CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 545|Reply: 5

[Tempatan] Johor beri RM1,000 kepada penjawat awam

[Copy link]
Post time 10-4-2022 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Johor beri RM1,000 kepada penjawat awam

https://www.utusan.com.my/nasion ... pada-penjawat-awam/

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI
10 April 2022, 12:09 pm


AZMI ROHANI

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor bersetuju untuk memberi bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2022 sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada semua penjawat awam di negeri ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Azmi Rohani berkata, pemberian itu diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang berlangsung pada 6 April lalu.

Menurut beliau, pemberian bantuan itu turut disalurkan kepada kakitangan di bawah Skim ‘Contract Of Service’, ‘Contract For Service’, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

“Bantuan Khas Kewangan ini melibatkan peruntukan kewangan sebanyak RM18.81 juta yang akan diberi kepada seramai 13,400 kakitangan awam di negeri Johor.

“Pemberian bantuan khas kewangan ini merupakan keprihatinan kerajaan negeri bagi meringankan beban kewangan penjawat awam Johor sempena menyambut ketibaan lebaran pada tahun ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pembayaran bagi bantuan berkenaan akan dibuat pada 28 April ini.

“Semakan kelayakan bagi bayaran bantuan khas kewangan ini boleh dirujuk melalui Pekeliling Perkhidmatan Negeri Johor Bilangan 1 Tahun 2022,” jelasnya. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2022 03:11 PM | Show all posts
Selangor paling win setakat nih sebln gaji

tunggu sarawak & penang kurang2 sebln jgk
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Lepas tu nanti ada makcik kepam gemok 100 kilo komplen, kenapa korang semua nak dengki dengan penjawat awam?
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2022 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 10-4-2022 03:11 PM
Selangor paling win setakat nih sebln gaji

tunggu sarawak & penang kurang2 sebln jgk

Swk dah announce nak bagi. Rm500 kpd state civil servant je. Thn lepas2 mcm deyols bagi 1mth salary
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 08:26 AM | Show all posts
belilies replied at 10-4-2022 06:24 PM
Swk dah announce nak bagi. Rm500 kpd state civil servant je. Thn lepas2 mcm deyols bagi 1mth salar ...

yes Sarawak kasi RM500. tiap kali Raya memang RM500 saja. yg sampai 2 bulan gaji tu bonus hujung tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
princensem replied at 11-4-2022 08:26 AM
yes Sarawak kasi RM500. tiap kali Raya memang RM500 saja. yg sampai 2 bulan gaji tu bonus hujung t ...

Ahhh ye betul. Iols pun xfollow sangat sbb bukan state servant. Yg pasti 1bln stgh tu wajib ada tiap thn. Huntong sgt deyols. Tp xpastilah kenaikan gaji deyols cana
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.036771 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list