kuih tepung pisang, pulut dan ubi ketika mula berniaga hari pertama Ramadan dengan jualan sebekas yang mengandungi lima biji dengan harga RM2.
“Jualan di bulan Ramadan sama seperti hari biasa sebelum ini dan kebanyakan pelanggan di Felda ini sudah sinonim dengan makanan ini, malah selesa berbelanja dengan harga ini.
“Saya tetap menjual dengan harga yang murah walaupun bahan mentah susah diperolehi,” katanya.
Bagi peniaga roti John, Azmi Din, 42, mengakui ramai rakan-rakan mengambil keputusan untuk tidak ikut serta berniaga di bazar Ramadan tahun ini kerana terkesan dengan kenaikan harga barang.
Menurut Azmi, kenaikan harga daging sebanyak 80 sen sepeket memang memberi kesan yang amat ketara kepadanya sebagai peniaga roti john dan burger.
“Harga mayonis dan beberapa jenis sos juga naik, belum lagi bahan-bahan yang lain yang sering saya gunakan untuk membuat burger dan roti john,” jelasnya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
naik hrga xpe jnji masak sdp |
|
|
|
|
|
|
|
klau sedap mahal cikit pn xper.. puas ht mkn..
|
|
|
|
|
|
|
|
understood la kalau makanan dah masak mahal.... kita sndr beli bahan mentah nak masak sendiri bayar sambil menangissss.... mahal siut semua harga barang... kat tempat aku kuih satu bekas ada 5 potong, setiap potong memang klu lelaki size sekali ngap jer masuk mulut... sebekas tu RM3... sold out jugakkk... sbb mmg dah mahal dah tak boleh kata apa dah... semalam beli bubur kacang hijau.. sebekar 3.50.. aku kena tambah susu pekat masa makan sbb rasa mcm air jerr kuah bubur tu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Faham, brg2 asas untuk masak dah mahal. Tapi, tolong la sedap |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang2 sebab sana sini dah Mahal dah jadi satu motif peniaga nak letak harga tinggi kerna taking pelanggan dapat menerima kenaikan harga tersebut..
Apa2 pun berhati2 lah membeli belah tu nafsu ke keperluan ke hanya habit kalau puasa kena pi Bazar Ramadhan kerana ia Adalah acara tahunan.
Kreatif sikit,jangan pulak asal sedekah Ramadhan je bagi anak yatim makan,setakat Mana mereka nak makan.tak pasal lepas Ramadhan rumah ank yatim jual beras yang terlebih takut rosak bila disimpa walhal ramai lagi keperluan sekolah pun tak der lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
bila ada yg jual murah sikit pastu still untung
ade la lancau yg ckp nk rosak kan market la apa jadah la
|
|
|
|
|
|
|
|
mahal tak apa janji quality, sedap.. |
|
|
|
|
|
|
|
janji kualiti jaga n rasa sedap la klu nak mahal2 pon. ni masak pn ala kadar. complain brg mentah mahal tp kau naik harga kemain mahal tak pe plak |
|
|
|
|
|
|
| |
|