View: 373|Reply: 1
|
[Tempatan]
Trend terbaharu sindiket seludup PATI guna laluan gajah
[Copy link]
|
|
Trend terbaharu sindiket seludup PATI guna laluan gajah
https://www.kosmo.com.my/2022/04 ... -guna-laluan-gajah/
Oleh NOR AZIAH MAT NOH
11 April 2022, 12:38 pm
Hazani.
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan trend terbaharu sindiket penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI) menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah untuk membawa keluar dan masuk warga asing ke negara ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Hazani Ghazali berkata, berlaku peningkatan tangkapan PATI dilaksanakan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pasukan khas lain di sempadan darat serta laut.
“Minggu lalu terdapat peningkatan yang terbaru di Kelantan apabila kita menahan 13 warga Myanmar termasuk transporter.
“Kita mendapati sindiket itu menggunakan kenderaan MPV mewah seperti Toyota Alphard dan Vellfire untuk membawa PATI dari sempadan,” ujarnya ketika sidang akhbar di Briged Tengah PGA, Cheras di sini hari ini.
Terdahulu Hazani menyaksikan Majlis Perbarisan dan Serah Terima Tugas Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), Komander Briged Tengah PGA dan Komander Unit Tindakan Khas (UTK).
Difahamkan, sindiket terbabit kini tidak lagi menggunakan laluan tikus sebaliknya lebih berani apabila menggunakan laluan gajah dengan menaiki kenderaan mewah.
Jelas Hazani, pihaknya sudah memperolehi maklumat berhubung modus operandi yang digunakan sindiket dan akan membuat pemantauan secara agresif serta berkongsi risikan bersama pasukan Cawangan Khas dan Kontinjen lain.
“Mereka ini dikesan mengambil kesempatan dan sudah tidak melalui laluan tikus, sebaliknya sindiket tersebut menggunakan laluan gajah dengan menaiki kereta mewah.
“Sindiket terbabit dikesan menggunakan sebarang ruang untuk melakukan penyeludupan masuk PATI tetapi kita akan mengambil tindakan sewajar,” katanya lagi. – KOSMO! ONLINE
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku kan x blh blah btl ngn penulis berita yg tulis benda sama ulang2... berita secoet tp diolahkan ayat sama je manjangggggg

| |
|