View: 625|Reply: 6
|
[Tempatan]
Ahli DAP Paloh direman tiga hari bawah Akta Hasutan
[Copy link]
|
|
Ahli DAP Paloh direman tiga hari bawah Akta Hasutan
https://www.malaysiakini.com/news/617630
Alyaa Alhadjri
Diterbitkan: Apr 11, 2022 12:15 PM⋅
Dikemaskini: 12:15 PM
Seorang ahli DAP bahagian Paloh ditahan di rumahnya lewat tengah malam tadi kerana didakwa menghasut melalui kiriman Facebook yang dibuat semasa pilihan raya negeri (PRN) Johor baru-baru ini.
Naib Pengerusi DAP Johor Sheikh Omar Ali berkata Mahkamah Majistret Johor Baru awal pagi ini membenarkan perintah reman tiga hari terhadap S Murugan, 43 tahun, salah seorang petugas kempennya di Paloh.
“Murugan dijemput polis dari rumahnya di Paloh dan dibawa ke Johor Baru kerana laporan polis terhadapnya dibuat di Iskandar Puteri.
"Siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan dikatakan berhubung dengan catatan Facebooknya yang didakwa menggalakkan kaum India supaya tidak mengundi MIC," kata Sheikh Omar kepada Malaysiakini ketika dihubungi selepas pendengaran reman.
"Murugan adalah ahli DAP Paloh yang setia bekerja untuk parti dan membantu saya sejak pilihan raya umum ke-14 lalu," kata bekas Adun Paloh itu yang hadir di mahkamah pagi ini.
Pada PRN Johor lalu, Sheikh Omar gagal mempertahankan kerusi Paloh menentang Lee Ting Han dari BN dari MCA.
|
|
|
|
|
|
|
|
Entah lah .tapi kawasan Paloh ni last PRU dimenangi DAP di Mana Penyandang nya Sheikh Omar tulah. PRN kali ni BN menang dengan Penyandang dari MCA. Masa PRN tu calon ada 4 orang je dari parti DAP tu,BN,Pejuang dan Perikatan yg meletakkan wakil dia seorang Hindu dari parti PAS. for info,Paloh ini kawasan yang banyak estate sawit terutamanya. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 11-4-2022 02:52 PM
dia hasut apa?
'menggalakkan kaum india supaya tidak mengundi MIC'.....tulis atas tu... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau menggalakkan kaum melayu supaya tidak mengundi UMNO kira menghasut tak?
|
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 11-4-2022 09:29 PM
kalau menggalakkan kaum melayu supaya tidak mengundi UMNO kira menghasut tak?
kalo nk tau...hang kena la terai tulis camtu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|