View: 981|Reply: 8
|
[Tempatan]
Dua penjenayah ditembak merupakan anggota sindiket dadah terbesar di Terengganu
[Copy link]
|
|
Gambar fail pegawai polis memeriksa kereta Honda Civic dinaiki dua penjenayah yang ditembak mati di Jalan Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas, Kuala Terengganu kelmarin.
Dua penjenayah ditembak merupakan anggota sindiket dadah terbesar di Terengganu
KUALA TERENGGANU – Dua penjenayah yang ditembak mati polis di Jalan Kuala Berang berhampiran Kampung Wakaf Beruas di sini pada kelmarin dikenal pasti sebagai anggota sindiket dadah antara terbesar di Terengganu.
Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, kedua-dua lelaki tersebut dikenali sebagai Pendi Buaya, 25, dan Nuar Taman, 29, merupakan suspek utama kes pembunuhan seorang penganggur berusia 41 tahun yang ditembak mati di Pasir Tinggi, Hulu Terengganu pada 5 Mac lalu.
“Mereka sebelum ini diburu kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan tersebut yang dipercayai bermotifkan pertikaian berkaitan dadah.
“Kedua-dua penjenayah yang ditembak mati tersebut juga dipercayai sudah 10 tahun terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar negeri ini,” katanya selepas menyaksikan majlis serah tugas Ketua Siasatan Jenayah Terengganu di sini hari ini.
Kosmo! pada 7 Mac lalu melaporkan seorang lelaki maut akibat terkena dua das tembakan dilepaskan dua lelaki bermotosikal dalam kejadian pada 5 Mac lalu di tepi jalan berhampiran Kampung Pasir Tinggi, dekat sini.
Kedua-dua suspek kes pembunuhan itu kemudiannya mati ditembak sepasukan polis ketika cuba melarikan diri dengan kereta Honda Civic kemudiannya pada pukul 11.30 pagi, Selasa lalu.
Rohaimi berkata, hasil pemeriksaan pada tubuh kedua-dua suspek kenderaan Honda Civic dinaiki mereka menjumpai dua pucuk pistol jenis Revolver 0.38 dan 20 paket dadah jenis syabu dan 14 botol dadah jenis heroin. – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... esar-di-terengganu/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Apakah nama penjenayah itu? Tak aci jika nama lecturer yang pernah menabur bakti pada negara dihina tetapi penjenayah ini tak dihina |
|
|
|
|
|
|
|
Pendi Buaya dan Nuar Taman...dalam hati buaya ada taman |
|
|
|
|
|
|
|
dulu mcd Kerteh dirompak guna pistol gak
mana senang2 dapat pistol
yang jadi hitman bunuh social activist di Miri few years back pun budak tganu gok
guna modified air gun..
elok di tembak mati jer tokan2 dadah ni
banyak merosakkan umat bangsa sendiri
|
|
|
|
|
|
|
|
Trg boleh jd biggest drug cartel kat asia ni..
Xnak buat tv show ala2 narcos ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ini musti sumpahang ikang tongkol asdang ganu darul runtuh memang kepelekkang tangpa batasang, ustakkk mung tunggung akung datanggg, mung ni pung, mung pahang dokgi? Guaner nim? |
|
|
|
|
|
|
|
Filem Polis Evo diinspirasi dari kisah benar rupa2nya. Dahsyat set kopok lekor. |
|
|
|
|
|
|
| |
|