CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1062|Reply: 14

Isu Pelajar Keracunan, Sekolah Tak Maklum Keluarga Sebab Tak Kritikal

[Copy link]
Post time 12-4-2022 03:38 AM | Show all posts |Read mode
Keracunan makanan dialami pelajar Sekolah Izzuddin Shah dekat sini, didiagnosis sebagai tidak kritikal oleh pegawai kesihatan.


Pengetua sekolah, Ahmad Munawir Salehuddin berkata, pengesahan itu menyebabkan pentadbiran sekolah tidak menghubungi ibu bapa atau penjaga pelajar terlibat untuk memaklumkan kes berkenaan.


Bagaimanapun, katanya, tindakan sewajarnya telah diambil pengurusan sekolah termasuk memaklumkan kepada polis melalui Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan pemantauan oleh warden asrama.


Malah, katanya, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ke sekolah untuk membuat siasatan dengan membuat pemeriksaan dapur, mengambil sampel makanan dan menilai tahap kebersihan.


Menurut beliau, pihak warden mengesan kes cirit-birit melibatkan seorang pelajar tingkatan empat Rabu lalu dan pelajar itu dirawat sebagai cirit-birit biasa.








Namun katanya, setelah tamat sesi persekolahan, kes bertambah yang mana warden telah mengasingkan mereka di bilik sakit dengan pemantauan rapi.


“Pentadbiran sekolah telah mengumpul lagi pelajar-pelajar yang mengalami simptom sama untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Greentown. Urusan membawa pelajar dengan simptom tersebut selesai pada Khamis. Pelajar-pelajar ini telah didiagnosis oleh doktor sebagai tidak kritikal dan diberi cuti sakit sehari,” katanya.


Beliau memberitahu, pihak sekolah mempunyai standard pengurusan bencana yang jelas dan sentiasa dipantau oleh agensi-agensi luar.


“Oleh sebab itu, sebarang bencana yang berlaku tidak disimpan dan dirahsiakan apabila pihak kesihatan terus dimaklumkan pada keesokan harinya. Pihak sekolah berharap agar ibu bapa terus percaya pada pengurusan sekolah mahu pun warden yang sentiasa memantau kesihatan pelajar,” katanya.








Terdahulu, tular dalam media sosial kenyataan bapa seorang pelajar yang kesal apabila tidak dimaklumkan keadaan anaknya yang terlantar di bilik sakit sekolah selama tiga hari sejak Rabu akibat keracunan makanan.


Perkara itu hanya diketahui selepas anaknya sendiri menghubunginya pada Jumaat lepas setelah keadaan beransur pulih.




Sumber: UTUSAN

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 04:22 AM | Show all posts
3 hari budak tu terlantar kat bilik tak larat bangun. sekolah tak maklumkan pada penjaga sebab tak kiritikal?
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 06:09 AM | Show all posts
zarulnazmi: 3 hari budak tu terlantar kat bilik tak larat bangun. sekolah tak maklumkan pada penjaga sebab tak kiritikal?


tu la pasal…  kalau sehari ne sakit n esok ok dah, takpe la lagi…  patutnya hari kedua kalau tak baik, parents dah patut dimaklumkan dah…
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 07:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Petanda semua cikgu staff sekolah situ tkde mak pak ..tk pernah merasa anak sakit sehari dlm spital tanpa call dia sbg parent...
Ikut sgt buku.klu hari ketiga jadi serius pstu parah..baru nk call ke?ape punya manusia la
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 08:32 AM | Show all posts
parah ke tak parah ke, kena maklum kat mak pak la wehhhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Hurmm kritikal tu kalau penuh wayar dan tak sedarkan diri eh?

Budak kalau sakit semua perlukan org tua dorang xtau laa ada yg jenia tak kisah pun biasanya gitulaa nangis nak mak nak mak
Mcm eksiden van sekolah semalam semua budak2 nangis ketakutan panggil mak ayah memasing.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 09:46 AM | Show all posts
Sebaiknya jangan bagi keizinan pada ibu bapa hantar makanan pada anak2 tgh musim wabak ni.
Senang nak siasat punca keracunan.
Mmg tak patut la kalau tak di maklumkan.Nasib baik tak serius.
Mcm sekolah anak iols pihak sekolah awal2 dah umumkan ibu bapa di larang hantar makanan atau brg2 pada anak2.Tunggu je lah sampai hujung bulan ni.Masih sempat nak buka puasa makan makanan kegemaran anak2 sblm raya.
Mmg ramai parents bising merungut lantakkan je.Mengada2 sgt.

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:23 AM | Show all posts
adoyai cikgu x penah dengar ke orang mati kena taun @ keracunan makanan?at least inform la kat parents atas sebab courtesy..kalau sakit sehari takpe gak ni sampai 2-3 hri agak2 la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 10:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Nnasda53 replied at 12-4-2022 09:46 AM
Sebaiknya jangan bagi keizinan pada ibu bapa hantar makanan pada anak2 tgh musim wabak ni.
Senang na ...

Betul..aku pun heran apesal la pihak sekolah bg kebenaran ibubapa htr makanan kat anak2 kt asrama... Biar je lah bebudak tu makan je apa yg ada.. Jgn dibiar sgt mengada2 nak itu ini..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 10:36 AM | Show all posts
aku nak sangka baik mmg tak kritikal. sakit perut cirit birit tu biasa le kalau tak larat nak bangun tu. nak pulak cuaca panas camni. tp aku tak pasti plak pihak sekolah sediakan makanan mcm bubur ke nasi ke hantar kt dorm utk budak2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 11:33 AM | Show all posts
ko tunggu anak ko telepon tetiap hari
baik takyah hantar asrama
duduk je bawah ketiak ko
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 01:06 PM | Show all posts
krustykrab replied at 12-4-2022 10:31 AM
Betul..aku pun heran apesal la pihak sekolah bg kebenaran ibubapa htr makanan kat anak2 kt asrama. ...

Setuju uols.Ikut sgt kehendak parents ni apa2 hal pihak sekolah juga kena hentam tak sudah.
Dalam group parents pun iols jawab juga buat parents yg ngada2 sgt tu.







Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 01:13 PM | Show all posts
annehuda replied at 12-4-2022 10:36 AM
aku nak sangka baik mmg tak kritikal. sakit perut cirit birit tu biasa le kalau tak larat nak bangun ...

Selalunya budak2 yang kurang sihat mmg depa asingkan bilik lain.Makanan mmg di hantar ke bilik ibarat mcm kuarantin la mcm tu.
Iols tahu pun sbb anak kawan iols pun ada kena juga.
Cuma kes ni tak serius kawan iols cakap ibarat mcm anak kalau cirit birit di rumah kdg2 parents tak sibuk pun nak bawa p klinik bagai.
Tapi bila pihak lain sibuk kecoh.Gitulah ayat kawan iols cakap .
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 02:49 PM | Show all posts
Nnasda53 replied at 12-4-2022 01:13 PM
Selalunya budak2 yang kurang sihat mmg depa asingkan bilik lain.Makanan mmg di hantar ke bilik iba ...

meols pun rasa camtu gak. dah tak kritikal karang call makbapak salahkan asrama balik knp nyusahkan diorg takleh handle sendiri ke gitu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 03:06 PM | Show all posts
annehuda replied at 12-4-2022 02:49 PM
meols pun rasa camtu gak. dah tak kritikal karang call makbapak salahkan asrama balik knp nyusahka ...

Betul pun chuols bila call nanti cakap pihak sekolah tak boleh handle.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.052687 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list