Keji! Itu kata-kata yang boleh digambarkan kepada seorang askar Rusia dipercayai merogol bayi warga Ukraine semasa pencerobohan berlaku di negara berkenaan.
Dia bagaimanapun ditangkap selepas video kejinya merogol bayi itu tular di media sosial.
Difahamkan, laporan media Rusia menamakan Alexei Bychkov sebagai askar yang ditangkap dan dipercayai video tular itu berasal dari konflik Ukraine.
Tentera Rusia ditahan selepas video rogol bayi tular. Foto: Mirror
Video itu telah dikongsi di Telegram dan laman media sosial lain walaupun beberapa butiran mengenainya telah disahkan pihak berkuasa Rusia.
Terdahulu, media Ukraine melaporkan lelaki itu menghantar imej dan video keji tersebut kepada rakan tenteranya sebelum ia mula tersebar.
Pada Sabtu, Boris Johnson membuat lawatan mengejut ke ibu kota Ukraine Kyiv di mana beliau bercakap dengan Presiden Volodymyr Zelensky dan berjalan-jalan di bandar itu.
Johnson memaklumkan, tentera Rusia yang menyerang Kyiv telah mengalami kekalahan dan pengunduran mereka adalah 'taktikal' kerana mereka bersedia untuk menumpukan semula usaha ketenteraan mereka di timur. -CARI
Sumber: mStar/ Mirror |