CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 572|Reply: 5

[Tempatan] Mohamad Hasan dakwa kadar faedah GOpinjam terlalu tinggi Sehingga 36 peratus

[Copy link]
Post time 12-4-2022 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-4-2022 04:30 PM

Mohamad Hasan dakwa kadar faedah GOpinjam terlalu tinggi[size=14.399999618530273px]Oleh Mohd Amin Jalil - April 11, 2022 @ 4:18am[email protected]





Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan




SEREMBAN: Kadar faedah antara lapan hingga 36 peratus bagi program pinjaman peribadi atau GOPinjam ditawarkan Kumpulan Touch 'n Go (TNG) disifatkan tidak munasabah, terlalu tinggi dan boleh menjerat rakyat.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, mendakwa kadar faedah program pinjaman peribadi berkenaan adalah tertinggi dalam pasaran kredit dan ditawarkan dengan kadar perolehan yang sangat mudah.

Katanya, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz seharusnya tampil memberikan penjelasan berkaitan langkah TNG berkenaan.
"Langkah TNG memperluaskan jaringan perkhidmatannya dengan menawarkan program pinjaman peribadi terbaharu atau GOpinjam adalah baik.

"Namun kadar faedahnya, antara lapan hingga 36 peratus adalah tidak munasabah dan terlalu tinggi. Kepatuhan kepada kawalselia Bank Negara Malaysia (BNM) bukan persoalannya di sini.

Yang dipersoalkan ialah semua ini akan menjerat rakyat ke kancah keberhutangan yang parah dan berterusan," katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata, program berkenaan disasarkan kepada golongan B40 yang keadaan kewangannya sudah tertekan.

Melihat kepada kadar faedah itu, katanya, ia dilihat seperti skim pinjaman berlesen along yang menjerat leher peminjam. Mustahil untuk dilangsaikan bagi mereka yang sudah mengalami kesulitan kewangan," katanya.

Mohamad berkata, BNM seharusnya menyekat model pinjaman kredit sebegini demi melindungi golongan B40 dan anak muda yang berisiko tinggi untuk terjerumus ke dalam kancah hutang peribadi yang sememangnya sudah sangat tinggi dalam negara ini.

Tambahan pula, katanya, nisbah hutang isi rumah berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) untuk akhir tahun 2021 adalah pada kadar 89 peratus, antara yang tertinggi berbanding ekonomi serantau.

"Ekonomi kewangan rumah tangga akan menjadi parah dengan timbunan hutang yang tinggi kadar faedahnya di samping pendapatan yang rendah dan akhirnya, ia akan memusnahkan kesejahteraan sesebuah keluarga.

"Seharusnya pihak kerajaan tampil dengan solusi keusahawanan untuk memberdaya rakyat berpendapatan rendah. Melancarkan skim along model canggih seperti GOPinjam adalah bertentangan dengan amanah dan aspirasi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab," katanya.

Awal bulan ini, Kumpulan TNG melancarkan tawaran perkhidmatan terbaharunya program pinjaman peribadi inklusif GOpinjam, yang disediakan melalui Touch 'n Go eWallet.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TNG, Effendy Shahul Hamid, dilaporkan berkata pinjaman ditawarkan menumpukan kepada golongan yang kurang mendapat akses kepada pinjaman dan B40.

Effendy berkata, GOpinjam menawarkan pinjaman mudah dan pantas serendah RM100 sehingga RM10,000 dengan tempoh pembayaran semula yang fleksibel pada kadar faedah lapan peratus.

Difahamkan, syarikat itu menyasar untuk menyalurkan pinjaman sehingga RM300 juta tahun ini.







Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 01:26 PM | Show all posts
Sekarang ni mana2 boleh pinjam, beli barang pun boleh by installments ala2 courts mammoth dulu. Makin banyak lah orang berhutang, dengan interest yang tinggi. Pandai2 lah bajet.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
CC pun baru 18% ..mcm Ah Long dah
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahlong berlesen.


Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:33 PM | Show all posts
Benarlah apa yang diperkatakan nasihatkan orang jangan mudah terjebak
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 04:46 PM | Show all posts
gopinjam tu mmg interest tinggi pon. senang approve, mmg dia nak suruh org pinjam. micro kredit ni pinjam rugi je lah
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.034680 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list