View: 847|Reply: 11
|
[Dunia]
Kepekatan gas metana dalam udara membimbangkan
[Copy link]
|
|
Tahap kepekatan gas metana dalam udara Bumi meningkat pada 2021 bagi tahun kedua berturut-turut. - EDF
Kepekatan gas metana dalam udara membimbangkan
WASHINGTON – Data kerajaan Amerika Syarikat (AS) menunjukkan bahawa kepekatan gas metana di ruang udara Bumi kini semakin meningkat, lapor laman berita Wionews.
Peningkatan dalam kepekatan gas rumah hijau itu berlaku untuk tahun kedua berturut-turut dan mencetuskan kebimbangan kesan lebih buruk berlaku terhadap perubahan iklim.
Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) mendapati kehadiran gas metana telah meningkat sebanyak 17 bahagian per bilion (ppb) dalam atmosfera pada 2021.
Ini merupakan kenaikan tahunan terbesar yang direkodkan sejak ukuran ketumpatan metana bermula pada 1983. Rekod kenaikan sebelum ini adalah 15.3 ppb pada 2020.
“Data kami menunjukkan bahawa pelepasan emisi global terus bergerak ke arah yang salah pada kadar yang pantas. Buktinya konsisten, membimbangkan dan tidak boleh dinafikan,” kata pentadbir NOAA, Rick Spinrad.
Saintis atmosfera NOAA dari Universiti Colorado, Lindsay Lan memberitahu, paras metana semasa adalah lebih dua kali ganda lebih tinggi berbanding paras ear sebelum industri iaitu 720 bahagian per bilion.
Gas metana adalah k 25 kali lebih kuat daripada karbon dioksida dalam memerangkap haba tetapi ia hanya bertahan sembilan tahun di udara dan bukan beribu-ribu tahun seperti karbon dioksida.
Penyelidik metana Universiti Cornell, Robert Howarth turut meluahkan rasa bimbang mengenai kewujudan trend peningkatan pelepasan gas metana ke udara. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... dara-membimbangkan/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
So kena kurangkan kentut ka macam mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
Lembu pengeluar metana sudah dilatih berak kencing dlm tandas new zealand |
|
|
|
|
|
|
|
Kena kurangkan mkn daging..permintaan daging terlalu tinggi, sampaikan lg byk lembu dipelihara, lalu kuar la gas metana. Kalau ayam pun sama kan?
Thanostersenyumsinis. |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-4-2022 08:43 PM
Kena kurangkan mkn daging..permintaan daging terlalu tinggi, sampaikan lg byk lembu dipelihara, lalu ...
kne mula mkn daging aintetik makmal yg bebas bahan pencemaran |
|
|
|
|
|
|
|
manusia lupa.. diri sendiri lagi ramai berbanding lembu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Tong gas kat rumah metana ek..
Boleh la guna alasan xmemasak utk save environment gitew.. |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 10-4-2022 09:33 PM
kne mula mkn daging aintetik makmal yg bebas bahan pencemaran
Material utk buat daging sintetik bebas pencemaran tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 10-4-2022 11:03 PM
Material utk buat daging sintetik bebas pencemaran tak?
wallahualam tu rahsia pemilik patent
tapi katanya bahan sayuran organik
kita ikut je la |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 10-4-2022 08:43 PM
Kena kurangkan mkn daging..permintaan daging terlalu tinggi, sampaikan lg byk lembu dipelihara, lalu ...
Nanti marah geng konspirasi xhabis belajar. Ada sekor mamat ni alim gitu, mmg anti la dgn pepuak freemason , riba ni semua, heols kata daging vegan yg culture dlm lab tu haram tau, tu konspirasi nk hapuskan umat islam n nk rosakkan akidah umat.
Tu la, suruh belajar bukak mata dia xmau. Dkt youtube, netflix documentary ada je tnjuk gas metana ni sbb dari najis lembu. Permintaan thadap daging terlampau tggi. Patut say thanks utk puak2 vegan |
|
|
|
|
|
|
| |
|