CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 572|Reply: 7

[Tempatan] 4 tahun berlalu, keluarga Adib hiba sambut Ramadan

[Copy link]
Post time 12-4-2022 09:20 AM | Show all posts |Read mode
4 tahun berlalu, keluarga Adib hiba sambut Ramadan

https://www.utusan.com.my/nasion ... iba-sambut-ramadan/

Oleh JAMLIAH ABDULLAH
12 April 2022, 9:00 am


MOHD KASSSIM ABDUL HAMID

ALOR SETAR: Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd. Kassim masih hiba dan sayu dengan kedatangan Ramadan tahun ini walaupun sudah hampir empat tahun kematiannya dalam tragedi menyayatkan hati.

Malah, menurut bapa Allahyarham, Mohd. Kassim Abdul Hamid, 66, kerinduan sangat mendalam setiap kali tiba Ramadan apatah lagi apabila Allahyarham tidak pernah ketinggalan untuk pulang ke kampung untuk menyambutnya bersama mereka.

“Kalau Ramadan itu perasaan rindu terhadap arwah lagi mendalami terutama emaknya. Arwah walaupun sesibuk manapun kerjanya akan tetap pulang berpuasa di kampung.

“Kami akan sama-sama berbuka puasa dan sama-sama solat tarawih. Arwah tak pernah tinggal tarawih di masjid tempat dia dikebumikan itu. Semua kenangan ini pasti kami tak akan lupakan,” katanya ketika dihubungi.

Mengimbas lanjut, kata Mohd. Kassim, keluarga itu akan sentiasa mengingati arwah sebagai seorang anak yang baik dan terlalu mendengar kata sejak dari kecil lagi.

“Itu yang paling kami rindui sekali walaupun perangainya macam budak-budak muda lain tetapi arwah tak pernah nak bantah apa-apa cakap kami.

“Kasih sayang kami tak akan terpadam terhadap arwah, emaknya lagilah tak boleh teringat langsung akan terus bersedih sebab itu di sebalik kerinduan dan kesedihan macam ini kami cuba teruskan kehidupan sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Mohd. Kassim yang juga seorang pesawah, kesedihan itu menyebabkan kedatangan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri setiap tahun disambut sederhana dan ala kadar.

“Sejak arwah tak ada semuanya biasa-biasa sahaja. Kami tak berhasrat nak sambut besar-besaran walaupun orang cakap kami sudah dapat wang pampasan arwah.

“Kami orang susah dan biasa hidup susah jadi tak pandai bermewah-mewah pun. Duit pampasan itu pun belum kami belanjakan. Adalah bahagikan (wang pampasan) untuk keluarga sebagai sagu hati serba sedikit. Itu sahaja,” katanya yang turut melahirkan keinginannya menunaikan umrah selepas Hari Raya Aidilfitri nanti.

Katanya, keluarga itu berhasrat untuk melakukan sedekah dan infaq atas nama Allahyarham menggunakan wang pampasan yang diterima mereka itu.

“Niat memang macam itu semua ini untuk kebaikan arwah di sana. Jika ada keperluan kami sumbangkan untuk infaq,” katanya.

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.

Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.

Bulan lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan kerajaan membayar pampasan berjumlah RM1.5 juta kepada keluarga berkenaan pada November tahun lepas.-UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2022 09:24 AM | Show all posts
wang x bleh beli kabahagiaan...tp bleh beli mcm2.....

btw sedih juga
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu dan Hiba berpisah teda......

Janji sabsidi tetap ada.....

(Expressi kahkahkahkah ditiadakhen utk menghormati ramdhan)
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 09:51 AM | Show all posts
tunang dia yang hiba sayu dulu apa cerita ek..
dah move on kawin beranak pinak dah ke..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 03:10 PM | Show all posts
kesian tgk family dia.. mcm ni laa klu kena kt kita yg tak berapa nk ada pangkat ni. tgu jela kat akhirat nti
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 03:44 PM From the mobile phone | Show all posts
mizruncing replied at 12-4-2022 03:10 PM
kesian tgk family dia.. mcm ni laa klu kena kt kita yg tak berapa nk ada pangkat ni. tgu jela kat ak ...

Melayu dgn pangkat brpisah tiada mcm india dan kasta. Bila kena dekat diri sendri meroyan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2022 03:46 PM | Show all posts
Semua yang hilang ahli keluarga pasti akan ramai macam tu bila tiba Ramadan dan Syawal nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2022 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
stingeramdhan replied at 12-4-2022 09:27 AM
Melayu dan Hiba berpisah teda......

Janji sabsidi tetap ada.....

Melayu dan hiba
Melayu dan pangkat seperti india dan kasta
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-11-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.074269 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list